10 Tips Pelaburan Hartanah 2015 Daripada Pemuda Yang Mempunyai Lebih 30 Buah Hartanah

Reading Time: 2 minutes

tips pelaburan hartanah 2015

Ringkasan 10 tips pelaburan hartanah 2015 daripada Faizul Ridzuan, pakar pelaburan hartanah yang memiliki 30 buah hartanah pelaburan di sekitar KL, Selangor dan Johor. Yang nak membeli hartanah dalam 2015 wajib baca!

1) Cari hartanah berdekatan minimum dua pemangkin (booster) hartanah seperti MRT / LRT, bangunan pejabat baru, lebuhraya dan institut pengajian baru (universiti atau sekolah antarabangsa).

MRT / LRT.. rasanya semua orang tau kenapa. Kalau tempat tinggal dan ofis berdekatan stesen pengangkutan awam ni, kereta tak lagi diperlukan untuk ke tempat kerja. Dengan DBKL bercadang untuk mengurangkan bilangan tapak letak kereta di bandaraya KL, dah boleh nampak trend di mana semakin lama, kenderaan sendiri semakin tidak digalakkan digunakan di Lembah Klang.

Bangunan pejabat baru menjadi lokasi tempat kerja untuk ramai orang, sekaligus meningkatkan permintaan hartanah di kawasan tersebut. MNC yang dibuka di bangunan pejabat tersebut membawa penyewa yang mampu membayar sewa yang lebih premium.

Lebuhraya baru menambahkan akses ke kawasan tersebut. Universiti membawa banyak pelajar ke kawasan tersebut manakala sekolah antarabangsa membawa mereka yang berpendapatan tinggi untuk menetap di kawasan tersebut supaya anak mereka boleh mendapat pendidikan yang bagus.

2) Beli hartanah yang murah dalam kawasan yang mahal, kecuali perumahan kos rendah. Lebih ramai mampu untuk membeli hartnah ini (permintaan tinggi) dan sewa lebih murah berbanding hartanah mahal di kawasan tersebut. Elakkan membeli hartanah yang mempunyai harga luar biasa di sesuatu kawasan.

Cara nak cari hartanah macam ni ialah dengan mengetahui purata harga hartanah di kawasan tersebut. Bila dah tau purata harga, bolehlah beli hartanah yang lebih murah daripada purata harga.

3) Kadar sewa mestilah sama atau lebih daripada bayaran ansuran bulanan untuk loan 30 tahun. Yes, memang kita biasa ambil loan dengan tempoh maksimum 30 tahun, tapi kalau nak selamat, kira berdasarkan tempoh loan 30 tahun.

4) Harga hartanah berada dalam kategori mampu milik.

5) Cari hartanah yang mempunyai potensi sewa yang bagus dan potensi kenaikan nilai yang tinggi.

Contoh, rumah kos rendah di kawasan bagus mempunyai potensi kadar sewa yang bagus tetapi tidak pada potensi kenaikan nilai kerana hanya mereka yang berada di bawah paras pendapatan tertentu sahaja boleh membeli hartanah ini.

Manakala hartanah baru / under construction yang dipasarkan pada yang tak masuk akal mungkin mempunyai potensi untuk kenaikan harga, tetapi tidak untuk sewa.

6) Lokasi sahaja sudah tidak memadai untuk mencari hartanah yang bagus. Harga, permintaan dan jenis hartanah memainkan peranan penting dalam pelaburan hartanah.

7) Jangan hanya dengar cakap orang tentang sesuatu hartanah. Buat kajian anda sendiri terlebih dahulu sebelum membeli!

8) Sekiranya ingin melabur dalam hartanah baru / under construction, pastikan anda lihat pada track record pemaju tersebut terlebih dahulu.

9) Mengetahui apa yang perlu dibuat selepas membeli hartanah sama penting dengan mengetahui apa yang perlu di beli dan di mana.

10) Secara peribadi, Faizul berpendapat 2015 adalah tahun yang sesuai untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri kerana tahun ini pasaran hartanah tidaklah segila beberapa tahun sebelum ini. Tahun ini boleh dikatakan sebagai ‘buyer’s market’ kerana bilangan pembeli tidak terlalu ramai.

Dipetik daripada webinar Q2 Far Capital, syarikat milik Faizul Ridzuan. Kalau rasa ringkasan di atas berguna, saya galakkan anda tonton video penuh beliau. Tonton sekarang sebelum video dipadam.


Posted

in

by

Comments

18 responses to “10 Tips Pelaburan Hartanah 2015 Daripada Pemuda Yang Mempunyai Lebih 30 Buah Hartanah”

  1. Shaima Avatar

    Berguna tip ni. 2015 masih laju lagi ya trend buying properties ni.

  2. permatamama Avatar

    memang satu tips yang membantu golongan muda seperti saya yang bercadang untuk membeli aset!

  3. permatamama Avatar

    satu entri yang baik tuan! ia boleh menjadi panduan kami dalam membeli aset pada masa akan datang..

  4. izul aslam Avatar
    izul aslam

    assalamualaikum..selepas sy mmbca blog ini,sy sudah menjumpai rumah yg ssuai utk sy target beli iaitu kwasan universiti..utk pngetahuan sy dduk dirumah company.jadi dgn ksempatan ini sy mmbeli rumah utk investment.boleh sy dptkan tuan punya email utk Q&A lagi detail????

  5. Dr Fattah Avatar

    terbaik, 30 hartanah di sekitar negeri utama di Malaysia.

  6. Tinie Badri Avatar

    Alhamdulillah bertemu blog saudara… sangat2 membantu ..tq2

  7. Raihanah Ahmad Avatar

    wah sampai 30 hartanah tu, bestnya, bijak betul dia

  8. Siti Avatar

    Satu tips yang bagus..terima kasih atas info yang diberi..

  9. Noriza Rahman Avatar

    Bagus sangat sharing pemuda yang berfikiran jauh ni..

  10. rahimah Avatar

    Kalau universiti tu lebih selamat rasanya kalau universiti awam. Kalau universiti swasta kena jaga-jaga sikit terutama kalau ramai foreign student.Ada risiko juga kalau universiti swasta.

  11. apdm1 Avatar

    terbaiklah ada 30 buah hartanah.

    bukan senang tu nak handle hartanah sebanyak tu.

  12. azimah mohd zainuddin Avatar

    Memang tips yang bagus untuk dipraktikkan. Lately memang banyak promote banyak di newsfeed tentang Encik Farid Ridzuan ni

  13. siti hazreen Avatar

    mak aiii 30 hartanah.. nak beli 1 pun terkedek2. terima kasih tipsnya ;)

  14. Kereta sewa subang Avatar

    Terima kasih atas perkongsian….. rasa macam semnagat sedang membuak2 jer…. thanks sekali lagi.

  15. Vimax Malaysia Original Avatar

    banayk saya perlu pelajari dalam hartanah…terima kasih info ini…amat berguna tip tip yg diberikan….

  16. Coway Malaysia Avatar

    thanks for info…saya dalam usaha untuk mencari hartanah..moga segala berjalan lancar..”)

  17. Suriya Avatar

    wow menarik sunggup tips ini. impian nak miliki paling kurang 1 hartanah di setiap negeri. impian juga nak tengok pemilikan hartanah terbanyak adalah dari golongan orang Islam.

  18. roshida Avatar

    thanks for sharing…tapi masih tak terfikir beli hartanah utk lebih keselesaan kdp diri sendiri..semua utk investment dulu sehingga capai target…tapi 30 bijik hartanah sudah terlalu banyakkk…huhuhu