Dalam perjalanan ke Kansai Airport. Flight petang nanti dan akan sampai ke KL jam 10.30 malam.
Tamat sudah honeymoon saya untuk kali ini. Walaupun begitu, siri Jalan-jalan Jepun ni akan diteruskan untuk beberapa entri lagi. Banyak yang belum sempat dikongsi dan didokumentasikan dalam blog ni.
Honeymoon memang penting untuk mereka yang baru berkahwin, terutamanya pasangan yang baru berkenalan. Banyak yang kita bakal pelajari tentang pasangan kita masa honeymoon.
Dari segi financial, saya nasihatkan tak perlulah rush nak pergi honeymoon selepas kahwin kalau belum ada bajet. Ramai yang buat personal loan untuk kahwin + honeymoon dan saya rasa ni kesilapan kewangan yang paling besar bila nak mulakan hidup baru.
Honeymoon memang makan duit. Ambil masa dan plan betul-betul. Takdenya pasangan anda nak larikan diri kalau tak bawa pergi honeymoon right after kahwin.




Comments
10 responses to “#12 Back to Reality”
tu dia.
beg PINK satu kemestian tu.
back to realiti, selamat kembali ke Malaysia
Seronok bro dapat honeymoon di jemput…lagi 8-9 bulan, kluarla prince/princess kecil …hehehe…
Setiap pengembaraan ada titik noktahnya.
Selamat kembali bertugas.
Memang setuju bahagian jangan sampai ambil loan untuk melancong.
Gemberi seketika.. Bala nya berpanjangan
Selamat kembali ke Malaysia.mesti teringat -ingat kenangan Kat Jepun nanti,kan
Bila lah AA ada peluang nk honeymoon.anak dh 2 mcm dh Xde masa.
Gambar make sure simpan leklok bang :) saya insyaAllah dua minggu lagi genap 10 tahun kahwin Alhamdulillah. Tengok balik gambar honeymoon mmg priceless thing lah!
Selamat kembali ke Kuala Lumpur. :-)
Yeah, saya nak baca lagi pasal jepun nih…hutang utk berkahwin dan honeymoon mmg tak cun langsung ;)
Selamat pulang ke Kuala Lumpur.
Hujan emas di negara orang.. hujan batu di negara sendiri.
Selamat pulang ke Malaysia tuan