Apa yang dimaksudkan dengan modern man? Apakah persepsi orang pada modern man? Untuk mencari jawapan, saya telah menanyakan soalan ini kepada pembaca saya di Facebook.
Bermacam-macam pandangan diterima. Ribuan terima kasih kepada lebih daripada 20 individu (wanita khususnya) yang memberikan feedback. At least dapatlah memberikan saya inspirasi untuk menulis entri ini.
Ini adalah diantara ciri-ciri yang saya rasa sesuai untuk mengkategorikan seseorang itu sebagai lelaki moden.
1. Mempunyai idea baru – A man with fresh ideas
Bandingkan lelaki zaman dulu dan sekarang dan anda akan nampak cara pemikiran lelaki dulu lebih konservatif dan straight forward manakala lelaki zaman sekarang lebih terbuka dan berani untuk mengemukakan idea-idea baru. Mereka berani berlawanan arus dan mencipta kejayaan sendiri.
Tengok jelah kebanyakan usahawan internet macam Fazreen (boss OSGP), Ridzuan Richie (businessman-internet marketer) dan Khai Oh! Media (no introduction needed). Mereka semua ni berjaya dalam domain perniagaan yang mereka cipta sendiri. Lelaki moden adalah lelaki yang mempunyai akal yang luar biasa, mampu untuk mengembangkan idea mereka menjadi realiti dan mempunyai kemahiran keusahawanan.
2. Faham social media – A man who understands social media
Social media (Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Foursquare, blog & website) adalah salah satu peralatan seharian lelaki moden. Ini adalah satu kemestian! Tak logik lah kan untuk seseorang dipanggil moden tetapi tidak pandai menggunakan social media.
Lelaki moden tidak menggunakan social media hanya untuk bersosial sahaja. Melalui social media, mereka berkongsi idea dan pandangan mereka tentang perkara semasa atau melebarkan jaringan profesional mereka. Pada mereka, social media bukanlah permainan tetapi sebaliknya peralatan untuk memajukan diri mereka dalam bidang yang mereka ceburi.
3. Look modern
Obvoiusly lah kan. Takkanlah lelaki rupa macam ni digelar lelaki moden.
Lelaki moden adalah lelaki yang ‘presentable’ di khalayak ramai. Mereka menjaga kebersihan dan kekemasan diri sendiri. Orang lain tidak akan berasa tidak selesa berada di sekelilingnya.
4. Mempunyai gadget sendiri – Knows his gadget

Zaman sekarang ni manusia dan gadget tak dapat dipisahkan. Lelaki moden mestilah pandai menggunakan gadget dalam kehidupan seharian, tak perlu semua, mungkin sesetengah gadget asas seperti smartphone dan tablet.
Ini adalah kerana 95% perempuan yang saya kenal pasti akan meminta bantuan daripada lelaki dalam hal berkaitan gadget. Saya pasti ramai perempuan di luar sana akan merasa kecewa kalau lelaki kenalan mereka tidak pandai langsung perihal gadget yang wujud sekarang.
Apa yang menjadikan seorang lelaki lebih moden ialah apabila dia menggunakan gadget untuk menjaga dirinya sendiri. Contoh mudah, lelaki moden tidak menggunakan pencukur tradisional tetapi menggunakan pencukur elektrik (model yang saya gunakan sekarang adalah Philips AquaTouch AT890). Mereka tahu bahawa pencukur elektrik memberikan kualiti cukuran yang sama dengan pisau cukur biasa dan ianya lebih mudah digunakan.
Dalam jangkamasa panjang, penggunaan pencukur elektrik mampu menjimatkan wang mereka kerana mereka tidak perlu menukar pisau cukur setiap minggu atau setiap bulan. Mata pisau pencukur pencukur elektrik boleh bertahan sehingga dua tahun sejak mula digunakan.
5. Mempunyai kegemaran tersendiri – Do what he does best!
Menulis blog, bermain futsal, berbasikal, menyertai marathon atau apa-apa sahaja yang boleh dilakukan, lelaki moden mempunyai kegemaran dan minat mereka tersendiri. Mereka gembira melakukan aktiviti tersebut dan memastikan bahawa ada masa yang diluangkan untuk melakukan aktiviti tersebut.
A modern man is a man of his own. Mereka tahu apa nak buat, bila nak buat dan mempunyai pendirian sendiri. Bagi saya, sekarang ni salah satu perkara yang boleh saya kategorikan sebagai “what I do best” adalah menulis blog dan tak mungkin saya akan merasa bosan dengan aktiviti ini dalam masa terdekat ini. Dengan menulis blog, ia telah membuka pelbagai peluang untuk saya mencuba sesuatu yang baru.

Adakah saya lelaki moden? I like to think that I am. Mungkin interpretasi anda tentang lelaki moden itu lain, tapi saya tak kisah. Saya masih akan menganggap diri saya seorang lelaki moden. Persoalannya sekarang, adakah anda?
- Dalam entri seterusnya, saya akan tunjukkan kehebatan Philips AquaTouch AT890 ni
- Entri ini adalah sebahagian daripada tugasan projek Philips 50 Shaves of the Modern Man di mana pemenangnya akan mendapat tajaan full make-over bernilai RM5,000. Undi saya sekarang!


Comments
35 responses to “Adakah Anda Modern Man? #philips50shaves”
sebelum kahwin, waktu lps spm n kt oversea, mmg byk ada ciri2 lelaki moden tu.
lps kahwin ni, dh byk xberapa ikut.
contohnya mcm gajet terkini. dulu gila bersms, bersosial internet. skg hp hny utk call dan sbg organiser kerja je.
shave? skg tgh simpan jambang. nk tgk boleh pjg sampai mana. dh 2 bulan simpan. huhu
lelaki moden juga turut tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga dan paling penting agamanya…
Modern or not, tanggungjawab adalah kewajipan dan lelaki perlu menunaikannya. Takde alasan untuk tidak
Lelaki Moden kena sentiasa mempunyai PENGETAHUAN TINGGI. Kena advance.
pada saya, modennya seorang lelaki terletak pada akal, pemikiran & tingkahlaku. gajet bukannya ukuran tapi sekadar meterial yang membantu memodenkan seseorang. tak kira lelaki atau perempuan. [:
Memang modern man betul ariff.. terpakse i vote…hohoho
Good luck ;)
hehe.. terima kasih sebab vote :)
presentable dan smart! oh vote no 1 and 3.. :)
vote no 3 n 5 ! :P
Saya akui dengan berhenti menulis blog telah menghadkan saya kepada perkara-perkara baru dalam hidup. Mujur saya terjebak dengan aktiviti-aktiviti baru terutamanya running. Rasa macam dah jadi a new man bila sampai ke finish line. 10km dah berjaya. Targeting 21km pulak Mac next year.
p/s: Berminat untuk berblog semula, tapi bukan dalam masa terdekat.
Congrats bro! I’ve been there. Memang rasa puas tak terhingga bila dapat finisher’s medal.
It’s true that a modern man sets his target and makes sure he achieves it. A modern man gets what he wants
Hahaha..sy rasa sy belum moden sepenuhnya..suka baca artikel ni..huhu
Boleh cuba lagi. haha
Hai bro Ariffshah,
Agak menarik artikel ini, syukurlah saya ada kesemua ciri-ciri diatas sebagai lelaki yang moden. Tidak lagi seperti 15 tahun yang lepas, nampak serabut sangat.
Good luck untuk tugasan projek Philips 50 Shaves of the Modern yang di anjurkan oleh Philips brand. Moga awak akan memenangi tajaan full make-over bernilai RM5,000. Mudah-mudahan. Saya undi awak sebagai pemenang.
Bro memang lelaki moden. No doubt!
Thanks for supporting! Sangat dihargai.
terima kasih :)
doakan saya ya..
Terima kasih atas mention di atas. Dengan itu aku vote kau. Menang nanti open table. Heh.
Bila ko nak masuk Astro Awani? dah boleh sangat kalau nak masuk
Ah kau. Macam tak kenal aku ni. aku prefer bergerak bawah tanah.
ariff shah i think u hv a criteria as a modern man, y? because u hv non-conservative mind thinking and always open to everything
Thanks! Well I may be open to new ideas but that doesn’t mean that I fully subscribe to it. There’s a difference there and people tend to get the wrong idea that open minded people will accept every new idea they came across with
modern man lah plakk..
adakah anda modern man en titan?
aku tak cukup modern lagi berbanding ko. haha..
Mungkin saya belum mencapai status modern man. Bab Gadget memang fail. :(
Nasib baik saya ada semua ciri2 di atas.
Terpaksa terima hakikat ini..
yes i am modern man… cuma belum sampai tahap awesome modern man macam Fazreen dan juga Khai Oh Media lah.. mungkin satu hari nanti, Insyallah :)
Mereka memang hebat. All the best dalam mencapai impian
‘Lelaki metroseksual’ pernah dengar tetapi ‘modern man’ sesuatu yang baru.
Lelaki metroseksual biasanya adalah modern man tapi modern man tak semestinya lelaki metroseksual
Salam. Adakalanya ia terlalu subjektif dari segi deskriptif, kerana ia bergantung kepada perspektif dan matlamat hati masing-masing. Sebaiknya, seorang lelaki yang versatile, tidak meninggalkan akhirat untuk dunianya juga sebaliknya. Wanita mempunyai high expectation mengenai ciri-ciri lelaki moden…
Of course banyak lagi ciri yang boleh dimasukkan cuma lima yang di atas adalah sesuatu yang asas dan boleh mendifinasikan seseorang lelaki sebagai modern man
#3 look modern…yes, seorang modern man pertama kali beliau mesti nampak modern dari segi penampilan…
Kalau gaya penampilan langsung takde, memang orang tak pandang sekarang ni