Update Di Google Jun 2010

Google Algorithm Update

Google dah umumkan secara rasmi terdapat beberapa perubahan dalam algorithm SERP untuk long tailed keyword. Aku pernah tulis tips untuk buat cari long tailed keyword kat Google dalam entri Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search. Perubahan ni mungkin atau mungkin tidak memberi kesan kepada korang tetapi ada banyak laporan daripada webmaster lain mengatakan trafik mereka berkurangan selepas update ini.

Tujuan update ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi search result yang tepat dan berkualiti kepada pengguna Google. Untuk pengetahuan semua, update macam ni adalah normal dalam Google dan dikatakan lebih 400 algorithm dilakukan setiap tahun.

[youtube WJ6CtBmaIQM]

brought to you by

Google Pagerank

Baru-baru ni dunia blogging Malaysia digemparkan dengan berita kejatuhan pagerank blog Denaihati daripada P4 ke PR0 dan beberapa hari sebelum ni pun PR blog Neo D Marco jatuh dari PR2 ke PR0. Disebalik kejatuhan itu, Hongkiat mendapat upgrade ke PR5 dari PR3.

Ok apa yang berlaku kat sini? Untuk Denaihati, teori yang aku boleh bagi senang je.. comment section dia takde nofollow. Dulu aku perasan yang Denaihati dah buat nofollow, tapi entah bila pulak dia tukar balik aku tak tau. Rasanya aku pernah explain pasal ni, blog yang kurang atau takde komen langsung boleh kasi dofollow link kat komen section dia supaya dia boleh dapat komen dengan lebih banyak tetapi untuk blog yang mendapat terlalu banyak komen, adalah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi dofollow link. Solution aku untuk isu ni senang je, kasi dofollow link kepada mereka yang ada paling banyak komen. Dengan itu aku tak perlu bagi link yang terlalu banyak dan orang yang layak dapat backlink nilai yang tinggi dari blog.ariff.

Aku pernah terbaca sebelum ni dari sumber yang boleh dipercayai bahawa dalam sesuatu page seelok-eloknya ada kurang daripada 100 link, ini termasuk internal & external link serta nofollow & dofollow. Buat macam ni untuk mengelakkan daripada Google anggap page tersebut sebagai linkfarm yang memungkinkan kita kena penalti daripada Google.

Apa lagi yang membolehkan korang mendapat PR yang tinggi? Page Rank ni melambangkan kualiti sesebuah site. Pada pandangan Google yang merupakan sebuah syarikat search engine terbesar di dunia, site yang berkualiti adalah site yang mengikut panduan SEO yang betul serta memberi kontent yang bermanfaat kepada pengguna search engine. Itulah sebabnya aku cakap, backlinks dan dari directory submissions sekarang dah tak releven dan itulah sebabnya aku dah malas nak update blog list. Dah sampai hingga tahap no point sebenarnya untuk buat link list besar-besar sekarang sebab Google taklah bodoh sangat sampai nak bagi pagerank tinggi-tinggi hanya disebabkan bilangan backlinks korang banyak gila.

[youtube wnquaBa6DSk]

Walaupun dalam video Matt Cutts atas ni cakap dapatkan seberapa banyak link yang boleh, cuba korang beri perhatian kat point pertama sebelum dalam video ni. The real objective in making a successful website is to make something that’s so awesome that you get the links basically for free. Maksudnya apa? Website/blog yang bagi kontent berguna jadi popular sebab ianya berguna. Dari situ, orang lain akan link ke website/blog tersebut tanpa owner tu perlu keluarkan link dari website/blog dia.

Google akan nampak banyak one way link ke website ni dan mereka boleh anggap bahawa website/blog tersebut berguna kepada orang yang bagi link ke situ. Dalam video ni Matt Cutts ada jugak sindir orang yang tukar-tukar link hanya sebab nak dapatkan backlink.. Jadi lu pikirlah sendiri..

Tak salah nak tukar link, cuma beri tumpuan kepada kontent blog daripada nak luangkan banyak masa buat link list besar-besar.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

45 comments

  1. masih lagi xfaham le dofollow n nofollow ni..ade kaitan dengan commentluv tu ke?..mcmne nak ejas setting nya?..haiyaa,,makin banyak aku selami..makin pening ni..huhu..by the way..bro ariff..kerja ape ek..cekap ar bro pasal sistem2 ni..memang ada basic ek..dasat ar..

    1. student je. banyak baca pasal benda ni.. rasanya pasal follow tu semua dah pernah cerita dalam blog ni.

  2. ooooooooooooooooooo

    bahagian atas2 aq still x faham tentang dofollow dan nofollow nih.. har har har

    tang bawah2 lak aq rase aq faham kot? hehe…

  3. aku tak ambil tahu sangat pasal benda nih
    so aku kurang arif…
    hohohoh

    p/s : review filem Lagenda Budak Setan di blog saya

  4. Nice entry.. anyway, 1st komen kat sini.. sebab entry ni dpt perhatian dari saya.. :) berdasarkan entry ni, ada juga yg sy setuju dengan apa yg bro ckp, dan ada juga yg sy kurang setuju dgn yg bro tulis(berdasarkan pengalaman sy).. Utk yang seeloknya satu-satu page mempunyai link yang kurang dari 100 link ini mmg ada betulnya.. sy setuju dengan pandangan bro tentang ini.. anyway, utk page bro ini saje dah ada 202 link.. :)

    berkenaan dengan backlinks itu, bagi saya ianya masih lagi relevan, kualiti backlink (link yg berpagerank tinggi dan dofollow) yg kita dpt masih sangat berguna untuk meningkatkan PageRank dan rangking di SERP dengan target keyword(anchor text yg kita target).

    Untuk link list yg besar besaran yg bro maksudkan itu bagi sy tak perlu nak buat sangat, cukup lah untuk bagi link kepada site yg kita rasa penting.. tp berdasarkan ayat bro tentang link list tu macam bro maksudkan yg bro letak link dorang tu untuk naikkan pagerank bro.. pelik tu.. :)

    Ini hanya pendapat sy berdasarkan pengalaman yg sy ada.. anyway, salam kenal.. :)

    1. Haha. Yang pasal page links tu, dah lama tak optimize. Sebelum ni optimize untuk front page aje. Tu pun dah tambah beberapa item after that. Kena optimize balik. Kalau untuk single pages, memang lupa terus hari tu sebab tau comment section tu nofollow. Actually it is ok, but even better kalau dikurangkan lagi links dalam satu pages. Nofollow links will still be indexed, cuma tak pass pagerank je. So lesser links means faster index.

      Saya tak cakap backlinks tak releven dan saya tau Azuanrazi dapat banyak backlinks dari high PR site. hehe… Saya tau dan terima kasih. Ada silap frasa sikit atas tu. Sepatutnya backlinks dari directory submissions yang tak releven sebab walaupun root domain dia PR tinggi, tapi belum tentu page-page lain under domain tu ada rank malah ada page yang langsung tak diindex. Ya, sekarang ni nak dapat Google index page kita pun perlu sedikit masa.

      Macam mana lak Azuanrazi boleh salah faham ni. Kes dia macam ni, biasanya blogger akan beri dofollow link kat bahagian komen untuk menggalakkan orang komen. Tapi kalau banyak dofollow, boleh timbul masalah lain. Jadi cara saya, pengkomen terbanyak dapat ganjaran backlink PR3 kat frontpage daripada saya. Harapannya dengan janji terhadap ganjaran tersebut, akan sentiasalah ada orang yang komen. Rasanya takde kot saya cakap kalau kasi dofollow backlink boleh naik pagerank.

      Apa yang sebenarnya saya nak stresskan kat sini ialah ramai blogger sekarang ni, especially kat forum Geng Blogger buat thread semata-mata nak tukar link dengan blogger lain. Bukan satu thread, malah setiap blogger nak buat thread masing-masing. Jadi kan ke leceh tu.. satu leceh sebab nak buat link list besar-besar. Dua, tiap-tiap hari nak update kat thread, tambah link baru. Kan leceh tu. Banyak masa terbuang. Jadi daripada diorang buat camtu, lagi baik spend masa buat entri yang bagus2.

      1. Yer bro.. masih ok lagi kalu terlebih link dalam satu2 page, asalkan link tersebut nofollow..

        Wah.. bro dah spy yer.. hehe.. tp yg tu dulu utk domain Non WWW. Kalu backlink dr directory submission tu mmg sy setuju, mmg kurang membantu, sebab susah nak nmpk hasilnya.

        Selepas bro update balik ayat tu, baru faham skit nak baca.. betul gak ckp bro tu, buang masa kalu hari-hari nak update kat thread..

  5. oh, Google buat algorithm update ke? patutlaa trafik dari Google masuk sungguh luar biasa 2 hari ni..huhhu..xsangka lak dapat 1st rank..hari tu page 2, 2 hari ni page 1 utk keyword “shahir af8”..

    thanks for sharing ya ariff :) very informative article!

  6. pr blog peribadi masih pr2 .. x naik dan x turun ..
    tp blog bola still 0 .. hmmm
    .-= Cerita terbaru hydir.. Kenapa lebih baik anda berpura-pura tak tahu apa-apa tentang komputer! =-.

        1. Broken links pun salah satu penyebab. Google tak suka link blog yang tak berkualiti kan, jadi kalau ada broken link tu dia anggap webmaster tak serius la

  7. owh :D bagus entri ni ariff :D

    baru paham apa yang berlaku kat denaihati. yup aku mula perasan dia dah tak guna nofollow bla check guna seoquake.

    tak pe masih banyak masa untuk belajar :D
    .-= Cerita terbaru TMUkmkd.. Open Office Berlogo Baru =-.

  8. Bro aku memang dah perasan kesilapan yang aku buat beberapa minggu lepas setelah membaca berbagai sumber bacaan dan dalam proses perbaiki kesilapan tetapi ada juga yang segaja aku tak nak ikut sebab aku ada misi tertentu dalam berblog. anyway thank you sharing point ni dan yg pasti aku akan ambil perhatian. Perjalan kita masih jauh.
    .-= Cerita terbaru denaihati.. Google update Page Rank ke? =-.

  9. Mengikut apa yang aku kaji,antara sebab boleh turunnya PR yang mendadak adalah:-

    1. Duplicate yang berlaku didalam halaman blog sendiri.( ayat2 panjang yang berulang terlalu banyak)

    2. Breadcrumb yang berterabur.(blogspot)

    Kedua-dua kesalahan ni memang aku ada buat,kuikukui.Tapi takpe..belajar dari kesalahan. :-)
    .-= Cerita terbaru neodmarco.. Google Pagerank-Mari Bincang Bersama. =-.

  10. waaa.. baru ku tahu.. hehehe..
    utk kes DH aku nmpk terlalu banyak backlink dari blog yg sama tertumpu pada 1 entri di DH.. adakah sbb itu juga mengakibatkan perkara ini berlaku?

    pergh! ayat cam poyo jer.. hahahaha…

    1. Tak jugak. Backlink dari luar banyak takpe, jangan link keluar terlalu banyak yang problem. Dulu dapat PR4 mungkin sebab backlink tu, tapi yelah, spider dan crawler amik masa nak index page sepenuhnya termasuk komen tu semua, itu sebab baru sekarang kena efek dia.

  11. haha dah terbukti google ni lebih bijak dari kita…so tak dapatlah nak naikkan PR dengan cara yang mudah mcm bina linklist..yang penting kena berusaha untuk mantapkan content supaya dapat one-way link…

    apa pun tak perlulah dikejar PR ni..kita blogging dengan kepuasan sendiri sudah.. bila dah ada kepuasan diri, insyaallah kejayaan tu akan datang suatu hari nanti
    .-= Cerita terbaru Fitrihadi.com.. (Blog) Penat? Bila Dah Berusaha Tapi Hasilnya Ntah Apa-Apa.. =-.

Comments are closed.