
Ini adalah komen peribadi saya berkaitan kedua-dua phone ni. Sedikit background; saya pernah menggunakan Samsung Galaxy S, iPhone 3G, Samsung Galaxy S3 dan iPhone 4S. So bolehlah dikategorikan sebagai “I know what I’m talking about”
Ketahanan
First point yang saya paling suka cakapkan adalah ketahanan gadget ni. Saya adalah seorang yang kurang cermat dalam penggunaan gadget. Kalau tengok MacBook Pro saya, nampak sangat benda ni memang telah digunakan hampir tiga tahun. Saya seorang yang aktif, takde masa nak jaga gadget.
Bila bercakap pasal ketahanan, kita tengok pada bahan buatan gadget terbabit. iPhone 5 (dan versi sebelumnya) diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dengan konsep binaan rangka yang sama dengan MacBook Pro mereka manakala Samsung Galaxy S3 diperbuat daripada PLASTIK! I mean, come on la… Beli phone harga RM2,000+ dapat barang plastik, ape cerita ni?
Dari segi material, Apple adalah pilihan yang lebih berbaloi, tahan lama dan pada masa yang sama ada kelas yang tersendiri berbanding smartphone plastik yang lain.
Untuk melihat dengan lebih lanjut lagi ketahanan material pada kedua-dua smartphone ni, boleh tonton video droptest ni.
iOS vs Android
Yang ni saya tak kisah sangat sebab saya boleh gunakan kedua-duanya. I’m a geek, so bagilah apa-apa pun berkaitan teknologi ni, takde masalah nak adept. Orang yang dah terkeluar daripada zaman ni memang susah sikit nak adapt pada benda baru. It’s normal.
Cuma buat masa ni, iOS 6 sangatlah menyakitkan hati terutamanya aplikasi Maps-nya. Sangat menyusahkan bagi sesiapa yang selalu menggunakan Google Maps kerana aplikasi Maps sekarang sangatlah bermasalah dan tidak lengkap.
Battery
Battery wise, Samsung menang hands down. Tak tau kenapa Apple tak letak battery dengan kapasiti yang lebih besar, cuma 1440 mAh berbanding 1432 mAh pada iPhone 4S. Unbelievable. Pada saya, sesiapa sahaja akan bersetuju bahawa kita memerlukan gadget dengan kapasiti battery yang lebih lama, betul tak?
Lain-lain?
Dari segi aspek lain saya dah tak kisah sangat, sebab kebanyakan feature tu marketing je lebih. Setakat pengguna biasa macam saya dan anda, takdelah nak guna 100% feature yang wujud pada gadget masing-masing. Kita cuma maksimakan fungsinya, tapi untuk sampai pada 100% penggunaan feature yang ditawarkan pada sesebuah phone adalah sesuatu yang jarang sekali berlaku.
Yang Mana Satu Akan Saya Beli?
Kalau saya ada extra RM2000-3000 untuk pembelian gadget sekarang, of course saya akan beli iPhone. iPhone datang dengan stail dan lagak orang kaya, itu sebabnya walaupun gadget lain masih hebat dari segi hardware, ada yang masih tergila-gilakan iPhone.
Tapi untuk mengeluarkan sendiri duit yang diperolehi secara susah payah ni untuk pembelian gadget, mungkin tak. Lagi baik campak je duit tu ke dalam pasaran saham dan biar dia naik.
Paling best kalau dapat salah satu phone ni secara percuma. Yes! Itulah yang terbaik sekarang. Ada sesiapa bermurah hati?

Comments
28 responses to “Antara iPhone 5 Dengan Samsung Galaxy S”
dua dua minta tapi lebih kepada iphone je..
Di youtube ada video antara iphone 5 vs galaxy S… iphone 5 lebih menang.. :D
so,, aku pilih iphone 5 :D
Cadangnya nak beli iphone sebab semua suggest beli iphone, lagipun saya memang ada pengalaman guna samsung ni, tak best.
iphone memang untuk golongan yang betul2 kaya…
galaxy s plak untuk yang budget sikit
Sama lah , nak beli sendiri iPhone memang tak akan lah , baik beli emas , tetapi percuma saya suka je .. dah dapat satu .. alhamdulilah
Saya fanatik iPhone! tapi tetap memiliki Galaxy S3.
Tak pernah ada gadjet dari apple tak berkemampuan :)
kalo tgk vid tu mmg nmpak yg iphone tu lg thn lasak drpd samsung…
cume pdn la harga samsung pun x bape mhl kn? hehe
Betul. Tu sebab iPhone ni mahal sikit
samsung plastik??
x caya laa tp tu je yg akak mampu.. sekali dah ada note selamanya le.. sampai note rosak la gamaknya..
Casing dia kan plastik. Rasa tak berbaloi kalau nak banding dengan Apple.
Apa-apa pun itu pilihan peribadi :)
Ehhh btw, phone saya pakai blackberry bold 2. Dulu beli brand new so dh agak lama pakai. Kalo buat drop test mmg robust gak sbb bold 2 saya ni penah beberapa kali buat olimpik somersault dr tangga tingkat 5… Okayyy je smpi srg… Heheheh
Produk apple penah guna ipod nano gen 4 & ipad 2. Tp mmg robust apple berbanding yg lain… Thrill tunggu iphone 5 masuk msia… Kalo free lg lah best!
Terima kasih kerana memberikan informasi yang menarik ini… :)
Sekarang ni tertarik kepada Samsung product, may be one angkat satu kut dalam masa terdekat nii…
bila dah pakai brg2 Mac ramai yg takkan pandang lagi Window ataupun Android ni
Dah terbeli S3 and so far so good~ ^_^
aku pun tunggu orang bagi nih..
Saya tak pernah lagi guna barangan Apple ngan android ni, baru pinjam-pinjam ja dengan kawan. Kalau di bagi percuma Galaxy S3 dan iphone 5, dan di suruh pilih salah satu ja. Saya akan pilih iphone 5.
setuju.. saya baru saja guna macbook air tak sampai 3 bulan, jauh beza produk apple ni. bila dah kerja dan sibuk, kita hanya cari keperluan bukan kehendak. dan apple betul2 menyediakan keperluan.. untuk phone sy guna htc.
entahla, aku rasa iphone nih xclusive, even aku tgk kawan aku pakai samsung yg gempak softwarenya tp mcm hset2 biasa lain plak aku tgkk
hehe.. ramai sungguh yg buat entry ni.. saya pilih HTC.. :p
saya krg berminat dua2 gadget ni..notebook lbey seswai tuk gye idup sye..mudah nk berblog, tgk muvee n laen2 lg..
Kalau saya juga akan lebih memilih iPhone 5 daripada Samsung Galaxy S soalnya lebih trendi ni mas bro. Hal lainnya menyusul hehe :)
still stick ngan BlackBerry. ntahlah, mungkin nk bg nmpk gaya org berniaga kot. huhu
barang orang putih vs barang korea…opkos la orang putih menang.hehe
Jika berkemampuan, bolehlah membeli produk yang berkualiti dan lebih tahan lasak. Membeli mengikut keperluan dan bukan untuk tujuan lain. Sekadar pandangan…
Terus terang saya sudah mengunakan gajet Apple terlebih dahulu kemudian Samsung. Kepuasan tetap pada Apple. :-)