Kita selalu bincangkan tentang cara mencari idea untuk menulis blog, tapi lupa akan faktor yang menyebabkan takde idea nak tulis blog. Jadi apa yang menyebabkan takde idea nak tulis blog ni?
Terhibur dengan perkara lain
Kalau diri kita terhibur, maka takde kebosanan. Kalau bosan maksudnya tak terhibur, kan?
Jadi bila ada benda yang boleh menghiburkan hati, keinginan untuk menulis tu takde. Idea nak tulis pun tak datang.
Tapi apa yang membuatkan kita terhibur tu pun sebenarnya boleh dikongsi dengan pembaca lain di blog sendiri. Kan dah ada poin nak update blog macam tu.
Takde masa nak tulis blog
Bila masa tidak diluangkan untuk sesuatu, maka kita mungkin akan melupakan perkara tersebut dan blog sendiri tidak terkecuali.
Contohnya sekarang aku meluangkan masa sepanjang hari menonton siri Burn Notice (highly recommended), jadi idea tak datang.
Idea untuk menulis entri ni datang semasa aku dalam perjalanan pulang dari bandar tadi. Bila kita fikir tentang apa yang nak ditulis atau teringat yang kita ada blog untuk diupdate, idea akan datang.
Bosan dengan isu semasa
Isu semasa sekarang adalah blogger gila trafik dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Isu ni memang tiap-tiap tahun wujud sebab ia adalah sebuah bulatan kehidupan blogger di Malaysia.
Blogger baru akan lebih cenderung kepada aktiviti gila trafik, kemudian ditegur oleh blogger yang agak senior dan rantaian ini akan berulang selagi wujud blogger baru setiap tahun.
Isu berulang macam ni memang membosankan. Kalau dah pernah tegur isu sama, takkan nak tulis lagi? Malas la macam tu.. Bila malas nak layan, idea nak menulis pun takde.
Emosi tak stabil
Kalau tengah marah ataupun menghadapi tekanan di tempat kerja/belajar, memang idea takkan datang sebab kita perlukan masa untuk cool down dari segala kecelaruan minda yang melanda.
Biasanya waktu emosi tak stabil ini adalah waktu yang paling sesuai untuk tidak menulis blog untuk mengelakkan apa-apa statement bodoh yang mungkin bakal ditulis dalam blog.
Tiada pengaruh luar
Kadang-kadang kalau kita tak terdedah kepada benda baru dalam hidup, semuanya akan jadi bosan. Kalau concentrate pada sesuatu topik je untuk update blog pun memang membosankan. Bila bosan, takde idea.
Sebenarnya tak perlu pun benda baru. Kalau asyik duduk depan komputer hari-hari tak keluar rumah pun minda kita akan terbiasa dengan kehidupan yang terhad macam tu. Bila minda terbatas dengan rutin harian, pemikiran tak berkembang.
Cuba lakukan sesuatu yang lain. Pergi ke tempat yang belum pernah pergi, baca genre buku atau akhbar yang tak pernah dibaca. Mungkin tulis entri lain, luar daripada apa yang biasa kita tulis. Aku pernah menulis entri tentang memasak and some people liked it.
Apabila minda didedahkan dengan perkara baru dalam hidup, pastinya idea baru juga akan wujud.

Comments
62 responses to “5 Sebab Kenapa Idea Menulis Blog Tak Datang”
Betul tue bro….kalau rajin sesuatu aktiviti baru sure dapat info yang boleh dikongsi blog….
raya ni ..malas la pulak nak update. kepala pikir raya je ..
banyak sebenarnya idea..nak atau tak nak aje kita buat.
Hmm, kalau paksa2 sangat nak idea tu keluar, nak idea tu datang, memang beruban dulu gamaknya.
Eloklah banyakan membaca dan keluar berjalan2.
bila otak kita relek2 je, idea pon relek2 je datang..
Tapi bila dah mencurah2 idea datang,tak reti pulak nak menyusun cerita. Dah.. macam mana nak nulis?
skill penulisan pun lemah, malah tiada keyakinan ketika menulis.. alih2 blog terbiar juga. alahaii.. *selalu juga terjadi begini*
saya rasa saya selalu takde idea sebab tiada pengaruh luar itu. hidup pun macam katak bawah tempurung. since I registered on blogspot on january, tu je la focus nya dan tak keluar.insyaAllah sambung master lepas raya..update pasal environment plak ke..at least info lah jugak. hoho, “save the earth”. hari2 tulis benda kosong, rasa loser jugak.
betul juga…nak jadi blogger yang berilmu mesti kerap explore diri kita dan membaca dan buat kajian. Kalau tak memang susah nak cari idea.
Sekarang sedang mencabar minda untuk buat sati entri satu hari..sukses..
Betul juga nak jadi blogger kena selalu membaca dan explore…
mood tu penting..kadang2 memang x de masa
kadang-kadang mmg ada masa tu tgn dah pegang keyboard tapi otak blur.. haha..
huhu, no satu dan dua tuh setuju sangat-sangat. idea banyak, tapi kena dibahagi-bahagi. so menulis je ikut suka hati.
Benar tuh…ide blog ku sering tidak muncul
aku pun xtahu ape nk tulis…
biasa la..aku tgh cuti sem nie..
duk lepak2 kt rumah jek
TQ
selalunya twitter yang menjadi penghalang everytime nak update blog!
Setuju bangat.
Tapi selalunya xde idea sbb terlebih terhibur lah. ;)
faktor utama mmg sbb takde masa. pengisian tu byk je nk tulis dan kongsi tapi tak berkesempatan langsung. maklumlah kerja aku ni kerja bermusim. skg mmg pack 24 hours. huhu
wah kerja apa tu bro?bagitau la.hehe…
Uh!! Tersangat laa tepat..
Kesibukan & Em0si tak stabil mmg menjadi ISU !!
Membantutkan idea…. huhuhu
terhibur dengan perkara lain : Twitter.
Tak de masa nak tulis blog : sibuk tengok kdrama.
HAHAHAHA!
dan sekarang idea dah kering =..=
cerita benda yang sama je dalam blog memang buat kita bosan. bila bosan, kita mcm hilang interest nak update blog. fikiran pun mcm buntu..
terhibur dengan perkara lain pun sama.. mcm aku dulu, aku suka main game.. bila ada game baru yang menarik perhatian aku, maka blog pun aku tinggalkan untuk sementara waktu.. last2 aku susah hati pulak blog tak update. haha..
faktor komitmen mcm kerja pun penyumbang kepada idea tak datang.. bayangkan kalau kerja dari 10 pagi sampai kul 10 malam.. Perghh.. Balik kerja je badan dah penat.. Tak dapat nak cari idea..
Aku makin emo makin banyak aku tulis. XD
emosi tak stabil tu paling selalu dialami. kalau buat juga entri time tu, memang entri emo lah jadinya.
bertepatan sekali topik kali ini. macam masuk dalam jiwa aku. haha.
aku nak lanjutkan entri ni dalam versi aku pula. terima kasih bagi idea.
silakan. tak sabar nak baca.
hehe.. salah satu contoh bila kita x de idea.. lawatlah mana2 blog pastu bila da dpt 1 entri yg boleh diperbahaskan.. olah le dengan cara kita plak.. hehehe…
wah…pernah buat entri masakan ke?aku try usha resepi apa yang ko buat tu bro :D
mengarut je. Buat time aku tengah bosan.
kdg2 idea ade… mase pun ade… cuma.. malas.. hehee
blogger kena ‘think out of the box’ baru idea datang kot..bab tak ada masa tu biasalah
paling tepat sekali ialah takde masa. buatnya assignment tengah banyak, memang takkan aku nak update blog..BW jelah..
Masa aku rajin menulis time keluar dari rumah, lepak sambil minum 2. idea mencurah2
kenape idea menulis belog tak datang dijadikan satu entry hahah .
Yang takde masa kot tu betul.
Ada masa buntu juga hendak menulis kalau ide tidak datang. Bila ide banyak masa pula tidak untuk tulis. Kalau hendak kekal SEO perlu cari kandungan entri yang sentiasa evergreen :-)
kat mana2 pun leh datang idea.. berangan skit2 pikir kategori blog pn dapat draft tajuk.. masa + mood biasa aku kena..kalau tak kejar trafik sgt tak kisah pn update selalu atau tidak… :D
aku dah xde mood since jan 2011. hehe :)
minat dah berubah kot. itu sebabnya
Kalau macam aku plak..mgkn sbb invention of Twitter n Facebook. hahaha
sekarang perkara yang menyebabkan idea nak tulis blog tak datang adalah masa.. kekangan masa menyebabkan blog kadang2 terbiar seminggu dua..
salam…
klu untuk personal blog nih mungkin idea tuh selalu datang…
lain skit klu niche blog…idea tuh nak kena korek2..itu satu hal…nak menulis lagi mungkin amik masa…
itu pendapat saya
niche blog lagi senang. Kalau ada info baru, boleh update dah. Tunggu je.
blogger biasa>traffic hunter>traffic gila
istilah aku nampak dari blog DenaiHati dengan blog ni.
kalau aku buat entri pasal ni pun ok kot, sebab tak pernah buat sebelum ni
no 2 ialah saya .. -.- sungguh lah busy minggu last keje ni. nak cuti pjg keje byk. agaknye nnt bile dah free, keluar lah satu hari 2 3 entry
mood tu penting sebenarnya…takde mood takdelah entri…
idea selalu datang pada waktu – waktu yg tak sesuai. time atas moto, time mandi, time2 yg takde chance nak pegang pen & kertas mahupun hp.
pastu punya la dok fikir banyak2 kali sebab takut terlupa..last – last lupa jugak.
idea tu kadang2 datang cuma bila idea datang masa untuk menulis pula takde kelapangan…
malas juga menjadi punca idea tu hilang begitu sahaja…
hantam saja bro ariff…:-)
paling setuju part takde mase nak tulis blog…kdg2 idea dah ader..tp sebab x sempat nak tulis, lame2 idea ilang sendiri n bila dah bukak blog, blurr nak tulis ape…selalunye bnd ni terjadi pd org yang dah bekerja…
Aku selalunya ada ditempat kedua…
Idea ada, tapi tak sempat nk tulis…
err tak dinafikan ramai je blog yang suka tulis isu semasa. kiranya isu semasa ni permainan SEO ‘sementara’ (pendapat aku).
aku kalau boleh xnak terkena simpton burnout ni, sangat sukar nak menulis ;) jadual update pun kalau ikutkan selang sehari, tapi kadang2 dengan ada masalah dunia lagi membuatkan jadual update tu pun x terikut
benar, kalu hanya kejar traffik mainkn saja berita semasa…..tp bila fikir suasana blog kita akan dapat idea bagaimana nak menconteng blog..:)
buat masa sekarang faktor lain yang terhadkan produktiviti aku..haha
malas dowh, nak main games DotA je…ayokk…
biasanya banyak manusia dipengaruhi suasana..melainkan orang yang bersungguh-sungguh dan tahu matalamat sebenar dia melakukan sesuatu..
kadang2 termerapu kat blog sendiri, tp sebenarnya itulah luahan, yg owg lain tak sedar
cuma kena pandai susun ayat je
boleh jana idea ea, masa duk dalam bas? wakaka. aku punya penjana idea pelik sket :P
Aku fikir macam-macam kalau keluar jalan sorang-sorang. Mungkin sebab banyak sangat tengok komputer, bila keluar ni laju je otak fikir itu ini
time makan, even time dalam tandas pun leh terjana idea untuk update blog. LOL
affan lain, ko mmg giler sikit..wakaka:)
Buat masa sekarang,aku tak mengupdate blog kerana Masalah Emosi.Kadang-kadang ada sesetengah blogger yang fikir macam ini.” Setiap hari,kena ada at least 2 entry”.Maka,jadilah entri yang boleh dikatakan tiada isi.Hanya omongan kosong.kadang-kadang rasa bosan pulak bila baca blog macam tu.
aku suka blog kau sebab bila ada info je,baru update.keh keh keh.
nak kekalkan prestasi ada info baru update tu pun susah kadang2 sebab reputasi tu kena jaga. Ada tekanan dia. Bila ada tekanan idea pun susah nak datang.
Akan cuba memberikan yang terbaik.
yang bestnya bila idea mencanak-canak keluar dari kepala otak…hahaha..agak pening,malas dan banyak lagi perkara yang membuatkan takde idea nak tulis entri..adeh..
lama kelamaan semua sebab tuw ada kat akak, akak makin rasa bosan dan x da arah tujuan menulis blog ni.. macam sesia je kot,.. banyak komitmen lain ..