Tutorial Jadikan Blog NoFollow Kepada DoFollow

Reading Time: 2 minutes

Fakta yang semua perlu tahu:

Semua blog WORDPRESS (self hosted atau tidak) dan BLOGSPOT adalah sejak azali lagi akan ada NoFollow kat tempat komen dia. Tujuan NoFollow adalah untuk menghukum spammers, tetapi tidak wajar sekiranya pengkomen yang meninggalkan komen secara ikhlas di blog kita dihukum sekali.

Daripada pemerhatian aku, majoriti blogger lebih sukakan komen daripada follower yang banyak. [1] [2] Semua orang sukakan komen. Jadi untuk menggalakkan orang datang dan komen di blog kita, kasi free backlink kepada setiap yang datang komen dengan membuang NoFollow pada blog kita.

Cara buang Nofollow untuk Blogger/Blogspot

  1. Login kat blogger.com > Layout > Edit Html > Expand Widget Templates
  2. Search (Ctrl + F) comment.authorUrl
  3. Padamkan <rel=’nofollow’>
  4. Save dan selesai. Senang je.

Cara buang Nofollow untuk WordPress (self hosted sahaja)

Untuk WordPress lagi senang. Download dan install plugin DoFollow je. Habis cerita. Antara plugin yang boleh digunakan:

Persoalan lain yang biasanya blogger tidak tahu:

Macam mana nak tau sesebuah blog NoFollow atau tidak?

Bukak mana-mana post dia yang ada komen. Kemudian kat menu browser Firefox klik View > Page Source atau shortcut dia Ctrl + U. Satu window baru akan terbuka, kat situ search (Ctrl + F) nama salah satu pengkomen kat situ. Dari situ akan nampak sama ada url ke laman web pengkomen tu ada rel=’nofollow’ atau tidak.

Tapi aku yakin 90% blogger kita masih ada NoFollow.

Jadi kalau dah DoFollow banyak la spammer datang nanti, betul tak?

Betul. Spambots boleh cari blog yang DoFollow TETAPI pada kebiasaannya spambots akan spam mana-mana sahaja. Tak kira DoFollow atau Nofollow.

Macam mana nak elakkan/defend daripada spam?

Pengguna Blogger/Blogspot boleh gunakan comment moderation. Dengan comment moderation, korang lah yang paling berkuasa nak approve komen atau tidak.

Pengguna WordPress boleh guna berbagai jenis spam guard plugin. 99% spam akan ditapis.

Word verification pun boleh menghalang spam kan?

Boleh sebab spambot tak boleh baca dari imej TETAPI akan menyusahkan orang lain nak komen sebab leceh nak masukkan word tu. Kenapa nak susahkan orang?

Buat comment moderation sebab itu tanggungjawab pemilik blog. Delete je apa-apa spam yang diterima tapi rasa-rasanya takde kot. Belum pernah lagi pemilik Blogger/Blogspot komplen kena spam banyak-banyak. Yang biasa aku dengar pengguna WordPress je.

Dah DoFollow, tips lain untuk dapat lagi banyak komen?

Boleh je gunakan DoFollow badges letak kat sidebar blog. Mana tau kalau orang nampak nanti diorang tergerak hati nak tinggalkan komen.


***

Jadi itulah setakat ni. Jangan kedekut nak kasi backlink kat orang lain kalau kita pun nak backlink daripada orang lain jugak. Treat people the way we want them to treat us. Cuba bayangkan, kalau semua blogger buat DoFollow kat blog mereka, mesti lagi seronok tinggalkan komen kat mana-mana blog sebab kita tahu kita akan dapat habuan backlink. Disebabkan tema sekarang adalah dapatkan backlink sambil meninggalkan komen, aku tak nak sentuh pasal isu komen bermutu atau tidak.

It’s the ugly truth that people want something back in return of what they have given, be it small or big. So give something back because we could afford it. Don’t be a stingy b*stard!

Ada lagi soalan lain? Sila tinggalkan kat ruangan komen.

Published
Categorized as Bla Bla Bla

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

46 comments

    1. Kalau dalam entri letak nofollow tu maksudnya dia tak nak pass PageRank kat orang lain la. Tapi kalau dalam comment section, memang automatik semua blogging platform akan letak nofollow

  1. Thanks.. Blog encek penuh dengan ilmu2 bermutu.. tutorial pun complete dgn screenshot..
    .-= Cerita terbaru myklikers.. We are alive and kicking! =-.

  2. Pingback: NoFollow DoFollow? « Muallimun
  3. salam..TQ bro..baru hari ni ak tau ape benda nofollow ngan dofollow tu..dah try tutorial ni, berjaya rasanya..TQ sangat2..
    .-= Cerita terbaru Mohd Alimie.. Kepada Si Dia.. =-.

    1. Cuma kalau dah dapat banyak komen untuk setiap entri, boleh stop la dofollow ni supaya senang naik PR.

      Buat dofollow untuk galakkan orang komen je. Kalau bagi terlalu banyak backlink pun tak bagus gak.

  4. Wa, ni memang berguna sangat ni bagi blog yang PRnya rendah. Buat pengetahuan saudara, semasa saya masih menggunakan domain free, PR dah naik, Alexa raking pun dah nak masuk ratus ribu dah. Sekali tukar domain berbayar (tapi masih menggunakan hosting free), Alexa ranking terus jatuh mendadak hingga ke golongan puluh juta, PR dah jadi NA. ni sakit kepala ni… lepas ni entah apa akan jadi kalau beralih ke hosting berbayar yer.

    Pasal NoFollow ni, ada juga terbaca yang kita perlu tukar NoFollow ke DoFollow. Tapi kaedah saudara delete perkataan NoFollow terus yer? kalau dekat script tu ada 3 perkataan NoFollow ni, kesemuanya perlu didelete?

    1. Terpulang sebenarnya nak buang dofollow ke tak. Kalau dofollow akan ada appeal kepada orang lain untuk meninggalkan komen. Tu je..

      Nak delete semua pun boleh/ Takde hal. Tapi elok ada PR1 dulu kalau nak buat dofollow

  5. aku dah install plugin do follow kat blog aku. tp tak tahulah berfungsi ke tak…hehe
    .-= Cerita terbaru mohdisa.. Tiga Emas Dua Rekod =-.

    1. Bab disqus ni saya tak reti sangat lagi. Tak pernah experimen pun. So tak boleh cerita banyak.

  6. Pingback: Blog Aku Do Follow, Blog Anda Bagaimana?
  7. em ade serba serbi paham..nak tanye nape kalo kite add link sdri dalam entri dia tak jadi dofollow mcm kat komen ni yer? adeh pening jgk aku..dan ade jugak plugin yg suggest kat denaihati tu takleh pki kat my theme…ade solution ker?
    .-= Cerita terbaru Roslan.. Sebab Apa Aku Malas Menulis? =-.

    1. Yang plugin ngan theme tu biasa lah, tak semua plugin compatible ngan theme. Biasa orang yang buat plugin ni dia buat kat theme WordPress basic, dan orang yang buat theme pula dia buat theme ikut kepala dia. Jadi adalah normal sesetengah plugin tak serasi ngan theme. Solution, cari plugin lain la. Ada banyak lagi.

      Kalau dalam post, tak kacau langsung. Sebab dalam post tu memang kuasa mutlak kita nak letak nofollow atau tidak. Yang kat tempat komen tu, memang dalam comments.php dah ada rel=nofollow sebab benda tu kira macam default setting WordPress.

  8. Bagi aku , Nofollow dengan Dofollow ada kelebihan masing²

    Antara kebaikan Dofollow nie Bila korang dah ada backlink antara blogger² lain so makin senang la PageRank korang naik ! yohh itu yang korang impikan rite ? :) Stop spam at google.com yoh kang kena trace mampus kena sebat ngan rotan! Miahaha

    Kebaikan Dofollow lagi satu nie Semua Comment yang terhasil akan terpampang dalam SERP . So kalau web yang jenis bincang² panjang lebar A.k.A Blog² Politik sangatlah best kalau nak pacak Dofollow nie :) Miahaha

    Mostly SERP Nodo nie untuk google jak . Yahoo dia tak amek kesah pun miahaha .

    Bagi aku Backlinks memang jalan yang terbaik untuk kita berkongsi salah satunya CommentLuv :) Love it !

    Neway blog aku still Nofollow :|

    Sekian !

    1. dari dulu lagi masih lagi kurang arif pasal dofollow ngan nofollow, stgh orang kata kalau backlink dari blog pr rendah dari blog kita, pr blog kita akan terjejas

      tak tahu lah betul ke tidak

Comments are closed.