Skip to content


Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search

Dah lama tak kasi tips, kali ni aku nak kongsi lagi satu tips yang memang bagus untuk blogger tegar semua. Sebagai pendahuluan, biar aku terangkan dulu apa kelebihan kita ranking pada page pertama Google search.

Mungkin selama ni yang korang semua tahu, blogwalking adalah sumber trafik yang paling bagus. Blogwalking memang menjamin trafik, tapi dunia internet tak berfungsi macam tu. Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita. Bila dah dapat ranking page pertama Google Search atau Yahoo Search, trafik memang akan masuk tiap-tiap hari (bergantung kepada trend keyword). Sebagai contoh blog.ariff dapat trafik yang tetap tiap-tiap hari dengan keyword red tube Malaysia Yahoo Search [Tengok Sini]. Baguslah tu kan, daripada orang tu nak layan Red Tube, dapat la jugak ilmu yang tak seberapa bila masuk blog.ariff ni.

Itulah sebabnya sesetengah blogger tegar (aku gunakan istilah blogger tegar selain problogger sebab problogger adalah dalam bahasa Inggeris dan blogger tegar pula bahasa Malaysia) tak perlu update blog tiap-tiap hari tapi still dapat trafik dan siap dapat buffered ads banyak-banyak lagi. Itu yang kita mahu.

So teknik ni mudah je sebenarnya. Persaingan sengit dalam dunia internet ni. Nak bersaing dengan blogger lain, nak bersaing dengan blog yang ada Google PR yang lagi tinggi. Memang susah. Jadi nak senang kita cari level yang sesuai untuk kita, cari tempat yang kurang persaingan. Guna keyword yang kurang persaingan!

Macam mana nak tau keyword mana yang kurang persaingan dia? Ha.. ni mahal sikit. Tapi sebab aku sayang korang semua, aku kongsi. Korang mesti sayang aku balik :D

Cari info pasal BunkfaceKononnya korang nak dapat ranking pertama untuk kata carian ‘bunkface’. Ha, tengok sendiri macam mana punya banyak persaingan (hasil carian adalah persaingan korang). ‘Bunkface prom queen’ tu rendah je, tapi korang tak nak la tulis pasal lagu Prom Queen Bunkface je kan?

Jadi kita ubah sikit. Kita tahu yang Bunkface ni ada empat orang, mungkin kita boleh try keyword ‘ahli kumpulan Bunkface’

Ahli Kumpulan BunkfaceKalau around 30 ribu macam tu ok lagi lah. Maksudnya persaingan tu tak banyak kalau nak dibandingkan dengan keyword Bunkface aje (493 ribu). Jadi kita tulislah apa yang kita nak tulis tadi. [Baca Bunkface, Wa Caya Sama Lu] Baca betul-betul, tengok macam mana aku buat. Aku ni takdelah pro pun, tapi tengoklah keputusan dia..

Result untuk keyword 'ahli kumpulan bunkface'

Kan first page tu, betul tak? Tak puas hati boleh check search result tu sendiri [Klik sini]

Bukan nak cakap aku hebat atau apa, cuma kita kena pandai bersaing pada tahap di mana kita mampu bersaing. Pilih persaingan kita, dan Insya Allah kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi (bukan dalam dunia blogging je, ni nasihat untuk dunia nyata jugak).

Jadi selamat berjaya aku ucapkan. Kalau korang rasa tips ni berguna dan dapat membantu korang, harap dapat luangkan masa sikit tinggalkan komen ke, retweet ke, submit kat digg ke, apa-apalah yang boleh membantu pula. Sangat dialu-alukan =)

Entri Lain Yang Berkaitan

  1. Tips Dapatkan Trafik: Komen di Blog Juga Boleh Meningkatkan Trafik
  2. Tips Dapatkan Trafik – Apa Yang Boleh Dibuat Selepas Publish Entri Baru
  3. Rahsia Geng Blogger – Dapatkan Score Yang Banyak
  4. Penerbangan Pertama Boeing787
  5. Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik!
  6. Penerbangan Pertama Airbus A400M
  7. I’m Giving Out Free Google Wave Invites
  8. 7 Tips Untuk Meningkatkan Bilangan Pembaca Blog
  9. Tips Menjenamakan Blog Anda

Posted in Tips Berblogging.

Tagged with , , , , , , , , .


69 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. DaHLia says

    DaHLia merasa gak masuk 1st page GOOGLE dengan keyword “OST Na O Mei”
    Cerita terbaru DaHLia.. Kisah Seorang Suami yang Setia dan Pesanan Isteri… ^_^ My ComLuv Profile

  2. dinsblog says

    gud info…
    Cerita terbaru dinsblog.. Kelebihan OD ASB My ComLuv Profile

  3. asiah says

    salam arif,

    saya baru dalam hal-hal blog.baru je create blog utk jual penapis air..www.rajafilter.blogspot.com…
    kalau carian “rajafilter” macam tak banyak. tapi yang peliknya, xde pun blog yg baru saya create. mmg just try2 send 1 post dahlu.ada apa2 komen yang perlu saya buat untuk jadikan ia rating 1st dalam google search..
    dalam carian tersebut, blog saya juga tiada.harap dapat membantu. terima kasih

    • ariff says

      Baru sangat lagi ni. Kurang-kurang kena seminggu dua baru ada dalam search engine. Lepas tu kena selalu update masa awal-awal ni. Kalau tak update memang Google tak pandang punya.

  4. Azharramli says

    Salam Bro,

    tanya sikit sebab aku bukan paham sangat bab google search nie. Aku nak buat domain tapi sekarang aku tengah dilema sama ada nak pakai domain nama penuh atau shortform.

    Kalau aku pakai ar.com lebih kurang kat googe search ada 500++juta lebih result
    tapi kalau aku pakai azharramli.com ada 3210 result.

    Soalannya : yang mana satu elok? Result yang banyak atau result yang sikit??
    Cerita terbaru Azharramli.. AKHIRNYA AKU MENANG…… My ComLuv Profile

    • ariff says

      Silap pemahaman ni. First skali, ar.com tu invalid. Pendek sangat. So memang tak boleh guna.

      Google search ni tak discriminate ngan nama domain. Kalau nak score tinggi kat Google search, teknik tu kena betul. Itu je sebenarnya.

  5. lakanimaus
    Twitter: lakanimaus
    says

    bagus betul la bila tersesat kat blog nie…banyak info aku dapat!!!
    (aku org baru)

    • ariff says

      Mana yang berguna tu kita sebar-sebarkan =)

  6. ecardgraphics.net says

    betul la tu, cuma berapa lama masa untuk sampai 1st page.
    Cerita terbaru ecardgraphics.net.. Happy 21st Birthday My ComLuv Profile

  7. aboi says

    gud info… keep it up..

  8. wawaa says

    yg ni blogspot pon bole dpt ranking tinggi ke?or org2 yg ada domain sendiri jek cm ko…

  9. En.Nazir says

    thanks bro.. ilmu yg berguna ni..

  10. aidi-safuan says

    ouh..camtu rupanya. salah teknik la plak. selama nih pilih keyword yang paling banyak search nyer. hehe
    aidi-safuan´s last blog ..Doraline143 slammed Aidi-Safuan.Blogspot.Com! My ComLuv Profile

  11. si budak aboi says

    ooooooo mcm tu rupenyer!

  12. mohdisa
    Twitter: mohdisa
    says

    hoho, tips yang menarik mengenai seo lg. thanks ariff, aku sbnrnya kurang mengerti dengan penggunaan keyword ni. dah baca kat sini dapat juga ilmu. tp takut gak guna keyword yg jarang digunakan. takut takda plak org nak search. hehe
    mohdisa´s last blog ..Memaparkan Google Adsense Di Blog Berbahasa Melayu My ComLuv Profile

  13. rabiatul adawiyah says

    terima kasih.. sangat berharga.. hehe.. :D
    rabiatul adawiyah´s last blog ..Astro B.yond Bloggers Night My ComLuv Profile

  14. nOj says

    ye sayang ariff… skang sharing is LUV bukan caring lg… bijak gak tu. tp kadang2 jari laju je menaip lupa nk buat kajian dulu… huhuh. thanks btw

  15. ezany says

    baguih ni.. nnt aku cuba try test ek..

  16. Mr.Bintang
    Twitter: mrbintang
    says

    perghh!! hehe… tp kebanyakan blogger yg aku nmpk skrg ni x penting kan tu smua.. sbb diorg cam syok sendiri.. guna perkataan shortform bagai.. aduh.. hahaha.. yg betul² nak jadi blogger je pentingkan SEO nih.. kan?
    Mr.Bintang´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL 2010 My ComLuv Profile

    • ariff says

      Ada orang tulis blog sekadar isi masa lapang je. Untuk aku, sebab sebelum ni aku dah ada banyak sangat blog aku nak jagala blog ni. Try maintain sampai bila-bila. So kena buat betul-betullah. Baru sentiasa bersemangat. Haha~

  17. mohdhanif says

    thank berkongsi info..akan dipraktikkan kat blog aku…

  18. zool says

    Bagus ilmu ni.. Boleh belajar untuk meningkatkan traffik blog ligakampung

    • ariff says

      Selamat mencuba dan semoga mendapat manfaat! =)

  19. Luth Textile
    Twitter: luthtextile
    says

    CEKANGGG..

  20. denaihati says

    Tips yang sangat bagus bagi blogger yang fikir tentang trafik dan sebagainya tetapi bagi yang happy menulis apa juga mungkin santai je tentang keyword ni.
    denaihati´s last blog ..3 hari lagi peluang untuk dapat RM4250 My ComLuv Profile

    • ariff says

      Biasanya bagi orang yang penulisan mereka memang bagus memang tak perlu titik berat sangat pasal ni. Good things sell by itself, tapi rasanya kebanyakan blogger perlu tahu pasal ni, terutamanya yang masih baru.

      Thanks a lot sebab retweet =)

  21. eyriqazz
    Twitter: eyriqazz
    says

    tips yg bagus..akan kucuba ni…tips ni pernah dibagi oleh justkhai juga rasanya….

    Aura Hanis Zalikha

  22. NoorAfzan says

    ni kena kreatif la ni kan..
    good info sharing..
    tq so much..=)
    i link ur blog to mine..

    • ariff says

      Thanks!

      Nanti saya letak link awak dalam link list.

  23. amad says

    susah nehh..nak duk pikir title pon 1 hal.hihi
    tp thanks 4 da info. syg kamu.hik3~

    • ariff says

      Mula-mula fikir title dulu, lepas dapat fikir title baru test kat google, tengok boleh tune dan manipulate mana-mana.

      Yang penting kita kena ikut idea asal kita dulu, baru penulisan tu boleh jadi berkualiti. Kalau tulis semata-mata nak sumbat keyword, memang jadi hampeh la..

  24. tenteraangin says

    gunalah google trend.. kalo nak taw apa yang best…. huhuh.. setaw saya, teknik yang arif cuba buat ni adlah long-tail keyword… secara x langsung teknik ni dapat cover dari broader niche kepada narrow niche

    • ariff says

      Wah. Ko mesti lagi banyak ilmu daripada aku. Betullah tu, long tail keyword. Maybe lepas ni nak sentuh sikit pasal ni.

      Thanks sebab sudi komen. =)

  25. joegrimjow
    Twitter: joegrimjow
    says

    hoho
    mantap r bro
    share banyak2 lagi

    • ariff says

      Insya Allah kalau ada nanti aku share lagi

  26. Fathiha Zainal says

    Byk btul ilmu dia. Thanx 4 sharing. Sifuuuuu~~ :D

    • ariff says

      Takdelah banyak. Semua ilmu berdasarkan pengalaman je..

  27. nescafe ais says

    Terima kasih kerana berkongsi info.

    • ariff says

      Terima kasih kerana membaca :D

  28. SnInc says

    thank you

    • ariff says

      You’re welcome.

  29. Nazz
    Twitter: cuiit
    says

    Terima kasih dengan maklumat ni.. sebagai mengenang jasa.. aku klik nuff kat atas tu.. hi hi

    • ariff says

      Huhu. Terima kasih =)

  30. edaolala says

    tanks kasi tips :)

  31. izzat
    Twitter: izzatruslan
    says

    Tapi aku tak penah fikir pasal keyword pun sebelum tulis entri. Aku tulis je apa aku rasa relevan untuk dikongsikan. Pasal keyword, perkara kedua, walaupun kadang2 tu memang aku fikirkan juga pasal keyword dalam tajuk entri.hehe
    izzat´s last blog ..Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab My ComLuv Profile

    • ariff says

      Depends pada topik la. Kalau kita rasa ada topik yang boleh dimanipulate dan dapat beri kita trafik dari search engine, kenalah buat keyword research dulu.

    • Kujie
      Twitter: kujie
      says

      macam kak jie…selalu tulis entri dulu baru fikir keyword
      sebab walaupun kak jie target satu2 keyword – lebih berminat tulis hal yang bersangkut dgn kehidupan sendiri – mesti tulis hal yang kak jie tahu
      contoh hal anak2 dan persekitaran – baru masukkan keyword

      entri nampak personal utk kawan2 dan dalam masa yang sama untuk search engine

      • ariff says

        Betul. Penulisan kena ikut idea asal kita, bukan semata-mata nak kejar sumbat keyword sana-sini. Kalau buat macam tu memang ke lautlah entri kita tu..

  32. ieQa sWetLuv says

    oo camni ea.. bagus gak ni suke2.. maceyh arif =)

    • ariff says

      Sama-sama. Harap dapat membantu =)

  33. wawaa says

    hahaa..biarlaa..mrh lak…aku tgh bersemangat lagi nih..haha
    wawaa´s last blog ..Nak pakai tudung ke tak nak? My ComLuv Profile

    • ariff says

      Mana ada marah. :P Bagus semangat2.

  34. beliamuda
    Twitter: beliamuda
    says

    kalau nak lagi mantap, masuk terus dalam tajuk entri. tapi risikonya pada pembaca la. sebab kalau isi entri tak sama dengan tajuk, itu membawa padah. pandai2 la putar belit mana yang patut.. :D
    beliamuda´s last blog ..Video Gerhana Matahari 15 Januari 2010 My ComLuv Profile

    • ariff says

      Betul2. Tu nanti mungkin aku akan buat entri baru. Hehe..

      • beliamuda
        Twitter: beliamuda
        says

        kalau keyword ada potensi, kita pun ada isi, memang terbaik ah kalau buat entri terus.

  35. beliamuda
    Twitter: beliamuda
    says

    terbaik ah. memang berkesan. yang tak pernah try tu, jangan lupa ya. sama-sama bersaing.

    haha. aku dah berjaya rampas satu keyword dari entry asal yang aku refer untuk SERP ni.. :D
    beliamuda´s last blog ..(Gigi) Sang Pemimpi – OST Sang Pemimpi My ComLuv Profile

    • ariff says

      Tu dia otai SERP datang. Ape khabar? Semua bagus? :D

      • beliamuda
        Twitter: beliamuda
        says

        aku otai? aku banyak refer orang lain pasal SERP ni.

        kalau nak maintain je trafik, pandai2 la kaji trend carian semasa. cuma kita sebagai blogger malaysia ni takde lagi tool yang tepat untuk bagi tahu apa yang paling orang cari dalam sehari tu. kena alert sendiri la.
        beliamuda´s last blog ..Gambar Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010 My ComLuv Profile

  36. wawaa says

    i like it..thanks ariff..syg kamu juga(moshi ckp) =P

    • ariff says

      Huh. Cepat aje ko komen..

      • Taufik SM
        Twitter: taufiksm
        says

        wow…. nice…. huhu… bagus tul ko ni ek…. kongsi serp ni….

        • ariff says

          Kongsi berdasarkan pengalaman je..

Continuing the Discussion

  1. IMCurtain.com linked to this post on January 17, 2010

    Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search | blog.ariff…

    Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita….

  2. negaraku.net linked to this post on January 17, 2010

    Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search…

    Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita….

  3. Tweets that mention Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search | blog.ariff -- Topsy.com linked to this post on January 17, 2010

    [...] This post was mentioned on Twitter by ariff, ariff. ariff said: Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search http://gengblogger.com/read/13088 [...]



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.

CommentLuv Enabled


Tested by Wordpress Themes