2 Gadis, 1 Makcik & Rokok

Reading Time: 2 minutes

Shopping complex kat KL ni dah raya seawal minggu pertama puasa.
Memang agenda kapitalis

Semalam masa lepak kat Curve, terpandang pada satu kumpulan ni. Ada empat orang terdiri daripada dua orang gadis umur 20-an, seorang wanita yang memakai tudung dalam lingkungan umur 40-an dan seorang kanak-kanak perempuan. Kurang pasti apa hubungan di antara mereka, nampak macam anak beranak.

Apa yang membuatkan saya tertarik untuk memerhatikan mereka adalah apabila kelihatan dua orang gadis muda tadi mula menyalakan rokok seorang sebatang. Pemandangan sebegini adalah sesuatu yang biasa di Moscow, tetapi pada saya, bukan di sini, Malaysia di mana budaya masyarakat kita yang sentiasa menerapkan nilai murni dan sopan santun.

Persoalan saya yang seterusnya ialah, adakah makcik ni tadi akan melakukan perkara yang sama, menyalakan sebatang rokok untuk dirinya juga. Persoalan tadi akhirnya terjawab apabila wanita tersebut mencapai kotak rokok dalam beg tangan gadis muda. Namun belum sempat rokok dinyalakan, si gadis kecil dengan smartphonenya melangkah kehadapan mereka untuk menangkap gambar ketiga-tiga orang dewasa ini. Rokok di tangan mereka terus disembunyikan daripada pandangan kamera.

Malaysia dah maju. Dulu kalau perempuan nak hisap rokok, mesti menyorok tak bagi orang nampak. Sekarang, tua, muda, bertudung ataupun tidak, mereka tidak lagi segan untuk menghisap rokok di khalayak umum.

Saya tak cakap salah tak mahu memberikan justifikasi samada apa yang mereka lakukan tu salah. Nak hisap rokok, hisaplah. Rasanya semua orang dah sedia maklum apa yang datang kalau hisap rokok. Cuma pendapat saya adalah lebih kepada imej yang dibawakan oleh ketiga-tiga wanita ini tadi disaksikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum matang itu.

Bukankah itu satu kesilapan?


Posted

in

by

Comments

29 responses to “2 Gadis, 1 Makcik & Rokok”

  1. AnneHilda Avatar

    nak anak2 jadi baik.. tapi diri sendiri x dibetulkan.. at last, anak2 terpengaruh dengan budaya salah.. hancur!

  2. yaya Avatar

    terpengaruh or tak ade kesedaran..manekan tumpah kuah kalau tidak ke nasi..so kene lah educate anak-anak kite akan datang baik lelaki or perempuan…

  3. Nurul Avatar

    ditambah plak dengan imej yang bertudung.. memang sangat sangat tak sesuai.. tapi skrang ni dah banyak kali nurul terserempak dengan perempuan yg merokok di khalayak ramai..

  4. Hafizul Avatar

    mungkin ini adalah tempias dari kemajuan dunia..hahaha..

  5. Syed Naqiuddin Avatar

    Ini agaknya yg dikatakan SESETENGAH golongan yang mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan lelaki. SIgh…LOL

  6. Tho Ha Avatar

    Saya biasa melihat perempuan-perempuan tua menghisap rokok cap kuda putih. Tak tau la rokok tu ada lagi ke tak sebab skrg ni yg saya lihat rokok cap paru-paru rosak. Saya boleh menerima perempuan tua bertaraf nenek menghisap rokok. Tetapi apabila perempuan muda 40 an ke bawah hisap rokok, ianya lebih menjurus kepada imej jalang.

  7. azriMy Avatar

    Janji Ditepati, no need to worry :)

  8. Izwanyusof Avatar

    sikap tak kisah. hidup kota batu,apa2 pun takde hal.

  9. Mohd Adziim Avatar

    Standard nak kurus for modern girl. The Aunty probably wear tudung during fasting month sebab feeling guilty or maybe just to respect the Ramadhan. Just assume.

    Just tarik nafas,sedut, hembus. Much more fun and fast compare to diet and exercise. Stress pun hilang

  10. Ekspresi Ruang Avatar

    itu tandanya Malaysia dah bersedia utk menjadi negara maju dan menandakan Wawasan 2020 semakin hampir dicapai.

    #sarcasm

  11. Azam Avatar

    Selalu sahaja melihat perkara begini…Tidak menjadi satu perakara yang pelik.

    Tapi jauh di sudut hati, berdoa agar mereka berubah. Itu sahaja yang termampu kita lakukan.

  12. Mummy Akmar Avatar

    Dunia hari ni…..

  13. tarmizishukri Avatar

    selalu jumpa si ayah merokok sambil dukung baby.. lagilah bangang..

    1. shah Avatar

      ada yang lagi power, dukung anak..duit kt tgn anak..bli rokok..suruh anak tu bg duit kt tokey kedai..ada yang suruh anak kecik2 trus pg bli…

  14. akubiomed Avatar

    Sudah macam dilakukan oleh kerajaan termasuk menaikkan cukai nampak gaya yang perokok berkemampuan membeli rokok.

    1. akubiomed Avatar

      Mungkin ia adalah satu cara untuk menunjukkan negara sebuah negara maju???

  15. Nadot Avatar

    Risau ape akan jadi kepade kanak2 yg ade dgn dorang tu…. huhuhu

  16. muazfaris Avatar

    org lagi sambut raya dari Ramadan.. sedih nye .

  17. halif Avatar

    Rokok adalah satu agenda yahudi yg plg tersembunyi. mereka pemilik kilang rokok yahudi telah mengangkat sumpah yg mereka tidak akan menghisapnya sebab tahu natijahnya.ada kurang lebih 4000 bahan kimia merbahaya dalam sebtg rokok. benci rokok! fatwa kata haram. tp masih tiada yg peduli. berjaya sungguh golongan kapitalis ni td. bodohnya kita.

  18. Shahrul Avatar

    ada lagi orang macam tu rupanya, igtkan dah pupus

  19. ReM Avatar

    Imej yang kurang menyenangkan dan agak negatif. Tidak seharusnya dilakukan didepan kanak-kanak. Tanggungjawap masih berada pada yang paling dewasa dan dalam hal ni makcik tu. Mungkin pemahamannya tentang tanggungjawap dan kesannya agak kurang sikit.

  20. Zairi Zaidi Avatar

    Perempuan pun hisap rokok? Berhentilah daripada melakukan sesuatu yang mungkin akan mendatangkan kesan buruk

  21. Dadan Avatar

    Kalau masalah rokoknya itu urusan masing2, cuma soal sopan santunnya itu, makanya saya setuju pendapat bro ariff “lebih kepada imej yang dibawakan oleh ketiga-tiga wanita ini”

  22. mkhafiz Avatar

    Stress keje katanya. Puii..

  23. yangbaik Avatar

    Yang pastinya di hati mereka sedikitpun tiada rasa bersalah seolah-olah tiada perasaan…

  24. Orang Kampung Avatar

    Dah jadi budaya….konon merokok ada gaya..

  25. Orang Kampung Avatar

    Merokok…saya memang anti rokok…tak ada faedahnya malapetaka memang ada…

  26. Wanz Avatar

    manusia akhir zaman katakan…

  27. Anarm Avatar

    zaman dah berubah.. dunia pun dah makin nak rebah.. tapi perangai manusia tak ubah2.. semakin hari semakin bedebah..