Penutupan Jalan Di Kuala Lumpur – Kesilapan Besar Kerajaan & Pihak Polis

Aku tak faham apa rasional di sebalik penutupan jalan dan roadblock yang dilakukan oleh PDRM di ibu kota hanya semata-mata untuk menghalang kumpulan Bersih ini daripada berhimpun. Apa salahnya kalau dibenarkan sahaja mereka berhimpun secara aman di Stadium Merdeka? Kalau ada apa-apa kerosakan di sana, buatlah tuntutan.

Apakah kesan daripada penutupan jalan utama dan sekatan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota?

  1. Pelancong menjauhkan diri daripada melawat Malaysia, khasnya Kuala Lumpur. Efek ini sebenarnya akan berlanjutan sehingga berbulan-bulan atau sehingga isu ini reda.
  2. Kerugian besar terpaksa ditanggung oleh pusat membeli belah. Hujung minggu adalah waktu orang ramai pergi ke pusat membeli belah.
  3. Perniagaan terjejas akibat orang ramai tidak dapat masuk ke dalam ibu kota.
  4. Kes jenayah akan meningkat kerana hampir kesemua kekuatan badan berkuasa ini ditumpukan ke arah menghalang daripada perhimpunan Bersih ini berlaku.
  5. Situasi ini kelihatan sama seperti yang telah berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah melihat kejatuhan kerajaan pusat mereka. Ini memburukkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia.

Aku membantah sekiranya perhimpunan dijalankan di jalan raya sebab kalau dah ikutkan emosi sangat, ramai yang akan jadi beruk di jalanraya seterusnya merosakkan harta benda awam. Isu politik memang boleh buat orang ramai jadi emosional. Tapi kalau mereka hendak berhimpun dalam satu tempat tertutup yang dikelilingi dinding batu, rasanya tak menjadi masalah besar pun. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani kes ini?

  1. Berikan mereka peluang untuk berhimpun secara aman di stadium. Tunjukkan bahawa anda adalah kerajaan yang demokratik dan mampu mendengar suara dan kemahuan rakyat.
  2. Daripada buat roadblock sepanjang jalan, tumpukan pasukan keselamatan di sekeliling kawasan stadium dan pintu masuk kawasan stadium. Apa yang terjadi dalam stadium adalah tanggungjawab kumpulan Bersih.
  3. Bariskan anggota keselamatan sepanjang 500m hingga 1km dari pintu masuk stadium. Mereka yang berhimpun harus melalui ‘lorong’ ini untuk masuk ke stadium. Dengan ini mereka tidak boleh masuk ke stadium dalam kumpulan yang besar seterusnya mengurangkan kemungkinan kejadian tak diingini. Kaedah ini dilakukan di Russia setiap kali ada perlawanan bola sepak, konsert atau apa-apa sahaja keramaian untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku berdekatan lokasi.
  4. Mereka boleh menutup jalan, tapi hanya jalan utama di sekeliling stadium supaya kemasukan individu yang ingin berhimpun ini dapat dikawal.

Kita lebih suka mengamalkan cegah sebelum parah, tapi dalam hal ini, lagi dicegah, lagi parah. Orang marah kerana kehidupan harian teruk terjejas (populariti kerajaan memerintah jatuh) dan kegiatan ekonomi menjadi parah kerana bandar utama negara kita ‘mati’ beberapa hari ni.


117 thoughts on “Penutupan Jalan Di Kuala Lumpur – Kesilapan Besar Kerajaan & Pihak Polis

  1. sblum korang nak kate ambiga tu ini la itu la,korang tgk balik pemimpin kita skarang la..dorang bela n biakkan geng murtad lg bnyak..ko google la sendiri..yg itu melayu n islam (tinggal name je islam,hampeh)…lg pun org menyokong tuntutan bersih BUKAN ambiga,die cume coincidentally jd pengerusi bersih,tu je..korang patut pegi dulu ikut perhimpunanan ari tu sblum bg komen..tgk mcmmana gov abuse power.. ak jamin lepas korg tgk mcmmana polis lanyak org ramai depan mata,mesti pendirian korg berubah..BUKAKLAH mata anda..jd jd manusia yg akan trus ditindas..bangkit

  2. rumusan nya rakyat malaysia diperbodohkan..adake berita yg sama diulang-ulang sehingga aku nak muntah.
    Tapi kalau cerita pramlee diulang-ulang 10 kali pun tak ape….terimakasih kpd INTERNET kerana mu perkara sebenar dipertibangkan.

  3. salam semua,tuntutan bersih tidak salah tapi cara yang di gunakan memang salah sama sekali, negara mempunyai saluran untuk menyampaikan sesuatu pandangan bukan hanya dengan cara yang menyebabkan ekonomi negara merosot. sebagai seorang pelajar political studies, plz jangan terlalu obses kerana mereka mempunyai kepentingan sendiri dalam demostrasi tersebut.. jangan sesekali mencemarkan stadium merdeka dengan laungan reformasi… korang masih buta ker?? kalau bangsa kita ni dijajah, korang nk kemana?? lari dalam hutan ker?? kerajaan melakukan yang terbaik utk mengurangkan impact dari perhimpunan hara.. rasa2 kalau perhimpunan tu jadi kat stadium merdeka… adakah bersih 3.0 tiada??? mesti la ADA.. sbb mereka mempunyai interest masing2..

  4. Urmm.. macam mana nak cakapkan yer.. aku cuma setuju 50% je dengan hujah neh. aku mmg pemalas nak taip panjang2 cuma nak bagitau 50% aku setuju.

  5. Assalamualaikum.
    Sy di antara orang yg berada semasa p’himpunan tu.Dan rmai kwn2 sy yg di tahan…tapi arif blh tanya org lain kot b’mana situasi di BP.Se tau sy yg g p’himpunan tu bkn manusia2 bodoh.Ada doctor,lecturer yg pangkat Dato’ n Tan Sri pun ada.Kerajaan skrg dh selesa sgt…pemimpin2 dh senang sgt kehidupannya.

    Sebuah negara yg rmai p’ganut islam tdk semestinya dianggap ngra islam,selagi mana perlembagaan & undang2 Islam yg merujuk kpd Al-Quran & hadis tdk diaplikasikan.So di mana kita??

    Bahkan ada beberapa keadaan di mana ada org Islam dr ngra yg menguatkuasakan undang2 Islam dtg ke M’sia krn m’anggap M’sia adalah sebuah ngra Ialam yg bebas.

    Ms sy tgh rest kat Masjid Asy-Syakirin b’sebelahan dgn KLCC sy bertembung dgn sekumpulan pelancong dr Iran.So we all pun berborak la..Slh satu yg plg sy suka bl sy tanya b’mana kita mahu menilai sesebuah ngra itu sbgai sebuah ngra Islam? So org Iran tu pun ckp.

    ANTARA CARA YG PLG MUDAH DAN CEPAT ADALAH DGN MELIHAT KPD WANITA2 DI NGRA ITU.IA SUDAH BG MENGGAMBARKAN KEADAAN ISLAM DLM SESEBUAH NGRA.Ringkas dan padat jawapannya,namun tepat t’kena batang hidung!

    So mari kita teliti pemimpin2 wanita dan isteri2 pemimpin kita skrg.Tepuk dada tanya Iman.BRING ISLAM BACK,MAY JANNAH BE OURS.

      • Assalamualaikum.
        Apa yg bersih nk ialah keadilan dalam pilihanraya so adil itu di tuntut di dlm islam.Kita belek dan singkap pemimpin yg kita ada skrg.Mengikut lunas islamkah?Sy sdh baca n3 dr pendekar.Alhamdulillah mmg hebat hujah anda,hadis yg anda berikan masya Allah.

        Contoh senang,klau imam salah,terlebih rakaat @ apa2 kesalahan dlm solat yg kita tahu,perlu ikut gak ke?Tak sah.Masih nk berdiam diri?Atau redha yg tak bertempat.

        Cuma situasi yg berbeza tapi asasnya masih sama.Jika pemimpin kita silap kita patut menegurnya…cuma pemimpin kita redhakah di tegur?

        Rasa rendah diri plak nk berbahas dgn saudara pendekar.Maaf if salah tulis.

  6. hmm teringin nak tengok macammana kalau pembangkang menjadi kerajaaan..agak2 ade bersih 3.0 tak..

  7. kepada mereka2 yg menyusahkan org awam pada hari tersebut-mereka ni tergolong dlm manusia yg x tau bersyukur langsung duduk kat negara ni, kedudukan strategik, luar lingkaran api pasifik, xde puting beliung,gunung berapi..still nk buat huru hara,sekali tuhan turunkan bala, padan muke semua, pls, belajar bersyukur & mane ade kerajaan yg telus..but still ko xyah nk kuar pegi keje/belajar/makan/sukaria dlm keadaan takut2 kan??aku konpius, last pilihanraya, pembangkang menang besar kan..??hm..

    • @sueN
      menuntut kebaikan akan mendatangkan bala dari tuhan?
      PM meng-HALAL-kan JUDI dan berjanji akan menjadikan Malaysia pusat hiburan dimana lebih dari 20 Night Club akan dibangunkan…itu tidak mendatangkan bala?
      menuntut pilihan raya adil akan mendatangkan bala?
      PM nak buat Loji Nuclear…jepun dah kena…nak juga malaysia join sekali?

  8. akhirnya ada juga blog yang berani bersuara macam ni…tahniah bro…aku sendiri tak berani nak bersuara macam ni..bukan apa….aku bukan arif sangat dalam bidang politik ni, kang kalau aku suara, tak cukup backing, aku gak yang bala….

    KALAU KERAJAAN LULUSKAN PERHIMPUNAN BERSIH TU…RASANYA TAK JADI PERHIMPUNAN HARAM NI. MULA2 BANTAH PERHIMPUNAN BERSIH NI, RAKYAT MENGAMUK, SETUJU PERHIMPUNAN DIADAKAN DI STADIUM, PAS TU TAK JADI PULAK SEBAB KATA TAKUT ADA KEMUSNAHAN ATAU KEROSAKAN DI STADIUM..YANG SEBENARNYA KERAJAAN TAKUT. TAKUT KENAPA??RAKYAT NAK PILIHAN RAYA DIADAKAN SECARA ADIL DAN BERSIH.KENAPA KERAJAAN TAK LULUSKAN PERHIMPUNAN TU??SEBAB BANYAK YANG KERAJAAN BUAT DI BELAKANG MATA RAKYAT YANG RAKYAT TAK TAHU.SEBAB TU YANG TAHU,DIORANG BUAT PERHIMPUNAN NI….DAN KERAJAAN TAKUT.BUKAN NAK JATUHKAN MALAYSIA.DIORANG NAK KEADILAN JER.SAPA YANG NAK NEGARA SENDIRI HANCUR?

    malas nak bertekak pasal ni la…banyak yang tak betul..kalau kerajaan bagi rakyat bersuara, tak jadi macam ni….JANGAN ADA RASUAH!!!!!

  9. ini dah kira masuk isu politik..keyword yang amat panas di mana sahaja..tak kira blog untuk negara mana sekalipun..so aku takde komen, cuma pelik orang heboh duk memperkatakan isu ini yang takde kena mengena ngan blogger…

    mungkin blogger best nak buat entri pasal BERSIH…sebab keywordnya yang amatlah panas..:D

  10. Well said. Very reasonable opinion. Never take back what you had wrote ok.

    Tepat.

  11. Terfikir.. KALAULAH kerajaan dan media buat tak tahu aje, macam mana ea agaknye? Buat senyap diam xhiraukan langsung, mesti bersih 2.0 pun tawar nak diadakan kan?

    Langkah-langkah:
    1. Pergi warning peniaga seminggu awal kata bersih akan diadakan kat tempat tu.
    2. Diam sediam diamnya
    3. Bersih 2.0 diadakan (tiada liputan berita)
    4. Esoknya. Oh! bersih dah habis ke? ic..
    5. Kira kerugian, saman ambiga bagi hidup tak tenang sampai mati.

  12. orang dah biasa tertindas,mmg dia ikut telunjuk kerajaan je!!!

  13. untuk memjatuhkan sebuah kerajaan yg sekular ni,kena serang ekonomi dia dulu!!!

  14. Try korang pikir kenapa sewenang2 kerajaan xnak bg BERSIH ni berkumpul? sedangkan agong sendiri dah bg, walaupun di stadium…politik Malaysia makin kotor…kalo dok tonton tv1,tv2,tv3 mmg la saluran yg sokong kerajaan yg akan sentiasa cari salah pembangkang…cuba bukak mata dgr kedua-dua belah pihak…pikir2 kan lah…zaman kegemilangan keamanan Malaysia makin pudar…

    • btol2 … smlam kat tv xder plak ckp yg ada org meninggal dunia ankara polis … bodohnyer kerajaan… orang tersebut mati syahid insyaallah kerana beliau mentang kerajaan yg zalim @ yg x btol … semoga rohnya dirahmati ALLAH…

  15. i’m agreed with you ariff, mmg fail la government handle situation ni. Lg satu aku nmpak dngn buat all this roadblock menampakkan BERSIH ni mcm issue terok gile la, smpai issue perkauman 13 mei sume masuk padahal the purpose of BERSIH is all about the tuntutan, xde pun sentuh perlembagaan, ketuanan melayu ke or anything yg involve sensitive issue.. tp with all this crap (roadblock, issue nk baling molotov cocktail la and other propaganda by media mainstream (control by government) mmg wat situation lg worst. padahal klau gov bg ruang sket, bnda ni xde ape pon. Remember akta perlembagaan.. we have right to do the demonstration (apsal la xluluskn je permit wat kt stadium negara) x faham btul la ak govrmnt ni.

  16. Kalau kerajaan membenarkan Bersih berhimpun di stadium pun apa rasionalnya.. bersih badan tidak berdaftar.. apa keistimewaan bersih sampai kerajaan nak beri spacial priority untuk mereka berhimpun.. kita kena faham.. jika kerajaan benarkan Bersih berhimpun di stadium dan bagi permit senang wenang pada mereka.. akan ada banyak pihak yang akan tuntut benda yang sama.. contohnya hindraf pun akan minta stadium untuk berdemo dan badan2 lain yang nak perjuangkan hak masing akan mintak permit dan stadium untuk berhimpun. dan akhirnya satu masalah pun tidak selesai… dan akhirnya mengganggu sistem ekonomi dan imej negara..

    Dan lagi satu.. kita kena ingat sejarah.. jangan mudah diperalatkan.. dahulu kita sibuk berdemo untuk tentang Ambiga kerana kes Lina joy .. semua orang dok hentam Ambiga kerana menghina perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama rasmi.. tapi sekarang dok sokong pulak Ambiga kononnya memperjuangkan politik yang bersih.. dimanakah standing kita.?? kaji dahulu sejarah orang dibelakang Bersih dan apa agenda yang dia nak perjuangkan..

    Kenapa polis buat sekatan..?? sebab if tidak cegah awal-awal.. bayangkan berapa ribu pengikut bersih yang datang kalau tidak ada kawalan.. kita tak tau siapa orang-orang yang ada dalam perhimpunan itu.. katakanlah ada agenda jahat.. dan ada pihak yang nak cetuskan huru-hara didalam kelumpuk tersebut yang boleh cetuskan huru-hara apa akan jadi..?? lumrah manusia.. kalau dah ramai-ramai tu.. macam-macam perangai.. kalau kita tidak kawal macam-macam boleh jadi.. Ambiga suruh orangg berhimpun ni dia ada bagi insuran ke.. kalau mati kena langgar ke anak org sapa nak disalahkan.. akhirnya kerajaan juga yang dipersalahkan.. fikir-fikirkan lah.. apapun.. harap-harap bangsa melayu jangan berpecah..

    • @sazali yusof

      minta permit bagi perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil susah

      bagi permit concert2,jom heboh,sure heboh, sampai kes rogol meningkat, sampah2 sana-sini, used condoms bertabur….bulih pulak kan?