Tutorial Jadikan Blog NoFollow Kepada DoFollow

Fakta yang semua perlu tahu:

Semua blog WORDPRESS (self hosted atau tidak) dan BLOGSPOT adalah sejak azali lagi akan ada NoFollow kat tempat komen dia. Tujuan NoFollow adalah untuk menghukum spammers, tetapi tidak wajar sekiranya pengkomen yang meninggalkan komen secara ikhlas di blog kita dihukum sekali.

Daripada pemerhatian aku, majoriti blogger lebih sukakan komen daripada follower yang banyak. [1] [2] Semua orang sukakan komen. Jadi untuk menggalakkan orang datang dan komen di blog kita, kasi free backlink kepada setiap yang datang komen dengan membuang NoFollow pada blog kita.

Cara buang Nofollow untuk Blogger/Blogspot

  1. Login kat blogger.com > Layout > Edit Html > Expand Widget Templates
  2. Search (Ctrl + F) comment.authorUrl
  3. Padamkan <rel=’nofollow’>
  4. Save dan selesai. Senang je.

Cara buang Nofollow untuk WordPress (self hosted sahaja)

Untuk WordPress lagi senang. Download dan install plugin DoFollow je. Habis cerita. Antara plugin yang boleh digunakan:

Persoalan lain yang biasanya blogger tidak tahu:

Macam mana nak tau sesebuah blog NoFollow atau tidak?

Bukak mana-mana post dia yang ada komen. Kemudian kat menu browser Firefox klik View > Page Source atau shortcut dia Ctrl + U. Satu window baru akan terbuka, kat situ search (Ctrl + F) nama salah satu pengkomen kat situ. Dari situ akan nampak sama ada url ke laman web pengkomen tu ada rel=’nofollow’ atau tidak.

Tapi aku yakin 90% blogger kita masih ada NoFollow.

Jadi kalau dah DoFollow banyak la spammer datang nanti, betul tak?

Betul. Spambots boleh cari blog yang DoFollow TETAPI pada kebiasaannya spambots akan spam mana-mana sahaja. Tak kira DoFollow atau Nofollow.

Macam mana nak elakkan/defend daripada spam?

Pengguna Blogger/Blogspot boleh gunakan comment moderation. Dengan comment moderation, korang lah yang paling berkuasa nak approve komen atau tidak.

Pengguna WordPress boleh guna berbagai jenis spam guard plugin. 99% spam akan ditapis.

Word verification pun boleh menghalang spam kan?

Boleh sebab spambot tak boleh baca dari imej TETAPI akan menyusahkan orang lain nak komen sebab leceh nak masukkan word tu. Kenapa nak susahkan orang?

Buat comment moderation sebab itu tanggungjawab pemilik blog. Delete je apa-apa spam yang diterima tapi rasa-rasanya takde kot. Belum pernah lagi pemilik Blogger/Blogspot komplen kena spam banyak-banyak. Yang biasa aku dengar pengguna WordPress je.

Dah DoFollow, tips lain untuk dapat lagi banyak komen?

Boleh je gunakan DoFollow badges letak kat sidebar blog. Mana tau kalau orang nampak nanti diorang tergerak hati nak tinggalkan komen.


***

Jadi itulah setakat ni. Jangan kedekut nak kasi backlink kat orang lain kalau kita pun nak backlink daripada orang lain jugak. Treat people the way we want them to treat us. Cuba bayangkan, kalau semua blogger buat DoFollow kat blog mereka, mesti lagi seronok tinggalkan komen kat mana-mana blog sebab kita tahu kita akan dapat habuan backlink. Disebabkan tema sekarang adalah dapatkan backlink sambil meninggalkan komen, aku tak nak sentuh pasal isu komen bermutu atau tidak.

It’s the ugly truth that people want something back in return of what they have given, be it small or big. So give something back because we could afford it. Don’t be a stingy b*stard!

Ada lagi soalan lain? Sila tinggalkan kat ruangan komen.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

46 Comments