Selamat Hari Angkasawan!

Aku tau orang kat Malaysia tak pernah dengar pasal Hari Angkasawan ni, sepatutnya adalah sebab kita pun dah pernah hantar angkasawan kita berkampung di angkasa lepas. Mungkin bagi sesetengah orang isu ni agak kontroversi, tapi aku tak naklah entri ni berbau kontroversi atau apa cuma nak cerita sikit pasal Hari Angkasawan kat Russia ni. Jadi tolong ye, takde politik-politik angkasawan sini. Nak cakap pasal politik pergi main jauh-jauh.

Kat Russia ni, Hari Angkasawan disambut pada 12 April tiap-tiap tahun sebagai memperingati hari angkasawan pertama dunia Yuri Alekseyevich Gagarin (Ю. А. Гагарин) mengorbit atau mengelilingi planet bumi di atas kapal angkasa Vostok 1 pada 12 April 1961. Kiranya ada sebab la jugak kerajaan kita hantar pelajar kita belajar separuh mati kat sini, semuanya sebab nak belajar macam mana orang Russia ni yang dalam kepayahan hidup mereka dengan perang dunia yang tak habis-habis boleh maju dari segi kejuruteraan yang ekstrim macam ni.

Peristiwa ini dianggap penting sebab masa tu la Amerika dan sekutu-sekutu mereka yang bercakap bahasa Inggeris ni terkesima sekejap dek kemajuan teknologi orang Russia ni. Time tu mat saleh yang bertutur dalam bahasa Inggeris ni semua senyap sekejap, tak berani nak kacau Soviet Union dan diorang ni kelam kabut nak hantar angkasawan diorang pergi ke angkasa, sampaikan nak hantar orang pergi bulan.

8 tahun lepas tu (1969) orang Amerika ni ‘kononnya’ telah berjaya la hantar Neil Armstrong yang selamat mendarat di permukaan bulan. Kenapa aku cakap ‘kononnya’? Sebab banyak kumpulan meragui peristiwa ni dan ada yang sampai berusaha membuktikan yang pendaratan tu adalah lakonan semata-mata sebab banyak sangat keraguan yang timbul daripada gambar dan keseluruhan misi tersebut. Pendapat aku, aku sendiri atas pagar dalam hal ni sebab orang Amerika sendiri pun memang jenis bangs*t gak dan memang tak boleh dipercayai sangat. Agenda world domination diorang dan New World Order memang tak habis-habis dan diorang memang sanggup buat apa sahaja nak capai matlamat diorang. Sejarah 10 tahun yang lalu dah cukup membuktikan kebangs*tan Amerika dan sekutunya..

Ok. Cukup dengan itu. Sorilah aku duduk Russia ni dah belajar macam mana untuk membenci Amerika, tapi itu sentimen peribadi aku je. Takdelah sampai nak buat bom letupkan sana sini. Aku ada pendirian aku sendiri.

Berbalik kepada peristiwa 12 April 1961, 26 tahun lepas tu satu lagi peristiwa mengkagumkan berlaku.. Peristiwa tu memang hebat, memang satu anugerah Tuhan.

Pada tarikh 12 April 1987 tu, aku dilahirkan.


41 thoughts on “Selamat Hari Angkasawan!