
“Hek eleh.. baru translate buku dah gelarkan diri sebagai penulis buku..” kata orang.
Mungkin ada kebenarannya, mungkin tidak. Pada saya, buku WTF – 23 Hartanah Sebelum Berumur 30 Tahun tersebut ditulis dan diolah semula berdasarkan penceritaan asal dalam bahasa Inggeris. Jadi adalah sikit kelayakan untuk dipanggil penulis buku. heh
Buat masa ni, saya berpuas hati walaupun sikit. One step at a time kan..
Tulis buku ni stress dia lain. Saya bekerja dengan orang, jadi kena kejar dateline. Saya dan penulis asal telah bersetuju dengan satu timeframe untuk buku tersebut disiapkan, maka kenalah ikut.
Dari segi proof read, kata si penulis yang buku ini akan diedit/proof read oleh beberapa pihak lain selepas saya siapkan terjemahan. Jadi saya tak proof read langsung. Kalau nak proof read, boleh charge lagi :P
Dengan itu, saya bukanlah tangan terakhir yang mengedit teks dalam buku tu. Saya pun tak baca lagi versi BM sebab masa terjemahan ditulis dulu, dah ulang 4-5 kali satu chapter. Melekat dalam otak. Harap para editor selepas saya tak ubah terlalu banyak.
Dan dengan itu juga, segala typo tu sepatutnya dibetulkan oleh para editor.
Kalau blogger ni lain. Saya tulis dan edit sendiri. Jadi memang jaranglah nampak ada typo sampaikan kalau ada tu, memang orang akan perasan. Paling best, jadi blogger takde deadline kecuali untuk entri yang berbayar.
Apa-apa pun, it has been a valuable experience for me. Terima kasih diucapkan kepada blogger hartanah No. 1 Malaysia sebab introduce Faizul kat saya lepas balik dari Moscow tahun lepas. Kalau tak, jangan mimpi la nak dapatkan nama sendiri terpampang di kulit buku yang bakal menjadi best seller ni nanti.
Harap terjemahan buku ini dapat memandaikan bangsa kita dalam bidang pelaburan hartanah. Kepada yang masih belum mendapatkannya, tempahan masih boleh lagi dilakukan di blog ini. Saya sedang menunggu stok baru daripada Faizul. First batch hari tu SOLD OUT!

Comments
31 responses to “Antara Penulis Buku & Blogger”
rasanya kat tv ada temubual penulis buku ni. tak ingat tv mana tapi channel astro
Hebatlah..muda-muda dah boleh jadi penulis buku dan involve dalam hartanah dan pelaburan.. Tahniah diucapkan dari BloggerWanita.com..
ingat senang ke kerja nak translate ni? serious susah dan tanggungjawabnya lebih kurang juga sebagai penulis asal.
cam rasa nak tempah satu.. boleh lagi ke ni?
biar sekadar translate, tetapi yang penting mara perlahan-lahan berbanding orang lain yang sekadar lihat
Dua-dua hebat, sama ada penulis buku atau menulis di blog, masing-masing ada skill masing, yang usaha dan kesungguhan
Lama dah tak berkecimpung dalam property. Sejak harga rumah melambung..Tahniah good effort.
boleh bahagikan masa blogging, menulis dan belajar..ini suatu yang saya perlu belajar daripada bro Ariff..
buku ni diorang ada buat affiliate tak?
Tak buat. Tak reti nak buat affiliate nih
waah.. boleh cop nama kat buku tu yang best tu..
sepertinya menarik,,jadi penasaran untuk membacanya,,,
mcmana en ariff membahagikan masa ye…tabik spring la :)
Ni tulis masa baru habis study. Ada masa sementara tunggu dapat kerja
Kita dah jauh ketinggalan dari bangsa cina dari segi pelaburan tak kira apa je pelaburan … ini usaha yg sangat bagus utk menyedarkan orang Melayu yg tak abis-abis bercakaran (seperti pru13) menunjukkan mereka lebih baik dari melayu lain dan melayu lain lebih teruk dari mereka. Biar kita bermula dgn sikit kerana sumbangan yg sedikit lebih baik dari bercakaran yg tiada kesudahan.
Sokong sepenuhnya, kata2 tuan…
alhamdullilah dah dpt jumaat lepas.dan sedang mentelaah…tq ariffshah.
hoho..sold out dah rupanya..
@halifsaat oh! anda ker yang menterjemahkan buku nie.. Hebat.. Akan order secepat mungkin. Salam perkenalan…
semoga terus maju jaya ye bro =)
Satu bidang yang baru diceburi. Mungkin lepas ini akan dipanggil lagi untuk projek-projek pada masa akan datang.
Tahniah Ariff Shah. ;) terbaik.
salam,
baru dapat buku tuh semalam, dah baca bab 1 dan ada perasan beberapa typo. apa pun terima kasih kerana dapat stok awal :) dan selamat maju jaya.
peh,bro..macam bagi2 masa tu..nak jadi engineer lagi,nak trasnlate bukulagi..xpenatke?huhu
Itu pentingnya tulis buku dengan bahasa penuh. Mudah penterjemah nak translate ke bahasa lain.
Itu sebab saya suka tulis dengan bahasa melayu penuh. ;)
Saudara Ariffshah, saya ada buat kontes. Join ya .. ;)
mula-mula penterjemah..lama-lama penulis la..
deadline.. bukan dateline
oops..
buku yang saya tempah baru je dapat siang tadi. terima kasih :)
Good2. Selamat membaca :)
hehe terima kasih.. banyak juga kesilapan ejaan dalam buku tu, mungkin sebab auto correct dalam software kot.
Apapun, mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas.