
Ini adalah dilema mat motor macam saya sekarang, asal orang dengar bunyi motor je, mesti nak pandang semacam dengan raut muka yang macam takut-takut.
Mesti ada yang bila dengar bunyi motosikal, tiba-tiba pegang handbag dengan dua tangan, ataupun jalan jauh sikit dari tepi jalan.
Terguris hati dan perasaan setiap kali orang pandang saya macam tu :(
Memang sekarang ni banyak kes ragut dan 90% daripada kes ni dilakukan oleh peragut yang naik motosikal. Tapi saya bukan peragut! Kadang-kadang nilai barangan yang saya bawa dalam beg lagi mahal daripada apa yang orang ni semua bawa.
Tapi nak buat macam mana kan. Mindset orang dah tak boleh ubah sekarang. Mereka seolah-olah menganggap penunggang motosikal = peragut. So kena hati-hati.
Untuk pengetahuan, majoriti peragut adalah pembonceng motosikal. Kalau dia sorang, memang tak boleh buat kerja. Macam mana nak lepas sebelah tangan pegang handle, sebelah lagi tarik handbag?
Tapi kalau ada jugak yang terlebih bodoh dan buat kerja solo, rentap je balik handbag tu biar dia jatuh. Lepas tu panggil orang ramai untuk pukul dia. Lepas pukul, campak dalam longkang atau sumbat budak tu dalam tong sampah.
Kalaulah jumpa mangkuk hayun kaki peragut ni, memang saya sendiri akan langgar mereka. Kasi gilis kaki malaun ni dua tiga round. Mereka tak layak mempunyai anggota tubuh yang sempurna sebab tak nak gunakan kaki dan tangan untuk bekerja. Jadi cacat lagi bagus supaya dia tak boleh lakukan jenayah lagi.
Saya yakin ramai penunggang motosikal boleh relate dengan perkara ni. Sabar jelah…


Comments
13 responses to “Aku Bukan Peragut”
Selalu perkara negatif dilabel kepada mat motor. Mat motor berhati baik kalau ada kalangan mat motor ada masalah ditengah jalan akan bantu, begitu juga kalau ada kemalangan jalan raya mereka akan bantu tolong, kalau ada tayar kereta yag pancit akan ditegur. Masih ada lagi kebaikan yang mampu mereka hadiahkan tanpa mengharapkan balasan sekadar cukup mengucap terima kasih sudah memadai.
Sekarang ni penunggang motosikal meragut bukan saja yang sedang berjalan kaki, barang dalam kereta pun dorang ragut. Ada saya tengok gambar perempuan simpan handbag di kerusi sebelah dalam kereta, diragut.
hang kena sabar. haha..
Penunggang motosikal memang selalu dipandang serong.. Tapi kalau tunggang motor besar ok je.. Kadang2 pelik jugak..
muka jambu macam lu ada rupa peragut ke? Awek mana la yang kejam pandang serong pada lu ni ariff.. isk2…
Bila naik moto kena pakai baju warna hijau macam polis trafik barulah orang tak anggap kita peragut hhehe…
kena pakai smart2 bila nak menunggang motor…baru la takde orang nak menjeling2 semacam je…
Tak blh salahkan public … berhati2 tu kan perlu… tp kalau dh buat jelingan lain macam … itu lain…hehe
Nak buat macam mana kan bro. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal tak sudahkan. Bukan niat nak memandang serong, tapi lebih kepada berhati-hati. Hehe
Assalammualaikum… bro ariffshah,
garangnyer nak gilis 2-3 round.. kaki peragut (malaun) tu.. heheh ader masa kena tegas dengan peragut nie jgn kasi muka,.. tapi bukan semua penunggang motorsikal peragut kan?
mselim3
Memang bukan semua tapi yang sikit buat hal nilah yang memburukkan nama orang lain
Memang pon,saya selalu kena macam tu…nak2 jelingan orang tu hadoi hahaha..
Orang jeling tajam macam kita bersalah. Sedih2