Antara Simpanan Dan Pelaburan

Reading Time: < 1 minute

simpanan-pelaburan

Nak simpan atau melabur?

Pilihan saya yang pertama adalah simpan dan untungnya sekarang simpanan pun dah boleh jadi pelaburan. Contohnya kalau menyimpan dalam ASB/ASB dan Tabung Haji boleh dapat pulangan sekitar 7 – 9% setahun.

Tapi jangan simpan dalam unit trust sebab unit trust tu dah dikira sebagai pelaburan. Kenapa? Sebab setiap kali nak masukkan duit dalam unit trust ni, pelabur dikenakan caj antara 2 – 5.5% daripada amaun yang dimasukkan.

Dan unit trust TAK menjanjikan pulangan positif setiap tahun.

Kalau tak nak dengar cakap saya dan nak buat pelaburan jugak macam mana? Boleh, takde masalah. Let’s say kita buat pelaburan hartanah. Perkara di bawah ini memungkinkan anda untuk melabur lebihan duit tadi:

1) Pastikan hartanah yang dibeli tu berada dalam kemampuan kita. Kalau gaji bawah RM3,000, bolehlah dapat hartanah yang berada dalam lingkungan harga RM90,000 dan kebawah (bergantung kepada komitmen masing-masing, kalau ada loan kereta, bajet confirm lari sikit).

Dalam kawasan bandar, harga macam ni layak untuk flat kos rendah je (macam kes saya baru-baru ini), tapi pelaburan tersebut masih mampu memberikan pulangan yang memuaskan.

2) Modal. Sekurang-kurangnya 10%. Kalau takde modal, simpan dulu duit tu.

3) Peluang. Nak cari peluang investment yang bagus kena ada ilmu. Cari ilmu dulu sebelum terjun masuk ke dalam dunia pelaburan. Seminar hartanah adalah tempat yang bagus untuk belajar.

Harap penerangan saya dapat sedikit sebanyak membantu membuat keputusan.


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Antara Simpanan Dan Pelaburan”

  1. aireen Avatar
    aireen

    salam…
    sedkit pandangan, saya sentiasa mmberi sokongan kepada semua orang yang ingin membuat pelaburan hartanah ke, pelaburan unit amanah ke bergantung kepada keadaan kewangan dan profile risiko masing2.
    tidak pernah saya mmberi pandangan negatif ke atas pelaburan yang bukan dalam bidang saya.
    saya sangat menggalakkan orang yang ingin membuat pelaburan dlam jangka masa 3 ke 5 tahun agar melaburkan di dalam pelaburan unit amanah yang bersesuaian dan patuh syariah kerana dengan strategi, fund dan consultant yang amanah pasti pelaburan anda menjana keuntungan yang lumayan. tq

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sebagai penulis blog, saya faham pembaca saya datang dari kalangan yang masih baru dalam pelaburan. Recommendation saya sentiasa bertentangan dengan unit trust lebih-lebih lagi dah dekat pilihanraya sekarang ni. Of course siapa yang masuk sekarang akan tanggung kerugian dalam masa 6 bulan ni.

      Pelabur yang berpengalaman tahu semua ni. Jadi mereka tak ikut cakap saya.

      Dalam apa-apa instrumen pelaburan pun (at least 90% of them), SEMUA orang boleh cakap tunggu 3-5 tahun akan untung. Itu point yang selamat tapi tak mendatangkan keuntungan yang banyak. Again, pelabur berpengalaman faham tentang perkara ni tapi kalau pelabur baru ikut idealogi yang sama, silap hari boleh bungkus. Bayangkan kalau diorang masuk UT sekarang, bulan depan rugi, kalau pembangkang menang, lagi 6 bulan belum tentu index akan pulih, silap-silap mereka jual dan terpaksa telan kerugian tadi.

      Agen unit trust tak kisah semua ni. Pelabur baru yang nak masuk seribu dua mereka tak pandang sebab dapat komisen kecil. Berapa sen sangat kan. Jadi eloklah saya cakap kepada mereka tak payah masuk langsung. Belajar dan faham dunia saham, lagi berbaloi.

      So yes, mungkin saya kejam sebab kondem UT tapi itulah hakikatnya. Lagipun, saya main saham. Jadi pada saya tahu operator funds ni semua buat untung berapa banyak.

  2. nizam Avatar

    Kena ada disiplin dalam buat simpanan.lau x,lgsung tak mjadi

  3. titan Avatar

    biasanya..normalnya.. simpan dan labur kat..asb dan tabung haji. dan jangan kacau kalau boleh kecuali terdesak.

    kemudian..ambillah duit mana-mana..beli emas atau silver. simpan..tunggu 5-10 tahun..time tu..kalau rasa nak jual..juallah separuh..separuh lagi..simpan lagi..

    dan make sure..duit untuk keperluan semasa ada. Itu yang aku buat sekarang. Nak main hartanah..tunggu masa. Memang leh henjut macam-macam, tapi flow duit kena jaga gak. Haha..

  4. Aya Avatar

    tips yang bagus..

  5. Juan Avatar

    sebuah perkongsian yang baik, saya setuju tang 10% simpanan tuh

  6. hatiputera Avatar

    Bagaimana dengan pelaburan silver fizikal tuan Ariff. Khabarnya harga sedang jatuh sekarang. Sesuai ke untuk melabur dalam silver fizikal.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Satu benda yang saya belajar kalau nak melabur dalam instrumen logam berharga seperti ini adalah faktor liquidity. Agak susah sebenarnya. Mudah dijual ketika trend pelaburan ni datang tapi trend dia pun tak panjang.

      Pelaburan logam berharga adalah lebih bersifat long term untuk orang biasa. Hartanah dan saham lebih baik berbanding pelaburan logam berharga ini.

  7. Izwan Avatar

    kalau gaji RM 2000 duduk KL berapa boleh saving agak2?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      10% still boleh dengan syarat naik moto dan kos tempat tinggal kurang daripada RM400 tapi tak boleh hantar duit ke kampung la.

  8. hafizrahim Avatar

    mungkin kalau nak play safe, investment untuk unit trust boleh ambil modal dari EPF..sebab kalau dikira, investment unit trust ni for long term..dan tak dilupa juga kena kaji dulu dana yang nak diinvest tu terlebih dahulu.

  9. Ekspresi Ruang Avatar

    skg tiap2 hari saya lihat peluang nak buat investment hartanah. tp sayangnya kebanyakaan soft launch properties yg ada prospect tinggi ni dibuat di penang dan kl, yg mmg jauh dr tmpt saya. skg saya ada buat investment di Alor Setar. Ada potensi besar, insyaAllah.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itulah. Sadly to say bahagian utara tak panas sangat. Cadangan saya, beli property berdekatan exit lebuhraya utama negeri dan of course pusat bandar untuk lokasi macam ni.

  10. Tahukah Anda Avatar

    saya masih mencari peluang utk melabur.

  11. akubiomed Avatar

    Kedua-dua saya buat simpanan dan pelaburan. :-)

  12. Nazri Avatar

    simpan dalam tabung haji je..kalau beli emas pun ok tp utk jangkamasa pjg le

  13. Nur Ain Lokman Avatar

    Thanks ariff for the info. Really helpfull. So, saya akan menyimpan dulu la. Kumpul modal. ;)

  14. pinkbubblegumprincess Avatar

    simpan je dulu…hohohoho

  15. noehas Avatar

    Ilmu yang bermanfaat ni. Terima kasih.

  16. Azah Avatar

    Boleh bagi pendapat tentang saham bank rakyat?

  17. elly-daily Avatar

    Yup definitely simpan dulu baru invest. Tak pun lebihan tu buat bayar ASB loan. Lagi cepat dapat grow duit tu. ASB loan tak perlu amount yang tinggi. Bila dah nak buat other investments, boleh stopkan ASB loan tu.

  18. mfadhlan Avatar

    totally agreed with your statement bro.

    better grow saving in ASB(kalau was-was jangan join) or Tabung Haji rather than saving account at Bank (give very low return), then invest on property or Unit Trust.

  19. Myvitrd Avatar

    bagus idea tu.. simpan dulu dan belajar selok belok pelaburan.. ada modal lebih dan ada ilmu baru buat pelaburan

  20. afif Avatar

    bagus detail daripada bro pasal pelaburan ni..buka minda saya..nanti kalau dah kerja tau la sikit pasal mnde2 ni..

  21. Myra Jay Avatar

    Thanks Ariff, penerangan yang sangat membantu :)

  22. Dawaihati Avatar

    Belum berani untuk terjun ke dunia pelaburan, disimpan saja dulu

  23. abangensem sangat-sangat Avatar

    Kawen dulu supaya lu boleh paw 10% duit gaji bini lu untuk pelaburan dan 10% gaji lu pulak lu buat simpanan. Amacam? Brilliant tak idea gua.

    1. pinkbubblegumprincess Avatar

      hahahhaha…suami yang bijak!…bijak manipulasi ekekkee

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha.. tak sangka pulak lu boleh sempat lawat blog gua dari tanah suci. Terima kasih

  24. MK Kimi Avatar

    masih menyimpan…tak berani nak melabur. gaji pon ciput jek :)

  25. intanazlina Avatar

    pada pandangan saya, simpanan dan pelaburan berbentuk hartanah adalah perlu untuk jangka masa panjang. apa pun, terpulang pada diri masing-masing.

    dorongan orang sekeliling pun memberi faktor. Saya bernasib baik kerana dikeliling orang yang berfikiran begini. sekurang-kurangnya ada tempat untuk bertukar-tukar pandangan bila ingin menambah pelaburan dan simpanan.

  26. halif Avatar

    setuju dengan penerangan bro. ape2 pun, masih terpulang kepada individu itu sendiri

  27. Een Avatar

    Kalau ditanya kepada aku, aku suruh melabur sedikit wang daripada gaji yang diterima untuk ilmu dalam bidang yang kita nak ceburi. Sebagai contoh hartanah atau perniagaan. Ada ilmu baru kita boleh keputusan tanpa was was. Mahu melabur atau membuat simpanan.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tepat sekali. Lupa aku nak masukkan part pelaburan diri sendiri tu. Equally important especially sebelum nak melabur

    2. Wan_PMD Avatar

      Sokong pada melabur pada ilmu.. =)