
Bila saya dengan humblenya menunjukkan motor saya pada rakan-rakan taiko saham tempoh hari, ramai yang kagum dengan motor tersebut. Memang designnya sangat maskulin dan garang, sesuai untuk anak muda yang nak bergaya sikit.
Bila ditanya harganya, kebanyakan daripada mereka terkejut. Mereka terkejut bukan sebab motor tu mahal, tapi disebabkan jumlah sebanyak itu dibelanjakan untuk sebuah motosikal, jumlah yang sama di mana kebanyakan daripada mereka gunakan untuk berdagang setiap hari dalam Bursa Malaysia. Kenapa ada yang sanggup habiskan duit sebanyak tu hanya untuk sebuah motosikal?
Ini membuatkan saya terfikir semula, adakah saya berbelanja melebihi daripada keperluan, atau dalam bahasa mudah, membazir? Ok. Kita abaikan pasal motor tu dulu, nak berdebat panjang-panjang pasal berbaloi atau tidak pun takde guna dah, bukannya boleh pulangkan dan dapat balik duit semula kan. Bila tengok balik taiko-taiko ni, saya sedar tentang sesuatu.
Kepada yang biasa tonton movie dari Hollywood tentang dunia saham dan pelaburan (contoh seperti Wall Street: Money Never Sleeps), anda akan mendapat gambaran bahawa mereka yang menceburi pasaran saham ni sentiasa ‘loaded’, pakai baju berjenama dan jam yang mahal. Tapi bila kenal taiko-taiko ni yang main saham sejak dari berpuluh tahun yang lalu, tengok pula cara pemakaian mereka yang simple dan takde jam mahal (pada awalnya saya mengharapkan untuk melihat jam tangan Rolex pada pergelangan tangan mereka) membuatkan saya berfikir kembali, adakah saya berbelanja berlebihan?
Cara pemakaian mereka tak menampakkan yang mereka ni ada ready cash puluh ribu dalam bank untuk main saham (tak masuk duit savings lagi). Sangat sederhana. Mungkin cara hidup dan pekerjaan mereka yang mempengaruhi gaya yang mereka bawa.
Pergaulan saya dengan mereka membuka mata saya kepada pelbagai perkara, termasuk memahami sedikit sebanyak cara hidup mereka dan cara mereka berfikir.
Tentang motor, let’s just say I’m happy with my purchase. At the end, whatever we do with our money, we do it for our happiness. Betul tak? Asalkan tak membebankan dan berada di dalam lingkungan kemampuan kita, saya tak rasa ia adalah satu pembaziran.
P/s: Kepada yang email/PM saya tentang saham, sorry tak dibalas. Panjang ceritanya kalau nak balas dalam email. Terus terang saya cakap, saya belum layak lagi nak jadi pengajar tentang saham ni.

Comments
28 responses to “Adakah Kita Berbelanja Melebihi Daripada Keperluan Kita?”
dalam bab berbelanja nie aku selalu berpegang kepada, ‘if money is not an issue, just go for it’, hehe..
Kalau ikut hati teringin hendak membeli KTM 200 ini tetapi apabila melihat pesaingnya yang mempunyai kapasiti 200cc seperti Benelli Keeway TX200 baru harga sekitar RM6990.
Tengok brand la. Macam beli kereta jugak, brand yang ni dengan kapasiti enjin sama tak sama harga dengan brand yang itu..
utk org berniaga, imej juga penting.
tp jgn berlebihan. tkt kelak bila xde duit pon, org xkn percaya kalau diorang nk minta tlg kita.
huhu
Berfikiran jauh ! Suka denagn orang2 yang main saham ni
Kita tidak tahu yang sesuatu pembelian itu membazir atau tidak sekarang cuma kita akan sedari setelah kita tidak memakainya dalam jangkamasa lama. Adakah ianya keperluan atau sebaliknya.
Wahhh cantik motor..terliur juga nih…tapi tak mampu nak beli..pinjam jet sehari boleh??hahaha..tak pe berbelanjan lebih dari keperluan..bukan tiap2 hari belanja mcm ni..kan ariff?
besederhana adalah lebih baik.tidak mengapa ingin beli yang mahal tapi pastikan ia digunakan pada jalan yang betul..
Money Never Sleeps cari duit untuk puaskan nafsu hidup mewah. Orang kita cari duit sebab nak hidup tenang, takde hutang, bebas. Orang muda takkan faham simple lifestyle, cari kawan lebih tua, yang dah pencen ker..
Dulu masa saya muda pun pakai motor besar,sebab nak merasa,setakat untuk kepuasan diri sendiri tidak mengapa,lain lah kalau beli 2/3 biji lagi motor,yg tu memang membazir lah – as long as u happy hehehe..
sebelum kawin ni la masa nak beli itu ini. dah kawin nanti susah skit. banyak yang perlu diberi komitmen.
1. Yang penting, ukur baju di badan sendiri.
2. Spend according to our capacity.
3. Di UK, tak semua yang pakai kereta besar tu kaya. Seperti di Malaysia sekadar menunjuk2 (http://uk.cars.yahoo.com/news/exclusive–the-unassuming-garage-where-%C2%A32m-worth-of-supercars-are-parked.html)
4. Selagi kereta/motor/rumah belum bayar habis, they are not yours.
5. Untuk bershopping bersama keluarga, elok merancang dahulu. Bole compare harga barang2 di http://www.thepricechat.com atau http://www.konfius.com
fikri
kekadang susah juga nak kongsi tips saham ni sebab kalau untung ok lah tapi kalau rugi kita pulak kena baham .. heee
Betul. Jadi kena jaga2 la kalau nak kongsi tu
Hi asalkan mampu memiliki apa yang di mahukan tak salah asalkan tak bebankan orang lain dan orang sekeliling kit paling penting bukan terikut-ikut cara kehidupan orang lain.thanks.
Selagi tidak membebankan dan kita mampu serta ada simpanan setiap bulan saya rasa ianya bukan satu pembaziran
asalkan mampu memiliki apa yang di mahukan tak salah asalkan tak bebankan orang lain dan orang sekeliling kita….. paling penting bukan terikut-ikut cara kehidupan orang lain
beli sesuatu yg kita minat bukanlah pembaziran.. bila kita minat benda yang mahal maka pasti kita berusaha kearahnya.. lebih kurang motivasi la.. kalau dpt duit byk2 tak belanja pun tak guna juga…
taiko-taiko ni lebih suka berjimat kot :)
Lain orang lain caranya. So, just be yourself. Yang penting ianya tak membebankan diri.
hihi, susah jugak ye bila ade duit byk ni.. sedekah kat palestin la senang, org tak nmpk show off kita tp Allah nampak kebaikant tersebut.. dak?
Bila dah beli kena end of stroy terus.
whatever we do with our money, we do it for our happiness!
Aku suka kata-kata nie…
Yang penting pandai kontrol, jgn over budget..
kekadang kita berbelanja sbb terikut2 jika difikirkan kembali xde lah perlu sgt kan. Motor tu memang patut, berbelanja untuk diri sendiri jugak no wonder lah bukan satu pembaziran :)
Kadangkala berbelanja untuk kepuasan jadi pemangkin semangat untuk lebih berjaya. Cuma kadar belanja untuk kepuasan tu ada tahap dia. Kalau sampai beli ducati monster ker r1 memang jelaslah membazir.
dah2. jgn nak menyesal. kalau menyesal, meh bagi pinjam sat. ley aku test dari kL ke Johor. =)
Penat satu badan kalau long distance macam tu. Kena guna moto lagi besar supaya lagi laju untuk memendekkan masa perjalanan
well..you shop happily today. retisss mode lateww…pfft.