Senarai Blog Yang Bakal Digodam – Backup Blog Anda Sekarang

Reading Time: 2 minutes

[Update]

Senarai blog yang telah digodam akibat kelemahan password. Thanks to Jai.

  1. http://akuceritalebat.blogspot.com/
  2. http://hislovelyprincess.blogspot.com/
  3. http://eazarni.blogspot.com/
  4. http://cempakabiru83.blogspot.com/
  5. http://www.ladydyla.com

***

Sejak kekecohan hacker menyerang negara kita, aku telah pun melakukan data backup untuk blog.ariff ni seawal minggu lepas. Walaupun macam takde point (tiada apa yang boleh dibanggakan) nak hack blog cap ayam macam ni atau blog-blog lain, tapi langkah berhati-hati perlu diambil sebelum apa-apa yang buruk berlaku.

Backup dilakukan mengikut bulan.

 

Baru-baru ni ada satu senarai yang kononnya dipercayai sebagai senarai blog Malaysia yang bakal di hack (thanks Andy sebab bagitau). Tak taulah sejauh mana kebenaran senarai ni, tapi kebanyakan blog termasuk blog.ariff dan Denaihati ada dalam senarai tersebut (lihat senarai blog Malaysia yang bakal digodam). Senarai itu diambil dari GengBlogger, jadi kononnya mereka nak menyerang semua blog yang berdaftar di GengBlogger.

 

Apa-apa pun, lakukan backup untuk blog dan entri anda sekarang. Itupun kalau sayang lah entri-entri dalam blog. Semoga semuanya selamat. Langkah-langkah lain yang boleh diambil untuk lebih selamat:

  • Gunakan perkhidmatan CloudFlare (untuk yang mempunyai domain sendiri sahaja). Mengikut pandangan mereka yang berpengalaman dalam bidang IT seperti Mr Kay dan Eizil, CloudFLare memberi sedikit perlindungan kepada blog kita. blog.ariff telah dipasang CloudFlare.
  • Tukar password. Kalau password senang sangat lebih mudah untuk menjadi mangsa pecah masuk hacker ni.

 

Pernah menjadi mangsa Gmail aku dicerobohi oleh orang lain dahulu. Jadi memang kena berhati-hati. Mereka berada di mana-mana. Baca kisah Kawan Aku HackerAku Kena Serang & Ketahui Samada Pihak Lain Membaca Email Gmail Anda.

 

Kalau dah backup, takdelah nak risau sangat. Semuanya dah ada dalam simpanan kita. Jadi perasaan takut kehilangan blog tu memang berkuranglah. Mereka di Blogger, aku tak pasti. Rasanya Blogger lebih selamat dan hack proof. Tak jumpa lagi cara untuk backup entri di platform Blogger.

 

Berita ni macam agak kabur kesahihannya. Takde entiti pun yang mengaku nak menyerang laman-laman dalam senarai tu, cuma khabar angin je ada. Bak kata pepatah mat saleh, better be safe then sorry. Jadi, back up lah selagi boleh.


Posted

in

by

Comments

85 responses to “Senarai Blog Yang Bakal Digodam – Backup Blog Anda Sekarang”

  1. bluedianthus Avatar

    Baru dapat tau dari kawan blogger juga..
    Dukacita tersenarai.. But thanks ariff sebab ada bagi sedikit cara untuk guna perkhidmatan CloudFlare ni.. Macam2 hal la hackers ni. Mungkin sebab terlalu banyak masa terluang dan saja mencari kepuasan sebagai seorang hacker. Hmmm…

  2. limausuam2panas Avatar
    limausuam2panas

    camne nk tukar nameserver kalau gune domain kat shinjiru…?

    1. ariff Avatar

      maksud kamu beli domain tu beli dari shinjiru ke?

  3. Esempoi Avatar

    harap semuanya selamat

  4. iddin Avatar

    bro arif…
    kalau bro boleh buat tutorial mcmn nak backup blog utk blogspot etc tq

  5. planb Avatar
    planb

    Jika hackers ini benar2 hebat sangat, dah lame dah dieorg pecahmasuk maxis celcom or digi untuk ganggu sistem. Tapi hackers ni tak mampu buat mcm tu sebab dieorg ni hanyalah phishing bukan hacking. mcm blog n facebook senang nak pecahmasuk.laman web gomen plak sebab ade yang daftar kt web porn dan yg konon2 hackers nie pun dpt info dalaman gak. setakat blog nak hack apela sgt…

    I dare you hackers!hahahaha

    http://www.cdc.com (hack mine)

    1. alicia Avatar

      yes, i am agree with you… they can only hack on the surface, but cannot dive deep…

  6. Mr.PiNGu Avatar

    blog aku tersenarai????

    ni keen tukar almt blog.. terpakselah.. tp camne dgn mereka yg dh sedia follow blog kita.. akn hilang tak? risau2

  7. teDD Avatar

    huish..bahaye2..kene selamatkan..

  8. mamat Avatar

    insyallah takda apa2 yang akan berlaku..

  9. ohcikgu Avatar

    emm, kena lebih berhati-hati lepas nih. tak mau kena hack pula..

  10. SY Avatar

    apa lah nasib kalau blog syaf yang pisician nie kena hack…

  11. Tom Anderson Avatar

    Takde point dorank nak hack blog yg tersenarai diatas, aku rase sesaje tuan blog diatas tu nk cari popularity murahan kot… kalau wordpress xyah risau sebab mmg security dah terjamin, kalau Blogger xtau la camne kan…

    Cara selalunya yang digunakan oleh org2 mcm ni bukannya “hacking” sebaliknya “Phishing”.

    Phishing selalunya digunakan untuk “memancing” nombor kredit kad, ataupun password untuk akaun website tertentu. Ramai mangsa “phishing” ni adalah dikalangan pengguna PayPal. Kaedah phishing adalah dengan memalsukan laman web yang digunakan oleh user. Contohnya, kalau pengguna blogger, mereka akan createkan satu page yang sebijik seperti blogger.com yang meminta id dan kata laluan. Selepas pengguna memasukkan kata laluan, kata laluan itu akan dicatat pada log si “phisher” tu. So dia dah oleh log in sebab kelalaian kita sendiri.

    **Check url pastikan betul sebelum memasukkan log in id n password. :)

    1. namia Avatar
      namia

      pernah jer dapat email macam tuh .. malang nya pengirim email tuh salah sebab sy tak ada internet bangking untuk maybank .. dn rasanya ada buat entry pasal email tuh …

    2. mamat Avatar

      yup..mamat sokong..takda sebab dia nk hack semua tu..

  12. Nine Avatar

    uishhh cukup isau bab nih…hack blog yg tak best sekali…

  13. iza Avatar

    Assalam…
    Sediakan payung sebelum hujan…

  14. ekspresiruang Avatar

    kalau untuk blogger, guna function export dalam setting. nnt file akan disave dlm format .xml :)

  15. haiqal Avatar

    Pertama,tak reti nak back up.Then tak tersenarai.heheh.so nasib baik.But nanti akan diusahakan untuk belajar backup

  16. izwan Avatar
    izwan

    apakah Maybank2u.com juga diserang hackers ?aku tak dapat nak akses.tak tahulah kalau aku sorang aje tak dapat

    1. ariff Avatar

      diorang cakap diorang tengah ada problem. Hm.. jangan kena serang sudah.

      1. izwan Avatar
        izwan

        maybe lah sebab try bukak ambg ngan cimbclicks pun xdpt…maybe saya saja xdpt akses

    2. ekspresiruang Avatar

      sbb tu tak komfiden nak pakai maybank dan cimb. sbb penggunaan diorang byk tertumpu kepada online gk. jd lebih vulnerable dan easy target utk hacker2 ni. pakai bankislam je. huhu

  17. reezluv Avatar
    reezluv

    nampaknya kena standby gak ar..backup siap2..huuuhu

  18. matjoe Avatar

    cukup la kene godam dgn papa aku dulu sebab balik lambat dari main perang perang

  19. sufy Avatar

    x pandai langsung tentang backup2 ni…thnx 4 sharing

    1. ariff Avatar

      cuba tengok komen2 lain bawah ni, mungkin ada yang boleh membantu.

    2. alicia Avatar

      You can backup from CPanel

  20. Pacifsta - X Avatar

    salam…

    wah,semakin menjadi2 ni.backup je dulu…

  21. Ril Blogger Avatar
    Ril Blogger

    Apa punyer hacker nak pakai nak serang je…aku sokong artikel kau ni..sbgai pesanan kat para blogger domain berbayar nih..lau dah kena..menangis x berlagu..

  22. Enchik Nine Avatar

    Blog ak x mau ka? Hehehe… Da kene krg bru tau…

  23. Hanep Avatar

    List tu yang berdaftar kat gengblogger je. Rasanya macam propa je kan. Buat apa la nk penat2 hack blog orang. Banyak tu.

    Pegi la hack paypal ker. Dapat gak duit juta2

  24. Mohd Isa Avatar

    kecut perut plak bila dengar bab godam menggodam ni, dah la jarang on9…blog pun lama dah tak update…sia2 je nnt…hehe

  25. Afiq Ikhwan Avatar
    Afiq Ikhwan

    ish..bahaya toi zaman la nie..

  26. firdaus Avatar

    blog aku pun ada, backup abes2.. template pun backup jugak..

    for blogger–> – Setting – Import / Export / Download

  27. Adilla Harun Avatar

    Jika benar, perbuatan itu hanya mendatangkan kutukan dan sumpahan pada sipelaku. Bila dah ramai mengutuk dan menyumpah, bimbang betul-betul jadi tak baik pada hackers tu. Bawa-bawalah berhenti….

  28. Izwan Avatar

    baru lepas backup..tak terfikir plak nk buat awal2..

  29. serol Avatar

    backup sajalah. hopefully takda siapa2 pun yg kena hack.

  30. Omar Avatar

    Oh tidak, blog aku berada dalam senarai.. jeng..jeng..jeng…

  31. JAI Avatar

    Setakat nie gua baru tahu 5 blog kena godam

    http://akuceritalebat.blogspot.com/
    http://hislovelyprincess.blogspot.com/
    http://eazarni.blogspot.com/
    http://cempakabiru83.blogspot.com/
    http://www.ladydyla.com

    Pertanyaan. Nie kira Cracker ke bro? Anyway meet you brother kat event e-qurban..nanti buat entri..KEMBAR TAK SERUPA ARIFF SHAH..hehe

    1. ariff Avatar

      haha.. mana ada kembar. Jarak umur 2 tahun. Tak tau pulak bro pun pergi.

    2. anonymous-rt Avatar

      tak,bukan cracker.cracking ethics tiada kena mengena dengan web based.
      kurang pasti samada mereka guna revoke script atau perisian sendiri.

      blog dyla sudah pun dipulangkan kembali.

      1. ariff Avatar

        kalau tak silap cracking ni semua berkaitan software.

  32. abrablog Avatar

    ok. kena backup. kena backup..

  33. fyna Avatar

    grr..
    takot gak kene hack nih.
    tapi belog fyna tak hebat.
    agak2 kene gak kew?
    :)

  34. arynet Avatar

    huh, blog aku juga ada disitu. haha. bior je la. tak kisah pun. keke.. apa yg diorg nak sngt hack blog org len ni? ku tak paham btoi.. :D

  35. fanadz Avatar

    blog aku ade gak..tak femes pon kene gak ke.huhuh.

  36. ishak Avatar
    ishak

    adus…fuhh nasib baik aku dah program system pelindungan sendiri dalam blog aku…tapi aku tak pasti dapat ker tidak hacker tu menceroboh

  37. Rara Avatar

    HWAAAAAA takutttt acane niiii :(

    1. namia Avatar
      namia

      jumpa my link 2 kali dalam list tuh … tp blogspot cam mana nk backup

  38. zam Avatar

    aku pun ader…. hampeh… kena buat backup malam nih….

    1. mamat Avatar

      jangan rsau la abg za…khabar angin pnas je ni.. huhu

  39. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Rasanya berita ini betul.
    Saya dah jumpa satu blog dari kawan-kawan bloggers yang di hack. Saya baru online, tak tahu kalau yang lain pun kena.

  40. RozaniGhani Avatar

    Walaupun aku jarang sangat komen kat sini, thanks banyak-banyak, ariff.

  41. atyn Avatar

    adeh blog saya pn de dlm list..haha

  42. syahrilhafiz Avatar

    otw nak backup..tapi salute ko bro, tiap2 bulan backup..memang pergh

  43. Pisyek Avatar

    aku punya website pun masuk list da… :D

  44. namia Avatar
    namia

    dekat mana yer korang tengok ?

  45. pupel Avatar

    pupel punye blog tersenarai. sakit ati lah cam ne. cam tade kije lain je dyeowg ni

  46. namia Avatar
    namia

    mungkin dia masuk kan sebab blog menarik dan bukannya untuk di hack .. sebab kalau dia nak hack buat apa dia letak list kat situ

    1. namia Avatar
      namia

      dah jumpa blog sy pun ada dalam list .. tapi blog tuh dah tukar domin tetap boleh ker hack ker

  47. azieazah Avatar

    Tengok gaya gambar tu, macam guna AppleMac, kan?

    Ajar skit cemana backup tuh, mungkin ada cara lain lagi..

  48. Kujie Avatar

    hari tu dah baca kt blog affanruslan , hari pertama GB kena hacked..file ni mmg dia letak

    tapi dia ckp nk tolong promote – ada note dont focus on popular blogger only. promote them too :) listblog
    dalam listblog tu ada file apollo.txt

    dan lagi blog subdomain kak jie yg dah delete 6 bulan dulu pun ada gak dlm list tu.

    1. ariff Avatar

      masa gb kena hack tu, saya tak rasa pun gb kena hack betul2 sebab page lain semua boleh access lagi. Ingatkan kong punya gimik.

      1. yanmie Avatar

        setuju dengan ariff, hari tu ingatkan gimik je, sbb buka tang wawancara blh je.

        dlm list appolo tu ada beberapa blog dh kena hack, xtaulah sama ada kebetulan atau pun mmg list tu diorg nk hack.

        apapun beringat jelah…

        sob..sob..blog down, xleh nk backup :'(

        1. Norfa Avatar
          Norfa

          Pengamitan saya la.. ni list dalam list setahun lepas kot. sebab list ni takde blogger baru…
          dah carik.. blog baru saya pon takde.. url blogspot lama ada..domain baru takde..

          1. namia Avatar
            namia

            domin baru tiada dalam list tuh .. dan blog yang ada di dalam akaun yang sama jugak tak ada..

        2. Pisyek Avatar

          blog makcik yan down? sabo aje lah. :)

      2. anonymous-rt Avatar

        kalau gb kena hack betul2, memang buat angin ribut. kacau tempat lain selain dari web agregator, tak kisah.

        0_0″

        mungkin tak kacau tempat ping entry. sekadar mengumpul maklumat.anon oh anon..sibuk jer

  49. anonymous-rt Avatar

    as salam..
    entri boleh diback-up guna google reader/doc(setting).sejak fungsi ni ditambah dalam akaun gmail. masukkan laman pautan yang dikehendaki; dan juga fungsi rss/atom dsb. feed service provider(setting), begitu juga komen boleh di-recover.tapi bukan dari fungsi khidmat google..

    antara blogger terawal yang pernah di-hack, ada dalam list ni.

    http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/h4ck3d-by-anonymous.html

    V for Vendetta.
    V for Vengence.
    V for Voracious.
    V for Vortex.

    V for Vox Populi.
    V for Vote.
    vote for us !!

    -anonymous.pda-

  50. iqbalhakimi Avatar

    nasib baik blog aku xde bro..huhu

  51. arifcool Avatar

    huh,selamat x register lam gengblogger

  52. Lord Zara Avatar

    Dan kenapakah aku punya pun ada dalam list tu?

    T______________T

  53. Ahmad Fikrizaman Avatar

    Nasib baik my blog x ade…

  54. Anarm Avatar

    backup entri untuk pengguna blogspot, boleh masuk bahagian setting (basic).. Blog Tools > Export Blog..

  55. syafiqah Avatar

    huhu camner nak back up blog eh??back up pc tw la cmner..hhee

    1. neyra Avatar

      setting > Blog Tools > Export Blog..

  56. SY Avatar

    adesss..tak reti nak backup…..newbie dalam dunia maya nie….

  57. zool Avatar

    Blog den takde.. baguslah.. tapi kena backup gak

  58. nabilpotter Avatar

    kalau tak da domain cmna ariff?

    1. ariff Avatar

      Tak pasti. Blogger/Blogspot ni macam jarang je kena.

  59. myFirdaus Avatar

    stakat yang aku tau, list berkenaan adalah list blog yang ping di gengblogger. dan bukannya list blog yang akan dihack. urmmm….

  60. Ezany-Kun Avatar

    kat blog affanruslan ade btau kot pasal list tu bkn dia nak hack.. tp tolong promote.. :D

  61. drunbella khoo Avatar

    my blog too.
    (T_T)

  62. Admiral Hafiz Avatar

    blog aku pun ade…adehhhh