Tips Untuk Meningkatkan Pendapatan Nuffnang, Innity & Adverlets Anda

Aku andaikan yang korang semua ada buffered atau CPM earnings dalam Nuffnang, kepada yang guna Innity dan Advertlets tu dah memang ada CPM campaign untuk diorang.

General idea dia adalah dapatkan seberapa banyak pageviews yang mungkin daripada pelawat blog kita. Pageviews dikira berdasarkan berapa kali page dalam blog kita di load, untuk apa-apa page yang memaparkan iklan.

Ads Unit di Setiap Page

Page dalam blog kita mestilah mempunyai fungsi tertentu supaya orang klik pada page tersebut. Kalau buat page dan orang tak buka macam no point gak la, betul tak? Jadi bila page berguna, pembaca akan klik dan secara automatik ads yang ada pada page tersebut akan mendapat impression.

Blogger lain yang aku tengok pada kebiasaannya letak ads kat homepage, sidebar dan single post sahaja.

Kurangkan Displayed Post Pada Front Page

Skill ni licik sikit tapi berkesan, paling berkesan untuk memaksimakan earnings daripada kempen CPM. Kat front page blog, cuba kurangkan paparan entri lama yang telah ditulis. Letak dalam 2-3 je dah cukup. Lagipun kalau letak banyak, page load lambat, jadi pembaca akan merasa bosan menunggu.

Just for fun :D

Andai kata pembaca kita suka dengan apa yang mereka baca dan nak baca lagi, confirm la diorang buka page lain jugak. Betul? Jadi semakin sikit item yang terpapar kat page kita, semakin banyak page yang perlu dibuka untuk melihat entri yang seterusnya. Teknik ni bertambah efektif kalau blogger tu rajin update dan content dia memang ramai orang baca.

Internal Links dalam Entri

Satu cara untuk meningkatkan pageviews blog kita adalah dengan meningkatkan internal links dalam entri kita. Internal links are links that point readers to other pages/entries in our blog. Cara mudah guna widget Linkwithin, plugin YARPP (WordPress) atau linkkan aje secara manual. Biasanya yang manual tu lagi berkesan sebab kita suruh pembaca buka page tersebut kerana ianya berkaitan dengan entri yang mereka sedang baca. Tak perlu banyak, mungkin 2-3 macam tu dah cukup. Banyak sangat nanti orang jadi malas.

***

Mungkin ada blogger yang tak setuju sebab mereka akan beri alasan pageviews tu semua bergantung pada unique ip bla bla bla.. Tapi pada aku yang menulis berdasarkan pengalaman, semua yang aku mention ni berkesan dan ada kenaikan pageviews sebanyak 10% – 30% Ni pageviews yang tertulis dalam daily report Innity dan Adverlets dan bukan dalam Statcounter. Earning pun naik la sikit, kalau tak aku tak berani la nak tulis entri ni.

Harap dapat membantu =)


74 thoughts on “Tips Untuk Meningkatkan Pendapatan Nuffnang, Innity & Adverlets Anda

  1. wah..setuju gak tu..
    dulu kalau ads kt bhgn ats header tuh slalu tarik duk atas entri post..tu pon kalau ada ruang yg sesuai..sekarang tak lagi..

    nanti lah try…haruss try tips ini.

  2. Salam Incik Ariff, (ehem “Incik” tuu sengaja dialihkan)

    Wah, kali kedua aku jejak kaki ke blog yang agak terkenal ni.

    Setuju !. Memanglah blog ini bersifat peribadi, tapi manisnya kalau guna bahasa yang betul. Santai pun tak mengapa.

    Lagi satu, selain bahasa rempit, agak sukar incik RestNrileks nak baca adalah bahasa rojak.

    “You know la kan Ariff, what i mean maksud Rojak. Sometimes, i rasa kalau i cakap ada english sket, i rasa lebih confident. At least, i improvekan jugak lah i punye tahap english..” -contoh.. :D :D:D

    Tak salah untuk bercakap, tapi untuk penulisan?

    walaupun memang benar Rojak itu sedap. Kalau kena rojaknya

    Rizal? Kalau english cuba sahaja english yang terbaik dan kalau BM cuba sahaja guna BM yang baik yang kita mampu. Salah boleh usaha lagi, tapi sekurang-kurangnya lebih bagus dari guna di atas atau rojak.

    Selamat Hari Rabu dan selamat berblogging : )

    • Kadang2 terguna bahasa rojak gak kat blog ni sebab saya memang banyak terpengaruh dengan bahasa Inggeris dan berfikir pun dalam bahasa Inggeris. Betullah pendapat Incik RestNRelax ni and thanks sebab mengutarakan pendapat ni =)

  3. sangat sokong entri ini…pageview tu – internal baclink juga betul
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Kak Jie merajuk dengan GB? =-.

  4. wah! terima kasih atas nasihat dan tips ini. Semua ini akan aku cuba buat bro. hohoho

  5. ariff , aku byk buffer , tapi traffik tggi pun , buffer mcm tak berapa nk tinggi je .

    sebab aku guna pop up window ke utk comment ?

    ke aku patut tukar embebded below post ??

  6. akan di buat…. ahaks…

    selalunya akan wat post kat 1st page tuh 3, berdasarkan bape salu update sehari r, tapi kalau letak 1 pown ok kot?

    ngee~

    tengs2..

    ahaks…
    .-= Cerita terbaru kaizen.. SeSaT (RePoST) =-.

    • Ads akan dikira pageviews bila ads tu bangun, so kalau ads tu adalah CPM pageview tu akan dikira. Buka page lain, ads tu ada lagi, kira lagi. Kalau refresh page tu, tak kira la sebab page dan ip sama kan.

      Unique ni.. just nak membezakan pageviews pada page yang sama. Cuma unique ni penting untuk determine sama ada blog tu berbaloi kepada advertiser ke tak.

      Ini just pemahaman aku la. Mungkin blogger lain boleh tambah2 lagi pasal ni.

    • Contoh2 pages untuk WP adalah seperti links, archives, sitemap, about..
      tu semua boleh letak ads lagi

  7. thanx rif..banyak info aku dapat..kira blog aku ni kne pembaharuan sikit la ek rif?ko da tengok belum blog aku..aku pun baru jer berjinak ngn dunia blog ni
    .-= Cerita terbaru hafiz.. Masih Sempat… =-.

  8. ariff.. kalo dua tiga entri satu page aku terima lagi, tapi kalo 1 page satu entri aku cukup takleh terima dan nampak sgt org tu nak pageview aje lebih dan bukan berkongsi artikel secara amnya. kalo entri pada satu page satu entri tu bagus aku leh tahan lagi, tapi kalo tak bagus or sekadar entri mcm tweet or facebooking mcm ne? hahaha.. tu pendapat ikhlas dari aku la.. baik letak minimum 2 la, jgn sampai satu aje :P
    .-= Cerita terbaru syahirul.. Cara mencantikkan tema Windows 7 =-.

  9. “Andai kata pembaca kita suka dengan apa yang mereka baca dan nak baca lagi, confirm la diorang buka page lain jugak.”

    Bila ko buat sitemap, aku dah excited nak baca post2 lama. Tapi bila ada masalah baru2 ni, aku malas la sikit nak go through archives tu sebab lambat sikit. Kalau dekat sitemap aku boleh nampak semua tajuk post sekaligus, lebih memudahkan. So, cepat2 la fix masalah sitemap tu. hehe

    Dan aku setuju pasal internal links tu. Kalau banyak sangat, bukan setakat aku malas nak click, tapi nak baca post tu pun malas. Itu dah macam dia cuma suruh kita baca balik post2 lama dia.

  10. paparan entri lama??emm.kurang faham sikit.
    internal links??checked.
    dah ada. sekali dengan linkwithin.

    thanks for the simple, yet helpful info.
    .-= Cerita terbaru fikah.. Tumblr dan Aku =-.