Apa Barang Bayar Zakat Fitrah Online

bayar-zakat-fitrah

Dulu prefer bayar zakat secara online/sms. Sekarang tak lagi.

Bayar online sebab memudahkan kerja. Ala.. macam bayar bil utiliti online la. Saya pelik kenapa orang ramai masih lagi sanggup beratur di Pejabat Pos untuk membayar bil. Kalau dah reti guna smartphone tu, rasanya takde masalah nak luangkan sikit masa lagi untuk belajar macam mana nak bayar bil online. Bayar zakat online pun sama je tujuan dia, untuk menjimatkan masa.

Tapi bila dah bayar pada amil yang bertugas tadi, akad dan aminkan doa yang dia baca, rasa best pulak. Memang amaun RM7 tu takdelah banyak mana, cuma perkara-perkara kecil yang kita anggap remeh tu sebenarnya cukup bermakna kalau dihayati betul-betul.

Rasa best lepas bayar tadi. Mengingatkan saya untuk terus memberi ke jalan Allah. Juga mengingatkan saya bahawa rezeki yang kita ada ni bukan 100% milik kita.

Tak cakap bayar online/sms ni salah. Duduk Moscow dulu memang bayar zakat fitrah online. Macam tak reti pulak nak cari amil kat sana untuk bayar zakat fitrah. Tak sampai lima minit settle.

Sama jugak dengan bayar pada amil tadi, tak sampai lima minit settle. Saya tengok takde orang beratur nak bayar, terus bagi salam dan duduk sebelah dia. Bagitau bayar untuk sorang (tahun depan berdua dah), bagi duit, jabat tangan sambil melafazkan akad. Kemudian doa. Settle.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

So korang kalau ada masa, lebih afdal bayar pada amil je. Kalau tak ada masa, luangkan masa. Tak sampai lima minit pun.


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Apa Barang Bayar Zakat Fitrah Online”

  1. azrijohan Avatar

    bayar online akadnya macam mana pulak tu?

  2. halif Avatar

    Itula, kadang-kadang feelnya itu yang membezakan keputusan yang bakal kita ambil.

  3. Norfanil Avatar

    ramai la jugak bayar zakat online skrg ni..
    malas sgt agaknya.. semua nak hujung jari..
    tengok amil kat masjid dia duk sorg sorg je..takde pulak org nak pi bayar..

  4. Dawaihati Avatar

    Selamat Hari Raya Idul Fitri 1434 H
    Taqabbalallahu minna wa minkum
    Maafkan lahir dan batin dari kami sekeluarga

  5. shaharil Avatar

    Bayar online mudah cara bagi yang sibuk memanjang.
    Alhamdulillah, sudah bayar zakat melalui amil yang dekat dengan rumah.
    BTW Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H.

  6. Fakarepain Avatar

    Alhamdulillah..tahun depan dah berdua yer..amin..hehe

  7. Obsolete coin Avatar

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Bagi saya, bayar online tu alternatif terakhir apabila sibuk sangat takde masa nak keluar dari pejabat. :)

  8. akubiomed Avatar

    Sudah pun pembayaran zakat fitrah dilakukan minggu lepas. Belum pernah lagi buat pembayaran zakat fitrah secara online.

  9. waiman takwa Avatar

    Alhamdulillah dah bayar zakat.. Dapat doa makbul dari imam kan bagus..

  10. hafizrahim Avatar

    bayar online tak rasa feelnya kan bro

  11. haiqal Avatar
    haiqal

    Point bayar zakat tak menarik perhatian aku.

    Cuma part tahun depan berdua tu…

    Good luck bro.:)

  12. aslam Avatar

    gwa setuju btl, tak pernah la byr zakat fitrah online lagi. kalau zakat pendapatan tu ye.