Aku ni ada tabiat suka makan kat tempat mahal-mahal. Kalau macam bulan puasa tu dapat pergi sekali pun cukuplah. Melantak sepuas-puasnya. Satu benda yang aku suka pasal dining kat hotel lima bintang ni, diorang punya layanan memang terbaik. Sekali sekala dilayan macam raja adalah satu terapi yang bagus. hehe.. Ada tu waiter siap ingat nama aku sampai aku blah dari restoren tu walaupun ramai orang. hoho~ Aku suka camtu. Kadang-kadang dapat merasa jadi boss ni memang mengujakan.
So jom usha tawaran buffet Ramadhan kat tiga hotel terkemuka lima bintang di sekitar Kuala Lumpur ni yang memang popular dengan restoren mereka. Basically harga dia standard RM100 seorang, kalau lebih dari tu macam dah melampau-lampau lak dan aku tak rasa ada orang nak pergi kalau mahal sangat.
The Westin ni memang popular dengan dining dia. Siap ada dedicated website lagi untuk dining. Memang line business diorang selain daripada hotel lima bintang. Check out website Westing Dining.
The Spread kat Gardens Hotel MidValley ni aku dah pergi last year. Nice place but silap-silap boleh nampak macam food court pun ada sebab furnishing dia nampak murah, but the place is spacious. Dari segi makanan, oklah. Semua ada, worth the money cuma staf dia agak noob sikit (kebanyakan staf baru). Tak mencerminkan staf yang bekerja di hotel lima bintang – kalau boleh senyum lebih sikit kat guest. Be more humbler, kat hotel lima bintang servis mesti bagus. Itu yang guest akan ingat sampai bila-bila. Tak tau kalau tahun ni dah improve, kalau dah sila jemput aku untuk buktikan yang pernyataan aku salah.
Hotel Istana. Nama memang grand, orang dengar pun rasa macam nak pergi. Tapi adakah ianya sebaik nama yang digunakan? Hopefully someday aku dapat try sendiri makan kat Hotel Istana ni.
Korang pulak macam mana? Pernah makan tempat mahal-mahal macam ni tak? Berbaloi? Meh kongsi cerita sikit. Apa yang korang rasa expect makan kat tempat mahal macam ni?
***
Ada perancangan tak nak buat buka puasa Geng Blogger? Rasanya macam best je tapi takdelah sampai kat hotel lima bintang macam ni kan.. Kecualilah kalau hotel besar-besar ni nak buat promosi habis-habisan jemput 50 orang blogger buka puasa kat hotel diorang. Kalau ada hotel/restoren yang berminat untuk promosi macam tu boleh la contact aku me@ariffshah.com. Potensi besar sekarang kalau panggil blogger mengiklan dan mempromosi.
18 thoughts on “Ramadhan Buffet KL Hotels 2010”