5 Perkara Yang Tak Cool Dibuat Di Blog Orang

Banyak sangat blogger baru sekarang, ramai yang tak tahu etika dalam dunia blogging ni. Kena ingat, dunia blogging ni melibatkan orang lain, jadi kena ada etika, peraturan atau kod yang harus dihormati. Aku senaraikan 5 perkara yang tak cool dibuat di blog orang.

Letak link sendiri dalam ruangan komen

Masa nak komen tu kena isi borang kat ruangan komen rasanya dah ada kotak untuk letak link. Dengan itu nama orang yang tinggalkan komen tu dah dilinkkan secara automatik. Kenapa perlu nak letak link lagi kat bawah tu?

Reply komen sendiri

Benda ni berlaku bila ada pertandingan komen terbanyak kat blog tu. Aku dulu pernah gak masuk pertandingan macam tu, menang tempat kedua lagi tapi aku takdelah sampai nak reply komen sendiri berulang kali. Aku tinggalkan satu komen, tunggu orang lain reply kemudian reply semula. Lepas tu baca balik entri tu kalau ada poin baru baru letak dalam komen baru. Kalau tak pun reply komen orang lain.

Bila kita tinggalkan komen dan reply komen sendiri sampai berpuluh thread, nampak lebih kepada spam daripada komen. Pembaca lain memang tak akan baca. Mungkin pemilik blog tak kisah, tapi apa pula pandangan pengunjung blog yang lain terhadap blog tu?

Letak link entri baru walaupun ada CommentLuv

Yang ni lagi satu yang agak annoying. Sebenarnya mungkin tabiat ni terbawa-bawa sebab tinggalkan komen kat Blogger (tak banyak blog yang gunakan Intense Debate + CommentLuv). Kena faham kalau boleh tak payah langsung tinggalkan link kat ruangan komen tu, kecuali kalau entri tu berkaitan dengan komen yang ditinggalkan.

Meninggalkan komen ni sebenarnya untuk berbincang/menyuarakan pendapat. Ya, mungkin untuk meninggalkan jejak supaya pemilik blog tu dapat return visit tapi itu bukan sebab utama anda meninggalkan komen. Kalau semua orang macam tu, memang dunia blogging ni akan mati. Semua nak rasuah.

Boleh nak gunakan cara tu untuk dapatkan perhatian pemilik blog, tak mustahil. Tinggalkan komen yang betul-betul membina dan bernas. Contohnya, Denaihati ambil terus komen salah seorang pembacanya yang panjang lebar untuk dijadikan entri sebab komen tersebut ada maklumat baru tentang isu yang sedang dibincangkan di blognya. Itu baru berbaloi. Terus dapat trafik dari blog Denaihati dan bukan satu trafik yang mereka ni selalu tagihkan ketika meninggalkan komen.

Rajin nak copy paste link letak dalam ruangan komen orang, tapi usaha dan kerajinan tu tak efektif dan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan. Oleh itu, ianya boleh dikira sebagai pembaziran masa.

Copy paste entri dan buat macam entri sendiri

Terus terang aku cakap, tak kemana kalau blog tu copy paste entri orang. Berapa lama boleh tahan macam tu? Sebulan? Dua bulan? Belum lagi cerita pasal status halal pendapatan yang dia dapat daripada entri-entri yang dicuri tu.

Nak copy boleh, tapi kreditkan kepada pemilik asal.

Bergaduh dengan orang lain

Ini biasa berlaku kalau entri tu panas sikit dengan elemen politik. Bila satu pihak start, satu pihak lagi lawan balik. Lawan, lawan, lawan sampai masing-masing dah penat. Akhirnya, masing-masing tak dapat apa-apa. Ada blogger suka kalau ada orang bergaduh di blognya, trafik dia naik. Kalau blogger yang jenis bertanggungjawab dia tak approve terus komen yang berbau politik ni.

Manusia memang kadang-kadang fanatik sangat dengan politik.

***

Blogger baru elok baca entri-entri ni:

78 Comments

  • TanyaLelaki

    8 March, 2011 at 7:26 pm

    haha.. kadang2 aku pun buat cam senarai yg lu ada tu bro.. oooo!! annoying ea? tak tau la pulak.. sesetengah blogger buat dek je bro.. Kalau lu tak suka, orang mesti tak buat punye.. sbb dia tau kalau dia buat pasni.. komen dia tak approved..

  • linda musa

    7 March, 2011 at 4:26 pm

    agree dgn ur opinion…but y org nak kejar2 traffic nie sebenarnya?more, i sgt x suka org yg xde idea n plagiarize karya2 org lain…mcm nak ketuk2 je kepala…

  • mijie

    6 March, 2011 at 3:33 am

    aku dah tak larat nak tegur dah blogger yg suka letak link, padahal dkt url pun dah boleh letak, then yg ada comluv pun ada lagi new entry tapi ada lagi blogger yang letak link dalam ruangan komen, cerdik ke apa ntah

  • Amry

    5 March, 2011 at 11:34 pm

    setuju la ngan point ko ariff. aku kadang ada gak dapat komen yang letak link dalam komen. nak tegur takut terasa.diamkan jelah.memang kurang manis la perbuatan tu walaupon pemilik blog tak cakap apa. tak perlu la nak promote link tu. komen lah secara jujur. tak kasi link pon tetap pemilik blog tu akan datang buat kunjungan balas.

    komen yang banyak dalam 1 entry pon buat aku rimas gak. tu pon aku diamkan juga. pandai2 lah fikir kan..huhu..paling panas kalau dia pulak terlebih dari pemilik blog, habis semua komen orang lain dibalasnyer. aduhaiii

  • daus

    5 March, 2011 at 6:46 am

    hoho, sebenarnya buat masa saja letak link di komen..
    Memang dari dulu lagi nofollow.

    Blog ariffshah pun nofollow, tapi disebabkan ada plugin commentluv. jadilah dofollow.

    Tapi lagi gempak kalau commentluv ni letak homepage link.

    Selalunya orang yang letak link ni, ketagihkan pagerank.. hoho.
    ——————–

    sekarang ni banyak plak blog yang berunsurkan politik. masuk ISA baru tau ;p

  • Mohd Isa

    4 March, 2011 at 3:37 pm

    Reply komen sendiri << bab ni paling aku suka, yg banyak kelihatan kat blog denaihati. terus terang aku cakap, memang menyakitkan mata. maaf jika tersalah bahasa, tetapi berpadalah kalau nak menang sekali pun. biarlah secara berhemah, jangan sampai nak reply komen sendiri. :P {agak2 org tu baca tak artikel ni?}

    Letak link entri baru walaupun ada CommentLuv << bab ni gak aku selalu bising dalam tweet, dah pasang CommentLuv pun gatai nak taruk link gak dalam kotak komen. tak makan saman betullah org camni. geget baru tau.

  • lord zara

    4 March, 2011 at 5:45 am

    Dah ada CommentLuv pun tinggalkan link lagi? Sumpah gila annoying. Aku sampai sekarang tak tahu macam mana orang boleh letak link menimbun2 setiap kali dia komen blog aku. Tak pernah nak cari sebab aku rasa benda tu agak kurang manis. Kalau satu takpe. Tapi kalau macam gini (contoh)

    “Nice Entry!”

    tapi bawahnya siap ada 10 link entry, aku rasa macam nak bunuh orang plak. Tapi aku approve saja. Letaklah banyak mana link kat tempat aku, bukan ada orang baca kot? sebab readers aku bukan ramai mana pun. tak macam blog2 orang lain.

    lagi satu nak maki2, aku dah tak approve dah komen macam tu. nak menyalak sampai KLCC tumbang sekalipun, aku dengan tegar akan delete terus. buang masa nak layan orang kurang susu cap gantung ni. LOL!

    Oh, lagi satu, budaya follow memfollow ni semakin lama semakin annoying. Merayu la suruh follow, aku takkan follow kecuali aku betul2 suka. Kejam? Tak, ini bukan kejam, ini citarasa.

  • Bro Framestone

    4 March, 2011 at 4:12 am

    betul tue.. semua point memang betul

    bagi bro,

    bro hanya akan tingalkan link di blogspot yang hanya boleh meninggalkan komen dengan menggunakan id google.. sebab terus terang bro nyatakan..

    jika mereka klik id google bro.. mereka tidak akan ketemui blog bro T-T

    • ariff

      4 March, 2011 at 5:24 am

      yeah. kalau macam tu memang semua orang faham la. Ni yang kat wordpress, adoi. Pening gak tengok kadang2..

  • myvitrd

    4 March, 2011 at 2:37 am

    aku semut kecil.. rasanya masa mula2 berblog dulu semua kerja2 tu aku dah buat.. tapi bila dah lama2 aku dah tinggalkan kerja2 tu..

    Pasal komen sendiri tu aku tak pernah jumpa lagi.. tapi kalau replay komen pengomen tu kira komen sendiri juga ke?

  • Mrs.Ayie

    4 March, 2011 at 2:12 am

    Sangatlah setuju. Itulah gunanya fungsi commentluv tu. Penat je letak plugin tu kalau tak digunakan. :) Copy paste idea orang tu satu hal lain pula. Alahai

  • Ibnu K

    4 March, 2011 at 2:04 am

    Yup betul tu, banyak lagi yang anoyying sebenarnya.. antara yang paling kami tak suka ialah.. Bila dalam blog ada lagu yang auto play bila org masuk.. Dammmm… bising dah satu ofis.. Hahahaha..

      • Didyajustsaytht

        5 March, 2011 at 4:42 am

        kalau bukan kat opis pun saya bengang jugak. mana taknya saya slalu dengan earphone. lepas tu lagu dia default maximum volume. sekali open tetibe AAAARRGGGGG *spasm*

  • Izwan

    4 March, 2011 at 1:39 am

    reply komen sendiri ?.. hehe.. sebab tu aku rasa contest top commentators tak relevan..kadang2 reply ayat lebih kurang sama untuk satu komen..

    bergaduh ?..dah macam satu trend plak skrg. haish..

  • Affan Ruslan

    3 March, 2011 at 11:57 pm

    setuju pasal reply komen sendiri tu.
    pe jadahnya, tulis komen, reply sampai 10 kali.
    tu baik tulis satu komen panjang berjela2, dari reply 10 kali. nampak sgt niat dah lain tu, merapu je lbih komen tu

  • NaNaOsAkI

    4 March, 2011 at 12:20 am

    tiba2 saya terasa yg saya pnh buat salah satu perkara di atas :p hehehe.. tp klu yg da ade comment luv tu x la.. :)

  • anajoe

    4 March, 2011 at 12:08 am

    aah…betul sangat.kdg2 tgok kt komen blog org padahal tpampang comment luv..

    aduhh lagi mau letak latest entri…adehhh

    ade plak yg bgaduh sesame sendiri..xmatang langsung

  • antudegil

    3 March, 2011 at 6:39 pm

    ini.. ini serius memang buat orang butthurt sesape yang terasa. hahaha! anyway, cool entri bro! contest pun dah macam2 jenis eh? sampai komen terbanyak pun ye gak. aduhai.

  • keen~

    3 March, 2011 at 5:36 pm

    org ramai komen part ‘reply komen sndiri’..
    keen nk komen part ‘bergaduh dgn org lain’ la..

    ni dah jd cam trend skrg.. blogger ni burukkn blogger tu, blogger tu burukkn blogger ni.. aigooo~ =.=”
    “jgn layan!”.. benda tu yg sepatutnya kita buat klu ada org kutuk kita.. klu x, benda tu jd pnjg.. biarlah segala yg ditulis di blog, berakhir di blog saja.. jgn smpai m’ganggu kehidupn seharian.. pe guna istilah “berblogging utk happy” klu asyik terfikirkan pergaduhan dlm dunia blog?? wat sakit hati je~ =.=”
    owhhh~ pendapat manusia lain2.. dan pendapat itu umum.. klu kita xsetuju, biarkan je.. klu bergaduh sal pendapat, smpai kiamat xhabis.. klu nak berdebat smpai menang, sure xmenang.. sbb tu Nabi suruh diam drp berdebat~ =.=”
    emmmm.. xsuka org yg terlampau taksub ngan politik.. klu sokong parti tu, biarlah.. rahsia di hati~ watpe smpai marah org sokong parti lain??? grrrr~ =.=

  • slay

    3 March, 2011 at 8:20 pm

    haha tu la pasal aku jenis yg tinggalkan komen bila perlu je. setakat komen merapu merepek nak tinggalkan jejak baik tak payah.

    dan aku ade perasan blogger yg selalu buat macam tu kat blog orang tak tinggalkan jejak kat entri ni. ahaha.

  • Azuan

    3 March, 2011 at 1:37 pm

    Mmg selalu ada jer org yg letak link dlm komen… Kalu komen membina tak pe gak, ni komen nak promote lah, komen 3, 4 ayat jer..

    Tp bab yg reply komen sendiri tu mmg aku setujulah.. Dah lali tgk gelagat org yg reply komen sendiri ni.

  • zulkbo

    3 March, 2011 at 12:27 pm

    salam..
    alsan lama yang orang macam buat
    pekak je..apa nak buat blog masing-masing
    saya pun kadang cuak juga tapi buat mangli
    je kata orang utara (kebal)

  • Sabahan Bloggers Club

    3 March, 2011 at 12:26 pm

    Kalau saya deletekan jer atau letak dalam spam. baru dorang faham cara itu menyakitkan hati blogger lain.
    Saya pernah menyuarakan perkara yang sama seperti ini (blogspot) di blog saya yang lain. Ada otai blogger yang datang ke blog saya dan saja nak buat semua perkara di atas. Otai tapi tak beretika macam tu, tak akan dapat respect dari blogger2 lain.

  • denaihati

    3 March, 2011 at 12:14 pm

    terima kasih banyak ilmu boleh belajar dari entri ni. nak berjaya blogging pun tak ada sort cut usaha n strategi mesti sentiasa update ikut perubahan masa.

    • Ayie

      3 March, 2011 at 12:18 pm

      Sentiasa update ikut perubahan masa? Kadang2 blog aku seminggu tak update. Lagipun selalu tertinggal untuk mengikuti setiap perubahan

  • Ayie

    3 March, 2011 at 12:13 pm

    Pinjam gelak topotato sat. Hohoho. Semuanya aku dah lalui. Apa2 pun entri ni memang cool

    Kalau aku guna plugin akismet lagi, silap2 blogger yg letak link lg bawah komen di anggap spam terus.

    • ariff

      4 March, 2011 at 12:37 am

      yang tak best bila kita ni jadi baik hati check balik spam box tiap2 hari nak tengok ada komen sesat masuk ke tak. Itu sebab aku tak guna Akismet. Buat tambah kerja sebab kena check spam box.

  • Ikhwan

    3 March, 2011 at 12:13 pm

    sangat-sangat setuju dengan poin ‘Letak link entri baru walaupun ada CommentLuv’, selalunya benda ni terjadi bila blogger yg brplatform blogspot komen di blog wp. dia dah terbiasa sangat tinggalkan link bila komen di blog geng-geng dia.

  • aman

    3 March, 2011 at 12:11 pm

    hehe, aku pun duk pening gak yang selalu letak link artikel terkini diorang kat penghujung setiap komen. selalu aku edit, buang link. wahaha~ >:)

  • yoy

    3 March, 2011 at 2:36 pm

    aku komen bile rase perlu..mostly jd silent reader je..but part reply komen sndiri mmg annoying..nk dpt top commentator la tu..