7 Tips Untuk Meningkatkan Bilangan Pembaca Blog

Kali ini aku nak kongsi tips sikit tentang cara untuk meningkatkan bilangan pembaca di blog kita. Semoga tips ini dapat membantu blogger-blogger lain.

Isi kandungan blog yang mantap.

Bukan body aje patut mantap, content blog pun mesti mantap. Ini paling penting, kalau apa yang kita tulis mengarut atau terlalu emosional memang tak ke mana blog kita. At the end, blog tu kita sendiri ajelah yang baca. Isi kandungan blog ni kalau boleh kena ikut kehendak dan citarasa pembaca. Kita kena tahu kenapa orang follow blog kita dan siapa supaya kita boleh suaikan dengan kehendak mereka.

Jadi silalah mantapkan body blog anda.

Jadi pemurah.

Ada orang datang blog orang lain untuk cari follower, linkback, pengiklanan percuma dan sebagainya. Macam mana kita nak jadi pemurah? Yang biasa aku buat, aku letakkan link blog orang yang selalu datang sini kat dalam link list. Mungkin sekarang masih ada yang belum letak, insya Allah akan diletakkan nanti. Di samping itu, korang boleh pasang plugin CommentLuv. Jadi sesiapa yang tiggalkan komen pasti akan dapat pengiklanan percuma untuk latest post mereka dan semua link kat situ adalah dofollow. Oleh itu korang dah dapat backlink free dengan meninggalkan komen kat blog yang ada CommentLuv. Bila dah banyak backlink, makin cepat la Google Pagerank anda naik.

Kongsi tips berblogging macam ni pun boleh kira pemurah la kan? :D

Baca tutorial untuk memasang IntenseDebate + CommentLuv untuk Blogspot.

Interaksi dengan pembaca anda.

Aku cukup suka dengan pemberi komen kat blog ni dan hampir semua komen di sini aku akan reply. Interaksi ni penting supaya kita dapat beri impresi bahawa kita mendengar suara pembaca. Bukan senang nak dapatkan pembaca, dan lebih susah lagi nak dapatkan pembaca yang sudi meninggalkan pendapat. Oleh itu, mana yang ada, kita hargai.

Menganjurkan pertandingan.

Ini cara paling senang nak dapat pembaca datang blog kita. Memang berdasarkan apa yang aku tengok, banyak blog lain buat.

Memang diakui kalau nak buat pertandingan tu perlukan modal, tapi tak semestinya kita perlu mengeluarkan kesemua modal tersebut. Boleh je kita minta sponsor daripada blog-blog lain yang lebih besar, mungkin sponsor pengiklanan selama sebulan ke, free banner ke atau apa-apa sahaja yang sesuai. Ikut kreativiti anda.

Join komuniti

Berblogging kerana syok sendiri tak akan bawa anda ke mana-mana (kecuali kalau anda Hanis Zalikha). Hanis Zalikha tu tulis blog xpayah reply komen pun beribu orang masih akan baca blog dia kerana dalam dunia nyata dia adalah ‘somebody’. Itu hakikat. Jadi ya, kita perlu join komuniti blogging ni untuk dapatkan exposure.

Untuk blog bahasa Malaysia, Ariff Shah mencadangkan supaya para blogger semua menyertai GengBlogger – Komuniti Blogger Anda

Kalau Hanis Zalikha join GengBlogger mesti meletup-letup GengBlogger lepas ni.

Social Networking

Social networking yang dimaksudkan adalah seperti Twitter dan Facebook. Memang mudah nak dapatkan trafik setiap kali aku iklankan post baru di Facebook (tetapi untuk pos tertentu sahaja kerana apa yang aku tulis mungkin tidak akan dibaca oleh rakan-rakan di Moscow ni).

Kepada yang masih belum ada Twitter, eloklah buat. Dengan adanya Twitter boleh la berinteraksi dengan blogger lain secara direct. Lebih cepat dan efisyen.

Baca segala-galanya berkenaan Twitter, Tips Penggunaan Twitter Serta Twitter Tools Untuk Blogger

Kepada yang nak add aku kat Facebook, sila bagi tahu yang korang datang dari blog.ariff. Senang untuk proses verification.

Bersabar

Apa yang diusahakan tak semestinya akan membuahkan hasil pada esok hari dan jangan pula berputus asa. Tetapkan target yang mudah dicapai dahulu, kejar satu persatu dan lama-lama nanti Insya Allah berjaya. Lagi lama kita maintain, reputasi makin lama makin naik. Reputasi adalah sesuatu yang perlu dibina. Jadi bersabarlah, mungkin ambil masa setahun nak capai target, mungkin dua. Perbetulkan mana-mana kekurangan dan lama kelamaan nanti memang dapat capai apa yang kita impikan.

Ariff Shah: Apa pendapat korang? Apa rahsia korang dapatkan ramai pembaca? Sila subsribe blog.ariff melalui RSS supaya korang tak ketinggalan untuk update lain pada masa hadapan. Tajuk pos seterusnya, 100 Hari Blog.ariff

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

43 comments

  1. asalamualaikum, saya cuba pergi ke gengblogger..tapi ada masalah..

    What is the current listing status for gengblogger.com?

    Site is listed as suspicious – visiting this web site may harm your computer.

    Part of this site was listed for suspicious activity 2 time(s) over the past 90 days

  2. saya baru je memiliki blog sendiri…masih baru sangat2. Banyak perkara yg perlu saya pelajari dan ketahui… teringin sangat nak berinteraksi dan bercakap walaupun hanya bersms atau chatting dgn ariff sendiri… kerana saya memerlukan seseorang yang boleh membantu saya untuk memajukan blog saya itu. Kalau ada kelapangan, jemputlah melawat ke blog saya yang tidak seberapa… berilah komen apa2 sahaja supaya saya tahu dimana kelemahan pada diri saya. Terima Kasih yang tak terhingga…~~

  3. Line ‘bertadika’ ni mesti korang kureng minat…kak j mase mude2 dulu pun tak layan
    bab serious ni tapi bila dah kawin,punye anak baru rase penting kalau kite tau awal pasal ‘early education’ ni..Anak2 kak j ( 5 boys:15,14,12,8,4)..so far so good…tak banyak problem sangat..boleh tahan la…mungkin boleh ikut jejak ariff ke Moscow.

    Banyak peluang pade sesiape yg interested buat, tadika.Starting this year those interested to set up a kindergarten,will be given a free grant of RM10k from the govt….tak banyak pun.. tapi boleh la nak cover mana yg patut.

    Kalau nak tau tips mengajo bebudak kecik ..http://ticerj.blogspot.com

    Maybe you all boleh buat satu blog ‘my first day in tadika’…sure banyak cite kan…..peh tu link kan kat blog kak j…win2 situation gitu..mane tau satu hari nanti boleh kalahkan si Hanis Zulaikha tu….kite tak lah cantik tapi punya ilmu tadika yg sangat penting untuk pembangunan modal insan…

    1. nice concept cuma itulah, first day tadika.. rasanya memang dah tak boleh ingat dah sebab saya ni jenis yang pelupa.

      Maybe blogger lain boleh tulis.

  4. Yup…apa-apa kerja pun perlu sabar…aku ambik yang last tu, sebab yang awal-awal konfem dah buat…so kena sabar…thanks for sharing

    1. stuju dgn rashid…kesabaran sgtlah penting dlm sesuatu perkara
      btw…thanks 4 good info

  5. blog sendiri rasa boring ……….blog org rasa menarik la pulak…….knpa…..enk…………sya rasa sbb ………kurang nya……benda yg menarik yg dpt menarik minat pembaca……….apa yg perlu kita buat ialah bnykan benda atau isu yg dpt menarik org ramai membaca………contohnya ialah dgn event…….yg menarik……..^^…….pada pendapat sya la

  6. entah apa hal kebelakangan ni…kemaruk baca blog orang
    apa rasa punya blog sendiri

  7. wahhh…bagus juga tips nie….i will try to do….
    .-= Cerita terbaru Pak_aAn aka Farhan.. Selamat Hari Umi!!! =-.

  8. thanks bro atas tips nie..
    mmg hanis zalikha ada peminat yang tersendiri..he
    best kalo tiap kali post ada satu dua komen dari pelawat..
    saya kena belajar lagi tarik hati pelawat utk komen..:)
    .-= Cerita terbaru hafizul.. Gelagat kanak-kanak.. =-.

    1. Saya boleh pilih latest 10 entri sebab dah register ngan CommentLuv,
      tapi pagi tadi hosting buat update sikit-sikit. So dia tak boleh load.

  9. Pingback: IMCurtain.com

Comments are closed.