#1 Persediaan Beberapa Hari Sebelum Ke Jepun

ariff in japan

Tukaran wang di Malaysia, AirAsia seat, internet di Jepun dan Japan Rail Pass.

Kat mana nak tukar MYR ke Japanese Yen pada rate yang paling murah?

Setakat yang saya jumpa, money changer di Jalan Masjid India bagi rate paling murah. Kemudian diikuti dengan Mid Valley dan TTDI. Jadi kalau nak travel dan perlu tukar wang ribu-ribu Ringgit, bolehlah refer dulu dengan beberapa money changer di Masjid India dan bandingkan dengan money changer terdekat korang.

Kalau beza dalam 10 sen atau 20 sen tu, tak perlulah berkira sangat. Dalam kes saya, masa nak tukar rate Masjid India adalah RM30.70 untuk 1000 yen, manakala kat TTDI RM30.80. So dengan amaun yang saya tukar ni kalau semata-mata nak save RM12 terpaksa meredah jem pergi Jalan Masjid India, memang tak berbaloi. Pergi yang dekat-dekat sudah.

Save Duit Dengan Tak Book Seat Kat AirAsia

Actually saya baru tahu ni dan mungkin ada yang tak tau lagi. Tak perlu pilih seat dalam AirAsia kalau beli tiket serentak dengan pasangan anda sebab kalau auto-assign pun, seat masih sebelah-sebelah.

AirAsia ni pandai, somehow dia buat orang fikir kalau tak pilih seat sendiri, nanti dalam kapal akan dapat seat berjauhan dengan partner kita. Actually no. No such thing.

Kat sini dah save RM80.

Internet di Jepun

Kat Jepun tak boleh beli sim card. Hanya penduduk mereka sahaja dan mungkin orang yang ada visa. Free wifi pun jarang ada. Bukan macam Malaysia, pergi McD dah ada free wifi. Jadi untuk pelancong, boleh sewa MiFi mereka sepanjang trip kat sana.

Nak sewa pun senang. Boleh book online, nanti sampai kat airport boleh terus ambil dari cawangan mereka. Dah habis nanti, just drop-off dalam peti surat dengan sampul surat yang mereka dah sediakan awal-awal. Untuk 10 hari saya di Jepun, kos internetnya adalah RM200.

Tentang speed saya tak kisah sangat. Berdasarkan review di internet, mobile wifi kat sana memang laju. Standard negara maju.

Internet penting. Kalau sesat at least boleh cari info yang lengkap dan tepat kat internet. Bukan setakat untuk #ootd je.

Japan Rail Pass

Kalau travel antara bandar-bandar utama Jepun, Japan Rail Pass ni adalah satu kemestian. Rail pass untuk seminggu ni RM1800. Jadi kalau dah beli, kena plan untuk fully utilize. Travel saya kali ni banyak melawat kawasan luar bandar. Singgah Tokyo pun sehari je. Selebihnya pusing Jepun selagi boleh.

Kansai – Takayama – Nagoya – Miyako – Fuji – Tokyo – Fuji Kyoto.

Bila kira balik, memang Japan Rail Pass dah jimatkan RM600 daripada kalau beli tiket berasingan untuk setian tren.

Kepala otak dah kat Jepun..

10 Comments

  • Zairi.MY

    6 September, 2014 at 4:57 pm

    Setahu saya AirAsia memang tak perlu book seat kalau tiket beli dalam booking ref sama. Berdasarkan pengalaman, memang sebalah menyebelah bila checkin. Kalau FreFly, saya pernah terpisah.

  • Hasnul Mutawif

    4 September, 2014 at 2:50 pm

    Memang bagus berjalan dan bermusafir.

    Jepun ni sungguhpun majoriti bukan islam.

    Tapi banyak nilai nilai isalam diamalkan

    Bahagian ketepatan masa memang terbaik.

    Pernah kerja dengan orang jepun.

  • M

    3 September, 2014 at 8:45 am

    Untung la tak ada orang yang impulsive. Dua kali trip ke Jepun (sebelum pindah ke Osaka) asalnya plan nak pergi sorang. So beli satu tiket. Tiba-tiba je adik nak ikut. So kena beli tiket lagi satu. Tempat duduk alahai jauhnya. Dah jadi suspek bila sampai kat Imigresen Jepun sebab nama dekat, alamat sama, tapi duduk jauh-jauh.
    Btw, sampai KIX nanti kalau lelaki muka gelap, mata tak sepet, akan ada polis airport tahan ko lepas keluar kawasan kastam. Setakat ni dah 4 kali ke KIX ( 3 arrival, 1 menunggu passanger ), 4 kali jugak aku kena paksa tunjuk passport. Thats 100%. So, yang kali ke 4 tu aku straight je sound polis tu. Random check abah dia. Haha.

  • kesoma.rai

    2 September, 2014 at 10:57 am

    seronoknya.. yang bagusnya train diorang sharp on time.. so mmg boleh sangat nak plan perjalanan awal2.. cuma kalau hari kerja waktu peak tu mmg sabar je la dgn ramai orang..

  • ryz

    2 September, 2014 at 8:58 am

    seat airasia tu, klu pegi berdua mmg leh dpt sbelah mnyebelah..tpi klu more than 2 peoples, lagi sorang tu akan tercampak jauh… like me selalu kena… booked for 4, cuma 3 je dpt berderet seat, lgi sorang lak nun jauh kbelakang..nak x nak kena la top-up duit nak seat semua dekat2..

    skang kena byk kan watch program about travelling in japan, paling simple tgok balik episod Zizan Jejak Jepun kuar di astro dulu… pelawak tu jadi hos pusing seluruh negara tu by rail :)