Team 100k Geng Blogger (Personal Blogger)

Reading Time: 2 minutes

Hebat-hebat dah blogger kita sekarang. Aku suka tengok blogger yang mempunyai personal blog sahaja boleh maju sampai mencapai 100k hits sebulan. 2 blogger yang aku nak senaraikan ni takde produk komersil lain yang aku tau, cuma blog peribadi mereka sahaja dan aku rasa mereka memang patut diberi pengiktirafan atas usaha dan keberkesanan blog mereka.

Ni gara-gara sebab baru lepas tengok AIM17 la.. terikut-ikut nak bagi anugerah.

Ben Ashaari

Masa aku kenal brader badan tough ni, Facebok dia dah ada 5k dalam friend list dia. Dari situ aku dah nampak mamat ni memang ada potensi. Tak lama lepas tu dia tubuhkan Kelab Wanita kat Facebook, yang memang berjaya. Beribu-ribu jugak member dalam Kelab Wanita tu. Tak lama lepas tu Ben buat pertandingan top 100 wanita Facebook. Pertandingan tu pun dapat sambutan hangat dan menggalakkan. Dari situ aku tau Facebook ni merupakan tool yang bagus untuk mendapatkan trafik.

Sekarang ni Ben buat projek jelajah blog pula. Dengan berbekalkan trafik yang sentiasa ada dari Facebook dia hanya perlu rajin update blog tiap-tiap hari dan content yang paling senang nak cari adalah content yang dah sedia ada kat internet; blog orang. Bila orang yang kena jelajah tu mengakui kelebihan yang mereka dapat hasil daripada jelajahan Ben, berita baik tu tersebar secara viral. Secara tak langsung blog Ben Ashaari mendapat populari. Bila ada populariti macam tu, makin ramai orang nak tahu apa ada pada Ben Ashaari dan mereka pun berpusu-pusu masuk ke blog dia.

One word, Ben Ashaari memang cerdik. Caranya valid dan berkesan.

Kujie

Mak cik blogger ni.. advantage dia terletak pada SEO. Kebanyakan atau hampir semua entri dia optimized untuk search engine, dalam erti kata lain entri dia semua ada nilai pada search volume dalam Google. Dia hanya perlu menulis tanpa apa-apa projek yang grand dan tanpa bantuan media sosial seperti Facebook.

Berdasarkan arkib di blog Hidup Biar Sedap, Kujie start berblogging secara aktif dari Januari 2008. Ok cuba bayangkan pula kalau semua entri yang ditulis oleh Kujie tu memang optimized untuk SEO pada keyword yang sampai bila-bila orang cari, maka sampai bila-bilalah dia akan dapat trafik daripada keyword tersebut. Senang. Macam tanam pokok dan tunggu pokok tu berbuah je. Tapi kalau keyword tu bagus, maka ibaratnya pokok tu berbuah sepanjang tahun la. (.. sekali macam penglipur lara pulak.. ) Nak jadi macam Kujie ni kena rajin buat research, kreatif dan bijak. Ya, wanita yang dah lama kahwin adalah lebih matang dan bijak.

Apa Persamaan Mereka?

Persamaan mereka dari segi blog ni senang je, penulisan mereka santai dan tak terlalu serius. Elemen yang pasti berjaya dalam internet ni senang je, hiburan dan bahan-bahan ringan. Itu sebab blog-blog hiburan paling senang maju kat mana-mana. Manusia mencari hiburan dalam internet, tak kisahla hiburan berbentuk pornografi, sukan, gossip artis, trivia dan benda-benda pelik yang berlaku di dunia ni. Semuanya yang menghiburkan.

***

Kepada dua blogger ni, tahniah la. Tabik spring pada kamu berdua! Nanti jumpa jangan lupa belanja :D Earning mesti macam air masuk.. Kalau ada apa-apa salah cakap kat atas ni gitau lah and jangan marah lak kalau rahsia terbongkar atau apa. Ni cuma pemerhatian dalam diam saya sepanjang perkenalan kita kat dunia internet.

Kepada blogger lain, learn from the expert ;)


Posted

in

by

Comments

41 responses to “Team 100k Geng Blogger (Personal Blogger)”

  1. aku seorang blogger Avatar

    baru tau blog ben ashari 2bulan lepas, lambatnye aku.. huhuh

  2. IQ Avatar

    baru je masuk geng blogger, saya guna windows live writter..semalam punyer entry boleh publish sebab mungkin admin tak iktiraf saya lagi dalam GB…pagi ni saya da tak dapat nak publish entry…sebab da diiktiraf..ye kot~~ cmne? sy buta IT sket~

  3. pneumedic Avatar

    yang penting bijak cari viewer dan reader..ariffshah.com xkurang hebatnya..

  4. titan Avatar

    ohoh…ben asshaari. cara dia memang dasyat. kak jie pun ada caranya tersendiri. apapun, dua-dua bagi aku memang besh..
    .-= Cerita terbaru titan.. How to cheat your girl friend? =-.

  5. aizuddin Avatar

    aku jarang lepak blog ben..tak tau kenapa..sebab dia suka buat terjah2 blog je kot..hehe..tapi aku selalu lepak blog kakji sebab dy punya entri macam best..rajin pulak tu update blog..
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. 10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet =-.

    1. Azizuan Avatar

      sama ar..aku kureng sikit benda2 camtuh..aku cari info2 best ja..pastuh benda2 ilang bosan

      p/s: aku menyusul lagi 8 tahun..haha
      .-= Cerita terbaru Azizuan.. Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.

  6. eiman Avatar

    selalu memfollow dan membaca new post dari kak jie..
    .-= Cerita terbaru eiman.. Makanan Tengah Malam yang Lazat dan Menyelerakan di Otai Burger =-.

  7. Jangan Komen Seperti Ini

    […] Ariff Shah  – Team 100k Geng Blogger Personal Blogger […]

  8. lizz Avatar

    ben tu kenal dia pun sebab gengblogger tapi tak tahu die sehebat ni.huhu. kujie antara blogger yang menjadi sifu ku.hehehehe. tahniah buat mereka berdua!
    .-= Cerita terbaru lizz.. Rebut Peluang Miliki Laptop Acer Aspire One Percuma Sekarang! =-.

  9. mokteh Avatar
    mokteh

    aku tak kenal ben ashaari
    aku nak jadi macam kak ujie gak!
    pandai kak jie bermain ngan SEO….
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

  10. Rara Avatar

    hehe kenal dengan kak kujie :) taktahulah dia kenal rara ke tak kekekek. tapi ben tu macam aneh, dia macam sombong je? hahahhahahahah T________________T yelah, tak pernah bertegur agaknya kan. tapi header dekat blog dia je dah macam menakutkan nak masuk blog dia. LOL

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. Takdelah. Tak sombong pun. Biasa je.. Mungkin gambar tu buat dia nampak macam arrogant or something. Kalau baca entri2 time dia buat lawak kenakan readers memang seronok gak la..

  11. Scromix Avatar
    Scromix

    penah dgr nama ben tu tp blog die serabut. haha msuk2 terus keluar…
    dgr je org ckp hebat, nnt nak belajar la dgn die ;)
    .-= Cerita terbaru Scromix.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.

  12. GreenLava Avatar

    Dua blog yang berlainan cara, tapi kedua-duanya ORIGINAL. Itu yang penting kan?
    .-= Cerita terbaru GreenLava.. 5 reasons why you should switch to Windows Live Writer blog editor =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yup. Originality tu penting.

  13. MC Avatar

    di mana aku? lol….ko pon ape kurengnyer ariff..haha…kalo ko nak trafik blambak jadia cam ben ashaari tuh…monitor lekat kat muke..hoho..gurau jgn marah bro
    .-= Cerita terbaru MC.. Jalan-Jalan Di Facebook: Bhgn 1 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. Tak boleh blah la lu. Monitor lekat kat muka.. Dia blasah ko nanti baru tau.

  14. kella Avatar

    salam dari blog ben..
    memang di akui, mereka sangat bijak..
    jelajah dia kat blog ku juga lah yang buatkan aku punya ramai kawan blog sekarang!

    satu lagi, mereka tak sombong or lokek untuk share info..

    bravosss…
    .-= Cerita terbaru kella.. Bila Si Kella Bersama Kamera.. =-.

  15. zik Avatar
    zik

    masing2 ada kelebihan tersendiri….. :-)
    .-= Cerita terbaru zik.. Tips elak mabuk laut. =-.

  16. denaihati Avatar

    Blog yg boleh jadi inspirasi untuk terus berblogging cuma kenalah kita cari kelainan tak kan nak tiru 100% pasti pelawat tak akan sinngah ke blog kita sebab dah ada 2 blog yg hebat ni.
    .-= Cerita terbaru denaihati.. 10Malaysia Top Link Referrer untuk Acer Aspire One =-.

  17. KNizam Avatar

    dua2 mmg hebat. aku tabik dengan keduanya
    suka ngan blog k jie. nanti kalau ada kesempatan nak melawat kat air terjun kat rumah k jie hehe :)
    .-= Cerita terbaru KNizam.. AIM17 2010 Yang Membosankan, Hanya Lagu Balas “Kantoi Whateva” Afdlin Shauki Menyelamatkan Keadaan. Haha! =-.

  18. Hazzy Avatar

    nak keluarkan entry satu sehari pun bukan main payah, inikan pulak berpuluh2 entry. fuuhhhh tak jadi keje lah jawabnye. ;)

    With Love,
    HazzySuperb
    .-= Cerita terbaru Hazzy.. Seafood nipis dan aneh, tapi sedap =-.

  19. Azharramli Avatar

    Peghh..dasyat-dasyat…kena berguru dengan diaorang nie…ben ashari tu tak sombong ker bro..hehehe..nampak muka macam sombong..ahaks..apa-apa aku respek diaorang yang pandai macam diaorang..
    .-= Cerita terbaru Azharramli.. ROSYAM NOR GROUP @ RNG =-.

  20. Syafrizal Avatar

    Tahniah..
    .-= Cerita terbaru Syafrizal.. Kegunaan Google Reader untuk blogger =-.

  21. DaHLia Avatar

    Kak Kujie memang best… santai…dan friendly :)
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. Trafik Blog Merudum ; Hanya satu Kajian Peribadi =-.

  22. BEN ASHAARI Avatar

    erk…tq ariff… ni permulaan jer … untuk jual NAMA …. belum tiba masanya … bak kata orang ..PERKENALKAN DIRI .. baru masuk isi … serampang dua mata …
    .-= Cerita terbaru BEN ASHAARI.. Jelajah Blog : MR.POTTER =-.

  23. eyriqazz Avatar

    Memang mantap both of them….
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Camera, Rolling, and Action3! =-.

  24. Meow Avatar

    yup….dua blogger ni mmg bagus…spatutnya dah boleh jadi top blogger ni..
    .-= Cerita terbaru Meow.. Keputusan Anugerah Industri Muzik(AIM) ke 17 =-.

  25. Mr ProPiTo Avatar

    hebat3,,, hehe, best melihat kejayaan orang lain. Rasa nak gak jadi macam diorang..kikiki
    .-= Cerita terbaru Mr ProPiTo.. Jom Bertukar Link Dengan propito.com =-.

  26. Kujie Avatar

    Terimakasih Ariff…. tadi dah tulis komen tapi terpanjang pula…so rasanya lebih baik tulis entri..hehehe

    Kak Jie ada blog sejak thn 2005 dengan blogdrive, kemudian pindah blogspot dan baru 2 tahun ni guna domain dan selfhoted.

    SEO – tak guna secara optimum – sebab kalau menulis semata2 kerana SEO , entri tu tak de jiwa – rasa tak puas. SEO yg digunakan adalah benda2 atau hal yang berlaku dalam hidup bukan semata2 untuk dapatkan trafik. Kaitkan subjek yang ditulis secara ‘halus’ dengan SEO supaya tak ketara sangat.

    Apa pun, terimakasih untuk entri ni……………
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Kak Jie merajuk dengan GB? =-.

    1. denaihati Avatar

      setuju sangat tu blog pun mesti ada jiwa sehingga boleh menyentuh hati yg tersentuh
      .-= Cerita terbaru denaihati.. 10Malaysia Top Link Referrer untuk Acer Aspire One =-.

  27. FTN Avatar

    kedua-dua itu memang idola. segmen terjah ben, memang menaikkan trafik blog dia. naik mendadak pula tu. memang hebat. lepas dia terjah blog aku, alhamdulillah, naik sikit trafik dan dapat followers baru.
    .-= Cerita terbaru FTN.. Penat Gila Sampai Tak Larat Nak Update Sepanjang Hujung Minggu! =-.

  28. serol Avatar

    Aku pun tabik spring kepada diorang.. Masa awal2 dulu mmg tak kenal pun 2 orang ni. Lepas dh kenal kat GB, bru tau mereka ni memang tip top. Kalau tiba-tiba stuck dalam blogging, aku akan pergi blog2 ni untuk dapatkan sikit moral support bila baca entry2 baru.. =)

  29. Dr House Avatar

    Kalau aku 100K tu memang tak kecapaian la. Memang betui blog KakJie power SEO dia. Content pun boleh masuk semua golongan.
    .-= Cerita terbaru Dr House.. Nokia C5 sudah berada dipasaran =-.

  30. nursarah Avatar

    tak mahu terkejar2 sangat. slow n steady jek. banyak lagi yang 100k visitors sebulan yg personal blog. tapi depa mungkin tak join GB pun. n kebanyakan dorg mmg dah lama berblog. thn 2006, 2007. blog tak berupdate pun visitors still maintain. apapun kak jie ngan ben ada keistimewaan n cara tersendiri. n setiap blogger pun ada cara dan keistimewaan masing2.
    .-= Cerita terbaru nursarah.. sila cek inbox email anda. =-.

  31. Nadia Dizarch Avatar

    Tu lah..baca gak blog diorang! Cool gila okay! Huhuhu…
    Bukan senang nak dapat trafik that much..huhuhu~
    .-= Cerita terbaru Nadia Dizarch.. Tapi sayang…kau tertipu. =-.

  32. joegrimjow Avatar

    ben dengan kak jie mmg sngt respek dengan dieorg
    terutama ben tu
    naik mendadak tu blog die

    cam nak keluarkan 10 entry sehari jugak je
    huhu
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. ironman dan entry terakhir pasal buang bayi… mungkin? =-.

  33. Ismail Noh Avatar
    Ismail Noh

    Ben Ashaari ni tak tahulah memang mengadap komputer sentiasa agaknya. Tu yang naik melonjak berganda-ganda. Kak Kujie memang santai gila. Persamaan paling ketara, dua-dua friendly dalam dunia blog. Tapi blog kak Kujie lebih kemas. huhu~
    .-= Cerita terbaru Ismail Noh.. IN: REG Blog Ngok Ngek Miss Ketot =-.

  34. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Aku pernah follow blog Ben Ashaari dulu. Tapi unfollow sebab dia jenis tulis entri banyak2 dalam 1 hari. Tapi kadang2 ok je, mungkin time tu aku emo semacam. haha

    Blog Kak Kujie pulak, pernah la usha2 banyak kali. Tak tahu kenapa malas lagi nak subscribe. Memang betul apa yg ko cakap, Alexa rank dia tinggi sikit dari ko punya blog kn.

    Tapi memang dua2 blog ni santai je, xda hal la kalau nak follow.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ben Ashaari tu bukan lagi blogger tegar, tu blogger pagar, terpacak depan pagar blog je.. bak kata orang mana ntah aku baca kat forum Geng Blogger. haha~
      Aku… aku rasa nak ikut direction Kak Jie tu. Update sekali dua sehari, but trafik masuk thru Google je. Senang. That’s the smartest & easiest way.

  35. Lord Zara Avatar

    hehehe~
    Ben dengan Kak Kujie memang hebat~
    Dah jumpa dia secara personal, dia memang best~ ^^
    Ben pula, time dia jelajah blog aku hari tu, trafik aku naik 2 kali ganda tu~

    ^^”
    aku masih tak dapat kejar kamu2 semua~
    wee~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Lintas Langsung Anugerah Industri Muzik 17 (AIM 17) 2010 : Senarai Penuh Pemenang Setiap Kategori =-.