Peringkat-Peringkat Blogger Di Malaysia

Pengaruh blogger di berbeza di setiap peringkat

Dalam perjalanan hidup seorang blogger, ada peringkat-peringkat yang mereka akan/telah lalui. Aku nak kongsi sikit tentang peringkat-peringkat ni serta pandangan peribadi aku. Kita start dari bawah ke peringkat yang paling tinggi ok!

Sebab Nak Ada Blog

Aku rasa semua orang start berblogging sebab terikut dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja kat internet ni. Pada awalnya, kadang-kadang kita fikir yang mempunyai blog ni semacam ada cool factor di situ. Seolah-olah kita ada property kat internet ni dan kalau kawan-kawan online boleh cakap kat diorang, “jemputlah ke blog aku”. Lepas tu bila diorang puji layout blog cantik, mesti rasa bangga kejap.

Tapi blog tu jarang update, kalau update pun mungkin sebab hari tu kita tak puas hati dengan seseorang atau sesuatu, maka kat bloglah perasaan atau kejadian itu diluahkan dan diceritakan. Lepas tu blog senyap balik. Biasanya blog macam ni akan selalu ‘hilang’ setelah setahun dua berlalu sebab pemilik dia terasa malu dengan penulisan mereka yang kurang matang pada peringkat awal ni.

Ada juga yang buat blog atas sebab sesuatu isu atau perjuangan tertentu seperti politik. Biasanya blog macam ni aktif pada masa tertentu je. Bila matlamat telah dicapai dan perjuangan telah selesai, blog tu akan mati dan dibiarkan begitu sahaja.

Kepuasan Diri Sendiri

Masa awal-awal tulis blog tu, kadang-kadang kita dapat komen yang membina daripada rakan-rakan. Rasa semangat sikit. Jadi dari situ berkembang sikit minat dia terhadap berblogging ni. Di peringkat ini, biasanya blogger akan tau apa nak tulis dalam blog dia. Kali ini mereka lebih bersedia dan lebih kritikal terhadap sesuatu isu. Blogger yang blog atas kepuasan diri sendiri ni biasanya akan ada pembaca tetap dan bergantung kepada penulisan mereka, bilangan pembaca ni boleh bertambah.

Kebanyakan blogger macam ni tak kisah pun samada mereka buat duit atau tidak dengan berblogging. Pada mereka, asalkan penulisan mereka memuaskan hati, dapat berkongsi apa yang terbuku di hati atau mungkin hanya sebab blog mereka cantik dah memadai. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja dengan blog mereka tanpa perlu memikirkan tentang faktor-faktor lain.

brought to you by


Buat Duit Sambil Menulis Blog

Bila penulisan kita dah beri impak pada orang lain dan bilangan pembaca semakin bertambah, mulalah fikir, kalau aku letak iklan kat blog  ni mesti dah banyak buat duit. Dari situ, blogger mula nampak blog dia sebagai sebuah business atau perniagaan, kadang-kadang macam lombong emas pun ada. Pada peringkat ini, blogger akan mula pandang dari segi terknikal tentang blog pula, perkara macam SEO, Alexa ranking dan PageRank menjadi tumpuan.

Mereka mula mencuba pelbagai syarikat pengiklanan. Bermula daripada Google Adsense, sehinggalah ke Nuffnang, Advertlets, Innity dan Mangga Ads. Namun begitu, blogger ni masih lagi mengekalkan kualiti penulisan blognya, cuma fokus asal tu dah berubah sedikit. Kalau ada rezeki lebih sikit disebabkan kreativiti penulisan mereka, akan ada syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan peluang untuk melakukan review berbayar berkenaan produk dan website mereka.

Buat Blog Sebab Nak Buat Duit

Blogger yang buat blog sebab nak buat duit ni biasanya memang berpengalaman dalam bidang blogging ni. Mereka tahu selok-belok blogging dan tahu blog macam mana yang orang suka baca. Ada diantara mereka sudahpun terkenal disebabkan blog mereka yang asal. Biasanya blog yang mereka buat adalah niche blog, maksudnya blog yang fokus pada satu lingkungan topik sahaja. Blog macam ni boleh tahan lama kalau sentiasa ada bahan berkaitan topik yang blogger tu cover. Kalau tak, lama-lama orang akan merasa bosan gak.

Blogger Yang Popular

Ni peringkat atas sekali dalam piramid blogger. Tak ramai blogger yang popular, tetapi bilangannya masih signifikan. Blogger popular ni biasanya dah ada pengikut tetap dia sendiri. Mereka ada pengaruh. Kalaupun bergaduh dan berselisih faham dengan blogger atau individu lain, mereka masih mempunyai pengikut setia yang percaya kepada mereka. Blogger popular ni biasanya tak perlu buat entri yang hebat-hebat, mereka menulis berdasarkan pendapat peribadi mereka dan orang akan suka. Mereka juga tak perlu nak kejar benda-benda teknikal dalam blogging sebab nama mereka sudah gah dan terkenal.

Blogger popular ni, produk dia bukan blognya tapi diri mereka sendiri. Biasanya mempunyai rupa paras fizikal yang cantik, kacak dan sebagainya. Pengiklan memang suka blogger popular.

***

Nasihat aku, be on the right track. Kalau macam baru je seminggu start blog tapi dah fikir berapa banyak duit dapat, memang susah la blog korang nak berjaya. Dalam dunia blogging ni, terutamanya penulis blog personal, tak boleh terlalu ghairah nak kejar duit sebab kalau kejar duit, entri yang ditulis akan hilang personal touch yang unik pada diri kita sendiri. Pembaca mula tidak kenal pada kita dan lama kelamaan akan melupai kita. Ini sebagai peringatan kepada semua blogger personal kat luar sana, termasuk diri aku sendiri.

Sekadar pendapat peribadi aku.. Mungkin ada yang tak setuju. Jadi dimanakah korang?


45 thoughts on “Peringkat-Peringkat Blogger Di Malaysia

  1. salam …!

    my blog is a personal blog.. sekadar tempat untuk meluah rasa hati; suka & duka.. =)

  2. Sejak berblog plus minus separuh dekad, saya dah jumpa banyak jenis blog dari setiap level. Walaupun dah berpuluh juta blog saya pernah baca [ceh, puluh juta kononnya], saya rasa saya lebih enjoy baca blog kawan2 sendiri [kebanyakan mereka di level 4, saya pun]. Mungkin sebab adanya komunikasi dua hala kot. Jadi, bila baca blog yang orang yang suggest kan [mestilah blogger di level tinggi kan], saya macam terdetik – kenapa lah aku kena baca blog die ni, kenapa lah aku kena ambil tahu life die, die tak kenal aku pun haha. Gitu lah lebih kurang. Itu yang blog kepunyaan blogger saya tak kenal, saya follow tak lama. Kecuali, kalau blog die tu betul2 kena dengan jiwa saya, eceyyy=p

    P/s-Saya ni pemalas komen sikit. Suka meronda, tapi jarang tinggal jejak. Tapi bila dah tinggal jejak, mula lah berjela hehe.

  3. tak tahu nak letak kat mana, tapi dulu buat blog sebab nak berkongsi ilmu cctv yang jarang kalangan kita tahu, pastu bila dah berblogging ni mula suka teknikal dan semakin suka dgn dunia blog berkaitan dgn teknikal

  4. Aku kembali berblogging sebab mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan. Pernah aku melawat Google tapi tak tahu apa nak taip kat situ. Aku menemui jalan buntu walaupun hanya satu klik segala ilmu boleh timbul. So aku pk, blog akan membolehkan aku mendapat idea apa nak taip kat Google. Then..

    Aku register domain tanpa idea niche apa aku nak blog kan. Last2 aku amik nama aku sendri buat domain..anwarosman.com. Member aku cakap aku nak jadi blogger gila glam.. aku x rasa mcm tu pun… just aku xtau apa aku nak pada mulanya. Bantai sjala kan.

    JAdik benda dah daftar.. aku mula la tulis apa yg terlintas dulu… then aku baru dpt entri mcm mana aku suka tulis. So, infomasi komputer lah sebab aku suka search dan explore benda2 nie.. jadi apsalah aku kongsikan info dengan gaya aku sendiri.

    Aku blogger kategori No 4.

  5. salam.
    setuju dengan apa yg ditulis. sekarang ni ramai blogger baru yang berblog untuk duit. tapi lepas earning sikit je dapat. terus putus asa. blogging ni niat kena betul la. kalau tak jadi hangat-hangat taik ayam je.

    semangat dan niat kena betul, baru blog power!
    majulah blog untuk negara~~ :P