Tak Mahu Pulang

Kadangkala aku terfikir apa tujuan sebenar hidup aku ni? Aku belajar tinggi-tinggi, jauh-jauh di negara serba sejuk tapi kalau aku pulang belum tentu lagi aku dapat kerja. Aku sedar hakikat pahit ni, lama sudah.. Aku perlu bersedia menerima dan berusaha dengan gigih bila aku habis belajar nanti untuk cari kerja, meneruskan kehidupan. Siapa nak kasi makan kalau aku tak kerja kan? Bila terfikir macam ni memang boleh jadi gila.

Aku takut untuk pulang ke sana. Ya, semakin hampir saat-saat aku meninggalkan bumi Malaysia ni, semakin aku takut. Siapa nak pulang ke neraka sejuk itu? Kalau diberi peluang untuk tukar, dah lama aku tukar dan aku pasti orang lain pun akan ikut sama tukar. Tinggal satu tahun setengah lagi, aku akan tamat pada bulan April 2012. Kalau boleh, aku nak habiskan secepat mungkin. Aku benci kehidupan di sana.

Hidup aku berubah sejak pulang ke Malaysia tahun ni. Segala-galanya berubah. Aku ingat lagi tahun lepas masa baru pindah ke USJ ni, kawan pun sorang dua je. Tapi tahun ni, hampir setiap hari aku keluar dengan kenalan dan rakan-rakan, terima kasih kepada semua. Aku gembira.

Heh.. sorilah entri emo. Kalau korang nak tau, macam nilah aku bila nak pulang ke Moscow tiap-tiap tahun. Aku jadi pendiam, macam-macam yang terpendam. Dulu aku takde blog untuk kongsikan benda ni, sekarang dah ada. Memang time aku nak balik ni, makin lama makin sedih. Tahun ni lagi sedih kot. Macam-macam pengalaman aku lalui yang memang sayang sangat untuk ditinggalkan. Hidup aku memang berubah dalam dua bulan ni.

Kurang 20 hari lagi sebelum aku pergi..

2010/2011 Premium Sponsor


72 thoughts on “Tak Mahu Pulang

  1. syukur ariff dapat jejakkan kaki di ngra luar.
    impian sy ke mesir hanya tinggal impian

    dengan semua stress yg ariff rasa selama berada di russia,
    harap hadapi dengan tabah dan sabar.
    ariff pergi mencari ilmu bukan? ia dpt mematangkan diri juga kan?
    byk pengalaman lg. fikirkan dr sudut positif.
    sesungguhnya dJJI mengangkat martabat yg tinggi bg org yg menuntut ilmu.
    tentunya ilmu yg bermanfaat saja.
    bw ilmu ariff tuk majukankan lg negara kita.

    apabila ariff menetap d malaysia semula, mesti terkenang semula suasana di russia. kenangan yg sukar dicari.
    percayalah.

  2. Salam.

    Pernah tak dengar, ‘semakin dekat dengan cita-cita(impian), semakin banyak (berat) dugaan melanda’?

    Ni ayat yang memotivasikan aku bila aku rasa berat hati dan lemah dalam bab studi ni. Ko dah mula dah setengah pun jalan. Tak kan nak patah balik. Kalau nak patah balik, kenapa tak dari dulu? Dari awal-awal dulu?

    Bukan nak salahkan ko. Ni motivasi la..

    Jadi, nak tak nak kena la ko tempuhi jua. Pejam mata je la.

    Kawan-kawan? Kat mana-mana pun boleh buat kawan.

    Masa belajar ni la adalah pengalaman yang paling ‘besh’ dalam hidup. So, appreciate it.

    Ko pun beruntung jugak sebab dapat biasiswa. Balik, cuma cari kerja jer. Tak macam ramai lagi pelajar yang kena bayar PTPTN. Ada pro dan kon la kan.

    p/s: Aku faham perasan ko rasa berat hati nak balik. Tapi gatai jugak nak bagi motivasi. Er, termotivasi ke tak? Dah macam berleter dah. Hehee..

  3. same la zura pun akan habis belajar april 2012.. so jgn give up teruskan usaha..
    i’m lucky sbb ada kat M’sia.. klw rasa nk give up kuat kan semangat and ingat motif kenapa nk belajar..x boleh nk patah balik.. remember susah sekarang dan senang kemudian. OK! cayok!! =)

    * kami kan ada klw anda rasa resah gelisah..

  4. hahaha setuju2….rusia x bes…..malaysia lg bes…duh..(lg 2 minggu nk balik st petersburg)

  5. Pingback: Aku Hingin Pulang! | HIDUP SEORANG BLOGGER | KronologiHidupku

  6. ala..saya pon rase macam tu gak tiap2 kali nk start semester baru.. padahal UKM je pn..umah kt Perak.3 jam ke prjalanan.. ble dh cuti lme syok n selesa dok kt umah, tp ble nk blk mle la rse mood x brpe bek..kdg2 pantang sspe salah ckit, msti kne lutu…serabut je rse nk blk ukm

  7. Encik Ariff, sabar2 ek.
    Kuatkan hati kuatkan semangat..
    Jap2 agi abisla setahun setengah tuh..
    All the best =)

  8. erm duk negara org untuk short term, seronok lah kot…kalo tuk longterm, panas kot punggung ni..

    lame lg tu nk tgu 2012, anyway gudluck

  9. alamak,,en.ariff dah muler homesick la…fahamm…mmg mcm2 bnda berlegar kt kpala otak..

  10. sabar ye…faham sgt perasaan 2…walaupun sy xpernah g luar negara…tapi dalam negara dah cukup menguji la…belajar jauh dengan kg halaman so boleh la dikatakan mncabar gak la…em ms mula2 awk dapat tawaran belajar luar negara… masa 2 mesti hepi tahap xingat kan so jdkan perasaan 2 untuk awk hbiskan studi yg tinggal…alah pejam celik pejam celik…habis gak…setahun setengah 2 jap je…

  11. sabar ye ariff..kejap je setahun setengah tu,pejam celik pejam celik..tup tup tamat dah..kdg2 nak dptkan sesuatu kena keorbankan sesuatu..korban masa…dll…inilah hakikat kehidupan kene tempuhi..bila sabar pasti ada ganjarannya…yg penting tamat nanti balik kerja kat msia ..”berkhidmat utk negara’….

  12. As Salam..

    Sabar yerrr Ariff…ktorg kat cni sentiasa doakan yg t’baik utk ariff kat sana..
    buat mase ni jgn pk pasal keje lg…habiskan study tu dl…ader keje or xder keje nanti, e2 citer lps abis blaja nanti…org tahu bile dah nak abis blaja ni mmg tu la yg selalu b’main kat kepala ni…ape2 hal pun kena study btul2..w/pun kat sana xbest…tp bile pk2 blk bukan semua org dapat peluang mcm ni…insan btuah n t’pilih jer tau…

    chayuk!!!!

  13. lumrah hidup gitu, berat kaki dan hati nak tinggalkan tanah tumpah darahku.. tapi percayalah bila dah separuh perjalanan ditinggalkan kekuatan nak menempuh alam perantauan akan datang dalam jiwa..

    tuntut ilmu itu penting walau di mana jua. yang pahit nk ditelan dan tempuh sekarang akan jadi kenangan yang paling manis dikenang dikemudian hari. percayalah..

    yang pasti, ariff akan tetap pulang jua akhirnya kan.. so, stay cool bro..

  14. buat je pape yang patut kat malysia ni wat kenangan ker
    ambik pic pastu bawak g moscow.
    Wat gambao pastu wat frim besar2 bawak g moscow bile
    tgk pic tu jadi sejuk jer ati..

  15. lorrr siannya… dah sampai nak klimaks dah study tu..kena suka jgn benci hihi.. sbb kalau benci masa akan jd lambat nk berlalu…dah hbs nt, jgn risau ttg keja. sure ada.. yakin rezeki Allah mesti ada utk awk.. all the best yaa…

  16. xpe… pejam celik pejam celik habis la setahun setengah ko tu.. at least tahun ni ko dapat raya kat sini, tahun lepas brape hari before raya ko balik sana kan. Ok la tu. Chill! Makan ketupat + lemang + rendang banyak2 before depart. Rendang mak masak sedap woo.. Bek bawak balik bekal 1 – 2kg..haha..

  17. aku rasa kalau ramai2 hantar ko kat airport mesti ko rasa nak nanges hehehe :D
    tak pe. member aku ada sorang gak kat moscow memang dia kata kalau boleh nak berambus je dari sana. tak best!

    hari tu dia datang terengganu kitorang makan ikan bakar dan seafood. kat moscow payah nak cari kot :D