Airbus Memperkenalkan Kapal Terbang Lutsinar Berteknologi Tinggi

Reading Time: < 1 minute

Aku suka melihat langit pada waktu malam, terutamanya apabila tiada awan tebal. Pemandangan langit gelap yang diterangi bintang berkerdipan dan bulan yang mengambang sangat romantik. 40 tahun akan datang, pemandangan seperti ini boleh dinikmati di walaupun aku berada dalam kabin kapal terbang.

 

Airbus baru sahaja mengumumkan konsep baru kapal terbang masa hadapan mereka yang mempunyai dinding membran lutsinar berteknologi tinggi, membolehkan penumpang menikmati pemandangan langit pada waktu malam. Dinding membran yang menggunakan sistem hologram itu akan berubah mengikut keadaan cahaya persekitaran. Selain daripada itu, pengenalan kabin mengikut kelas tidak lagi wujud sebaliknya akan diganti dengan kabin untuk bekerja, berehat dan bar/kafe untuk bersosial.

 

Aku rasa apa yang perlu untuk kapal terbang pada masa hadapan adalah saiz kapal terbang yang lebih besar. Dengan keupayaan teknologi baru pada masa hadapan, diharapkan kos untuk membina kapal terbang yang besar dan jumlah bahan bakar yang digunakan akan dapat dikurangkan, seterusnya memberi lebih keselesaan kepada penumpang pada harga yang berpatutan.

Gambaran artis untuk rekabentuk pesawat tersebut
Pemandangan dari dalam kabin
Memang romantik la macam ni..
Kabin berteknologi tinggi juga membolehkan penumpang bermain golf secara virtual dalam pesawat
Seat canggih

Posted

in

by

Comments

27 responses to “Airbus Memperkenalkan Kapal Terbang Lutsinar Berteknologi Tinggi”

  1. Zainal Avatar

    salam…

    nampaknya selepas 108 tahun 6 bulan manusia semakin maju dengan teknologi penerbangan terkini..itu belum lagi dilihat kemajuan dalam pembuatan pesawat2 pejuang..yang gah dengan teknologi stealth…

    rasanya keadaan camni kita pernah tgk dalam filem2 sains fiksyen…

    kadangkala secara sedar tak sedar jika kita lihat setiap filem keluaran barat…secara tersiratnya mereka cuba menunjukkan kepada dunia tentang impian mereka…dan mereka cuba merealisasikan impian itu…

    satu ketika dulu ada filem2 yang mengisahkan tentang perjalanan manusia ke planet marikh..eg: Red Planet dan Mission To Mars…

    dan amerika syarikat telah pun merancang untuk merealisasikan impian mereka untuk mendaratkan angkasawan mereka ke planet marikh pada tahun 2030…

    cadangan kpd bro ariff…

    minta buat review untuk pesawat pejuang terkini keluaran russia..dulu pesawat2 mereka begitu gah dengan keupayaan manueverability…sekarang apa lagi teknologi yang mereka ada..??

    sekian TQ

    1. ariff Avatar

      yeah. Mereka ni memang kuat bermimpi dan berusaha dengan gigih untuk menjadikan fantasi tu sebagai realiti.

      Sekarang ada pakfa. Russia baru mula nak guna stealth tech, dan pakfa adalah yang pertama kalau tak silap. Kalau nak cerita dari segi teknikal sangat macam susah nak orang lain untuk faham. Jadi tengok lah macam mana.

      Thanks atas cadangan.

  2. syap Avatar
    syap

    waaaa. best gile!

    1. sjiehan.com Avatar

      dasyat gile….!!! x sabar nk jadi engineer kapal tersebut!~ hahahaha

  3. matjoe Avatar

    nice one. tp bila? airbus paling besar pon ada problem

    1. ariff Avatar

      problem tu mana2 ada. Buatan manusia mana pernah perfect.

  4. akmalhilmi Avatar

    sgt gila ini idea
    huhuhu

  5. suffer8zine Avatar

    perghhh!!! diluar jangkaan akal, makin maju dan tersangat la maju!

  6. April Avatar

    Alamak macam nie, i nak tido pada waktu petang mcm mana? takut glare tu kuat giler

  7. Adilla Harun Avatar

    Canggih! Untuk saya rasa macam ada rerama dalam perut…Ngeri. Ngilu. Pendeknya. Ngelu.

  8. Hafism Avatar

    klu camni hari2 pegi keje naik eroplen.huhaha.

  9. ohcikgu Avatar

    wahh, lutsinar? Mesti best gila. hehe..

  10. lina Avatar

    best kot airbus ni..tp klau kilat sabung menyabung boleh jadi takot..

  11. Mr.Bintang Avatar

    hahaha.. lepas ni x de lah nak berebut duk tepi tingkap lah kan? smua leh tngk.. ekekeke :p

  12. afzal laidin Avatar

    Best, tapi tak rasa gayat ke?

  13. ekspresiruang Avatar

    konsepnya hebat tapi tak pasti execution utk production adakah sehebat ni gk..airbus skg ni dah makin jauh tinggalkan boeing rasanya.

  14. haiqal Avatar

    Macam best.Tak lah rasa lemas dalam tu.hehehe.

  15. andyhowtt Avatar

    terbaik ler..lutsinar hahaha..tapi ada kelemahannya gak

  16. blueberrycheese Avatar

    macam takoooottt jer. huhuhu. kalo memang langit cerah bestlah. hihihi. kalo kilat, huhu. tamauuu. ngeriii

    1. ariff Avatar

      kalau kilat diorang boleh gelapkan balik dinding tu. takkan la nak bagi penumpang takut lak..

  17. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Maknanya kita boleh tengok kalau ada ribut petir, kilat sambar menyambar? Hihihihi…. ngeri plak kalau fikir balik.

  18. nur Avatar

    Pergh..macam nih baru feel sikit kan. Selalu lah naik plane lepas nih kalau macam nih.

  19. aisya Avatar

    perghhhh! great!

  20. syahrilhafiz Avatar

    kalau macam ini airbus
    pergh! memang ye arr kita dalam zaman robot :D

  21. Amir Avatar

    wow hebatnye siap leh main golf lagi dalam flight.. hahaha

  22. Amir Said Avatar

    Wow mantap. Best gile kot kalau naik flight camni.