Perkara Tentang Menjadi Seorang Penulis Blog

Reading Time: 2 minutes

Bagaimana rasanya menjadi seorang penulis blog? Banyak lagi point yang boleh ditambah betul tak?

Sorry I dont read your blog

Aku tak berapa berkenan sangat kalau sampai orang nak minta maaf kalau tak baca blog aku sebab aku pun in real world taklah cakap “meh la masuk blog aku .. ” dan seumpama dengaannya. Aku pun tak kisah kalau family atau kawan rapat tak baca blog aku. Jadi kadang-kadang reaksi sorry I don’t read your blog ni pada aku agak keterlaluan walaupun pada asalnya hanyalah untuk menjaga hati. Menampakkan seolah-olah ada kewajipan/obligation untuk membaca blog kita walhal takde langsung.

Takpe.. aku faham. Nak baca, baca. Kalau tak baca, act normal. No harm done.

Silap fakta

Orang kata, get your facts right. Memang betul. Benda ni penting dalam penulisan blog, terutamanya bila hal tu berkaitan isu semasa. Memang sedap nak update pasal isu semasa sebab ramai orang nak baca, tapi kalau silap fakta memang boleh buat malu. Tapi apakan daya, perfectionist pun tak semestinya perfect sepanjang masa. Mistakes done. Bila dah silap fakta nilah kena cepat-cepat tarik balik entri sebelum lagi ramai orang baca. Kita boleh benci membuat kesilapan, tapi tak pernah bebas daripada melakukannya.

 

Duit, Duit & Duit

Tak semua blogger jadi kaya dengan blog dia dan tak semua yang buat blog untuk duit. Agak susah bila orang mula melihat ‘net worth’ kita berdasarkan bilangan fans, follower dan sebagainya. Semua ingat cashout bulan-bulan masyuk je walaupun pada hakikatnya taklah banyak mana pun. Bila orang pandang macam tu, mulalah ada yang berdengki dan busuk hati.

Kadang-kadang kita seronok lakukan sesuatu kat blog dan mendapat perhatian ramai pembaca serta blogger lain. Tapi orang lain pulak pandang dari segi monetizing atau keuntungan yang bakal kita dapat walaupun pada hakikatnya langsung tak terfikir pun ke arah itu. Contohnya, kes guna duit dapat trafik cara yang hina. Bila hati dah busuk sangat, hilang pertimbangan diri dalam melihat sesuatu dari sudut yang logik sehingga mengeluarkan statement yang tak masuk akal. Takkanlah dengan pendapatan blogger boleh keluarkan modal ribuan ringgit untuk buat contest. Entiti besar seperti Oh! Media pun tak pernah lagi buat contest skala besar macam di blog Denaihati.

Jangan cerita dalam blog

Kadang-kadang bila lepak dengan kenalan rapat atau keluarga (yang bukan blogger) mesti keluar statement, “ko jangan tulis kat dalam blog ko pulak” .. er.. perlu ke? Takkan la nak cerita apa benda buruk, perangai buruk atau rahsia orang dalam blog pulak. Memang takde etikalah kalau cerita pasal orang lain semua nak canang dalam blog. Orang macam tu patut dijauhi.

 

Published
Categorized as Bla Bla Bla

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

39 comments

  1. ehem,ternampak plak banner lubukdropship najib kat blog ni..hehehe..buat bisnes Ebay ke skang bro? :D

  2. Saya menemui banyak blogger yang memasang seabrek iklan di blognya sampai penuh. Mungkin yang ada dalam benak mereka adalah duit duit dan duit bukannya saling berbagi bersama..
    Terlalu matre menurut saya..

  3. bab duit tu aku suka, byk blogger skg ni pandang duit je semata-mata…yg paling meluat bila ada yg duk tya cam mana nak wat duit dengan blog…ades…bukan xnak ajar…tp klu dah motif camtu…memang agak payah la nak jadi blogger camtu…xsuka…:P

  4. benda ni berlaku jugak kat blog aku.ada satu komen kat blog aku (dah deleted dah) yang tak sudi nak join contest kat blog aku.ayat dia “…review2 ni bukan kerja aku.aku pun bukan selalu datang sini…”.amacam bro?kalau baca ko bengkek tak?aku tak ajak pun dia join.huhu…apapun aku malas nak panjangkan hal ni.redha je la dengan semua ni…

  5. kadang2 perangai buruk org tu satu pengalaman , tak salah share dlm blog tapi dengan syarat tulislah secara berhemah , tak kan nak letak nama , alamat no fon semua kan ..guna lah nama samaran aje ke .. contoh ..

  6. salam…

    first thing yang perlu ada untuk jadi blogger adalah minat untuk menulis…kena banyak sabar dan istiqamah…

    bab2 nak generate money from blogging tuh tak salah bagi saya…cuma kena rajin dan sabar lah…klu setakat 2 3 bulan blogging dah nak harapkan income dari blog… susah skit…klu 5 atau 6 thn tuh mungkin la juga…

    Besides..money from blogging tuh pun mungkin hanya boleh dijadikan side income untuk tampung2 pendapatan kita yang tak cukup tuh jer…nak jadi sampai tahap bilionaire dengan berblog tuh…tak tau ler boleh ker tak…:)

  7. setuju jgk dgn entri ni, tak perlu mtk maaf kalau tak baca, masa setiap org berbeza. Lg 1 tak semua perlu ditulis kadang2 ada yg rajin buat dialog lg dlm blog. Dialog pcakapan dgn kawan.

  8. part last tu ramai gak cakap.. “nanti mesti kau cerita kat blog”..
    haha..
    takde semua nak ceritanya.. tapi kadang2 kisah orang tu boleh buat modal entri..cuma tak mention la siapa dan siapa…

  9. sorry ariff, i do read your blog. keh keh

    yang paling best pasal blog ni bila kita tulis ada respond pembaca terutama dr kalangan bukan blogger. susah nak dapat pembaca yg setia tunggu entry dr blog kita. duit blog, kalau ada adalah kalau takde takde lah.

  10. Bagi aku,aku akan tulis apa yang aku tahu sahaja yang tak confirm aku akan tolak tepi walaupun aku tau ia akan bawak untukng riban2. Bagi aku as long as penulisan aku ‘clean’ dan aku dapat kepuasan itu sudah cukup.

  11. Aku paling suka dan rasa betul dengan statement last..kadang2 dah naik menyampah bila kawan2 asyik kata jangan update dalam blog..seolah2 kita ni kerja nak komplen dan kutuk orang je.

  12. blog yang beretika ni kebiasaannya blog yg memberi ilmu kpd org.
    blog yg agak kurang beretika ni selalunya byk yg menyentuh psl dunia hiburan dan gosip.
    maaf cakap la ye..

Comments are closed.