Saya Bantah Akta 114A

Reading Time: < 1 minute

Saya rasa banyak laman/blog lain dah ceritakan tentang akta 114A ini. Oleh itu, saya gunakan komik ini untuk menerangkan dengan lebih mudah implikasi penguatkuasaan akta tersebut.

Basically, apa yang berlaku di sini ialah sekiranya anda ditangkap mengeluarkan komen berbentuk hasutan (dan apa-apa yang sewaktu dengannya) di internet, anda boleh ditangkap dan disabitkan kesalahan tanpa pihak berkuasa perlu mengemukakan bukti yang kukuh bahawa anda melakukan kesalahan terbabit.

Akta ni bunyi seolah-olah macam ISA, kalau disyaki bersalah boleh kena tahan terus di kem tahanan. Rakyat tak diberikan suara untuk mempertahankan diri sendiri. Sesiapa sahaja boleh kena tahan, termasuklah makcik/pakcik yang baru nak guna Facebook.

Adil ke macam tu?

Untuk bacaan lanjut, teruskan ke laman web Stop 114A


Posted

in

by

Comments

21 responses to “Saya Bantah Akta 114A”

  1. AnneHilda Avatar

    datuk saifuddin kate benda ni akan dibincangkan lagi.. hope la akan berubah.. haihhh.. sape la usul kan bnda x berakal ni.. kita ni hidup, cuba la fikir nak mudah kan org.. bkn susah kan lg.. bese la kan .. kerajaan pun manusia kat dalam nya,, ada silap, kena la terima org tegur..

  2. Myvitrd Avatar

    Tidak Adil…. sebab berat sebelah

  3. khairil Avatar

    kalau macam ni senang la nak kenakan orang lain. tweetjack twitter orang lain then tweet kata-kata hasutan, pas tu pemilik twitter kena dakwa. tak adil.

  4. mia liana Avatar

    susah nak cakap… kena betul2 la buat akta agar tidak menyusahkan orang lain… haissshhh

  5. Fadzmie Avatar

    Akta ni memang membebankan. Sudahlah hak kebebasan berInternet diketatkan, hak untuk mempertahankan diri pun macam disekat.

  6. nurmisnan Avatar

    Jika Akta 114A ini berkuasa, masing2 boleh tunding jari..
    Rakyat tidak diberi kesempatan utk bersuara.. Inikah Malaysia
    yang penuh keislaman.. Islam sentiasa mengajar kita adil dan saksama..

  7. abangensem Avatar

    Jom kita ramai2 BOIKOT Akta ini dengan meng’copy paste’ entri ini.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Copy jangan tak copy

  8. Bro Zulkbo Avatar

    salam..
    sokong..
    BANTAH!!

  9. Ekspresi Ruang Avatar

    bantah sekeras-kerasnya.
    demokrasi apa nya kalau akta camni dikuatkuasakan.
    tiada langsung hak utk bersuara dan membela diri.
    akta ini digubal dek paranoid yg terlampau

  10. titan Avatar

    leh saman malu balik tak bila kita terbukti tak bersalah?

    1. LilyNrman Avatar

      saman malu, claim jutaan dolar terus dah aku. ngeh3

  11. Anarm Avatar

    yang tak bersalah akan jadi mangsa nanti.. akta yg sangat bodoh. saya bantah akta 114 A!!!

  12. bitt Avatar

    aduhaiii…parah ni kena log in pakai cop jari la gamaknya…

  13. syu90 Avatar

    bahayanye..dah la skang hacker smkin berleluasa..huhu..ble2 msa je bleh dianiaya..

  14. Norfa Avatar

    Lawo katon tuh.. pinjam.. hehehehe..
    tak setuju dengan AKta 114 A ni.. hampeh..

  15. Syaz Avatar

    haihh… macam2!.. SOPA la, ini la. kalau nak block kebebasan tu, baik tutup line terus. back to zaman batu.. kan senang.. pelik.. -_-“

  16. Hafizul Avatar

    Emm bahaya la sekarnag ni..rasa nak berblog pun tak selamat..adoii…harap tak direalisasikan la seksyen ni…kalau tak naya…

  17. Azuan Shaari Avatar

    er .. macam tu ke .. pelik2 btoi .. heh!

  18. faizalPj Avatar

    nie nak bagi org bisu namanya..dok ikut org jer

  19. azriMy Avatar

    ada ke yang adil sekarang ni ea? hmmmm..