Permohonan Lulus Untuk PKNS Seksyen 7 Shah Alam

Untitled

Salinan valuation report pun dah sampai. Takde masalah.

Tadi call property agent untuk mengetahui update terbaru tentang pembelian rumah pertama saya di Seksyen 7 Shah Alam.

Dapat dua berita baik. Pertama, permohonan untuk rumah kos rendah tersebut sudah pun diluluskan oleh PKNS. Jadi yang seterusnya adalah untuk menunggu bank keluarkan duit pinjaman untuk diserahkan kepada penjual.

Kedua, penyewa dah masuk dengan kadar sewa RM800 sebulan, basic unit. Target asal nak letak sekurang-kurangnya RM850 dengan basic facility, tapi setelah dipertimbangkan, actually dapat RM800 untuk unit kosong macam tu lebih menguntungkan.

Alasannya, kalau nak furnish busuk-busuk pun lagi RM2000 nak kena keluar semata-mata nak dapatkan extra RM50 sebulan tu. Kurang-kurang 40 bulan (3 tahun 4 bulan) baru dapat balik modal furnish rumah tadi. Elok sewakan unit kosong je.

Tolong la cepat sikit tukar nama dan dapat duit. Tak senang duduk tunggu lama-lama.

PS: Kepada yang kecewa tak dapat jadi tenant saya, boleh jadi tenant mamat ni. Lokasi dan harga pun sama.

PPS: Boleh belajar dengan pakar pelaburan hartanah macam mana nak berjaya macam kes saya ni.

 

Comments

  1. badz says

    kalau keje sektor awam tp belom sah jawatan dan belom dapat jawatan tetap lagi boleh ke beli rumah ek?

    • Ariff says

      Tak pasti pulak. Kena tanya bank direct. Biasanya kalau kerja dah lebih 6 bulan, takde masalah nak apply loan & beli rumah

      • badz says

        camane kalau nk beli umah 2nd hand then owner msti mtk deposit kan…if duit x cukup bole ke suruh dia hold dulu smntara nk dpat full loan tuh

    • za says

      Hurm lawyer dok tunggu PKNS mmg lmbt..cr mudah mintak 1 copy surat dr lawyer ke PNKS dan terus call depa mintak cepat..