Adakah Kadar Jenayah di Negara Kita Benar-Benar Menurun?

Editorial daripada Datuk Seri Idris Jala ini memang dapat membuka mata mereka yang masih ragu-ragu dengan keberkesanan pihak berkuasa di negara kita dalam membanteras jenayah.

Pertama sekali, bagaimana pihak berkuasa tahu kadar jenayah jatuh? Mudah je. Kadar jenayah dikira berdasarkan bilangan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa. Bilangan ini kemudiannya dibandingkan dengan bilangan pada tahun lepas.

Kedua, kadar jenayah yang berkurangan juga boleh dilihat dari sudut bilangan tuntutan insurans yang berkaitan dengan kecurian kenderaan. Bilangan ini jatuh dari tahun 2009 dan 2010. Semakin kurang tuntutan, maka bilangan kenderaan yang hilang pun semakin berkurangan.

Ketiga, apakah modus operandi pihak berkuasa dalam mengurangkan kadar jenayah? Daripada artikel tersebut, lebih banyak pihak berkuasa telah dikerahkan ke kawasan panas di mana berlakunya banyak kes jenayah, terutamanya kes jenayah jalanan (ragut & rompakan tidak bersenjata).

Saya dapat melihat sendiri perbezaan yang ketara dalam hal ini. Kali terakhir saya berada di Malaysia (Julai – September 2010), bilangan pihak polis yang saya nampak di sekitar Lembah Klang adalah sedikit berbanding sekarang. Nak kurangkan jenayah senang je, tambah bilangan anggota polis yang berada di atas jalan raya dan melakukan rondaan. Faktor high police presence inilah biasanya akan mengurangkan kadar jenayah, terutamanya jenayah jalanan.

Keempat, kenapa kita masih terdengar banyak jenayah berlaku di negara kita? Bandingkan anda beberapa tahun lepas dengan sekarang. Mungkin sekarang anda baru sahaja pandai menggunakan social media seperti Twitter & Facebook. Tak mustahil ini adalah salah satu faktor sebab berita lebih cepat tersebar melalui social media. Anda juga mungkin tidak terbaca tentang berita jenayah ini di dalam surat khabar (walaupun ada laporan berita) atau terlepas melihatnya di tv.

Walaupun kadar jenayah telah menurun, bilangannya tetap puluhan ribu. Contohnya, bilangan jenayah pada tahun 2010 adalah 24,837 manakala pada tahun 2011 22,929. Memang berkurangan, tapi masih wujud. Jadi tak hairan kalau anda masih mendengar berita tentang berlakunya jenayah.

Pada pendapat saya, apa yang penting di sini adalah usaha pihak berkuasa untuk membanteras jenayah. Untuk mendapat kadar jenayah sifar adalah mustahil, tapi bilangan yang berkurangan adalah petunjuk aras yang positif terhadap usaha pihak berkuasa di negara kita. Bilangan kakitangan pihak berkuasa yang berada di jalanraya yang semakin bertambah juga adalah usaha bukti bahawa cukai yang anda bayar (kalau bayar la) berbaloi.

Terima kasih kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan baik. Semoga prestasi ini dapat dikekalkan. Sila tingkatkan rondaan di kawasan perumahan USJ12 =)


Posted

in

by

Comments

38 responses to “Adakah Kadar Jenayah di Negara Kita Benar-Benar Menurun?”

  1. Wan Gerrard Avatar

    mungkin kadar jenayah akan turun setiap tahun, cuma masih membimbangkan..mungkin ramai pendatang asing antara sebab jenayah masih berleluasa

  2. obat alami asam urat Avatar

    saya ikutan nyimak aja yah .

  3. Kazen Avatar

    kelihatan jenayah masih lagi berlaku dimana2…dan juga rasanya semakin bnyak…tak tahulah macam mana indeks boleh mennjukkan penurunan sbegitu…mungkin ada yg terlepas pandang atau pun jenayah yang tidak di rekodkan :)

  4. Razlan` Avatar

    Memang lengkap laporan bro ariff tentang jenayah di malaysia kini,kalau nak dibandingkan malaysia dengan jepun lagi jauh beza. Tengok dalam tv ,budak2 4-6 tahun pergi kedai sendiri pun selamat berbanding malaysia yang duk kidnap budak2.

  5. samanosuke_04 Avatar

    wah2.. ade gaya polis trafik lak post kali nie.. huhu, aku kalo bab2 jenayah nie mesti teringat kat komik detektif conan.. hehe :P

  6. incik Avatar

    rasa nya jenayah tak berkurang pun. tapi kawalan yang lebih sistematik dan anggota yang semakin ramai membolehkan polis menjalankan tugas dengan lebih efisien. tapi perompak penyamun peragut perogol masih ramai dan kemungkinan bertambah akibat kepesatan populasi di Malaysia

  7. firdaus Avatar
    firdaus

    jgn dkt bandar je cari penjenayah, kawasan perumahan paling penting..

  8. sadiq Avatar

    oo..klu mcam tu tgkatkan rondaan polis jugak kat batu 14..
    xkan kat USJ 12 je..hehe=)

  9. titan Avatar

    bagi aku, ribu tak ribu..jenayah tetap banyakk..

  10. Ekspresi Ruang Avatar

    dok kt usj ke, bro?
    salute kpd anggota kepolisan kita. mmg sgt cekap. tahniah saya ucapkan.
    cuma skg ni anggota keluarga yg perlu lebih byk beri perhatian pd anak2 berbanding anggota polis yg tlg menjaga di kwsn persekitaran kita.
    byk kes anak kena culik, lari dr rumah sbnrnya berpunca dr mak bapak yg xreti jaga anak. main FB sampai anak kena bunuh dan kena bakar……

    1. incik Avatar

      ya betul tu. bab rondaan kawasan sekitar semakin baik. ibu bapa kena pantau juga aktiviti anak anak

  11. suri Avatar

    suri..
    mmg kita tak akan dpt setelkan semua mslh dlm semua pkra dlm satu jangka masa yg panjang. tpi kita blh kwal jika kena pada cara dan sikap org sekeliling kita cara2 bagaimana terhindari dri di jejak..di perhati oleh penjahat..

    so mana2 kit apegi kena sndri kena alert diri sndri..atau kluga klu pergi jalan2 atau klr rumah semua kena hati.. perompak. jahat pantang kita lepa dema akan bertindk jika ada ruang ..mahupun peluang…

  12. noorsyamsul Avatar

    Cabaran untuk mengurangkan kadar jenayah masa kini memang susah. kalau dulu amalan rukun tetangga masih tebal, tetapi sekarang, jiran sebelah pun tak kenal. ditambah pula kecanggihan teknologi sekarang ni. dengan adanya usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, kita sebagai rakyat haruslah menghargai dan memberi sokongan tanpa mengira politik, agama, bangsa dll…

  13. Lawrence Vision Avatar

    TV3 pun melaporkan tentang penurunan ini, cuma kadang2 berita yang disampaikan tidak telus sebab pro kerajaan. Kalau boleh lihat dari banyak sumber adalah lebih bagus. Jenayah ni tak boleh nak salahkan masyarakat semata-mata sebab polis pun boleh buat jenayah menyebabkan masalah ini terus berlaku. Nak dapat duit lebih la katakan sampai boleh tutup itu ini

  14. Queen Teratai Avatar

    mmg tersangat mustahil la kadar jenayah tu nak terus jadi sifarkan? melainkan semua org dlm Malaysia dah xde.. Pada saya kita x boleh bergantung sepenuhnya kpd pihak berkuasa utk membanteras jenayah. Kita sbg rakyat juga perlu prihatin dan sama2 membanteras jenayah2 yg ada. kdg2 jenayah ni berlaku disebabkan oleh diri kita sendiri.. Kelalaian kita sehingga menyebabkan kejadian ragut dsbg.. Serasanya pihak berkuasa dah menggunakan pelbagai cara utk kita lebih berhati-hati dan tidak memberi ruang dan peluang utk jenayah2 jalanan ni berlaku.

    Seharusnya kita bersama-sama menangani pelbagai masalah yg ada dlm negara bukan tahu nak menyalahkan pihak berkuasa. Adakah kita pernah fikir apa sumbangan yg telah kita berikan kepada negara???

  15. CMRatu Avatar

    ada 2 kemungkinan antara benar2 menurun atau gagal di kenalpasti..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau negara macam afrika tu bolehlah kita cakap gagal dikenalpasti. janganlah pandang rendah sangat pada negara sendiri.

  16. NIZAM Avatar

    mmg la orang kata: statistik boleh tipu. tapi kalo tak percaya kat numbers tu smue, nk percaya pada apa? apa ukuran yang boleh dibuat? kan? jd sy setuju dgn bro ariff.

    tp mmg scary gak la kan jenayah kat tempat kita ni. harap2 kadar jenayah terus berkurangan. bolehlah ubah persepsi masyarakat kita. sbb skang ni kat area kg pun byk kes ragut etc. smpi naik takut dah sy.

  17. myvitrd Avatar

    Bukan tingkatkan rondaan dekat kawasan perumahan USJ12 je tau.. dekat kawasan PJU9 pun sama ye.. hehehe

    Semoga kita semua terus dijauhkan dari musibah jenayah ni.. dimana-mana sahaja ada jenayah..

    Jadi kena sentiasa berhati2

  18. hatiputera Avatar

    hahaha,,bro ariff tinggal kat USJ kisahnya,,,, Mungkin benar jenayah di negara kita telah menurun ataupun bilangan aduan yang berkurangan sedangkan kadar jenayah makin meningkat…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      bilangan laporan yang diterima adalah berkadar terus dengan bilangan jenayah yang berlaku. Fakta ni adalah mustahil untuk dipusingkan. Walaupun ada jenayah yang tak dilaporkan, tapi angka tu tak signifikan untuk mempengaruhi keseluruhan data.

  19. akubiomed Avatar

    Statistik tidak dinyatakan jenis jenayah walaupun turun kita nak tahu juga jenis jenayah berat atau jenayah ringan. Bagi saya angka kalau lebih bermakna jika disertakan kategori. Boss saya pernah kata “figure never lie”.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      jenayah yang mereka kategorikan adalah jenayah jalanan dan jenayah indeks. Boleh baca artikel penuh atau rujuk carta yang dilampirkan.

  20. segalabenda Avatar

    Masalah peningkatan jenayah tak boleh jugak nak salahkan dengan bilangan polis. Polis bukannya boleh berada dimana-mana sahaja. Terbaik bagi aku ialah macam mana cara nak memperbaiki persekitaran dan sosioekonomi negara. Bagi aku dari situlah nanti yang akan membentuk nilai keagamaan, akhlak, ekonomi individu dan adab manusia sesama manusia.

  21. MK Kimi Avatar

    Percayakah jika hudud dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah jenayah kt Malaysia ni?

  22. akhiyy Avatar

    turun tuh turun tapi..keadaan macam biase.sungguh menakutkan.

  23. azriMy Avatar

    kantoi la hang tinggal kat USJ12 :p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      laa.. baru tau ke?

      1. abangensem Avatar

        USJ12 tu kat mana? Hulu Langat ke??

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          haa.. dekat2 situ la

          1. Denaihati Avatar

            Hulu Langat???? Macam biasa pegi je

  24. riffzam Avatar

    nak jadi sifar itu mustahil tapi mengurangkannya itu satu inisiatif yg perlu disambut baik. nak hapuskan 100% tu payah, tapi berkurangan pada nombor kejadian tu pun sudah cukup baik drpd membiarkan ia menjadi bertambah parah.

    insyaAllah, jika usaha ni diberikan kerjasama oleh komuniti setempat, kadar ni dapat turun dgn positif. insyaAllah.

  25. hazwan Avatar

    telah menurun tapi masih di tahap membimbangkan

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kita kena tengok jugak dari segi cabaran untuk mengurangkan bilangan tu.

      1. bilangan rakyat semakin bertambah, kadar jenayah boleh meningkat
      2. bilangan pendatang asing pun semakin bertambah, kadar jenayah boleh meningkat

      dua cabaran utama ni boleh dikatakan cabaran yang besar, namun kadar tu dapat dikurangkan. we should be appreciative sometimes =)

      1. msbmna Avatar

        Jenayah dan masalah sosial tidak boleh diukur dengan angka. Ini cuma manipulasi nombor dan statistik sahaja untuk meraih keyakinan dan membina imej. Kedua-dua perkara sukar dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Selepas berlaku sesuatu, nombor dan statistik tidak memberi apa-apa makna.

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          jadi kita nak ukur dengan apa? apa yang boleh digunakan untuk membuktikan yang mereka ni buat kerja dengan betul atau tidak?

          1. Denaihati Avatar

            Bro jiwa yg tegar pembangkang tak akan termakan dgn statistik Kerajaan tapi kalau statistik lain pasti terima bulat2 tak payah analisa.

  26. Adam Avatar

    Ya, police presence itu sangat penting. Dan dengan bilangan polis yang semakin bertambah, dengan kompleks dan rumah polis yang semakin banyak dan tinggi di kl terutamanya, mungkin angka tuh akan turun lagi untuk masa depan, insyaAllah.