Ranking Top 10 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia

Rasanya belum ada orang kumpulkan ranking ni dan setakat yang aku lihat, ada blog salah dikategorikan sebagai personal blog. Blog yang dah ada niche sendiri seperti politik, gosip, hiburan, berita/info & teknologi tak boleh dikategorikan sebagai blog personal. Blog personal adalah blog yang tak mempunyai apa-apa niche utama dan dikemaskini dengan entri yang majoritinya adalah daripada pandangan penulis blog itu sendiri.

Blog personal adalah lebih original dan biasanya tak terikut sangat dengan trend semasa, juga merupakan adalah blog biasa yang semua orang ada sebelum blog tersebut ditumpukan pada sesebuah niche.

Suka atau tidak, Alexa ranking ni memang boleh digunakan sebagai kayu ukur untuk prestasi blog kita. Sebenarnya tak payah letak widget Alexa di blog pun dah boleh memberbaiki ranking kerana maklumat tentang trafik blog juga didapati melalui search engine cuma untuk blog baru, adalah digalakkan untuk widget tersebut diletakkan di blog.

Ini adalah ranking top 10 blog bahasa Malaysia berdasarkan maklumat daripada Alexa untuk trafik dari Malaysia.

  1. Denaihati (Global 30185, Malaysia 99)
  2. Ben Ashaari (Global 38229, Malaysia 189)
  3. Kujie  (Global 50979, Malaysia 231)
  4. Puan Bee  (Global 55094, Malaysia 232)
  5. Cik Epal  (Global 47198, Malaysia 252)
  6. Wan Cikgu Muzik  (Global 77159, Malaysia 259)
  7. blog.ariff  (Global 60646, Malaysia 282)
  8. Faizal Fredley (Global 62683, Malaysia 332)
  9. Yanmie Online  (Global 85571, Malaysia 364)
  10. ! Erti Kehidupan  (Global 86433, Malaysia 374)

Semoga ranking ini akan memberi panduan kepada blogger lain (majoriti mempunyai blog personal) untuk lebih berjaya dalam bidang penulisan blog ni. Ranking ini juga membuktikan bahawa blog personal mampu untuk bersaing dengan blog-blog yang mempunyai niche tersendiri hanya dengan menjadi original. Apa-apa pun, semua pemilik blog personal tahu ranking dan trafik bukan segalanya tapi yang penting adalah kepuasan menulis blog. Kalau ada mood/idea/masa untuk update, mereka update dan kalau takde, maka tak update. Betul tak?

Tahniah diucapkan kepada Denaihati kerana berjaya menembusi top 100 Malaysia. Semoga kejayaan dapat diteruskan dan objektif Hidup Untuk Memberi memberikan lebih banyak kejayaan kepada anda.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

57 Comments