Siapa Sebenarnya Ariff Shah

Pemilik blog.ariff – Sebuah blog peribadi yang mengisahkan tentang kehidupannya di Moscow. Blog.ariff juga merupakan tempat untuk dia meluahkan perasaan, membebel, mengarut, berkongsi idea serta tips berblogging melalui pengalaman dan pemerhatian dalam dunia blogging. Walau bagaimanapun dia masih berpendapat bahawa lebih ramai yang pakar di luar sana dalam dunia blogging ini.

Karier bloggingnya bermula seawal tahun 2002 dan sehingga kini dia telah membuat lebih daripada 10 blog yang gagal mencapai matlamatnya. Pada asalnya blog.ariff yang beralamat di ariff.mmaso.com merupakan sebuah blog bahasa Inggeris namun telah dibrandingkan menjadi sebuah blog bahasa Melayu pada Oktober 2009. Atas masalah teknikal, entri lama blog.ariff gagal diupload ke hosting baru dan telah hilang begitu sahaja.

Ariff Shah sekarang menuntut di Moscow Aviation Institute dan merupakan pelajar tahun 4 di fakulti Robotics & Intelligent Systems. Akan menamatkan pelajaran dalam bidang Servo Drive Systems for Aircraft & Flying Vehicles dengan pengkhususan dalam Automated Servo Drives bertaraf Diploma di Russia, yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) dengan nilai taraf Sarjana Kejuruteraan. Pengajian di Moscow Aviation Institute akan tamat pada April 2012.

Memegang jawatan sebagai admin Geng Blogger yang kini berdiri teguh dengan kekuatan seramai 5000+ ahli. Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda merupakan sebuah ping aggregator site dan komuniti alam maya untuk penulis blog khususnya penulis blog berbahasa Melayu. Namun blogger yang menulis dalam bahasa lain dialu-alukan untuk menyertai Geng Blogger.

Secara peribadi, dia merupakan seorang yang pendiam dan mungkin pemalu. Seringkali disalah anggap sebagai seorang yang sombong disebabkan sifatnya yang pendiam dan kurang mesra dengan orang yang belum dikenalinya secara rapat.

Masih bujang dan belum berpunya.

P/s: Entri ni ditulis untuk menge’test’ ping dengan gambar versi WordPress.


68 thoughts on “Siapa Sebenarnya Ariff Shah

  1. salam.

    makin bnyk blogger skrg. smoga jd blogger yg mmberi manfaat (insyaALLAH) pd yg lain trmasuk silent reader mcm sy ni =)

    ape2 pn, all d best!

    p/s : apsl gmbr ats tuh dh rupe alex yoong? hehe

    • W’salam.. sekarang ni di Malaysia sementara cuti musim panas di Russia. Insya Allah 15 sept ni akan kembali ke Russia

  2. speaking of geng blogger, dh dekat seminggu entri terbaru dya xboleh di ping .. TT geng blogger still bermasalah lg ke ?

  3. salam bro… wa senyum sengsorang duk baca blog lu nih… well done memang tak boring tuh.. lagi kongsi peristiwa lagih…bab promosi tuh biasa lah ..iklan mesti bagus bro!!

    nih kat russia kan?… pasal reverse engineering peralatan tuh amatlah disokong untuk mesia buat dah lama dah patutnya… kaedah itulah yang membuatkan negara pakistan, india, china, korea dan iran dapat status negara nuklear – balistik missile dah sekarang pun… apapun bro – wa respect lu!!… baru tahu ada gak orang mesia belajar kat russia ek…(dah lama dah aku nih kempunan nak gi russia)… ok slamekom….

  4. bro, ada main2 dengan antonov tak? engineering russian dengar khabar banyak menyimpang..betul ke?
    .-= Cerita terbaru bH.. Nekadku =-.

  5. haha..aku suka ayat last..masih bujang dan belum berpunya..

    “nak kenal boleh??”
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. bil elektrik bulan ini.. =-.

    • op..op..
      mana ada. ahaha~
      cari jodoh belum lagi kot, cari calon mungkin.
      tapi yang pasti cari kerja dulu lah

  6. alahai
    letak gambar camni
    konpem la ramai gadis solo datang
    hehe

    bujang dan belum berpunya
    ku rasa ada org tengah senyum skrg ni
    kekeke

    • oh. ok. thanks sebab gitau.
      Sebenarnya nak eksperimen ngan ping kat GB. TAK JADI!!!!!!
      ah. dah sakit kepala.. berapa jam dah menghadap benda ni