Tak Mahu Pulang

Kadangkala aku terfikir apa tujuan sebenar hidup aku ni? Aku belajar tinggi-tinggi, jauh-jauh di negara serba sejuk tapi kalau aku pulang belum tentu lagi aku dapat kerja. Aku sedar hakikat pahit ni, lama sudah.. Aku perlu bersedia menerima dan berusaha dengan gigih bila aku habis belajar nanti untuk cari kerja, meneruskan kehidupan. Siapa nak kasi makan kalau aku tak kerja kan? Bila terfikir macam ni memang boleh jadi gila.

Aku takut untuk pulang ke sana. Ya, semakin hampir saat-saat aku meninggalkan bumi Malaysia ni, semakin aku takut. Siapa nak pulang ke neraka sejuk itu? Kalau diberi peluang untuk tukar, dah lama aku tukar dan aku pasti orang lain pun akan ikut sama tukar. Tinggal satu tahun setengah lagi, aku akan tamat pada bulan April 2012. Kalau boleh, aku nak habiskan secepat mungkin. Aku benci kehidupan di sana.

Hidup aku berubah sejak pulang ke Malaysia tahun ni. Segala-galanya berubah. Aku ingat lagi tahun lepas masa baru pindah ke USJ ni, kawan pun sorang dua je. Tapi tahun ni, hampir setiap hari aku keluar dengan kenalan dan rakan-rakan, terima kasih kepada semua. Aku gembira.

Heh.. sorilah entri emo. Kalau korang nak tau, macam nilah aku bila nak pulang ke Moscow tiap-tiap tahun. Aku jadi pendiam, macam-macam yang terpendam. Dulu aku takde blog untuk kongsikan benda ni, sekarang dah ada. Memang time aku nak balik ni, makin lama makin sedih. Tahun ni lagi sedih kot. Macam-macam pengalaman aku lalui yang memang sayang sangat untuk ditinggalkan. Hidup aku memang berubah dalam dua bulan ni.

Kurang 20 hari lagi sebelum aku pergi..

2010/2011 Premium Sponsor


72 thoughts on “Tak Mahu Pulang

  1. perghh perit jugak tu…takpela ni suma satu ujian yang bakal ang tempoh…kat sana nnt rajin2 la teringtkan kgkawan kat sini…mesti mengalir air mata jugak…tu baru sahabat..ye tak?

  2. aku tak dapat nak antar ko ke airport sbb time tu aku dah dekat sarawak… aku pon tak dapat raya ngan ko… tapi b4 aku berangkat, kita meet eh lepak2 sampai puas… pastu aku tak nampak ko lagi sampai la ko balik m’sia.. entah tak tahu bila..

    ko kata tak balik kan sampai abes study? sob sob…

    • yang tu tak pasti. Kalau tahun depan Moscow panas sangat macam tahun ni, memang aku lari balik kejap la.. Tak tahann..

  3. aku kat pndlmn srwk ni pun dh rs seksa
    ko ape ntah lg
    tp soal dpt keje or tak
    aku rs mst dpt punya
    msing2 ade rezki sendiri kan

  4. teringat masa setiap kali nak balik asrama time form 5, nak balik matrix dgn nak balik kolej kediaman ni, tiba2 kami jadi macam budak kecik, takmo pulang, nak duduk rumah ja.. sebelom keluar rumah mmg hati berat nak mampuih laaa… rasa macam nak nanges pun ada. tapi semua tu kejap ja, bila dah sampai sana, jumpa kawan2, semua tu lenyap. :)

    ang kuatkan hati naa.. tak sampai 2 tahun lagi.. ganbatte!

    kami grad 2013, boleh la ang datang majlis konvo kami.. :)

  5. hey…jgn macam tu..jgn terlalu fikirkan kerja apa yg kita akan jawat..tapi fikirkan betapa banyaknya ilmu yg arif ada berbanding yg lain..kongsi ilmu pengetahuan yg arif dapat…ye ye..kerja pun penting..tapi percaya pada rezeki ok…kita usaha..dan Dia tahu menilai usaha kita…kita dapat apa yg kita usahakan..jg sedih2 ye..tak lama tu..1 1/2 tahun je…senyum ok jgn sedih2…

  6. baru jek jumpe..
    da nak balik rupenye..

    pengalaman itu kenangan ariff..
    sementara masih boleh belajar ni..
    belajar jela dulu..
    chill la der..

  7. Ini ujian dalam meneruskan kehidupan Ariff.
    Dan kamu, insyaALLAH, adalah antara yang terpilih untuk melalui semua itu.
    Tabahkan hati, dan kuatkan semangat.
    =)

    Pakcik, lagi 20 hari eh?
    Meh minta nombor telefon boleh?
    Lalalala.
    XD

  8. seronoknya belajar jauh-jauh..tp seksa juga ye sebab terpaksa berjauhan dengan family dah kawan2 kite..tak pe, abes je setahun stgh tu terus cepat2 balik Malaysia yep…Gud Luck!

  9. smg terus tabah dan jadikan kenangan dua bulan nie tuk bekal satu tahun setengah ko …..smg berjaya…

  10. cilek ahh. study jaa utk masa depan. nie kira beruntong boleh blaja oversea. baru baru nie aku anta abg aku kt klia. dy g NY, stdy sana. erm, aku nak ikott. gigit jari jer laa.

  11. Sob.sob. err. semua org ada perasaan sedih. tak salah pun emo sket kan.. ada pertemuan pasti ada perpisahan, when its time for u to say gudbye, doa kami, muga akan datang kita semua akan berjumpa lagi. berkumpul lagi, 1thn setengah tidaklah lama..sabar ya Ariff.

  12. sabar je la ariff.. lg 1 tahun setengah je.. x lama dah…
    pejam celik pejam celik.. da abes..
    tp awk beruntung kerana berpeluang menimba pengalaman belajar di luar negara..
    tak semua org beruntung dan dpt peluang itu..
    so.. hargailah.. sy pon teringin nak study oversea..
    tp tak dpt.. nak wat cmne kan… huhuhu~~
    anyway, study rajin2..
    mgkin peluang pekerjaan awk cerah..
    take care.. (;

  13. aku paham perasaan ko…belajar di luar membuat kita teringat dgn kwn2 kita di sini..
    tapi hidup mesti diteruskan walau di mana berada..
    tentang kerja tu bukan graduate dari luar lagi senang nak eja Malaysia ke

  14. biasalah lah tu…hidup di negara org bukan senang…hehe…takpe abes2kan setahun setengah tu..pastu baru lega…hehehe…good luck bro kat sana…