Alahai Copy Paste.. Bermaruahkah Anda?

Reading Time: < 1 minute

Aku dah mula mendapat laporan sana sini ada orang copy paste entri kat blog.ariff ni. Dah agak dah benda macam ni akan berlaku sebab aku tak disable right click ni semua. Lagipun macam no point aku disable right click dan highlight sebab macam menyusahkan orang pun ada gak.

Kelakar la.. ni kes buat blog sebab nak buat duit la. Dari dulu lagi aku cakap, kalau nak buat blog, tak boleh fikir buat blog sebab nak buat duit. Nak buat duit pergi kerja, jangan malas. Buat blog kalau sampaikan nak copy penulisan orang memang takde guna langsung. Kalau copy mintak kebenaran kasi link back tu takde masalah, ni copy lepas tu buat entri tu macam dia tulis sendiri.. ish.. memang takde maruah macam tu.

brought to you by

Betullah orang cakap, kalau nak tau entri yang kita tulis tu bagus ke tak, tengok sama ada orang lain copy atau sekurang-kurangnya olah balik ke tak penulisan kita tu. Kalau ada tu memang bagus la agaknya.. Tapikan aku rasa kelakar sebab kalau orang tu copy Tip Berblogging aku, dia pandai sangat ke nak jawab kalau orang tanya itu ini? Ataupun blog dia tu memang tak banyak follower? Nak tulis tips berblogging ni kena tau apa yang ditulis, kena tulis berdasarkan pengalaman dan research. Bukan main redah tulis ikut suka hati je.

Tak nak membebel panjang-panjang. Kalau copy paste tanpa kebenaran atau sekurang-kurangnya link back ke sini dah kira mencuri. Dapat eraning Nuffnang daripada hasil curian tu jadi apa? Hang fikirlah sendiri.


Posted

in

by

Comments

49 responses to “Alahai Copy Paste.. Bermaruahkah Anda?”

  1. mamahani Avatar

    inilah risiko kita…

  2. nanne Avatar
    nanne

    walaupun saya baru aja terjun dalam dunia blogger, tak tergamak rasa nak copy paste dr entri org lain.

    biarlah tak der entri or trafik..asalkan cerita dalam blog saya tu ‘fresh’ dan ‘ori’ dari kepala saya sendiri…

    nak berblog bukan senang..perlukan masa dan kegigihan…jadik pada yang suka ‘copy’ dan ‘paste’, fikir-fikirkanlah..

    *sekadar bagi pendapat*

  3. hyprobulksms Avatar

    Sebenarnya, kalau satu aksara sahaja dah diubag dalam entry dah dicopy paste tidak boleh claim sebagai hak kita lagi… itulah realitinya.

    Reality yang menyakitkan hati.

  4. soffya cik bulan Avatar

    ye..kalau copy dr org punya, buatlah mcm tulis asgmnt tu..

    (dipetik dari…)

    kalau ubahsuai..

    (dipetik dan diubahsuaikan dari….)

    atau

    ‘memetik kata2 arif dari blognya….’

    link kanlah..dah amik org punya…

    kenapa kita amik orang punya?lect aku ckp…dh kita ni bkn org bijak pndai..kita masukkanlah rujukan dari org yg pndai..baru apa yg kita ckp tu berlandasan..tp jgn kita gi buat mcm yg kita punya plk…

    tp kalau yg itu pun slh, aku tk thulah…

  5. annadzirah Avatar
    annadzirah

    memang tak patot..
    huhu.

  6. TMUkmkd Avatar

    heh :D hal copy paste ni memang panas. tapi aku tak pernah lagi jumpa orang copy paste entri aku :)

  7. rashid Avatar

    Mak ai, benci giler dengan copycater nih…sendiri tanggung lah nanti…

  8. zik Avatar
    zik

    hurm, aku punya blog memang ada banyak juga tuh salah taip…. kalau ada yang control c, control v… memang kantoi sangat la tuh..

  9. Hazzy Avatar

    isk…hang mana pulak ni? budak copy paste tu budak utagha ka?
    haha

    With Love,
    HazzySuperb

  10. zackpantai Avatar
    zackpantai

    kalau mencuri gambar pula macam mana?

    1. ariff Avatar
      ariff

      curi gambar? curi gambar macam mana tu?
      Kalau hotlinking terus gambar dari sini memang tak boleh la..

    2. rashid Avatar

      Kebiasaanya kalau amik gambar dari blog orang mungkin tak salah, sebab tuan blog pun amik dari google, tapi save dulu dekat pc then masukan dekat blog sendiri, sebab sakit kalau bandwith merah before cukup bulam…sedih!!!

      1. ariff Avatar
        ariff

        Betul2. Kalau gambar aku buat sendiri baru aku watermark kan.

  11. shaharil Avatar

    Ini jadi kes tak de pasal cari pasal…

  12. Nadri Avatar

    klu dah copy & paste tu, pandai2 lah bg kredit @ backlink pada tuan empunya entri tuu..nampak molek kansss…

  13. Wan Perlis Avatar
    Wan Perlis

    blog aku xda org nak plagiatnya
    entri biasa2 ja.selamat

  14. faizsufi Avatar

    Mungkin mamat tu baru nak berblogging kot. So,dia masih kureng dalam etika internet ini. Atau buat2 tak faham aka buat b**oh.

    kalau beri link back,boleh la kurangkan sikit marah tu,tapi still mencuri. Yang lagi teruk seperti admin cakap la,hasil dari nuffnang,ngaku artikel sebagai dia punya,dan submit artikel yang boleh memberi kesan pada tuan punya artikel.

    By the way,etika tu kena ada. Bro bagi la dia ebook tentang SEo or what..pasal maruah itu memang la si mamat tu takder..

    ajar etika kat dia la..

  15. ayue Avatar

    sape tu sape???meh bgtaw sikit…=p

  16. hanisaleeya Avatar

    Ek, nis buat review hari tu.. Haha.. Tu tak termasuk [copy-paste] kan? Ahaha..

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh.. tu takdelah. review ngan copy paste ni jauh beza

      1. hanisaleeya Avatar

        Haha.. Tau.. Saja buat2 tak tau..

  17. Lord Zara Avatar

    aku tak tau ada org copy entry aku ke tak~
    ha ha ha~
    cam takde je~
    sebab aku tulis tak bagus mana pun~
    ^__^

    orang yg copy hasil org lain tanpa fikir ni, pastu mengaku hak sendiri memang pencuri~

  18. mijie Avatar

    diorang ni arif memang tak der maruah..dan tak fikir haram halal

    kadang2 selamba je aku gi komen ke blog org yg copy paste entri blog aku, pastu baru nak kasi back link

  19. rohaizad Avatar

    Untuk menjadi blogger yang berjaya, kena always bersedia untuk berdepan dengan fenomena copy paste ni. Alah bisa, tegal biasa…

    Satu yang positif mengenai aktiviti copy paste ini ialah sebagai tanda entri kita bagus dan menarik hati. Lain dari itu semua adalah masalah.

    p/s: Utusan Malaysia pun pakai entri dari blog aku Ariff… huhu. Biasakanlah diri dengan fenomena ini ya :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      hohoho.. Kalau sampai tahap Utusan Malaysia guna tu memang legend dah bro.

      Tak kisah sangat pun, cuma sedih la ngan diorang ni.. Cuba usaha sikit, kerah otak tu sikit untuk tulis sendiri. Kan ke bagus kalau macam tu.

  20. RIS-IT Avatar

    Keja saper tu? War2kan ler, baru kita tau.
    Bukan aku kan.

    1. Anwar Osman Avatar

      kalao letak link dia kat sini.. dah serupa mempromosikan blog dia la kan.
      menciplak pun dpt promosi beb. hebat tu.
      aku yg karang penat2 xdek publisiti mcm nie pun.
      huhuhu…

    2. ariff Avatar
      ariff

      Tak tak.. tapi adalah. Takpe2.. tak elok burukkan nama orang kat tempat umum.

      1. Anwar Osman Avatar

        mcm tu pun betul jugak. nabi pesan jgn aib kan org lain. x baik.

  21. Anwar Osman Avatar

    aku punya blog x pemes so xdak masalah tu.
    tp aku punya blog ada gambar aspire 4741g yang bukan copek kat web acer.
    so, itu ada org copy..tp okla sebab dia promosikan secara percuma link image aku kat lelong.com.my
    so, aku biarkan ajela… janji user lelong ada terjelepuk masuk web aku.
    hehehehe…

  22. ezany Avatar

    yang paling kelakar bila ade orang copy paste entri peribadi.. isk2..

  23. denaihati Avatar

    Tu lah sebabnya takut nak buat blogging tips kecuali betul2 faham. Tu pun ramai juga yg DM. Membantu mana yang mampu je lah.

  24. Kujie Avatar

    baca satu blog tu bagi tutorial , tapi entri sendiri pun tak justify
    dia tak faham lagi ttg ‘sebuah blog’

    dlm sebulan mesti dpt detect org copy, tak kiralah image ke
    kalau simple2 tu biarkan saja

    1. Kreuger Avatar

      saya selalu terlupa nak justify text.

  25. klcitizen Avatar

    ada lagi masalah ni ya?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sentiasa ada..

  26. mama Yuki Avatar

    peh…nasib tak wat keje2 tu…hoho…

  27. Faizal Avatar

    tak macho lansung siapa buat tu.
    blogging is sharing information. biasalah kita akan ambil information from one place to another. tapi sebagai manusia bertamadun (dan penyokong Germany), kenalah bagitau dari mana kita dapat information tuh.

    ego tinggi sangat ke sampai susah sangat dia nak mengaku guna maklumat dari sumber lain??

  28. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Menyampah betul lah orang macam ni. Ko dah sound dia belum?

  29. Whitey Mommy Avatar

    betul2… hehe ariff kan hebat… sebab tu orang copy paste… =p wah! baru hari ni saya dapat comment… hooray…. tapi ur tips memang the best…sabar je la..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Eh. sebelum ni tak boleh komen ke?

      anyway. thanks =)

  30. Affan Avatar

    Salam bro.
    Blog ko mantap sgt kot. Hehe.

    Aku pun ada gak mcm tu.
    Bila aku komen kat “entry” dlm blog die, blh pulak die komen blk dalam original entry aku punya, tapi jadi en. anon. Dahtu, bila cek blk komen aku tadi dalam blog die, pandai pulak die delete. Adeh, entry biasa2 aku pun nak ambik ke. Huhu

  31. A-Y-I-E Avatar

    Assalamualaikum saudara ariff
    Adakah saya? Huhuhuhuh
    Saya ni pasal copy paste.. hurrrmmm memang best
    Walaupun setelah di copy, paste and modified saya tetap letak sumber rujukan.

    Harap-harap bukan saya la.

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak tak.. adalah orang lain.. dont worry.

  32. izwan Avatar

    fastblox.blogspot.com juga ada cerita benda yang sama,kena tiru entri..
    aku baca kat situ,dia g gegar blog org yg tiru entri dia,kasi komen..then orang tu delete dah entri yg ditiru..haha..

  33. aini Avatar

    yg copy tu mungkin tak tau adab berblog ni kot… tegur secara berhemah dulu supaya dia tak mengulang dengan sengaja.. =)

  34. Huda Luna Avatar

    copy cat ni mmg tak akan fikir maruah ke ape
    diorang tau sedap copy je tnpa usaha langsung

  35. suaidah Avatar

    dah macam2 sekarang nih. nak sangat income agknye. idea tamau fikir. copy senang tapi mencuri salah cara. isk! berdosa yee sapa buat tuh :)

    kepada anda ariff: sabar jelaaa. dlm dunia ni ada mcm2

  36. nursarah Avatar

    huhuhu.. sebab tak pk tang maruah la adanya spesis copycat nih