Kami menginap di Den’s Inn sepanjang berada di Kawaguchiko. Jumlah untuk 3 malam di sini ialah ~ RM700. Check out the place.
Kat kawasan Kawaguchiko ni tak banyak hostel. Banyak rumah tumpangan macam ni dan hotel. Disebabkan gunung Fuji ni adalah lokasi terkenal seluruh dunia, mereka tahu pelancong yang datang sanggup keluarkan kos yang tinggi untuk menginap di sini.

Macam ada yang tak kena kat sini..

Shower dan bath tub. Toilet bilik sebelah.
Waktu siang, bahagian depan rumah tumpangan ni ada kafe, jadi pelanggan kafe boleh guna toilet ni. No problem sebab waktu siang memang kami tak ada.
Jam 6 petang kafe dah tutup dan pemilik rumah tumpangan ni memang pastikan toilet semua bersih.

Disebabkan sekarang ni low season, bilik sebelah tak berpenghuni. Jadi boleh guna macam ruang tamu sendiri.
So kalau nak travel, carilah masa low season. Untung-untung dapat macam ni.




Comments
8 responses to “#10 Den’s Inn Kawaguchiko, Fuji”
Comelnya guest house ni! simple but nice :)
Ini betul-betul suasana Japan yang real. :-)
Nampak klasik tempat ni. Memang bersih dan kemas.
Teringat drama oshin bila nampak gambar gambar ni.
Drama femes zaman dulu
bestnya dapat penginapan yang selesa…
Bestnyer bro… Ada meja jepun. Very simple, cukup untuk persinggahan.
Kecik dan comel je ruangnya ;)
Kecil kecil cili api. Mahal juga rate dia
Oleh kerana atas gunung fuji kurang rumah penginapan.. Macam mahal pulak harga bilik tu.
Good bisnes ni