Nikah 22 Disember haritu, jadi hari ni dah seminggu saya bergelar suami orang secara rasmi (ada orang belum nikah lagi dah dapat gelaran hubby :p ).
Terima kasih atas doa dan ucapan tahniah tak putus-putus yang saya terima di blog, Facebook dan Instagram. Maaf, memang tak larat nak reply satu-satu. Apapun saya tetap baca setiap satu ucapan yang disampaikan.
Terima kasih kepada family, especially ayah & mama a.k.a. wedding planner atas majlis yang memang best. Terima kasih kepada bridesmates dan dulang guys yang membantu dan juga pengapit saya yang merupakan rakan sejak dari sekolah rendah dulu.
Tentang honeymoon, mungkin lambat sikit sebab saya akan bertukar tempat kerja tak lama lagi. Tahun baru, fasa baru dalam hidup, tempat kerja baru, phone baru (akhiranya setelah 3 phone percuma berturut-turut, terbeli jugak iPhone 5S), kos hidup baru (semua benda naik tahun depan) dan macam-macam lagi yang baru tak lama lagi. Kalau ada yang nak sponsor honeymoon tu sangatlah dialu-alukan.
Maaf kepada pembaca sebab slow sikit update. Busy sikit awal-awal ni. Sekarang nak update blog dah ada teman kat sebelah. Tu yang kadang-kadang tak jadi update. Kalau jarang update tu, maaflah ye.
Comments
27 responses to “Seminggu Kawen”
Congrats Ariff. Welcome to the new world.
Ini yang saya tunggu2, posting tentang acara perkahwinannya
Tahniah untuk Ariff, semoga bahagia selalu :)
Tahniah untuk Ariff dari kami di iAwani.
Tahniah Tuan dan salam perkenalan dari saya :)
Saya doakan Tuan murah rezeki dan berbahagia hingga ke syurga!
Tahniah :)
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Aamiiin :D
big congratz to you and your wife Ariff! ;)
Tahniah! Dah berjaya kawen!! Semoga bahagia selalu sehingga hayat akhir.. =D
Tahniah kawan, semoga langgeng dan bahagia selalu ya… :)
tahniah..selamat pengantin baru.. :D
Good luck Ariff.. Banyakkan bersabar. :)
Tahniah bro… lepas nie makan minum dah ada orang jaga… hehehehe
Tahniah bro…. Tahun depan tambah seorang ahli lagi…
tahniah ariff n wifey
ni first time sy wish, direct di sini ;)
biasalah, baru2 kawen ni byk benda kena adjust. sy dulu pun kawen, bukan terus2 senang lenang.. ada fasa susah sikit2… baru la manis bila dikenang kan ;)
Tahniah bro..lepas kawen senang2x pahala dapat …
Tahniah dan selamat melayari alam perkahwinan bro.
Tanniah, sudah tentu perjalanan kehidupan akan datang berlainan rentaknya. Keputusan tidak disebelah pihak sahaja. Selamat melayari bahtera perkahwinan.
Tahniah dari Aunty Lily sekeluarga. Semoga berkekalan hingga kesyurga bersama. God bless. Ameen..
Kalau tak silap ko punya wedding masuk tv kan haritu? tak sampai seminit aku tgk dah masuk wedding org lain…melepas!
tahniah sekali lagi.
Persoalanya sekarang, anak berapa plan?
Minimum sebulan pertama untuk dapatkan tune yang betul..paling lama 3 bulan..stended la bila masuk alam perkahwinan. Blog akan sedikit terabai. Hahaha
Tahniah dan Selamat pengantin baru buat ariff dan isteri. Semoga kebahagiaan milik kamu berdua.
Maaf agak terlewat sikit tinggal komen.
Selamat berbahagia hingga ke syurga…
Tahniah :)
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Amin :D
Perenggan kelima selalu terjadi kepada blogger yang sudah berkahwin. hehe
selamat ya
moga sukses untuk hari hari selanjutnya
aminn
Tahniah,selamat berbahagia ke anak cucu
Tahniah da bergelar suami. Moga rumahtangga dibina brkekalan ke hujung nyawa..