4 Perkara Yang Aku Menyampah Dengan WordPress

Reading Time: 2 minutes

Agak bosan dengan entri memuji WordPress, jadi kali ni aku nak ceritakan susah payah dan penat lelah dalam penggunaan platform blogging ni. Hebat macam mana pun seorang blogger/web designer tu memang pada satu tahap dia akan bertembung dengan satu halangan besar dalam pembuatan blog atau laman web menggunakan WordPress ni. Memang boleh sampai tahap pecah kepala punylah. Jadi apa susah payah dia dalam penggunaan WordPress ni?

  1. Hosting. Kalau dah guna WordPress, pemilihan hosting tu memang penting. Hosting mesti stabil dan boleh diharap. Masalahnya, hosting ni manusia jaga jadi ada elemen ketidaksempurnaan di situ. Kalau guna hosting luar negara daripada syarikat yang dah lama bertapak, ada risiko serangan hacker secara besar-besaran dan kalau guna hosting tempatan, erm… faham-faham jelah masalah dengan syarikat hosting kita. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Pilih la macam mana sekali pun, cuma janganlah sampai terpilih syarikat yang dah sememangnya buruk prestasi dia.
  2. Rekabentuk blog. Bila dah keluar duit bayar hosting dan domain, mesti nak buat blog yang cantik. Kalau boleh blog nak nampak cool jer. Masalah timbul bila kita ni jenis yang buta dalam coding php dan css. Imaginasi dah hebat, dalam kepada memang nampak cantik je tapi bila nak realisasikan semua tu, hampeh. Kalau yang dah tak tau langsung nak edit sendiri tu, terpaksalah berpuas hati dengan theme yang ada je. Yang bertuah dapat la cari premium WordPress theme mana-mana.. Memang best sebenarnya kalau ada premium theme ni sebab walaupun kita ni pengetahuan cetek habis, masuk kat forum developer boleh minta diorang tunjuk ajar macam mana nak buat itu ini.
  3. Loading speed. WordPress ni kompleks sikit tapi kompleksiti tu yang membolehkan WordPress ni buat macam-macam. Benda yang macam-macam ni buat site load lambat sikit. Kena fikir pulak macam mana nak buat supaya blog ni load cepat. Kalau pasang CDN, kena pastikan konfigurasi dia sesuai dengan blog.
  4. Spam dan spam. Banyak ah spambot masuk ke blog kalau guna WordPress ni. Lagi banyak bila kita letak widget pelik-pelik kat blog, lagi senang spambot cari blog kita. Lagi sekali, hebat macam mana pun plugin antispam tu manusia buat, mesti ada yang mampu menghasilkan spambot yang lebih hebat dan cerdik. Kalau dah jadi sasaran tu, tiap-tiap hari berpuluh kalau tak beratus spam masuk. ish.. Spam boleh dilupakan tapi bila komen manusia pun masuk spambox sebab IP dia plugin tu dah blacklist, dah jadi satu benda leceh nak approve komen tu satu-satu.

Apa-apa pun ni hanya entri rintihan hati je sebab sejak kebelakangan ni aku menghadapi beberapa kesukaran. Aku ni takdelah hebat mana walaupun aku tulis pasal Tips Berblogging. WordPress masih lagi pilihan aku berbanding blogger.com sebab kebolehan WordPress memberikan macam-macam feature yang aku perlukan.

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

68 responses to “4 Perkara Yang Aku Menyampah Dengan WordPress”

  1. Pendekar Avatar

    bro..rasanya WP memang lambat loading sebab pluggin yang banyak. Oleh kerana dia pakai php dan css dan bukan coding html, so, memang ringan la. Cuma bila banyak sangat pluggin, loading speed dia pasti meningkat. betulkan lah kalau aku salah…

  2. naim Avatar

    Xde suggest ke hosting mane, huhu

  3. Amry Avatar

    aku dah lama merayap kat blog ni. tapi tak baca pon artikel ni. tetiba nak baca sebab aku ingat nak pakai domain sendiri. dapat info tentang serverfreak. tapi risau gak bab edit mengedit ni…adoyaii..masih dalam dilema..hehe

  4. izwan Avatar

    aku baru 4 hari guna WP.. still byk benda lagi kena explore.. tapi bila dapat setup sendiri satu kepuasan yg nyata.. hehe .. pengalaman bermakna gak tu…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Wah. Bagus2. Jagnan buat benda pelik2 awal ni. Kalau nak guna plugin apa-apa, pastikan plugin tu ada rating tinggi.

      1. izwan Avatar

        yup,thanks..aku baru deactivate plugin share n follow yg ada button kecik2 kat bwah entri tu..tak run smoothly..

        eh,plugin twitter yg kat bawah blog ni ape ye?yg ada huruf t kecik tu.. nampak smart.. dah lama aku cari tak jumpa2..

        1. ariff Avatar
          ariff

          tu bukan plugin tapi dah memang ada dalam theme ni. hehe..

          1. izwan Avatar

            erkk.. patut la jenuh aku mencari tak jumpa.. haha..takpe la,starting2 ni adjust yg simple2 dulu rasanya..

  5. sha myheart Avatar
    sha myheart

    Pening aku duk set up blog WP aku. Dah tanya senior WP ikut cara-cara dia, last2 kat widget WP aku tak sama dengan yang dia tunjukkan. Tensen. Malas dah nak set up lagi.

    Guna BS lg senang.

    One fine day la, nak berpindah ke WP jugak.

  6. NoorAfzan Avatar
    NoorAfzan

    bro leh suggest hosting mana yang bagus?
    netkl ok ke?

    1. izwan Avatar

      setakat yg sy survey sebelum beli hosting ada 3 company.. serverfreak, dataKL dan Seal Server.. Fivio pun ramai yg bagi feedback positif…

    2. Amirez Avatar

      sy dah guna 3 tahun NetKL…so far ok. tapi dah bertukar ke OneBytes.

      Fivio pun ok…sy dah guna hampir setahun.

  7. pilothans Avatar

    I feel u bro……..anyway ive yet to find a free premium template yg cun..haha…

  8. Hadi Rofiee Avatar

    Setiap sesuatu ada kelebihan & kekurangannya. Dugaan. Hehe. :-)

  9. As Avatar

    Memang byk tip dlm blog bro ni. Aku dah lebih satu jam membaca apa yg ada dlm blog ini. Terima kasih byk2..

  10. amirulfaiz Avatar

    Ya, I like. Bagus entri nih. Ada cabaran juga menggunakan wordpress ni. Ingatkan senang sokmo. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Orang cakap lagi banyak kita belajar, lagi bodoh kita jadi. Samalah macam dalam blogging ni.. Lagi macam-macam nak cuba, lagi banyak halangan kita jumpa.

      1. Hadi Rofiee Avatar

        ..& itu yang seronoknya. :-) Hehe.

  11. arrizz Avatar
    arrizz

    no4 tue aku paling bermasalah dengan..spam3..buat macam mana pon tetap ada gak..adoi..

  12. fina fento Avatar

    tak reti wp :P

  13. Abe Long Avatar

    AKU SAMPAI KE SUDAH TAK RETI NK BUAT WEB..

    HOSTING DH DEKAT SETAHUN TP TAKTAU NK BUAT APE..

    BOLEH TOLONG AJAR KAN X?

    1. ariff Avatar
      ariff

      err.. banyak blog yang buat tutorial dah.
      try fazreen.me atau anarm.net atau mrpiratz.com

  14. Abe Long Avatar

    HEHEHEHE

    TERTINGGAL TICK LAK

  15. cahaya Avatar

    tak tau sgt pasal wp..puas ati yg blogger jelah.. ;P

  16. toyu Avatar

    wp la mudah

  17. zharmin Avatar

    pelan2 kayuh…nanti lelama pandai la coding php dengan css.. Tak semua orang itu terus2 pandai guna wordpress.. akhirnya berjaya jugak ko selesaikan masalah template semalam…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Rasanya semalam tu pasal CDN yang tak betul settings. Heh.. noob betul aku

  18. Anarm Avatar

    memang betol Hosting dijadikan faktor pertama.. bab hosting ni la yg paling menyampah.. silap pilih hosting, dah rugi masa, rugi duit, macam2 rugi lagi lah..

    rekabentuk blog kalau pandai customize, tu satu kelebihan utk blogger tu.. yg tak pandai bleh je cari theme yg lawa2.. free theme pon byk yg lawa.. theme premium yg creck pon apa salahnya kan.. hehe.. tp sesetengah org ada yg menjana wang melalui blog.. so, creck version rasanya mcm tak berapa sesuai bg yg beragama Islam.. better bayar utk dapatkan theme tu.. berkat.. just my 2 cent..

    loading speed yg aku perasan, tweak la mcm mane pon, loading tetap mcm gitu jugak sbb speed byk bergantung pd faktor kelajuan internet.. ade blog yg pkai CDN, tapi speed sama je mcm tak pkai CDN..

    spam dan spam.. yg ni pon pening kepala jugak.. dah buang, die datang lagi.. dah block, die masuk balik.. pening.. tp setakat ni pkai plugin GrowMap, spam dah takde.. xtau la esok lusa camne.. kene bersiap sedia jela..

    1. Nizam6281 Avatar

      Panjang giler anarm punya comment
      leh wat satu entri haha

    2. ariff Avatar
      ariff

      Tu dia, salah seorang pro-WP. Thanks for adding up more points.

      Pasal CDN, orang kat oversea yang terasa kalau hosting tu kat Malaysia. Serius. Itu sebab dari dulu aku galakkan penggunaan CDN ni. hehe..

    3. MrJayy Avatar

      aku suka ayat ko anarm, pakai yg Premium, baru la berkat. he

  19. Anwar Osman Avatar

    Aku duk tunggu bila WP nak jadik CMS sejati. Rasanya x lama dah tu.

  20. chekgu naman Avatar

    pernah cuba wp..hoho

    terkial-kial..last² terbiar

  21. aizuddin Avatar

    pakej hosting pun penting jugak..kalau tragik byk..pakej pun dah kena besar dah..

  22. panadol Avatar

    alhamdulillah, skang nie mcm dah boleh biasakn diri ngan WP walopun tym mula2 tuh mmg bingung2 gak d watnya..hehe

  23. eiela Avatar

    cuak jugak baca entri pasal nih,,tapi nak jugak try nanti

  24. syahrilhafiz Avatar

    aku setuju dengan menteil..
    masalah utama pengguna WP..~~

  25. Wawa~* Avatar
    Wawa~*

    ahaaa.. mmg leceh skit bbanding blogspot…
    sbb kta yg configure n host sndiri, snang nk error sna sini, huhu
    tp sbb dah terbiasa guna wp… mcm kureng skit rasa nk guna bs..
    wp snang nk customize :)

  26. anip Avatar

    aku x pakai wordpress sbb tu xtahu sgt pasal wordpress nie..hehe

    1. toyu Avatar

      betuk ke sir anip?

  27. eyriqazz Avatar

    hik3..masih belum berani untuk bertukar ke wp..tapi tetap teruja..akan ku belajar skit2…better late than never kan..

    1. ejam Avatar

      cepat ler tukar bro, jgn lmbt2…hehe

  28. RedBoys Avatar

    tapi, tetap best pkai wp ni. cool beb. :D

  29. zuarxpdc Avatar

    hehe..aku penah pki wp sblum ni..yang buat aku mympah bukan wp tp hosting..memang cam nak maki je..punya la lembab server die..awl2 beli ok lg.dh bpe bln pki sllu je server down.sakit hati btl.yela..salah diri sndiri gak..beli domain dgn hosting murah.RM40 je sthn..ape nama company tu??sepaku hosting…huhu.wp ni ok lagi..user friendly..function die sng

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehe.. sepaku hosting. Dah popular cerita kekecewaan pengguna mereka..

  30. eiman Avatar

    rintihan pun bunyi macam puji jugak nih.. hehe

  31. suffer8zine Avatar

    bagi visitor2 penerjah2 blog mcm den ni load speed tu penting, ade sesetengah blog wp ni nk mmg cantik lapi load die, pehhh makan tahun nk abis loading, sbb ape? image2 terlampau melambak serta plugin2 yg jarang org lain guna die guna. lagi 1 lambakan iklan2 ni pun leh melambatkan loading blog jugak kdg2 content x kua lagi iklan yg kua dulu mcm mana nk kome n baca entri kan, kebanyakan blog yg den terjah yg guna platfm blogger lagi laju loading berbanding wp. tu pendapat den je la. biasa la tu, yg nive2 ni x de yg kekal

    Terkini : Terperangkap 3 minggu dalam tandas

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. Blog kat platform blogger memang ada yang load laju selagi diorang tak letak widget pelik-pelik. Nama pun hosted dengan Google.

  32. nur zety Avatar

    salam ariff,

    ur blog really inspire me…thanks ya..

    I’m still new in blogging world,byk yang xtau…ariff ni byk btul yg dia tau,bgus2… >_<

  33. atreyu strange Avatar

    Is there a way we can customize the admin page? Coz that’s the page that I hate dealing most! :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. nah. unless you have serious coding skill, the admin page still looks like as it is even for premium theme users like me. It doesn’t change much.

  34. zulkbo Avatar

    salam…
    ermmm…kembalilah
    ke blogspot..

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. ada side project dengan blogspot.
      Check out blogspot.ariffshah.com

  35. myvitrd Avatar

    aku dah cuba register satu blog main2 untuk test worldpress ni..tapi nampak susah sikit kurang faham.. setakat buat post oklah..tapi kalau nak edit2 tu mcm tak pandai lagi..banyak kena belajar dgn ariff ni..heheehe

  36. syafiq.net Avatar

    hehehe tapi memang best guna wordpress. sebab ada benda2 tu

  37. serol Avatar

    ini yg buat pengguna blogger takut nak beralih ke wp.. tapi aku tetap ada plan tu satu hari nnt :D

    1. ejam Avatar

      xyah takut2, ada prob cari jer ariff dan kenalan lain…ramai yg bleh membantu..

    2. ariff Avatar
      ariff

      Boleh je try slow-slow guna WordPress.com. Free je.

  38. L.Y.N.N Avatar

    oh!bpinar kepala nak paham WP bagai..tak sanggup..tak sanggupp..
    mmg ur the best la ariffshahpasal WP ni..*2thumbsup!=)

  39. Kancilbiru Avatar

    pening-pening dgn coding..so nak pakai blogspot dah le…ekekee

  40. amar haziq Avatar

    aku tak pernah guna wordpress..yelah blogger baru kan

    baru nak mula dengan blogspot..

    tapi..antara dua2 ni..mana yang lagi bagus ye?

    ;)

  41. cik epal Avatar

    tak jadi la nak pakai wordpress camni. hehe

    1. syahrilhafiz Avatar

      asal la, baru 4 tuh..
      tak de point dah sebab menyampah…ngeh3

  42. Lord Zara Avatar

    still aku rasa kau hebat dalam WP~
    kau dan certain people adalah sangat bagus dalam ni~
    tapi sebab kau selalu bagi tips (dan aku tetiap hari masuk walaupun aku pengguna Blogspot), aku tetap keen dan suka dengan perubahan blog kau~

    1. ariff Avatar
      ariff

      huh.. aku ni biasa je dalam WP.. banyak yang lagi hebat..

  43. menteil Avatar

    no 4 adalah perkara yang paling menyakitkan hati…

    1. ceghap Avatar

      wahaha blog ko hot… tgk aku… seko spam pon xd..wahahaha (lepas ni jangan ada yang dengki nak spam blog aku plak)

    2. ariff Avatar
      ariff

      lagi sorang old timer blogger-wp.. thanks for the comment bro!