Aku Yang Bermimpi..

Reading Time: 2 minutes


Pernah tak korang alami mimpi yang bertemakan tentang sesuatu yang korang tunggu? Macam kalau korang tengah tunggu result SPM lepas tu masa tidur mesti termimpi-mimpi korang dapat result SPM sume la.. Kadang2 mimpi tu boleh meleret-leret sampai membawa korang ke masa penyampaian hadiah, dapat result SPM terbaik la sume.. Kalau mimpi macam tu mesti tersengih sorang-sorang dalam tidur punya, betul tak? Tak best kalau mimpi sedih, dapat result teruk lepas tu kena tinggal awek sebab result teruk. Memang sedih giler ah sampai nangis-nangis, sedar-sedar korang pun sendiri tengah nangis sampai air mata mengalir basah (bukan mimpi basah ye..)

Mimpi macam ni.. agak kacau gak sebenarnya. Yelah dia berkisar tentang harapan besar kita pada sesuatu tapi oklah daripada mimpi kena kejar hantu. Yang penting biasanya mesti terbangun lebih awal disebabkan mimpi ni. ha.. Tapi pagi ni aku bangun ikut standard time aku bangun la, 6:00-6:30 pagi.

Nak tau ke apa aku mimpi malam tadi? Sampaikan bangun2 terus membebel kat blog ni. Nope, bukan mimpi pasal nak tunggu cik bakal awek kasi jawapan yes or no, takde pun bakal awek lagi.. Siapalah yang sudi kan.. Aku mimpi pasal result pertandingan Creative Youth blog contest tu, anjuran Information Technology Youth Movement sempena Hari Belia Negara 2010. Dalam mimpi tu Aus Melankolik menang dapat anugerah, blog aku tak menang walaupun tersenarai sebagai finalis (jangan tanya siapa lagi tersenarai). Lepas tu tak pasal2 nampak si mamat Aus ni naik pentas muka penuh bangga terima sijil anugerah. Bengong. Itulah bila banyak sangat fikir pasal blogging ni, terbawa-bawa sampai masuk dalam mimpi.

Aku mengharapkan kemenangan sebab suatu ada kepuasan di situ, yelah dah banyak masa dilaburkan kat blog ni.. Bangga? Tu tak kisah sangat, boleh letak belakang.

Doakan aku menang something ye

Pagi di Moscow @ 6:32 a.m. Kalau dah cerah macam ni memang aku tak boleh tidur dah


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Aku Yang Bermimpi..”

  1. AirielKayz Avatar

    Aku paling tak suka mimpi pegang duit banyak2, terjaga rupanya duit tu tkde.. :(

    U deserve to win something.. all the best for u, bro.. kemsalam cewek russia ae..
    .-= Cerita terbaru AirielKayz.. Wallpaper: Ideas Wallpapers =-.

  2. aboi Avatar

    cantiknya pemandangan kat moscow pagi2…
    .-= Cerita terbaru aboi.. Tutorial Update Blog Guna SMS… =-.

  3. Aus MeLankoLik Avatar

    aku baru trgt , org ka te mimpi ni sebaliknye , hahahak . cakap la aku kalah , hahaaha .

  4. el Avatar

    dasat gak ko ni..smpai bwk mimpi..perghh~
    .-= Cerita terbaru el.. Bila xx + xy [epi 13] =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. Dah nak exam ni otak celaru sket

  5. ann Avatar
    ann

    hahahaha.. ariff ni. Ouuhh, nampaknya, aus bakal menang.. Tahniah aus.. (sengaja menjeleskan ariff, ekekekekekek)
    .-= Cerita terbaru ann.. Nak anak, tak nak laki. Boleh??? =-.

  6. Syafrizal Avatar

    Sampai masuk mimpi result pertandingan ye hehe.. hebat.
    .-= Cerita terbaru Syafrizal.. Reader Plus – extension Chrome untuk Google Reader =-.

  7. klcitizen Avatar

    mimpi kekadang sebab mainan perasaan
    tetapi ada juga jadi petunjuk kan

    apa pun, semoga ariff menang dalam pertandingan…
    .-= Cerita terbaru klcitizen.. patah selera =-.

  8. little amoi Avatar

    amoi lak pernah mimpi kena kejar dgn dinosour.
    bangun tidur siap tercungap-cungap lagi.
    sebab lari sekuat hati konon nya.

    erm.. sebelum tidur asyik fikir kan aus melankolik je ke?
    selalu nya apa yg last kita fikir,
    akan terbawa2 dlm mimpi.
    minat aus enk? hahaha.
    .-= Cerita terbaru little amoi.. Little Amoi kena Bebel dengan blogger tegar (BEN ASHAARI) ? =-.

  9. Aus MeLankoLik Avatar

    hahahak , macam mane boleh kau mimpi lak , hahahak .
    ini dah tahap serius ni , boleh mendatangkan trauma sampi bawak blog dalam mimpi , hahahahak .

    tapi kan , kalau mimpi kau jadi kenyataan gilak best , hahhahak .

    nanti mane tahu aku mimpi kau plak dapat anugerah kat moscow , hahahak .

  10. Azah Avatar

    aku mimpi aku fail exam, pastu dpt result mmg betul2 fail..
    sedih…
    papepon, gud luck menanti keputusan pertandingan tu..
    .-= Cerita terbaru Azah.. 8 Things How Am I Differ From You =-.

  11. Lord Zara Avatar

    Pergh.
    Mimpi macam tu sekali~
    Woot2~

    Aku pernah mimpi dapat hadiah pelajar cemerlang sekolah~
    Nasib baik dapat. Kalau tak, mau aku tak nak bermimpi lagi~
    Huuu~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Cikgu, Saya Datang Meminang Cikgu Sebagai Hadiah Hari Guru Boleh? =-.

  12. FTN Avatar

    aku pernah mimpi memang macbook pro…tapi sampai sekarang hadiah tu tak sampai-sampai..
    mungkin sebab aku menang dalam mimpi..jadi kena tunggu hadiah dalam mimpi je kut.

    haha
    .-= Cerita terbaru FTN.. 10 Tanda Korang Mengalami Blog Addiction Disorder (BAD) =-.

  13. Dauspozi Avatar

    Salam bro, aku pernah mimpi yg aku tgh siapkan satu entry mengenai Alexa rank aku, pastu aku jaga dari tido tgk aku atas katil. bukan tgh siapkan entry, wakaka… siap mimpi masa tu aku top blogger lagi, wakaka… gelak perasan!
    .-= Cerita terbaru Dauspozi.. 4 Drama Bersiri Terbaik Di Malaysia =-.

  14. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Aku ni jenis yang susah nak ingat mimpi selepas bangun. Bila bangun je, rasa macam excited je nak cerita dekat orang tapi mesti tak dapat nak ingat. Ish.

    Cantik jugak ye pemandangan Ulitsa Vilisa Latsitsa. Kenapa aku tak sedar selama ni? Hahaha. Dekat2 summer ni memang tak best. Cepat sangat cerah. Bila bangun mesti tak.boleh tidur dah.

    Cikgu aku dulu dia cakap memang dia buat bilik dia betul2 gelap masa summer. Kalau tak dia tak boleh tidur. Peter kan ada white nights lagi, memang cerah je masa bulan Jun.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bilalah agaknya aku nak sampai Peter..

      Cantik eh? Photoshop je kot. Pokok tu nampak hijau lagi and matahari pun cun pagi tadi. Satu snap je. Aku sekarang tengah berlatih kurangkan snap gambar, tapi semua gambar yang snap tu tak payah delete, kira kena compose betul2 baru snap. Sangat leceh nak sort out gambar kalau dah snap banyak2.

      BTw. Aku dah install plugin untuk mobile version. Nanti tolong kasi feedback camne.

    2. yuyu Avatar

      white nights..?the whole nite ke..?mcm kt pole ke..?hu~i like..aku ske siang yg pnjg..rs byk bnde boleh buat..peter as in st.petersburg florida ke rusia eh..?

      @ gundam : uh..?ko xsmpai lagi..?why~?! ariff, dh smpai mmpi2 ni mknenya ko kne kurangkan ms mngadap comp ko..comp = computer & competition.. :)
      .-= Cerita terbaru yuyu.. of valueing your identity.. =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        Kalau aku tak mengadap komputer, nak mengadap apa lagi yu?

        anyway.. St. Petersburg tu.. Insya Allah sampai jugak aku nanti kat sana. It’s just a couple hours of flight

      2. Zaki Helmi Avatar
        Zaki Helmi

        @yuyu:

        Dekat pole lain sikit. Sana siang sepanjang musim panas kalau tak silap. Macam dekat St. Petersburg (Russia) masa bulan Jun tu siangnya sangat panjang. Malam ada tapi sangat sekejap dan dia punya gelap tu tak sempat nak betul2 gelap dah siang balik. Faham tak? haha. Macam serabut sikit penerangan.

        Kemuncak White Nights ni masa hujung bulan Jun. Dalam 24-28hb macam tu. Boleh bayang tak Maghrib masuk dalam pukul 11 malam lebih dekat2 pukul 12. Lepas tu Subuh masuk dalam pukul 3 pagi macam tu. Kiranya malam dia tu tak sempat nak betul2 gelap, sebab tu nampak macam siang 24 jam. Benda ni boleh nampak tak lama, kalau awal Jun dan bila dah masuk July tu tak ketara sangat.

        @ariff:

        Kalau ko nak pergi Peter masa White Nights adalah sangat menarik. Tapi susah la kan sebab musim exam dan lepas tu kira nak balik Malaysia je. Aku faham. Hehe. Tapi tak perlu datang masa winter. Angin winter di sana akan buat ko rasa sangat sejuk.

        Oh, nak ke Peter dari Moscow 1 jam je naik flight S7. Kalau naik Rossiya atau Aeroflot dalam 1 jam 15 minit macam tu kot. Aku pun dah lupa, tapi memang ada beza masa sikit la. Boleh juga kalau nak cuba la naik express train Sapsan. Kalau nak murah dan tahan 8 jam dalam train, naik yg biasa sudah. Janji dapat yg boleh tidur. Kalau tak sakit bontot oh. Hahaha.

        Okay. Nanti aku bagi feedback. Tapi tunggu entri baru lah kot. Malas nak mencuba sekarang. Haha.

        1. yuyu Avatar

          @ zaki helmi : ye2 faham..it’s winter over here..so i can see wut u mean.. :) tq 4 sharing :)
          .-= Cerita terbaru yuyu.. of valueing your identity.. =-.