Serangan Hacker Anonymous Terhadap Portal Kerajaan Malaysia – Relevankah?

Kepada yang belum tahu, Kegiatan ini dianggap mencabuli hak asasi manusia iaitu kebebasan untuk mendapatkan maklumat. Lagipun di bawah projek Multimedia Super Corridor (MSC) dulu kerajaan telah berjanji untuk tidak menyekat internet dan sebelum ni pun Perdana Menteri sendiri dah berkali-kali mengulangi janji yang sama.

Kalau di negara lain misalnya Singapura dan Amerika, sekatan macam ni jarang kedengaran atau mungkin tidak ada sama sekali. Tapi yang biasa kita dengar adalah kalau seseorang tu terlibat dalam aktiviti menyebar/muat turun fail/software cetak rompak, ip yang mereka gunakan akan dikesan oleh pihak berkuasa dan polis atau FBI sendiri akan memberkas individu yang terlibat dengan kegiatan cetak rompak tadi.

 

Kenapa modus operandi yang sama tidak dilakukan di Malaysia? Tujuan dilakukan tetap sama, iaitu untuk membanteras aktiviti cetak rompak (sebab yang diberikan untuk menyekat internet). Adakah pihak berkuasa kita malas untuk mengesan dan mencekup mereka yang bersalah?

 

Percayalah cakap aku, bila satu dua kes kena cekup dan penjara akibat kesalahan muat turun/memiliki benda cetak rompak ni, aku pasti aktiviti sebegini akan berkurang. Menyekat internet bukanlah jawapan kepada masalah ini kerana ini hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat dan menggalakkan mereka menjadi lebih kreatif.

 

Jadi adalah serangan ini releven? Mungkin ya. Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada kerajaan Malaysia bahawa apa yang mereka lakukan ni agak melampau. Juga, ianya adalah latihan kepada cybertroopers (bukan cybertrooper UMNO/PKR) Malaysia sendiri untuk melindungi portal kerajaan kita.

 

Cuma aku berharap janganlah dijadikan agenda oleh mana-mana syarikat yang ada talian dengan kerajaan untuk mencadangkan kontrak berjuta-juta ringgit untuk ‘menaiktaraf’ sekuriti portal kerajaan Malaysia pulak. Cukuplah dengan projek-projek bodoh yang telah diumumkan sebelum ini.

 

Video yang diorang buat ni agak style. Betul tak? Apa-apa pun, tak sabar nak tengok hasilnya. hehe..


75 thoughts on “Serangan Hacker Anonymous Terhadap Portal Kerajaan Malaysia – Relevankah?

  1. jiwang.org bertahun-tahun menjadi penyedia bahan ‘percuma’ bagi yang tidak mampu..

    Dengan uploaders silih berganti..
    Aku rasa perlu ucap terima kasih kepada semua atas promosi ini..

    yang paling tinggi terima kasih buat RIM beskal (yang tak pernah jemu hantar surat) , juga encek norman..

    kami tak pernah peduli tentang politik Malaysia, hanya mahukan pengguna untuk mendapatkan bahan yang bagus..

    kalau tak suka, jangan buka..kalau ter download, dan suka maka usahalah untuk memiliki yang original (jika berbaloi dengan wang anda)

    peace goes to, semua site-site warez tempatan yang mempunyai team uploader yang hebat-hebat belaka..

    peace!
    lori
    jiwang.ws

  2. aku rasa buduh la bila kononnya ada orang memperjuangkan hak asasi manusia..kononya internet ne hak asasi manusia.tanpa facebook aku boleh cari rakan diluar..lagi UHM..internet bukan HAK ASASI la..tu keperluan masa lapang jer.

  3. KENAPA kerajaan buat sekatan kat internet?bkan pasal apa pun,untuk BENDUNG dan CEGAH masalah piracy…mungkin rakyat malaysia terlalu banyak download benda2 piracy termasuk la movie,software PORN!kat america bro bukan negara islam..policy pun lain..kat america channel porn pun ada..

  4. “Betul la tu bro…tp memang cilake kalau kua paper ari jumaat gomen nk pkai 10juta utk tingkatkan sekuriti laman² kerajaan sume! :P”

    haha..salah siapa pg hack?siapa buat brani la tanggung..kalau kena tangkap,be a man..jgn la lari k..

    kadang2 masyarakat kita ne matang terutama skali belia kita la..kadang2 ikut emosi sgt..br block sket,trus marah x pasal2..ne mesti pasal x leh nak download kat internet lagi kan..huahuah

  5. memang lah…tapi kalau nak difikirkan dengan menyekat semua ni (10 website dah ditutup berkenaan dengan upload file) adakah masalah diselesaikan???
    baru 10 ke diorang tutup? tapi setakat macam ni ja, saya punyai lebih banyak dari ini.. kalau tutup yang ini, yang lain ada lagi…

  6. erm..tadi baca paper, kata Rais Yatim, depa ni tak faham apa sebenarnya kerajaan nak buat..ini perkara baik untuk membanteras jenayah siber..terutamanya cetak rompak..

    hehe..dah macam Menteri dah plak aku ni

  7. salam…

    alamak! buang dah video tu.tak sempat nak tengok…

    syarikat yang offer diri tu comfirm ada punya.tapi rasanya ada kot kene mengena dengan sekatan SKMM tempoh hari…

  8. Baiklah.. kalau kerajaan mahu rakyat berhenti dari menyokong cetak rompak, maka kerajaan harus lakukan sesuatu supaya rakyat mampu membeli karya yang asli, mungkin turunkan cukai hiburan ker, turunkan anything yg relevan, supaya kuasa beli pengguna terhadap karya kembali meningkat semula..

    Aku cukup mual laa dengan langkah government kali nih, betul-betul bikin aku piss-off, dah bertahun-tahun aku gunakan takde masalah tetiba dorang buat undang-undang baru block website sana block website sini, and at the same time dalam buletin utama pulak sibuk cari kesalahan pembangkang, kecoh dok bercerita pasal perkara ‘kebajikan’ yg dilakukan kepada rakyat, apa nih???

    Aku bukan penyokong mana-mana parti politik, tapi cara baru government kali nih betul-betul buat aku naik BENCI dengan kerajaan, rakyat diutamakan yer? MY ASS!

    • salam shah hardy…

      setuju dengan cadangan…klu kita tgk harga software2 yang ada di pasaran pun saya rasa baik duit tuh kita buat downpayment beli rumah…