Biasanya pelajar tajaan boleh claim untuk tiket penerbangan pulang. Walaupun boleh claim, tapi kalau duit claim masuk lambat terasa lah jugak kekurangan duit tu, lebih-lebih kepada individu macam saya yang langsung tak minta duit kat parents sejak 4-5 tahun ni. I intend to keep it that way. Bila kita tak mengharap back up kewangan daripada parents, secara automatik kita sendiri akan fikirkan cara nak cari sumber kewangan lain.
Berbalik kepada cerita claim duit. Yes. Daripada cerita mulut orang lain, sistem ni sebenarnya dah banyak disalah-gunakan oleh pelajar-pelajar dulu. Contohnya macam ni, tiket balik sehala dari Moscow ke Kuala Lumpur berharga RM2.5k, tapi claim RM5k. Ada yang kurang ajar lagi, claim sampai RM7k. Wajar ke macam tu? Kurang ajar adalah.

Disebabkan benda ni selalu sangat berlaku sebelum ni, ada travel agent di sini sedia bekerjasama dengan pelajar-pelajar tahun akhir untuk ‘mark up’ resit pembelian tiket supaya boleh claim lebih. True story beb. Pada saya, apa yang wajar untuk dituntut macam duit buku semester ni yang masih tak dapat lagi, memang perlulah sebab memang banyak duit digunakan untuk pencetakan dan sebagainya semester ni.
Tapi kalau sampai nak manipulasi sistem ni dan claim sesuatu yang bukan hak kita, wow.. Tak terasa diri macam penipu ke? Individu macam ni lah nanti bila dah jadi pemimpin/ahli politik memang jenis yang boleh disuap. Malang sekali, kebanyakan yang buat benda ni di sini adalah bakal doktor. Yang engineering baru pioneer batch graduate.
Dapat tajaan ke luar negara ni memang sedap, lebih-lebih lagi di awal cycle selepas elaun dinaikkan. Macam saya start dari pertengahan-akhir cycle, jadi elaun memang terasa semakin sedikit. Dalam kesedapan dapat duit tu dan kalau pandai melabur dan gandakan duit tu, janganlah sampai nak ambil hak orang lain. Bersyukurlah.
Dengar cerita, kena bayar balik 20% daripada jumlah pinjaman. Dulu pelajar tajaan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) perlu bayar 1% je. Jadi total hutang adalah lebih kurang RM100k. Bilalah nak beli rumah kalau macam ni..

Comments
30 responses to “Ambil Hak Orang Lain”
Sebab berperangai macam tu la student doktor dari Rusia underperform dan byk complain dari senior doktor di Malaysia. Buat pening je. Malaysia perlukan doktor lebih tapi yang berkualiti. Takkan simple process utk check patient pun xreti. Walaupun bukan semua, what a waste!
Sori bro teremo sedikit sebab entri ko ada berbaur doktor belajar di Rusia. Memang memeningkan!
sangatlah jelek pabila mengambil hak orang lain.
Tak wajar claim lebih dari bill atau receipt … tapi kalau dapat duit degan senang .. why not.. banyak orang yang akan buat macam tu.
easy money.
mmg bahaya ada org cmni.
tp nk buat cmne.
yg pergi bawah tajaan Mara tu walaupon semuanya Melayu, tp xsemuanya ‘Islam’….halal haram pn xreti
Nampaknya belajar tinggi-tinggi pun belum boleh menjamin kewarasan akal untuk berfikir. Ingat dengan ilmu yang ada tu, boleh senang-senang nak mengambil hak orang lain tanpa orang lain tahu..
100k? banyaknyer… hutang 18k pun x abis byr lg bro… dah hampir 7 tahun bekerja… tp Alhamdulillah dah beli rumah… Ala… lps ni gaji confirm mantap so bole je beli rumah.. dun worry..
ada jugak yang buat mark up macam ni eh.. hurmmmmm
Semakin pandai belajar, tapi perangai semakin kurang ajar! Haram lah duit tu. Ambil lah hak orang. Nanti mati nanti tengoklah hangpa!
bukan senang nak senang, bukan susah nak menyusahkan..
Haha..tertarik dgn gambo itu!!
Kenapa guna tabung ‘chu’ hehe :D
wow tak sangka benda macam nie boleh berlaku..lagi tak sangka dalangnya adalah daripada bakal professional..sedap tue sedap dapat duit baik yang banyak..boleh beli macam2..tapi tula caranya salah..kalau cara salah, hasil tue pun salah maka tak berkat la..be prepared jer la kalau2 ada benda tak baik berlaku..salah sendiri..
Yang penting pelajar sendiri kena ada kesedaran bahawa setiap sen yang mereka tuntut dan peroleh secara mengelat itu sebenarnya mengambil bahagian orang lain yang lebih berhak dan memerlukan.
Perkara macamni kalau tak dibendun akan menyusahkan pelajar lain bro
salam ariff,
bro pon pelajar mara kan?
kalau jawapannya yes, bermakna dulu bro adalah dalam SPC kan? so sekarang macam mana ye? dah tetap kena bayar 20% jugak ke??
Just nak make sure, because I am under MARA too…and I clearly know that I am under the Convertible Loan Scheme, means mmg kena bayar 20%. But I have some friends here who were KMBians and KTTians which they are originally been given SPC. So, meaning their scheme pun berubah???
Assalammualaikum..
Kenapa perkara macam tu boleh jadi? Semakin pandai belajar, tapi perangai semakin kurang ajar! Haram lah duit tu. Ambil lah hak orang. Nanti mati nanti tengoklah hangpa!.. Emo plak.. maaf
Pelik juga,tak kan pihak berkenaan tak check langsung average harga tiket balik Msia.Kalau dah sampai duit claim tiket pun nak menipu,esok lusa bila dah menjawat jawatan yg besar tak mustahil mereka akan buat claim yg tipu lagi.
Sokong apa ariff ckp tu,bila dah jadi pemimpin nanti tak mustahil mereka boleh terlibat dgn rasuah.Sekali dah makan rasuah mmg susah nak stop.
kalo dah siap pakat dengan agen mmg senang la kot keja diorang nak claim lagi tinggi..
dulu zaman saya study, claim gak duit tiket flight. tpi claim ikut harga asal je la.. xpernah plak terpikir nak markup claim lebih2..
uik selagi boleh corner, ada je student2 kita ni yang kilas duit orang lain..
uk entry ni,jgn la kita jadi penipu..saya dah undi blog ariff social media award tu
benda yang terjadi sama dengan pembelian laptop jugak kan. beli less than 3 ribu tapi claim 3 ribu juga. berkat ke belajar kalau buat macam tu, duit tu bukan kita punya pun, duit rakyat kan. btw, pasal kena bayar balik 20% tu betul ker? alahai, kalau betul2, kena saving dari sekarang la kot.
Untuk laptop lain rasanya. Memang peruntukan 3k sorang masa zaman saya la. Terpulang nak beli ikut apa yang diperuntukkan atau yang lebih murah.
sebab tu kerajaan bnyk hilang duit rakyat..disebabkan masalah camnilah..orang yang tak bertanggungjawab..tu belum sektor lain seperti beli peralatan kerajaan..harga murah tapiclaim mahal..harap2 mereka ni sedar dan tahu perbuataan mereka mampu menghancurkan negara
educated, ramai..
educated + ethics, kurang..
eh,kena bayar balik? bukan biasiswa ke?..
Dulu-dulu je biasiswa. Tapi ni tak confirm lagi. Ada yang dah habis belajar pun tak tau lagi kisah sebenar. So tunggu je lah. Kalau 100% biasiswa, alhamdulillah..
Dulu apply JPA,tak dapat.Pilih JPA sebab biasiswa penuh.Now JPA tak dapat,PTPTN tak apply,Zakat tak apply.Yahhhh!Bergantung sepenuhnya duit sendiri.
Jimat.Kalau orang lain laptop power-power,aku hanya mampu pakai yang lama.No hal.
Pentingnya,habis belajar,aku free dari hutang.Keh keh keh.InsyaALLAH
Semoga mereka diberikan petunjuk olehNya.
takpe. ko dapat kerja nanti..leh bayar punya. hutang ptptn aku dah habis. 4 tahun membayar tanpa miss setiap bulan. Sengsara gak la..haha..
memang kuang ajax ler yang claim sampai 7k tuh.. haram
dunia akhirat..
apa ker tabung ba’ brother.. muka kucing ke ayam ke kan cun
Panas ni. Kalau tak dibendung dan di”educate” sudah pasti impak yang buruk pada masa akan datang akan berterusan seperti apa yang bro katakan iaitu suap @ Rasuah bila dah sedap makan duit orang. Memang inilah hakikat bukan setakat kepada pelajar yang belajar di luar negara tetapi juga dalam Institusi tempatan. Dapat duit setiap semester , pelajar lebih utamakan duit tersebut untuk dibelanja untuk kegunaan peribadi seperti membeli barangan seperti Stereo , berjoli sakan dsbnya. Bukan dibelanja untuk perkara-perkara yang berfaedah dan perkara ini terus berlanjutan dari dulu sehingga sekarang. Kalau ada pelajar yang bijak menggunakan duit tersebut takpe, tapi yang sedih yang tak bijak, yang bila dah habis duit tuh mintak support lagi dari kedua ibubapa. Menyedihkan..
sedih dengan mentaliti orang kita. Berbeza dengan mentaliti rakyat negara maju..