Advertlets & Nuffnang Perlu Tapis Blog Yang Berdaftar Dengan Mereka

Reading Time: 3 minutes
Spam blog adalah blog yang bodoh

Minggu ni Geng Blogger down selama beberapa jam sebab ada pihak tertentu cuba menggunakan taktik kotor untuk naikkan entri dia masuk dalam senarai Entri Paling Popular. Bila admin dah block ping dia, dia register guna akaun lain. Bilangan blog dia tok sah cakap la berapa banyak, kurang-kurang ada 10 blog yang copy paste entri sama. Lepas tu sekali ping sampai 4 blog serentak untuk entri yang sama. Itu dah spam yang melampau-lampau. Yang buat ni, macam biasalah. Orang Melayu bodoh yang nak buat duit cepat. Cara keji dan menyusahkan orang lain. Nak tau berapa pulak earning mangkuk tu dapat dengan cara keji macam tu? Aku baca blog dia dah cecah RM2000 earning Advertlets.

Salah siapa? Well, kita boleh salahkan orang yang keji itu tapi sampai bila kita nak salahkan orang yang macam ni? Selagi peluang nak buat duit dengan mudah tu ada, selagi tu orang akan cuba cari loophole untuk buat duit banyak dengan cepat. Cuba macam ni, cuba kalau Advertlets & Nuffnang filter/pilih blog yang jadi publisher. Tak payah requirement apa-apa, cuma blog tu mestilah blog yang diupdate mengikut cara yang sah dan bukan duplicate blog lain. Setiap blog memohon untuk jadi ads publisher dengan mereka, kasi waiting period antara seminggu – sebulan untuk proses application tu sebelum diluluskan. Dalam waiting period tu, tengoklah kalau blogger tu betul-betul nak blogging ke tak. Kalau takde update atau update dia semua jenis spam, then boleh la cancel application dia.

Kenapa perlu kita buat macam ni?

  1. Menyusahkan orang yang nak buat kerja-kerja tak senonoh ni.
  2. Memastikan blog yang benar-benar blog sahaja memaparkan iklan dan menjana pendapatan.
  3. Supaya dunia blogging Malaysia ni tak penuh dengan spam blog.
  4. Membuktikan bahawa syarikat ads network ni semua menjalankan tanggungjawab memelihara kualiti dunia blogging di Malaysia.

Mungkin ada yang tak setuju, tapi biar aku bentangkan dulu kebaikan dia:

  1. Cara ni boleh la filter blog spam ni dari awal. Dengan pengurangan blog spam seperti ini, ads fill kat blog korang akan bertambah, means more money la kan untuk blogger lain. Ads fills ni kira macam berapa kerap ads tu keluar la kat blog. Kalau banyak sangat blog, maka ads fill untuk semua makin sikit sebab kena bahagi dengan banyak lagi blog lain.
  2. Terus terang aku cakap, layak ke blog yang duplicate content ni buat duit? Korang fikir sendiri. Yelah, kita menulis bukan semata-mata nak duit, tapi kalau peluang tu ada kita amik. Jadi bila kita layak dapat, tapi orang lain yang tak layak sibuk-sibuk nak, patut ke macam tu? Takde usaha apa-apa tiba-tiba nak duit.
  3. Kebaikan untuk advertiser, iklan tu dapat disampaikan terus ke genuine viewers instead of.. ntah. Siapa yang baca blog yang duplicate content ni? Macam mana pulak reputasi pengiklan kalau dia letak iklan kat blog sampah macam ni? Mestilah jatuh kan. Jadi pengiklan perlu memastikan la iklan mereka tak tersiar kat blog yang tak berkualiti ni supaya bajet pengiklanan mereka tak habis dengan sia-sia sahaja.
  4. Ikut cara ads network lain yang dah berjaya. Contoh paling senang Google Adsense. Aku baca kat forum, memang susah nak apply akaun Google Adsense sekarang. Sepatutnya Nuffnang & Advertlets buat benda sama. Masing-masing bukan lagi company baru. Dah ada pengalaman 2-3 tahun. So it’s time to get serious.

Macam mana dengan blog yang dah sedia ada berdaftar dengan ads network? Perlu ke jalani proses ni?

Rasanya tak perlu sebab leceh nak buat. Tapi kalau Advertlets & Nuffnang ni rajin, ada banyak masa dan tenaga kerja boleh je buat. Lagi bagus macam tu. Simpan blog yang berkualiti je dalam network.

Amacam? Ok tak idea ni? Kalau setuju tolong la share & retweet. Sebar-sebarkan.

… mangkuk hayun tu still lagi buat kerja tak senonoh kat GB masa entri ni ditulis. Kita tahu.. jangan ingat kita tak tahu. Tengok berapa banyak akaun Facebook kau nak guna.


Posted

in

by

Comments

68 responses to “Advertlets & Nuffnang Perlu Tapis Blog Yang Berdaftar Dengan Mereka”

  1. Geng Kedai Avatar

    spammer ni yang paling GK tak suka..

  2. kakyong Avatar

    ade juga yg buat koje cam ni yer..

    kakyong dah lama tak ping n3 kat gengblogger.. selalu lupa…

  3. aman Avatar

    maybe sebab tue, syarikat cam Innity, AdsFactor semua tengok betul-betul dulu sebelum bagi akaun kat publisher.

  4. In Avatar

    Yup,saya setuju..

  5. paihujey Avatar

    bagus gak kalau buat camni tapi agak kesian bagi yang para newbie cam aku ni..lagi satu,pasal pew GB xleh nak masuk..

    Visit paihujey.com

  6. Mubsblise Avatar
    Mubsblise

    Very Interesting!
    Thank You!

  7. anne walker Avatar

    hai.. tumpang tanya..
    ping tu apa eh??
    adverlets tu kene klik2 jugak mcm nuffnang ke??
    tolong tunjuk ajar..
    terima kasih.. :)

  8. ZACK ENTRY Avatar

    benci betul dengan mereka yang buat macamtuh..kerana dia, semua tak dapat masuk GB..nak popular pon buat la cara yang betul..adeih
    .-= Cerita terbaru ZACK ENTRY.. ::Pasar Malam Semenyih:: =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Teruk betul perangai. Tak faham la aku.

  9. kyuubi_85 Avatar

    wah!? sampai mcm tu skali eh? mmg pttla nak kena filter if mcm tu. Aku tk pnh nak dpt traffic dr gb tu. plg bnyk aku dpt dlm 10 sehari sbb pas aku ping, terus blah. Slalu gak aku nampak masa ping blog tajuk tu jadi yg entri top semalam, tp esoknya tajuk yg sama gak yg naik. ku x fhm la..
    .-= Cerita terbaru kyuubi_85.. Model Kereta Terbaru Proton, Proton EMAS =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Biasa tak jadi macam tu, kalau jadi maksudnya orang tu main jahat. Itu je.. Takpe2. Admin sedang cuba membanteras benda ni habis-habisan.

  10. hans Avatar

    fuh,nak duit punya pasal sampai macam tu
    so annoying la itu budak

  11. acapz Avatar

    ouh. bukn down pasl kne ddos ke bro?. huhu. spe la budk tu. lol je
    .-= Cerita terbaru acapz.. GengBlogger Tak Secure? Dan Program GB Terbaru =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      DDOS eh? aku buta sikit benda2 ni. apa aku tau, dia buat multiple mysql injection? supaya sistem tu register clicks as unique. lepas tu dapat la dia masuk dalam popular list. something like that la. kalau ko boleh tolong kong, nampak apa2 vulnerabilities bagi tau dia la.

  12. uberVU – social comments

    Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by ariffshah: Advertlets & Nuffnang Perlu Tapis Blog Yang Berdaftar Dengan Mereka http://gengblogger.com/read/62034

  13. FCUKZBLOG Avatar

    patutlah saya rasa lain macam GB tu hari,risau juga kalau GB tutup,hu hu hu.

    blog saya baru buat,harapkan pengunjung dari directori macam GB je lah.

    harap-harap saya dan blogger lain dapat ambil pengajaran lah atas kejadian ni.
    .-= Cerita terbaru FCUKZBLOG.. 100 Syarikat terbaik untuk bekerja =-.

  14. neon Avatar

    ko emo macam pempuan la plak…lek arr..aku tak kesah sgt bende2 ceni..
    .-= Cerita terbaru neon.. Pemain Bola Nombor Satu Malaysia Kecundang Di Katil HUKM!! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aku emo sebab dia kacau Geng Blogger sampai down hari tu. Dan sekarang pun masih menimbulkan masalah. Itu je sebenarnye..

  15. zik Avatar
    zik

    dah lari konsep nak blogging nie… :-(
    .-= Cerita terbaru zik.. Sayangi haiwan peliharaan. =-.

  16. eyriqazz Avatar

    aku setuju….
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Keropok Lekor Paling Best di Terengganu =-.

  17. eiyda Avatar

    iklan NN kt blog aku salu tido jek..huhuhu..
    bek xyag reg ngan dorang…mybe blog xbest kot kn..
    .-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa::Dah Bersedia Tamatkan Zaman Bujang:: =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Dulu pasang kat blog aku pun tido gak. Last2 fedap terus buang. haha~

  18. Luth Textile Avatar

    blog ni kena ada kualiti, bukan kuantiti!
    .-= Cerita terbaru Luth Textile.. Aku trauma? =-.

  19. Meow Avatar

    erm, saya pun ada buat banyak2 blog untuk bisnes topup dan letak iklan nuffnang atau advertlets…

    tapi saya tak pun pernah ping ke GB…

    mmg kebanyakan web blog saya duplicate daripada web blog lain, tapi saya tak pernah spam.

    saya buat banyak web blog sbb nak senangkan pengguna cari keyword yang sesuai…

    dan sampai skrg saya tak pun ping ke GB

    sbb saya tahu, jika buat benda yang sama, orang akan marah.

    jadi saya hanya ping untuk blog personal sahaja…

    bagi mereka2 yang bangan tu…xpayah la buat kerja bodoh…bukan menyusahkan diri sendiri, bahkan orang lain…

    jadi sedar la…
    .-= Cerita terbaru Meow.. Adnan Sempit Tersempit Terbosan =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau nak buat sendiri tak menyusahkan komuniti atau menaikkan marah orang lain takpe. Ni sampai nak guna cara2 kotor sampai server kena beku yang buat orang marah.

  20. yanmie Avatar

    salam arif, owh…ada jugak yea org macam tu…aduhai xde keje lain ke? hiks..patut malu kt diri sendiri..

  21. epulafea Avatar
    epulafea

    gengblogger sudah bentuk komuniti.
    jika kumpul petition komuniti kepada nuffnang dan advertlets untuk ubah sistem mereka mungkin boleh memulihkan dunia blogging di malaysia.

    sayang apabila kebebasan disalahgunakan..
    .-= Cerita terbaru epulafea.. 18 mac 2010 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Geng Blogger boleh pergi jauh lagi tu. Cuma orang2 macam ni kita kena hapuskan dulu awal2 dari situ.

  22. Amir Avatar

    aku setuju dgn ko ariff.. perlu ada penapisan utk jadi publisher ni. skg ramai yg berlumba2 nak buat blog then letak iklan banyak2… blog mcm #*^^%$% je…
    .-= Cerita terbaru Amir.. Perkara Yang Perlu Dielakkan dalam Penulisan Blog (Bhg 1) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ahaha~ Sabar je la..

  23. DaHLia Avatar

    uiks ade gak bijak pandai macam tu sekali…

    macam mana laaa dia berusaha bersungguh2 tu…tetiba aku nk selongkar laks sapa..

    aku setuju laa ngan ariff..dulu aku nak apply nuffnang pun takut2…sbb aku rasa dia akan reject aku…dah laa nk dpt status geli tu lama gak tunggu..

    skrg ni, daftar blog kosong je pun leh dpt…then esoknya dpata geli2..apa kes?? jap2 lagi ntah2 dapat lak buffered ….aku jugak yang xpernah merasa….
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. Berpisah dengan Abang Hijau, pindah rumah baru?? =-.

  24. feeza Avatar

    gila ah buat duit cara camni. inovatif tp menyusahkan & menyakitkan hati orang.
    susah jgk ada org mcm ni -.-
    .-= Cerita terbaru feeza.. i’m a smoker babeh ! =-.

  25. Advertlets & Nuffnang Perlu Tapis Blog Berdaftar Dengan Mereka | blog.ariff…

    Minggu ni Geng Blogger down selama beberapa jam sebab ada pihak tertentu cuba menggunakan taktik kotor untuk naikkan entri dia masuk dalam senarai Entri Paling Popular….

  26. ezany Avatar

    takde keje lain la tu.. haha.. sanggup tu buat akaun facebook byk2 semata2 nak login GB.. mentang2 ler boleh dpt byk trafik dari GB.. ban blog dia tak boleh eh..
    .-= Cerita terbaru ezany.. Kinokuniya – Syurga Buku =-.

  27. kulanz Avatar

    huh, memang banyak kali juga jumpa manusia yg guna teknik kotor macam tu…
    aku jangankan nak ping entri berunsur iklan, nak ping entri cerita kosong pun segan.. sbb tu jarang entri aku masuk GB tu..
    dan memang setuju sangat-sangat kalau Nuffnang/Advertlet kenakan syarat sama macam Innity juga..
    .-= Cerita terbaru kulanz.. Menelusuri Dunia Fantasi =-.

  28. AZIRA Avatar

    oh!! ada jugak manusia yang tak pernah putus asa buat kerja jahat camni.aisehh!! kot ye pun giler duit.guna laa cara betul
    .-= Cerita terbaru AZIRA.. JANGAN LAA TERLALU PARANOID! =-.

  29. Shahrul Avatar

    Arif Shah:

    1. Betul tu. Sedih weh. Blog aku punya la suci dalam debu. Earning masih lagi RM 0.25. Yang peliknya, ramai je yg klik nuff aku. Musykil bin taktahu kenapa.

    2. Bro, ada typo dalam penulisan.

    … mangkuk hayun tu still lagi buat kerja tak senonoh kat GB masa entri ni ditulis. Kita tahu.. jangan ingat kita tak tahu. Tengok berapa banyak akaun Facebook kau nak guna.

    *FB

    Peace!

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh. tu bukan typo. Betul lak dia buat kerja tak senonoh tu kat Geng Blogger (GB)

  30. ecar182 Avatar

    ish!tak malu ke org yg buat tu..

  31. aizuddin Avatar

    patutlah diorang dapat ping tinggi..aku pun naik pelik..siapakah org itu?huhu
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Jadual Perlawanan Quarter Final Champions League =-.

  32. SiPanda Avatar

    setuju.. dulu ada jugak entry kat blog lama kena cilok.. tuh pun.. last last aku biarkan jer.. dah tak boleh nak larang -.-
    .-= Cerita terbaru SiPanda.. Bayi-bayi aneh dan unik didunia =-.

  33. din Avatar

    ada aku baca ari tu kat blog sape dah..kak kujie kot yang bile kita suh orang klik nuff kita dah jadi xhalal sebab syarat nuff ni kita xleh promote suh klik tp biar dgn kerelaan tukang klik je..tp korang cube search n tgok blik syarat2 nuff tu..adkh btol dorang xbagi kita suh orang klik..wassalam..
    .-= Cerita terbaru din.. Aku Kena Tag Kali Kedua =-.

  34. chekgu naman Avatar

    betul arif..aku ada blog yang dah stop tapi tak delete, nuffnang bagi buffered w/p takde visitor..tapi tak pernah pulak nak guna untuk multiple ping yang sama..

    patutla, heran tengok tajuk yang sama je semalam..aduii
    .-= Cerita terbaru chekgu naman.. Menangi Fridge Magnet Comel dan Keychain Dengan Meneka Tulisan Chekgu =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bagus betul siap boleh dapat buffered. Dulu aku letak Nuffnang kat sini takde dapat pun buffered ads.

  35. Azrul Hisham Avatar

    Bila dah bernafsukan duit…macam tu la jadinya…harap orang-orang maca tu di ban terus dari GB…menyusahkan pengguna lain ada la…

  36. Azizuan Avatar

    multiple blog ngan content laen2 ok ar
    tp kalau content sama, agak pelik la perangai tuh
    sapa nk baca pown banyak2 kali benda sama
    haha
    p/s : iklan kalau letak pandai susun cantik2 xpa kowt
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Apakah Tweet Pertama Anda? =-.

  37. fina fento Avatar

    sangap sangat dah nampaknya..macam terdesak pun ada jugak..buat duit ikut jalan tak betul, terima lah nanti padahnya..jangan main2 dengan benda-benda macam ni..nampak je macam tak serius..tuhan tu satu, kalau dah salah tetap salah *membebel

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ye. Semua orang marah dengan orang macam ni. Mengganggu ketenteraman awam

  38. zaiMi Avatar

    gila keji prangai manusia durjana tu. abis benda dia nak spam. asalnya spam blog. pastu spam akaun fb. pastu spam forum. pastu spam shoutbox. semuanya sebab nak duit cepat. memang bedebah la kaki spam sejati ni.

  39. isza Avatar

    tapi kan blog macam tu visitorsnya ramai.. paling2 mesti terlepas jugak (maaf klo x betul sebab kurang arif dgn IT)

    yang jadi mangsa blogger2 baru yang betul2 dengan niat yang baik ..
    .-= Cerita terbaru isza.. Esok, subuh gajah kan ku terpacak di hospital =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau dia guna akaun sama kat Nuffnang or Advertlets confirm diorang tau berapa banyak blog dia ada dan boleh check blog dia satu2.

  40. luffy Avatar

    aku setuju dengan ko
    nak jugak aku tau blog mana tu
    haish

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yang tu tak boleh reveal la. Sorry

  41. bom321 Avatar

    fuuuuhh! nasib baik blogger tu ni bukan aku

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Bagus2. Pening gak. Orang ni memang tak nak give up. Dah berapa banyak account dia kena disabled ping, buat gak account lain

      1. bom321 Avatar

        kenapa tak block blog2 dia? just tinggalkan 1 je blog dia yang banyak2 tu?
        .-= Cerita terbaru bom321.. Ikan Tertera Pekataan "I Love U" & Berbunga Di Badannya! =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          dah block. dia buat lagi akaun kat GB. ada dekat 4-5 akaun dia dah buat.

  42. Frantz-Senpai Avatar
    Frantz-Senpai

    perangai orang melayu yang bodoh.. terus-terang aku cakap, buat duit dengan cara menipu dan menyusahkan orang lain mungkin HARTA HARAM.. btol x bro ariff?
    .-= Cerita terbaru Frantz-Senpai.. Membina ChatRoom IRC =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Halal haram tu aku tak berani cakap la tapi itulah. Kalau dapat daripada hasil makian orang ni semua, memang tak berkat

  43. Daus Avatar

    mangkuk hayun betul r kan, suka sgt wat kecoh kat GB? adakah budak yg bernama R kat depan? atau orang lain lak… jap g check kat GB… huhu… anyway.. nice idea, nanti aku share kat twitter ye…

    Ingat Hijau Ingat Daus
    .-= Cerita terbaru Daus.. Jom Share Link Artikel Terbaru Di Rakan Daus =-.

    1. SiPanda Avatar

      hhahhaa.. kalau start dengan R aku pernah kena dengan budak nih la.. hahahaha.. dia memang copy paste orang punya isi..
      .-= Cerita terbaru SiPanda.. Bayi-bayi aneh dan unik didunia =-.

  44. nursarah Avatar

    semalam dapat ‘tangkap’ orang ini. kong cepat2 ubah dia dari blogger paling friendly ganti orang lain. memang dia ada banyak blog. pastu url blog dia pelik-pelik macam gila2 nak tarik orang klik. tak senonoh la orang spesis cam ni.

    betul gak kan, advertiser nuffnang ngan advertlets patut filter blog-blog yg apply. macam google ads. kalau tak spesis macam ni makin membiak. semua orang dapat susah. haishh!
    .-= Cerita terbaru nursarah.. lelaki cool lebih diminati. =-.

  45. marki Avatar

    betul tue..sepatutnya company2 ads kat mesia neh buat mcm google adsense..dimana diorang begitu particular dalam bab2 pengiklanan melalui blog..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul. Diorang dah kena start buat macam tu, sebelum lagi teruk.

  46. Kujie Avatar
    Kujie

    manusia arif… jalan terang tak boleh, jarang gelap pun dia sanggup
    dari dulu pun dah rasa, patut Nuffnang dan Advertlets tu ada sistem macam Innity
    contoh – 100 visitors sehari pun jadilah..maksudnya adalah syarat.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sekarang blog yang kurang 100 uniques pun ada yang dah dapat buffered. So betullah tu, diorang nak tolong blogger2 baru ni. Tapi itulah, still kena tapis kasi buang semua blog2 tak guna tu

  47. Lord Zara Avatar

    aku paling benci blog yang asik citer buat duit dengan letak begitu banyak iklan suruh click utk dorang dapat duit~

    haish~

    lagi2 kalau tinggalkan kat blog, shoutbox, link tekan duit secara tak sengaja~ maaf, tak bodoh, aku takkan tekan, abaikan je~ wakakaka~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Kau Boleh Hina Karya, Blog Dan Diri Aku – Tapi Jangan Kau Hina Pembaca Aku! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ok. yang tu kadang2 annoying gak. haha~