Ada Apa Dalam Facebook Versi Russia?

Reading Time: 4 minutes

Orang Russia ni diorang suka buat benda diorang sendiri lebih-lebih lagi kalau benda yang ada kat US. Contoh macam cerita bersiri How I Met Your Mother dan Sex And The City, kat Russia ni ada versi Russia tersendiri. Even Facebook pun diorang nak buat versi sendiri. Oklah, mungkin masa tu (tahun 2006) Facebook belum fully global dan belum sampai Russia, jadi diorang amik konsep Facebook tu, buat dalam bahasa Russia. Maka dapatlah versi Facebook diorang sendiri vkontakte.ru.

Walaupun sekarang ni dah ada Facebook dalam bahasa Russia, aku tak taulah diorang ni nak guna ke tak. Semangat nasionalisme orang Russia ni kuat, tapi bila sampai produk kadang-kadang semangat nasionalisme tu tak boleh pakai gak. Contohnya, orang Malaysia yang berkemampuan lebih suka menggunakan kereta import. Jadi ada kemungkinan suatu hari nanti Facebook pulak yang jadi popular kat sini, itu pun bergantung kepada berapa banyak duit Mark Zuckerberg sanggup curah ke Russia ni.

Ok.. tak nak cakap benda serius. Jom kita usha apa yang ada kat Vkontakte ni. Vkontakte (ve kontakte – sila baca macam baca dalam BM) maksudnya in contact. Sesuai la kot nama dia. Simple jer. Interface dia ada iras-iras Facebook, warna biru (orang cakap warna biru ni warna bendera Israel.. macam-macam la korang tapi guna gak Facebook). Dibangunkan oleh Pavel Durov, seorang pelajar di St. Petersburg.

Ni contoh profile page kat Vkontakte. Aku saje guna versi bahasa Inggeris supaya senang korang nak faham. Yang maklumat dalam bahasa Russia tu tak payah faham la, tak penting dan jangan la ko kacau awek tu kat Twitter. Ni aku main bantai amik je. haha! Walaupun belum add as friend, tapi kalau nak tengok profile picture dia boleh je. Click je kat gambar tu dan nanti tukar gambar profile yang lain. Tak payah masuk album. Aku suka feature tu. Lagi satu nak cakap, aku letak banyak gambar awek sebab aku lelaki, letak gambar lelaki memang rasa gay habis. Harap maklum.

Ini pulak contoh wall. Ni wall kat group aku. Wall aku tak aktif mana pun, jadi amik wall group class aku. Nak hantar file semua buat kat sini. Time exam memang aktif la sebab banyak nota dan segala jenis perbincangan berlaku kat sini. Kat tepi yang gambar bontot tu video budak-budak ni upload. Bengong. Tapi relax ah.. yang korang nampak ni sikit jer..

Ok. Sekarang post gambar-gambar awek pulak. Aku tau korang suka, jadi lepas ni boleh share entry ni. haha! Entri ni anggap la macam dokumentari ye. Macam biasa, aku tak kenal diorang nih, main bantai amik. Ni kira aku tunaikan janji aku dulu la untuk entri post gambar awek Russia. Lepas ni jangan minta lagi. ish..

Awek Russia 1: Rambut brown, panjang dan lurus dan bentuk muka camni yang paling common. Biasanya kalau macam ni awek tu mesti tinggi habis. Paling-paling rendah pun dalam 165 cm. Awek tinggi ni kelajuan dia jalan memang laju. fuhh.. laju beb. Kalau korang bertembung dengan awek Russia kat KL, try la ikut diorang jalan dari belakang, mesti tak terkejar punya.

Awek Russia 2: Kalau yang camni lak jenis kecik dan comel. Tinggi dia lebih kurang tinggi average awek Melayu yang paling tinggi. faham tak? Adalah dalam 155-165 cm camtu. Aku rasa awek camni lebih kurang macam awek yang aku post dalam entri dulu: Beza Antara Gadis Russia Dan Gadis Melayu. Oh.. dan lagi satu, background gambar cantik kan? Ni aku rasa awek kampung sebab kat Moscow mana ada ladang gandum.

Awek Russia 3: Yes. Kat sini ada gak awek Russia rambut hitam. Tak taulah yang hitam tu dia warnakan ke atau apa, tapi aku tak rasa dia warnakan. Pakaian macam tu untuk event malam, melepak kat disko lepas kelas. Itu normal kat sini dan kalau nak belajar bahasa Russia serta jadi fasih dalam masa kurang daripada 3 bulan, ikutlah kawan-kawan Russia ke disko. Ni gerenti punya.

Awek Russia 4: Lagi satu ciri awek Russia yang memang common, pipi dia bulat tembab macam tu.

Awek Russia 5: Awek yang riang, ceria dan gembira. Kalau musim bunga, mood orang Russia ni memang baik. Tenang sikit. Jadi wujudlah gambar-gambar macam ni.

Untuk mengelakkan orang cakap aku ni tak adil dan berat sebelah, aku letak sekali gambar mamat Russia dua tiga keping. Yelah, dah nama pun entri berunsur dokumentari, letak jelah kan..

Mamat Russia 1: Ni jenis yang paling biasa la. Rambut pendek, sikat depan. Kulit putih, cerah. Tinggi.

Mamat Russia 2: Gambar macam ni banyak kat Vkontakte. Yelah, sebab sejuk giler, jadi diorang suka tunjukkan yang diorang boleh tahan sejuk dengan berendam secara bogel dalam air ais macam tu. Sejuk dol! Pandai-pandai ko la..

Mamat Russia 3: Kalau dah kat Russia dan orang Russia, mesti nak ada gambar background salji kan masa main snowboard atau ski kan.. Tak boleh tidak.

Mamat Russia 4: Big guy. Lelaki Russia ni ada yang badan besar-besar. Bukan gemuk, tapi besar. Mungkin sebab pemakanan atau genetik. Biasanya yang besar-besar ni memang kerja jadi bodyguard, pak guard, bouncer kelab dan sebagainya.

Bukan mamat Russia: Masa aku tengah cari gambar untuk entri ni kat group English speakers, aku takdelah expect ada gambar orang Melayu. Mesti la gambar orang Russia je kan. Sekali terjumpa pulak dah. Selamba je bro ni letak gambar dia dalam group. haha! Relax eh bro aku letak kat dalam blog ni pulak.

Cukup dengan gambar orang yang kita boleh nampak dalam Vkontakte ni. Satu lagi feature yang tak ada kat Facebook adalah fake profile detection. Kira macam kalau orang ni curi gambar orang lain lepas tu buat akaun baru dan upload gambar tu, diorang boleh detect la. Jadi orang tak terkeliru kalau ada banyak profile orang yang sama. Tapi benda ni macam tak accurate sangat kot. Entah la..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me


Posted

in

by

Comments

68 responses to “Ada Apa Dalam Facebook Versi Russia?”

  1. fathiah Avatar

    seronok bc entry nie…
    tgh kusyuk dok bc… sampai tang village boy tue xbley blah… aku gelak guling2 hahahaaa….. adoii… sakit perut….

  2. bolamalaysia Avatar
    bolamalaysia

    Ni takboleh bla betul :

    “Tapi benda ni macam tak accurate sangat kot. Entah la..”

    Hahahahahaha

  3. pelangi Avatar

    lelaki2 russia x cun pun..huhu..ker ariff jer x nak letak

  4. Shahrulsite Avatar
    Shahrulsite

    Bapak cun awek no.1

  5. nikamirul Avatar
    nikamirul

    apsal gambar awek first tue macam maria ozawa? ngahahaha :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada iras-iras eh? kebetulan kot.. haha!

  6. Anarm Avatar

    cun jugak awek2 russia ek.. huhu

  7. Hadi Rofiee Avatar

    Hehe. Seronoklah pula baca & dapat kongsi pengetahuan2 macam ni. :-)

    p.s: kalau kami pi sana, boleh tumpang tidur kut? He.

  8. belalang Avatar

    beruntung ariff dapat tinggal smbl study d sana…
    luas pemandangan bnyk pengalaman…

  9. intankuterpilih Avatar

    gambar mamat bukan rusia tu yg aku tak tahan tu…ekekeke

  10. Ladfe Amir Avatar
    Ladfe Amir

    awek rusia.. cantik n comel.
    tapi aku rasa Aliff cuma letak yang muka cun aje kat sini.. yang tahap tak cantik tu manalah nak letak.

    mana2 ceruk dunia kita pergi, mesti ada yg cantik dan tidak cantik.

  11. hanisaleeya Avatar

    #1: 165cm tu tinggi nis tu.. haha
    kalau dorang jalan nis je boleh kejar kut. sbb nis salu jalan lagi laju drpd org. kalau nis jalan tak tengok belakang silap2 kawan2 tertinggal 1km kat belakang. [pernah berlaku. sem lepas. masa tu belum ada kereta so kitorang balik ke rumah jalan kaki je.]

    #2: memang nampak macam tipikal perempuan Melayu.

    #3 Ariff g disko gek ke? [Soalan killer]

    Mukabuku dah tak nampak macam best. takde respon langsung kat email. ke, da lesap? pasni nak g cek la Mukabuku.

  12. Cik Nass Avatar
    Cik Nass

    Ada ke Russia Islam kat sana Ariff?

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada. tapi susah la nak jumpa.

      1. syahrilhafiz Avatar

        ada…tuh awek rusia..ada tu dia je tak mo cakap pape..hehe

  13. Amry Avatar

    tak silap malaysia pon ada versi FB dia…boleh tahan feature dia, tapi lupa la plak apa kenamanya….terbaca kat mana tah…lupa. Adoyai…. Tak boleh tahan wooo tgk aweq2 Rusia ni….tak leh tengok lama2. bahaya…muahaha

    1. Sarah Nivea Avatar

      Versi Malaysia FB ada gak, betul tu…
      http://www.myfriends2u.com
      Sarah rasa ok jugaklah kat situ, walaupun macam pening sikit nak biasakan dgn wall dia.

  14. khairul antasha Avatar

    comel2 la awek russia..

  15. fadhilah Avatar

    huh orang mlysia sume kecik2
    nk di bandingkn dgn russian yg besar2 erk

  16. khairil Avatar

    awek russia hot, tapi awek melayu gak best :)

    1. Hadi Rofiee Avatar

      Siapa bilang gadis melayu tak menawan. :-)

  17. madlut Avatar
    madlut

    comel2 jugak minah russia nie…selalu orang puteh nie aku tengok, dalam cerita. dalam gambar, cantik, tp bila tengok depan2…gadis melayu jugak jadi pilihan hati..hoho

  18. Mai Avatar

    ow..kt russia pn ada how i met your mother ke? Gila kentang la cite 2…hehe nway pe tajuk dia?nk search!

  19. iela Avatar

    ooo.. cun cun ar awek rusia.. tapi mamat2 rusia tu macam tak menyelerakan jer :P

  20. nabilpotter Avatar

    arif, cari kat ak awek2 malaysia kat sana..
    hehehe..
    yang ceria2…huhuhu

  21. birakbatu Avatar

    piwit awek 1st baju putih ada tulesan kaler2.. ahaks :)

    1. syahrilhafiz Avatar

      betul3..jangan ko birak kat gurl3 tu pulak..hee

      1. birakbatu Avatar

        part tu aku tak boleh elak.. aku suka birak dan aku yakin aweks tu pun suka birak jugak.. ahaks :)

  22. ZE Avatar

    wow, gadis Russia molek2..hehe

    agak tak betul yang tengah mandi tu..aku yang tengok pun dah taw macamana sejuknya dengan salji tu lagi..kulit buaya ke apa..

  23. TheSharkox Avatar

    Hehe…awek rusia nombor 5 tu kalau angin tiup kuat sikit tu…….haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      Huh. Nakal ko ni..

  24. MuJE Avatar

    oh yeah! boleh cari awek russia la gini…hehe

  25. RedBoys Avatar

    laki semua tak hensem sgt.. yg pompuan semua hot2 + cun la.. girls no 1 i like.. hehe

  26. arrizz Avatar
    arrizz

    I like gambar awek russia no 1 tue..haha..

    1. RedBoys Avatar

      haha.. aku suka gak yg no 1 tu.. cantik..

  27. Eazy Izzuddin Avatar

    baru tahu…
    malaysia xde facebook sendiri ke..
    hehe…

    1. RedBoys Avatar

      malaysia dah ada..
      myfriends2u tu-lah facebook malaysia..

  28. izwan Avatar

    orang rusia ni memang suka cipta sesuatu yang baru ke?.. faktor sosial,geografi mendorong cara pemikiran diorang camtu?.. mungkin menarik kalau ada story tentang beza cara pemikiran orang rusia n malaysia .. cara kerja n etc.. dapat tau budaya luar.. ke dah ada cerita cuma aku je tak tau.. hehe

  29. suffer8zine Avatar

    wahhh cun2 awek rusia

  30. zuarxpdc Avatar

    mn tahan tgk pompuan cun cmtu….huhu.

  31. Azrul Hisham Avatar

    fuhh…memang hot.. :)

  32. NailahAzman Avatar

    Ariff ,

    Awek Russia no 1 paling cun !
    Mata pun dah color hijau . :)

  33. L.Y.N.N Avatar

    1)semuanyaaa cun sajaa~~=)*mcm tittle lagu..

    2)gile tak tahan kot tgok pic guy yg mndi dlm aiss tuu!kulittt teballl bpe incii tu??ishhh~~dsytt laa~~

  34. landax suparman Avatar

    berrdarah idong aku!!ahahahhaXD
    kalau aku dok sana agaknya salalu le kene lap idong~hahaXD

    1. RedBoys Avatar

      kah2.. adoi.. tak tahan aku baca statement bro ni..

  35. tieha Avatar

    hahah…entry nie wat owg gelak…ayat dier mantop !

  36. zharmin Avatar

    pergh….tergugat skit iman..haha
    btw, kalo malaysian yg buat, mesti kena kutuk sebab meniru style fb…typical

  37. Bean Moreno Avatar

    lawa2 awek rusia

  38. suzierahman Avatar

    adeh best ni jd laki..cuci mata awek cun..bro cuci mata x.adeh suzie nk cuci mata gak tp laki xencem ni.xmo2 russia..haha joke!

  39. Liyana Lunia Avatar

    ada jumpa ahli kumpulan t.A.T.u tak?

  40. aisumichan Avatar

    lawa2 la orang sana…

  41. Bro Framestone Avatar

    tertibe terinagt project yang kon tunjuk kat bro hari tue….

    ariff.. mane jnji manis mu ek…

    kate nk bagi no tepon.. tgk gambar mne puas he..23x

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh. bagi nombor karang tak faham lak apa diorang cakap

  42. Loq Avatar

    Aku suka yang versi bunga tu ;p

  43. Lord Zara Avatar

    Woot!
    Lawa2 awek Russia!
    ^.^

    Nak menyebut boleh trebeliat lidah~
    >.<

  44. el Avatar

    weyh..cun gile awek2 kat sane..tapi lelaki tak hensem2 pun??..mcm mane ni? cam ne ni? aiyoo..hahahha.. tapikan..mase aku gi europe hari tu pun..mmg tak hensem pun kot mamat2 dekat sane..dekat london baru la nampak yang hensem..sob3x. ok off topik.

    weyh dekat sane ade cerita how i met your mother versi rusia? ape tajuk? mane best lagi? yang US ke yang Rusia?

  45. hanz Avatar
    hanz

    arif mane awek russia untuk aku kekekekek

    1. ariff Avatar
      ariff

      pilih2.. haha!

  46. Rose Avatar

    scary habes mamat 4… o_0 gila ah! smbil discuss smbil tgk video sblh tu eh ? >.< LOL

  47. Mr Fathi Avatar

    bestnye citer2 pasal Rusia ni…teringat kat Roman Pavlyuchenko…hehe

    awek2 Rusia pun cun…huhu

  48. anastasyea Avatar

    woww… tak sejuk ke mandi mcm tu time musim sejuk. Kalau anastasyea rasanya dah beku .. sejuk =)

  49. Aus MeLankoLik Avatar

    aku dah berkire – kire nak kirim awek rusia ni , ape macam ?

  50. aizuddin Avatar

    banyak gila gambar hot ni..

  51. TarmiziShukri Avatar

    Walaupun awek2 rusia ramai yg cun, maria sharapova tetap dihatiku..hehe..

  52. syahrilhafiz Avatar

    mak aii..awek rusia..cun3..dapat satu dah ke..haha
    facebook diorang tu tulisan tungang langang..aku tak faham..translate..=)