*ini bukan entri kipas advertiser macam yang korang semua biasa baca, entri ni adalah berdasarkan pengalaman aku.
Disebabkan sekarang ni banyak sangat blogger baru muncul akibat fenomena blogger buat untung juta-juta yang dicanang media sebab nak buat laku surat khabar, aku rasa entri macam ni masih lagi releven dan laku. Lagipun aku dah pernah dapat advertorial job daripada Advertlets dan cashout dengan company ni, jadi aku rasa aku layak untuk menulis pasal syarikat pengiklanan ni. Aku menulis ni dari segi kapasiti blogger yang menulis dalam bahasa Malaysia dan sebagai blogger yang ada potensi dan mungkin sedikit follower.
Advertorial
hoho.. adalah 2-3 saat aku interframe dalam video ni.
Terus terang aku cakap, kalau dah pernah dapat sekali join team Advertlets ni, nak dapat peluang untuk pergi event sana-sini memang banyak. Kena pandai bezakan antara event dengan Advertorial job, ada event yang korang pergi as media partner atau press, ada event memang untuk Advertorial. Cuti lepas, aku sempat pergi ke satu advertorial event dan dapat jemputan ke 3-4 event lain yang bukan advertorial (termasuk jemputan berbuka puasa di hotel Double Tree by Hilton). Kalau nak dapat peluang macam ni dengan syarikat lain, huh.. sampai matilah korang tunggu memang susah nak dapat punya sebab persaingan untuk dapatkan tempat sangat sengit.
Kalau dah nama menulis blog dan berkecimpung dalam bidang sosial media aku rasa blogger pun kenalah social kalau nak buat duit lebih. Event dengan Advertlets kebanyakannya memerlukan korang bergaul dengan blogger Advertlets lain dan kalau jenis yang pemalu, memang susah sikit nak suaikan diri dengan orang sekeliling. Rasa macam alien pun ada. Another thing, you must at least know how to converse in English because most of them speak English when going out. So yeah, the lesser barrier you have separating between you and them, the lesser you feel out of place.
Advertorial post biasanya adalah pay-per-post. Rate dikira berdasarkan statistik terkini trafik kat blog dan ditetapkan oleh mereka, tapi mungkin boleh dibincangkan lagi. Aku pernah dapat satu je, jadi aku tak tau berapa banyak peluang yang boleh didapati dalam sebulan. Aku suka jemputan ke event sebagai media partner. Kadang-kadang memang ada banyak faedah (perks) kalau pergi ke event sebagai media partner ni. Rasa macam VIP sekejap pun ada terutamanya bila dapat try produk baru, dapat barangan limited edition atau dapat tengok movie premier screening. Apa-apa pun, pergi event-event ni semua adalah satu pengalaman yang menarik.
Ads
Ads ni adalah merujuk kepada ads banner yang korang kena letak kat blog. Kali terakhir aku guna, diorang masih lagi menggunakan konsep CPM untuk semua, maksudnya semua trafik blog yang masuk adalah metered. Jadi takdelah isu ‘bila nak dapat buffered earning bla.. bla.. bla..’ atau seumpamanya. Sekarang ni aku tak tau, mungkin masaih sama. Rate dia berubah-ubah, mungkin berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh pengiklan.
Ads widget tu aku remove kejap hari tu sebab tunggu lama sangat tak dapat lagi payment. Ni payment dah dapat rasanya boleh la kalau nak letak balik. hehe..
Payment
Yeah, ini isu yang agak kritikal dan sensitif. Advertlets mungkin ada sejarah buruk yang aku tak tau sangat cerita sebenar dia, jadi aku malas nak sentuh pasal tu. Setakat ni semua cashout aku telah dibayar. Sebenarnya memang aku tunggu semua cashout tu dibayar dulu sebelum buat entri ni, yelah takut ada orang marah nanti aku punya payment pulak delay lagi walaupun telah berapa lama di delay. Waiting period untuk aku dapat semua payment aku adalah lebih kurang 6 bulan.
Apa yang aku buat ialah aku contact directly dengan staff mereka. Kalau siapa yang dah pernah pergi event ni semua, memang akan kenal staff-staff Advertlets ni. Digalakkan untuk berkenalan dengan mereka dengan rapat supaya senang dapat jemputan untuk event mana-mana :P
Terus terang aku cakap, Advertlets memang perlu memperbaiki mutu mereka dari segi pembayaran kepada ads publisher ni. Tapi aku rasa, kalau bagus sangat pun nanti ramai pulak yang join, jadi peluang tu makin lama makin susah nak dapat. Mungkin ada baiknya tak ramai sangat blogger (Melayu) dengan Advertlets ni supaya blogger penyabar macam aku yang tunggu payment sampai 6 bulan ni boleh dapat job dengan mudah in the future. haha.. But seriously, a good company must also be a good paymaster.
***
Apa-apa pun aku join semua ni sebab pengalaman. Aku tulis blog dulu pun bukan sebab dalam kepala aku nak dapat duit atau nak popular and I’m proud with it. Peluang datang bila kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan bila ada orang menghargai usaha kita. Harap entri ni dapat membantu mereka di luar sana untuk dapatkan lebih peluang dan mungkin duit poket. Harap aku tak kena saman sebab buat entri ni. huh.. seram gak dengar company-company ni saman blogger sebab dapat bad review. Macamlah servis diorang perfect sangat. Entri ni hanyalah sebagai panduan kepada blogger lain dan teguran kepada Advertlets supaya dapat memperbaiki apa-apa kelemahan yang ada.
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, Advertlets memang sedang berusaha. It works for me tapi kepada yang masih ada problem, pandai-pandailah korang settle dengan mereka. Sekian.
+ Hotlink Hot Ticket kini kembali sempena Tahun Baru Cina. Beli RM20 dapat nilai RM40 http://bit.ly/HotTicketCNY

Comments
32 responses to “Advertlets Payments – Not Scam”
lepas baca artikel dan komen2, rasa banyak yang negatif pula.. rasa was-was pulak nak pasang.. tp, rasa pelik pula, kenapa ariffshah dan denaihati x pasang innity ye? baik pasang innity dr nuffnang dan adverlets semua tu.. rasa2 macam layak je.. saya memanglah xkan layak punyer.. hehe
sini memang ada innity. Cuma diletakkan sekali benda lain supaya nampak macam ada satu kotak untuk ads tu je. Nak letak banner banyak-banyak pun kalau orang tak klik macam no point.
saya baru join 2 hari setakat ni dah de dalam akaun RM15 saje nak try..
bukan aku tak nak sokong diorang. tapi bila aku dah terkena sekali, tertipu plak rasa..memang payah nak patah balik..
Majoriti ramai yang join nuff. Ada juga yang join adv tapi tidak ramailah.
aku pun jap pasang jap buang..atas pagar..bila dgr yg negatif bnyk sangat xjadila nak pasang..bukan semua orang sanggup tungu 6 bulan..tu pun dapat..bagi yang xdapat..rasa cam tertipu je..setia pada yang satu..nuff..
aku masih setia dengan nuff lagi walaupun dah lama tak dapat buffered earning. hoho
ermm.. aku baru register ngan NUFF.. honstly tak tahu mane yg best..
aku dh join Adertlets nie 2 tahun lepas semasa guna Blogspot smpilah guna paid webhosting..so far blm ada pengalaman psl blm berpeluang utk cash out earning..btw, thanks for sharing the useful info esp for newbie like myself…
aku tak daftar lagi nie, heheh. sayang kot nuffnang masih geli2, huhu, apepon nnt ade blog baru aku try ok.
pernah apply .. tapi tak lulus =)
hoho, aku baru cash out. tp tak tau la bila dpt. :)
Ada juga pasang iklan Adverlets tapi agak perlahan earningnya. Mungkin stratergi marketing mereka agak berlainan kot
Tak berapa faham pasal ni, orang baru di dunua blogger.
aku ada 400++ amount adverlets x dpt g.. huhu…
Saya lebih sukakan Adverlets berbanding Nuffnag tapi disebabkan cash-out yang agak slow saya beralih kepada Nuffnag. Harap lain kali anda boleh buat review Mangga Ads pula. Sekian ;)
pening pening..last2 aku pun kluarkan iklan ni dari blog sebab lama sgt dah..bukan nak berkira sgt tapi rasa mcm tertipu
masa mula2 berblogging,ada gak terpikir nak joint advertlets ni tapi disbbkan banyak plk timbul citer negatif masa tu, pakai nuff.
Syarikat nie bagi aku product dashing for man.. jimat aku. 1 perfume, 3 deodarant.. Nice…
kena la korang bergaul dengan si staf-staf advertlets tu.
mana nak tahu senang dapat bayar keluar ke.
aku pernah dapat job dan pernah cash out dan pernah bercakap terus dengan toke tapi sejak 16/9 cash out aku masih sangkut mungkin biz ni tak sesuai dgn aku kot.
ok ar dapat gak bayaran..sy earning dkat 2k..cashout yg dulu2 pn diorg blom byr..hahahaha..biarkan aje
kalau buat blog sebab duit…err. rasanya susah nak dapat..huhu
tak pernah usha plak…tp macam menarik gak..
sedang terfikir untuk mencari iklan menggantikan nuffnang.. advertlets n mangga ads antara pilihan, tapi byk dengar crite2 tak sedap psal advertlets ni..
info menarik utk newbies mcm saye. it’s always an advantage for us to know other language. (betul ke ni?) :)
memang sangat relevan bagi topik begini utk org 2 baru mcm saya. bila mula jadi blogger, tutorial lama juga yg dibuka semula.
macam nak cuba sbg alt ads innity.. tgk la dulu camne..
penah register dengan adsvert nih, dapat la beberapa sen then tukar ke nuffnang… good review untuk pengguna ads nih yang rasa diri mereka tertipu..
majoriti blogger join nuffnang, advertlets pun den dah reg juga letak kat blog lain
Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun
aku pun ada tulis pengalaman dan cara aku cashout advertlets ni..alhamdulillah 2 kali advertlets bayar..pasal event..banyak kat area kl dan selangor…johor jarang dan mungkin takde..huhu
dh try join advrlts ni, tp x phm sgt nk guna..so brtukar kpd nuffnang lg best..hohoho…