Serius. Saya bosan malam ni. Tajuk entri pun mengarut je. Pagi tadi masa nak pegi class, tali beg putus. Bukan tali tu putus, sebaliknya besi penyambung tu yang tercabut.
Sebabnya? Penggunaan setelah bertahun-tahun untuk setiap hari pergi ke kelas. Besi tu terhakis akibat geseran dan lama-lama sambungan tu jadi longgar. Sebenarnya dah tau benda ni akan putus, cuma saya tak jangkakan ianya berlaku pagi tadi. Bajet dapatlah tahan sampai habis present final year project nanti.


Maka terjatuhlah beg sandang yang mana isinya tidak lain dan tidak bukan adalah MacBook Pro kesayangan ni. Apa cerita MBP tu? Kalau rosak memang takde dah update ni. Semuanya ok sebab casing dia tebal dan mampu menyerap hentakan.
Agak simbolik sebenarnya. Dah macam tanda-tanda besar saya akan berambus dari tempat ini tak lama lagi. Jadi sekarang terpaksalah pinjam beg kawan sementara nak habiskan sebulan ni. Nasib baik dia ada beg banyak..
Giveaway from Kissing Crust. Hadiah iPad 2 menanti anda! Join giveaway sekarang!

Comments
24 responses to “Alah Membeli, Menang Pingat Emas Sukan SEA Memakai..”
isi macbook mana tak tercabut kot?
Kalau lama2 guna memang terhakis. Isi macbook tu baru sem ni. Tu pun dua kali seminggu je pgi class
laptop aku compaq v3000. dari awal masuk U. still ok lagi. umur? ada la 4 tahun stengah?
Takleh lawan laptop asus aku. Rasanya dah lebih 7 tahun
perghh. lama! :D
I’ve been using my current wrist watch i use everyday for 11 years. Bought it in June 2000. ;)
wow. Can’t say much about watch. It doesn’t really wear out that much over the years. But I’m sure the strap has been changed a couple of times, right?
samalah…mentang2 dah nak habis study, satu2 barang rosak.macam tahu je dia akan dibuang sebab nak jimatkan storage space nanti.
nampak macam tahan lama je aluminium cover MBP tu?another reason to have one? :D
Tahan tapi yang buat dia selamat casing daripada Capdase. Lembut, tapi memang bagus menyerap hentakan.
Setakat ni paling lama bertahan laptop aku jek..6 tahun menabur jasa dan bakti sampai sekarang
woo, kalau aku, mmg tersentap jap jantung kalau terjatuhkan MBP. huhu
Masa tu dah macam lambat nak ke kelas. Sekali putus tali tu. Beg jatuh kat lantai. Nasib baik bunyi tak kuat. Tak risau sangat masa tu.
Dah lama2 kat kelas, terdetik gak, ok ke tak MBP ni.. Check2 tengok ok. Nasib baik..
Apa dia Mac Book Pro jatuh. Aduhai kalau saya sudah tidak boleh tidur dah.
beg yg byk b’jasa….
mujur lah ada kawan yg ada banyak beg…
pandai berjimat, guna selagi boleh..
Memang tak suka beli banyak2 ni. Guna satu tu selagi boleh
Minta yg baru lah tu he3…
Setakat ni beg aku yang masih bertahan adalah beg dari zaman Form 4 (2002). Abah aku beli sebab nak pujuk aku bila dia kena sambung Masters. Aku sedih sebab setiap hari pergi sekolah dengan dia.
Sampai sekarang ada. Adik aku pinjam hari tu bila beg dia koyak, aku terus ambil balik bila dia dah habis sekolah. Sayang woo.
wah. Lama gak tu. Nak masuk 10 tahun dah
Sayang punya pasal, aku pakai dari Form 4, masuk matrik, masuk UTM, hatta dah kerja ni pun aku pakai lagi. Jaga elok2, basuh. Walaupun ada je beg lain, tapi entah, simbol inspirasi kot?
(Sebab menangis atas motor dari sekolah sampai rumah bila tahu Abah nak sambung belajar)
perghh…dah berapa tahun ko pakai beg tu bro?meh sini aku teka.5 tahun? :)
salah :P
haha…macam lagi lama dari 5 tahun je :P
Tak la.. 4 tahun kot tak silap aku. Beg 15 euro beli kat Topman Moscow. Tamat dah riwayat dia..