Aku tak faham apa rasional di sebalik penutupan jalan dan roadblock yang dilakukan oleh PDRM di ibu kota hanya semata-mata untuk menghalang kumpulan Bersih ini daripada berhimpun. Apa salahnya kalau dibenarkan sahaja mereka berhimpun secara aman di Stadium Merdeka? Kalau ada apa-apa kerosakan di sana, buatlah tuntutan.
Apakah kesan daripada penutupan jalan utama dan sekatan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota?
- Pelancong menjauhkan diri daripada melawat Malaysia, khasnya Kuala Lumpur. Efek ini sebenarnya akan berlanjutan sehingga berbulan-bulan atau sehingga isu ini reda.
- Kerugian besar terpaksa ditanggung oleh pusat membeli belah. Hujung minggu adalah waktu orang ramai pergi ke pusat membeli belah.
- Perniagaan terjejas akibat orang ramai tidak dapat masuk ke dalam ibu kota.
- Kes jenayah akan meningkat kerana hampir kesemua kekuatan badan berkuasa ini ditumpukan ke arah menghalang daripada perhimpunan Bersih ini berlaku.
- Situasi ini kelihatan sama seperti yang telah berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah melihat kejatuhan kerajaan pusat mereka. Ini memburukkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia.
Aku membantah sekiranya perhimpunan dijalankan di jalan raya sebab kalau dah ikutkan emosi sangat, ramai yang akan jadi beruk di jalanraya seterusnya merosakkan harta benda awam. Isu politik memang boleh buat orang ramai jadi emosional. Tapi kalau mereka hendak berhimpun dalam satu tempat tertutup yang dikelilingi dinding batu, rasanya tak menjadi masalah besar pun. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani kes ini?
- Berikan mereka peluang untuk berhimpun secara aman di stadium. Tunjukkan bahawa anda adalah kerajaan yang demokratik dan mampu mendengar suara dan kemahuan rakyat.
- Daripada buat roadblock sepanjang jalan, tumpukan pasukan keselamatan di sekeliling kawasan stadium dan pintu masuk kawasan stadium. Apa yang terjadi dalam stadium adalah tanggungjawab kumpulan Bersih.
- Bariskan anggota keselamatan sepanjang 500m hingga 1km dari pintu masuk stadium. Mereka yang berhimpun harus melalui ‘lorong’ ini untuk masuk ke stadium. Dengan ini mereka tidak boleh masuk ke stadium dalam kumpulan yang besar seterusnya mengurangkan kemungkinan kejadian tak diingini. Kaedah ini dilakukan di Russia setiap kali ada perlawanan bola sepak, konsert atau apa-apa sahaja keramaian untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku berdekatan lokasi.
- Mereka boleh menutup jalan, tapi hanya jalan utama di sekeliling stadium supaya kemasukan individu yang ingin berhimpun ini dapat dikawal.
Kita lebih suka mengamalkan cegah sebelum parah, tapi dalam hal ini, lagi dicegah, lagi parah. Orang marah kerana kehidupan harian teruk terjejas (populariti kerajaan memerintah jatuh) dan kegiatan ekonomi menjadi parah kerana bandar utama negara kita ‘mati’ beberapa hari ni.
Comments
117 responses to “Penutupan Jalan Di Kuala Lumpur – Kesilapan Besar Kerajaan & Pihak Polis”
sblum korang nak kate ambiga tu ini la itu la,korang tgk balik pemimpin kita skarang la..dorang bela n biakkan geng murtad lg bnyak..ko google la sendiri..yg itu melayu n islam (tinggal name je islam,hampeh)…lg pun org menyokong tuntutan bersih BUKAN ambiga,die cume coincidentally jd pengerusi bersih,tu je..korang patut pegi dulu ikut perhimpunanan ari tu sblum bg komen..tgk mcmmana gov abuse power.. ak jamin lepas korg tgk mcmmana polis lanyak org ramai depan mata,mesti pendirian korg berubah..BUKAKLAH mata anda..jd jd manusia yg akan trus ditindas..bangkit
rumusan nya rakyat malaysia diperbodohkan..adake berita yg sama diulang-ulang sehingga aku nak muntah.
Tapi kalau cerita pramlee diulang-ulang 10 kali pun tak ape….terimakasih kpd INTERNET kerana mu perkara sebenar dipertibangkan.
salam semua,tuntutan bersih tidak salah tapi cara yang di gunakan memang salah sama sekali, negara mempunyai saluran untuk menyampaikan sesuatu pandangan bukan hanya dengan cara yang menyebabkan ekonomi negara merosot. sebagai seorang pelajar political studies, plz jangan terlalu obses kerana mereka mempunyai kepentingan sendiri dalam demostrasi tersebut.. jangan sesekali mencemarkan stadium merdeka dengan laungan reformasi… korang masih buta ker?? kalau bangsa kita ni dijajah, korang nk kemana?? lari dalam hutan ker?? kerajaan melakukan yang terbaik utk mengurangkan impact dari perhimpunan hara.. rasa2 kalau perhimpunan tu jadi kat stadium merdeka… adakah bersih 3.0 tiada??? mesti la ADA.. sbb mereka mempunyai interest masing2..
Urmm.. macam mana nak cakapkan yer.. aku cuma setuju 50% je dengan hujah neh. aku mmg pemalas nak taip panjang2 cuma nak bagitau 50% aku setuju.
Assalamualaikum.
Sy di antara orang yg berada semasa p’himpunan tu.Dan rmai kwn2 sy yg di tahan…tapi arif blh tanya org lain kot b’mana situasi di BP.Se tau sy yg g p’himpunan tu bkn manusia2 bodoh.Ada doctor,lecturer yg pangkat Dato’ n Tan Sri pun ada.Kerajaan skrg dh selesa sgt…pemimpin2 dh senang sgt kehidupannya.
Sebuah negara yg rmai p’ganut islam tdk semestinya dianggap ngra islam,selagi mana perlembagaan & undang2 Islam yg merujuk kpd Al-Quran & hadis tdk diaplikasikan.So di mana kita??
Bahkan ada beberapa keadaan di mana ada org Islam dr ngra yg menguatkuasakan undang2 Islam dtg ke M’sia krn m’anggap M’sia adalah sebuah ngra Ialam yg bebas.
Ms sy tgh rest kat Masjid Asy-Syakirin b’sebelahan dgn KLCC sy bertembung dgn sekumpulan pelancong dr Iran.So we all pun berborak la..Slh satu yg plg sy suka bl sy tanya b’mana kita mahu menilai sesebuah ngra itu sbgai sebuah ngra Islam? So org Iran tu pun ckp.
ANTARA CARA YG PLG MUDAH DAN CEPAT ADALAH DGN MELIHAT KPD WANITA2 DI NGRA ITU.IA SUDAH BG MENGGAMBARKAN KEADAAN ISLAM DLM SESEBUAH NGRA.Ringkas dan padat jawapannya,namun tepat t’kena batang hidung!
So mari kita teliti pemimpin2 wanita dan isteri2 pemimpin kita skrg.Tepuk dada tanya Iman.BRING ISLAM BACK,MAY JANNAH BE OURS.
kasihan…. apa kaitan bersih ni dengan kewujudan negara Islam tu??
maaf cakap… hampagas je..
apa kaitan bersih dengan Islam kamu cakap kan itu..
maaf bertanya
Assalamualaikum.
Apa yg bersih nk ialah keadilan dalam pilihanraya so adil itu di tuntut di dlm islam.Kita belek dan singkap pemimpin yg kita ada skrg.Mengikut lunas islamkah?Sy sdh baca n3 dr pendekar.Alhamdulillah mmg hebat hujah anda,hadis yg anda berikan masya Allah.
Contoh senang,klau imam salah,terlebih rakaat @ apa2 kesalahan dlm solat yg kita tahu,perlu ikut gak ke?Tak sah.Masih nk berdiam diri?Atau redha yg tak bertempat.
Cuma situasi yg berbeza tapi asasnya masih sama.Jika pemimpin kita silap kita patut menegurnya…cuma pemimpin kita redhakah di tegur?
Rasa rendah diri plak nk berbahas dgn saudara pendekar.Maaf if salah tulis.
hmm teringin nak tengok macammana kalau pembangkang menjadi kerajaaan..agak2 ade bersih 3.0 tak..
Saya sokong Sazali Yusuf
hehe
kepada mereka2 yg menyusahkan org awam pada hari tersebut-mereka ni tergolong dlm manusia yg x tau bersyukur langsung duduk kat negara ni, kedudukan strategik, luar lingkaran api pasifik, xde puting beliung,gunung berapi..still nk buat huru hara,sekali tuhan turunkan bala, padan muke semua, pls, belajar bersyukur & mane ade kerajaan yg telus..but still ko xyah nk kuar pegi keje/belajar/makan/sukaria dlm keadaan takut2 kan??aku konpius, last pilihanraya, pembangkang menang besar kan..??hm..
@sueN
menuntut kebaikan akan mendatangkan bala dari tuhan?
PM meng-HALAL-kan JUDI dan berjanji akan menjadikan Malaysia pusat hiburan dimana lebih dari 20 Night Club akan dibangunkan…itu tidak mendatangkan bala?
menuntut pilihan raya adil akan mendatangkan bala?
PM nak buat Loji Nuclear…jepun dah kena…nak juga malaysia join sekali?
As salam, pendapat bro lebih kurang sama macam saya. Pelik betul kerajaan belakangan ini. :D
akhirnya ada juga blog yang berani bersuara macam ni…tahniah bro…aku sendiri tak berani nak bersuara macam ni..bukan apa….aku bukan arif sangat dalam bidang politik ni, kang kalau aku suara, tak cukup backing, aku gak yang bala….
KALAU KERAJAAN LULUSKAN PERHIMPUNAN BERSIH TU…RASANYA TAK JADI PERHIMPUNAN HARAM NI. MULA2 BANTAH PERHIMPUNAN BERSIH NI, RAKYAT MENGAMUK, SETUJU PERHIMPUNAN DIADAKAN DI STADIUM, PAS TU TAK JADI PULAK SEBAB KATA TAKUT ADA KEMUSNAHAN ATAU KEROSAKAN DI STADIUM..YANG SEBENARNYA KERAJAAN TAKUT. TAKUT KENAPA??RAKYAT NAK PILIHAN RAYA DIADAKAN SECARA ADIL DAN BERSIH.KENAPA KERAJAAN TAK LULUSKAN PERHIMPUNAN TU??SEBAB BANYAK YANG KERAJAAN BUAT DI BELAKANG MATA RAKYAT YANG RAKYAT TAK TAHU.SEBAB TU YANG TAHU,DIORANG BUAT PERHIMPUNAN NI….DAN KERAJAAN TAKUT.BUKAN NAK JATUHKAN MALAYSIA.DIORANG NAK KEADILAN JER.SAPA YANG NAK NEGARA SENDIRI HANCUR?
malas nak bertekak pasal ni la…banyak yang tak betul..kalau kerajaan bagi rakyat bersuara, tak jadi macam ni….JANGAN ADA RASUAH!!!!!
ini dah kira masuk isu politik..keyword yang amat panas di mana sahaja..tak kira blog untuk negara mana sekalipun..so aku takde komen, cuma pelik orang heboh duk memperkatakan isu ini yang takde kena mengena ngan blogger…
mungkin blogger best nak buat entri pasal BERSIH…sebab keywordnya yang amatlah panas..:D
Ada yang post entri untuk trafik, ada yang menulis untuk menyuarakan pendapat.
kerajaan berat sebelah.
Well said. Very reasonable opinion. Never take back what you had wrote ok.
Tepat.
Terfikir.. KALAULAH kerajaan dan media buat tak tahu aje, macam mana ea agaknye? Buat senyap diam xhiraukan langsung, mesti bersih 2.0 pun tawar nak diadakan kan?
Langkah-langkah:
1. Pergi warning peniaga seminggu awal kata bersih akan diadakan kat tempat tu.
2. Diam sediam diamnya
3. Bersih 2.0 diadakan (tiada liputan berita)
4. Esoknya. Oh! bersih dah habis ke? ic..
5. Kira kerugian, saman ambiga bagi hidup tak tenang sampai mati.
orang dah biasa tertindas,mmg dia ikut telunjuk kerajaan je!!!
untuk memjatuhkan sebuah kerajaan yg sekular ni,kena serang ekonomi dia dulu!!!
Try korang pikir kenapa sewenang2 kerajaan xnak bg BERSIH ni berkumpul? sedangkan agong sendiri dah bg, walaupun di stadium…politik Malaysia makin kotor…kalo dok tonton tv1,tv2,tv3 mmg la saluran yg sokong kerajaan yg akan sentiasa cari salah pembangkang…cuba bukak mata dgr kedua-dua belah pihak…pikir2 kan lah…zaman kegemilangan keamanan Malaysia makin pudar…
btol2 … smlam kat tv xder plak ckp yg ada org meninggal dunia ankara polis … bodohnyer kerajaan… orang tersebut mati syahid insyaallah kerana beliau mentang kerajaan yg zalim @ yg x btol … semoga rohnya dirahmati ALLAH…
i’m agreed with you ariff, mmg fail la government handle situation ni. Lg satu aku nmpak dngn buat all this roadblock menampakkan BERSIH ni mcm issue terok gile la, smpai issue perkauman 13 mei sume masuk padahal the purpose of BERSIH is all about the tuntutan, xde pun sentuh perlembagaan, ketuanan melayu ke or anything yg involve sensitive issue.. tp with all this crap (roadblock, issue nk baling molotov cocktail la and other propaganda by media mainstream (control by government) mmg wat situation lg worst. padahal klau gov bg ruang sket, bnda ni xde ape pon. Remember akta perlembagaan.. we have right to do the demonstration (apsal la xluluskn je permit wat kt stadium negara) x faham btul la ak govrmnt ni.
Kalau kerajaan membenarkan Bersih berhimpun di stadium pun apa rasionalnya.. bersih badan tidak berdaftar.. apa keistimewaan bersih sampai kerajaan nak beri spacial priority untuk mereka berhimpun.. kita kena faham.. jika kerajaan benarkan Bersih berhimpun di stadium dan bagi permit senang wenang pada mereka.. akan ada banyak pihak yang akan tuntut benda yang sama.. contohnya hindraf pun akan minta stadium untuk berdemo dan badan2 lain yang nak perjuangkan hak masing akan mintak permit dan stadium untuk berhimpun. dan akhirnya satu masalah pun tidak selesai… dan akhirnya mengganggu sistem ekonomi dan imej negara..
Dan lagi satu.. kita kena ingat sejarah.. jangan mudah diperalatkan.. dahulu kita sibuk berdemo untuk tentang Ambiga kerana kes Lina joy .. semua orang dok hentam Ambiga kerana menghina perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama rasmi.. tapi sekarang dok sokong pulak Ambiga kononnya memperjuangkan politik yang bersih.. dimanakah standing kita.?? kaji dahulu sejarah orang dibelakang Bersih dan apa agenda yang dia nak perjuangkan..
Kenapa polis buat sekatan..?? sebab if tidak cegah awal-awal.. bayangkan berapa ribu pengikut bersih yang datang kalau tidak ada kawalan.. kita tak tau siapa orang-orang yang ada dalam perhimpunan itu.. katakanlah ada agenda jahat.. dan ada pihak yang nak cetuskan huru-hara didalam kelumpuk tersebut yang boleh cetuskan huru-hara apa akan jadi..?? lumrah manusia.. kalau dah ramai-ramai tu.. macam-macam perangai.. kalau kita tidak kawal macam-macam boleh jadi.. Ambiga suruh orangg berhimpun ni dia ada bagi insuran ke.. kalau mati kena langgar ke anak org sapa nak disalahkan.. akhirnya kerajaan juga yang dipersalahkan.. fikir-fikirkan lah.. apapun.. harap-harap bangsa melayu jangan berpecah..
@sazali yusof
minta permit bagi perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil susah
bagi permit concert2,jom heboh,sure heboh, sampai kes rogol meningkat, sampah2 sana-sini, used condoms bertabur….bulih pulak kan?
biasanya rakyat lebih pandai berfikir daripada pemimpin.
100+ utk entry ni :)
Aku juga turut bersetuju dengan hujah ini.. Tak patut kerajaan menyekat rakyat untuk bersuara dengan aman..
Ariff? Lain macam bunyi? tak bimbang scholar kena tarik ke? Jujur punya pasal, takkan you tak tahu bahawa “kuasawan” (meminjam istilah A. Samad Said) ni bodoh sombong dan tak boleh ditegur, dan mereka dan juak-juaknya TIDAK AKAN mengaku salah walaupun dah tersalah buat
aku rasa ni taktik kotor gile. Polis buat roadblock banyak2 sampai tempat yang x kena mengena pun kena roadblock. Lpas tu nanti wartawan dapatkan komen orang awam yang terjejas teruk. Confirm2 diowg salahkan Bersih 2.0. Kalau betul la nak jaga keamanan, g kumpul ramai2 kat tempat diowg berhimpun, lpas tu bukan dok depan diowg macam nak bertempur, tapi keliling diowg pisahkan dengan orang awam lpas tu assist diowg ke tempat tujuan. Apa salahnya. Aku yakin semua orang balik dengan gembira. Happy ending la katakan..
Macam ni lah, kalaulah perhimpunan bersih ni dianjurkan oleh orang melayu sendiri, korang rasa kerajaan bagi atau buat benda yang sama halang mereka dari terus buat perhimpunan sampai tutup semua jalan? What do you think? Sama je mesti kerajaan tak akan bagi muka punya.
It doesn’t matter who is the leader of the bersih or who will join it. The matter is our goverment itself!!!
Terima kasih kepada kerajaan kita kerana telah menyusahkan rakyat Malaysia. Itu pun korang nak sokong lagi ke..
macam manapun aq tgk perhimpunan nie tetap menyusahkan banyak pihak.. Dan kawan aq sendiri yang kena menjaga diorang nie berhimpun. Menyusahkan orang jer.. Inilah unsur2 akan diadakan lagi perhimpunan seperti ini di pilihanraya akan datang. Dan seperti kita tahu ramai yang sudah ditangkap.. Sangat memalukan kerana orang melayu yang ditangkap.. Apa maknanya tue??
@acid
menyusahkan ramai pihak? sepa yang bagi susah? sepa buat roadblock? sepa pukul,buang tear gas, water blast orang? sepa suruh tutup kedai? kenapa perlu tutup? kenapa perlu ada roadblock?
malu kerana orang melayu kena tangkap?
ko check baik2..yang tangkap tuh pun malayu..yang pukul tuh pun malayu..yang teriak2 kat orang tua pun malayu…tak kisah race..yang penting apa dia buat
Buka jalan macam biasa. Tak perlu tutup2. polis jalankan tugas jaga keamanan. bukan sembur2 gas pemedih mata. bila buat mcm tu, lagi la rakyat mberontak & marah. Inilah masanya Rakyat mahu bersuara
aku terpanggil nak bagi komen lak..ni pada pandangan aku la kn.aku pun setuju penutupan jalan tu memang menyusahkan..sebab jadi trafik jammed dll..tapi aku lagi tak setuju sebab perhimpunan bersih ni diadakan.Sebab bersih ni bukan dibuat untuk pilihan raya.Memang tajuk utama 8 tuntutan tu.tapi ada agenda lain disebalik tu.Ada campur tangan asing, ketua bersih kita pun tau sape..ambiga kan..korang pun tau dia ni sebelum ni sokong lina joy murtad..kita bercakap sebab ada bukti..bukan main tuduh..kenapa polis sekat jalan?sebab polis ada jumpa senjata..polis nak halang perusuh buat kacau..memang bukan semua yang datang ada niat nak merusuh, tapi akan ada orang yg akan ambik kesempatan bila benda ni polis buat dek je..aku setuju kalau perhimpunan ni di buat kat stadium shah alam, tempat pembangkang sendiri bukan di ibu negara..
Terbaca tweet pasal kenduri kahwin kat KL yang hanya dihadiri 30 orang tetamu shj. Sangat sadis!
Inilah negara berdemokrasi (kononnya). Hak bersuara hanya omongan kosong.
niat nak mencegah kemudaratan tapi tetap menyusahkan rakyat gak.. haish
time2 ni aku cadangkan majlis2 perbandaran or DBKL or whatsoever sila2 laa baiki jalan/repair mane2 yg patut…org putih kate, fully utilize the situation……LOL…..xda org gile nak pi serang org yg baiki jalan! aku gerenti..hahaha..
p/s sorry menyimpang jap! hahah…
bagi aku, buat roadblock ni..memang silap besar. Kesilapan yang sangat besar.
Siapakah sebenarnya pengerusi Bersih2.0…
Ambiga Sreenevasan
1.Bangsa – India.
…2.Agama – Hindu.
3.Anti Islam.
4.Penyokong murtad.
5.Menjadi peguambela kepada Lina Joy, wanita Islam yang murtad.
6.Menganjurkan forum mempertikaikan kuasa Mahkamah Syariah mengenai isu penukaran agama daripada Bukan Islam kepada Islam.
7.Penyokong kuat dan penggerak IFC (Inter Faith Commission/Suruhanjaya Antara Agama) yang pernah mengecam kononnya “penceraian dalam Islam adalah zalim” dan menyokong pluralisme.
8.Menawarkan khidmat guaman percuma kepada mana-mana umat Islam yang nak murtad sekiranya kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
9.Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang memohon untuk menjadi Peguam Syarie.
Ini baru sikit, fikirkanlah sendiri…
ni ke yg kome nk sokong???
bersih1.0 pn kene bnth ngn kejaan wlpn pengerusiny melayu..so..scra ksmpny..kerajan mmg tkt mgadakn pilhnrya yg adil..soal sp pengersi xpntg,A.samad said jg mrpkn org pntg dlm bersih..jgn kita menylhkn owg kafir yg x mengrti Islam..tpuk dada tny diri msg2 knp murtad trjd dimalaysia…
haha, tutup macam kes Tuya monggolia.awak sokong la Jib.
err kite nak sokong BERSIH, bukan ambiga. baca balik tuntutan bersih.
@miko
kita bukan nak sokong itu orang, bukan agama dia, bukan past dia, bukan agenda dia, bukan idea dia,
BERSIH hanya nak pilihan raya yang adil jak
apa susah? kenapa perlu attack? kenapa buat roadblock?
No komen
this is Be End territory waakakaakaka
Mengelak lebih baik dari mengubati.
Polis bertindak awal demi mengurangkan tekanan yang bakal dicetuskan oleh perhimpunan nih. Memang agak menyusahkan. Tapi, anda kali ni ianya dibenarkan tanpa kawalan ketat polis, maka akan berlaku LEBIH BANYAK demonstrasi yang kemudian akan menyebabkan kedudukan negara jadi LAGI TERUK!
itu namanya demokrasi
dimana rakyat yang pilih siapa pemimpinnya
bukan pemimpin pilih siapa rakyat siapa pemberontak
suarakan pendapat pun tak boleh
menuntut keadilan pun tak boleh
apa semua nih?
klu ko kena pukul,kena tangkap,kena ikat,kena teriak seperti mana BERSIH kena…ko tahulah…betapa “sayangnya” pemimpin kita sama ko
polis bongok.
yang ini aku setuju sepuluribujuta peratus hehe
harap2 kerajaan dengar suara rakyat..
susah la macam ni..
aku nampak sangat ‘ketakutan’ yang jelas terpapar pada muka2 menteri bila BERSIH nak ‘bersuara’..
setiap hari isu yang sama dibangkitkan..
aneh..pasti ada sesuatu..
banyak betul agenda politik nih..
paling best bila ada yg guna ayat2 Quran ntk menghalalkan segalanya..
sigh, teringin nk baca paper esok..
aku pun ‘marah’ dengan tindakan kerajaan tutup jalan masuk ke KL.. banyak kot urusan di hari Sabtu ni, ingat semua orang free je hari Sabtu. mmg menyusahkan gila. sebenarnya bukan BERSIH yang bagi susah, tapi kerajaan sendiri yang menyusahkan rakyat. pengecut mungkin.
itulah.ada kontra nyer
Salam..
layan Transformers lagi
best kalau gini..
:)
haa setuju sangat tu..haha
jom..! ngeh 3x
Jangan salahkan polis, mereka hanya menjalankan tugasan yg diberikan sahaja. Tak pikir ke masa mereka juga terbuang gara-gara masalah ni. Mereka pun tak nak benda ni berlaku. Buang masa buang tenaga, jadi jangan salahkan polis pula.
Tak salahkan polis, tapi salahkan orang yang mengarah.
Itu lebih baik.
yup..masa mereka pukul, tangkap, ikat, teriak2,
check lah kes2 orang mati/sakit jantung/patah tulang
oleh polis semasa BERSIH
tengok? nak buat perhimpunan BERSIH pun memerlukan anggota keselamatan. bukankah menyusahkan? kalau betul-betul aman takpe, tapi kalau ade yang menimbulkan sensitiviti sesuatu perkara macam mana? apa jaminan pihak penganjur? aku pelik sebab ramai sangat orang melayu yang sertai. padahal orang cina? tak amik port langsung! diorang takde macam orang melayu, sikit-sikit nak bersuara, sikit-sikit nak persalahkan satu sama lain, sikit-sikit nak bergaduh. walhal orang cina diorang takdenye macam tu. diorang bersatu padu. tengok macam pulau pinang. apa jadi pada orang melayu? tu belum masuk dengan ipoh lagi. entahlah. masing-masing nak perjuangkan pemimpin tapi sejauh mana kejujuran diorang dalam memimpin negara? tak payah nak pertahankan mana-mana pemimpin sebab takde yang perfect! itu pendapat aku.
Ya ya ko mesti pergi bersih neh sebab tue tahu tiada orang cina sertai.. muahahah sila tulis pengalaman bersih ko sebab aku nak baca..
smlm balik dri midvalley, jam dkt federal highway. masuk sunway pon jam teruk.. dasat tol
Ni boleh kita anggap bagaikan menghalang penyakit dari merebak.
Penyakit seperti kencing manis, kalau terkena pada kaki, kaki perlu dipotong supaya dia tidak merebak. Itulah sepatutnya. Tetapi jika kencing manis tiada lagi tetapi sudah dipotong kakinya, tidak betulah.
Kawalan diperlukan.. ramai orang kan perlu kawal, tapi tak perlu lah terdesak buka setiap kereta yang lalu masuk KL. Kalau nak diikutkan match bola antara negeri lebih bahaya, ye lah lawan dua negeri, masing-masing ada supporter sendiri.. mereka lebih berkemungkinan bergaduh.
Tapi BERSIH ni yang pergi Rally semua orang yang menyokong, jadi tak kan dia nak bergaduh sama sendiri?
Ia tidak salah berwaspada, tetapi kalau terlampau berwaspada ia menyusahahkan.
Pemandu paling BENCI JAM tapi mrk PALING BENCI JAM SBB ROADBLOCK maka… KESILAPAN AMAT BESAR menjadi SEJARAH KERAJAAN BN 2011.
kita sering dikaitkan dengan perbalahan kaum pada 13 mei. perkara inilah yg cuba kerajaan sedaya upaya elakkan. kalau terjadi lg sekali, memang padah yg buruk kerajaan dan rakyat bakal hadapi. jd, peristiwa silam memang memeritkan…
boleh halang jalan boleh rampas baju, tapi dalam pru 13 rakyat tak boleh dihalang nak pilih siapa.
Rajin-rajinlah nanti turun mengundi ye.
jgn bersih di jalan,tapi lupa daftar undi :D
pasal serah masa jumpa agung hari tu…demo ni nak tunjukkan bahawa memo tu di sokong oleh orang ramai..ingat tak pasal demo ppsmi?…tak berapa lama lepas demo kerajaan hapuskan ppsmi…sebenarnya demo ni bukan menggugat negara tapi menggugat UMNO….transformasi eko,pendidikan dah di buat kenapa transformasi pilihanraya tak di buat?..takut dengan bayang2 kot
memang menyusahkan jer. tak perlu kot nak berhimpun2 ni…hantar je memorandum tu sorang2 takleh ke…ni nk berarak2 leh jadik tak terkawal. takotnye kalo jadi macam kes kat mesir tu…ish2 politik je sume ni..
sebenarnya tak rasa bersalah ke kita semua orang islam ikut telunjuk “ambiga”…kenapa isu lina joy yg di miliki ambiga …sudah ok kepada kita ke…atau terlupa atau sengaja butakan mata pekakkan teliga….hebat2!
Kalau Umno buat perhimpuanan takpa..kalo pembangkang tak leh…adat la sebab ada kuasa (kat Dunia)…
tapi kena ingat, suara rakyat suara keramat…Takbir!!!
aku sokong ketegasan kerajaan serta pihak berkuasa untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam….setakat cakap memang senang bro, kalau kau jadi PM baru kau tau..kau ingat depa nk berdemo secara aman ke?
hahaha.. PM ko pun dah terbang lari ke luar negara..
awal2 lagi dh PM P.Prg gi Eropah..ariff Pm rusia..haha
jgn nak slahkan polis pula! Ni salah org2 BERSIH yg gila takhta la nie. Nyusahkan org ramai nak g keje, beribadah. SErah memo jer pon. Nape nak berarak bagai?? Berat dosa ker ape memo tu nak diarak bramai2 utk dserah??
dah tau orang nak serah memo je, yang pegi halang tu kenapa?
kejap kata boleh..kejap kata tak boleh…
last-last apa pun tak boleh….
start dari JB lagi dah ada roadblock…
nampak macam takut sangat dengan Bersih ni….
kata negara demokrasi berpelembagaan….
kalau tak nak ada bersih ni..sepatutnya dari bersih 1.0 lagi kerajaan dah ambil pengajaran..laksanakan saja tuntutan tu….bukan susah pun kan…kerajaan kan ramai penyokong dan banyak duit.boleh menang punya pilihanraya nanti..tu pun kalau menang lah…
Tu tak kira lagi yang mcm kami ni kerja di hospital. Kami mana bleh cuti sbb orng sakit x cuti. nak pergi kerja pun x dapat sebab jalan tutup siapa nak jaga sume orang sakit tu? Inilh tandanya kerajaan prihatin sampai x mempertimbngkn aspek2 mcm ni. baguslh kalau siapa2 yan sakit esk pandai2lh jaga diri sendiri.
shah alam – kl = 2 jam tadi. over
bagi aku kerajaan ingin menimbulkan kesusahan kpd rakyat, dlm pada yg sama secara tdk lansung rakyat akan menyalahkan perhimpunan ini…..
:)
mcm mne kalo org2 yg sokong kerajaan pulak yg dok berlakon jadi budak2 Bersih & buat huru-hara kat luar stadium?who knows.. politik tetap politik.kerajaan dgn pembangkang same jek.propaganda terlalu banyak.
Kalau kat luar stadium buat hal pihak berkuasa cekup jelah. Apa susah?
Aku pun bersetuju jugak
memang tak nampak rasional nya dengan penutupan jalan,lebih baik jaga keselamatan,itu yang lebih penting sekali
diorang tutup smo jalan bagi KL lumpuh, then lepas ni diorang akan claim cakap KL lumpuh berpunca dari BERSIH. padahal diorang yg menyusahkan rakyat dan menjejaskan imej negara. rakyat dah boleh baca taktik kotor kerajaan dan polis ni
Betul aku setuju, nanti Berita kat surat khabar, Tv3 Tv1 Tv2 claim bersih yang LUMPUH kan KL… padahal awal awal lagi jalan di seluruh KL ditutup
nak hantar memorandom konon,padahal hari tu dah jumpa yang dipertuan agong face to face lagi.kenapa tak serahkan je terus?nampak sangat ada agenda lain.sebab korang nak buat perhimpunan la banyak roadblock.tak pasal-pasal aku pun tersekat kat selangor.
cik azura, mmg haritu ade jmpe agong but bkan nk serah memorandum tp issue laen.. yg ni br nk serah memo.. u have to know protokol istana, and the massive jem bukan sbb bersih tp all the roadblock by police..
ariff, aku setuju dgn ko punya entry. tapi ini memang politik. kalau bagi stadium dan kebenaran, ingat boleh ke semua berarak dengan aman.da saja yg akan buat2 pakai baju kuning dan buat kacaau. mmg no way la boleh amanz.
exit lebuhraya karak sebelah uia jem ntah brape KM.. roadblock sblm smpang ke MRR2.. kalau aku bengang gak sangkut kat jem gitu..
Bersih ni akan mendatangkan mudarat kepada negara…
benda mudah, tp kerajaan yg merumitkannya..
takut dgn bayang sindri..
kawan aku yang keja kat IJN pun kata IJN dah jadi kawasan darurat. Pekerja diorang tak boleh balik dalam dua hari ni sebab takut terperangkap dalam perhimpunan dan road block. Uih macam teruk je keadaan kat KL..
aku takut gak tengok berita tadi.. sampaikan polis jumpa botol berisi petrol dan satu surat suruh gi baling botol-botol tu kat pejabat UMNO.. risau gak kot2 jadi darurat macam 13 Mei dulu. Adehh..
Kadang-kadang aku terfikir, di mana jiwa melayu kita yang dulunya mencapai kemerdekaan melalui perbincangan? Macam ko cakap nak bagi memorandum tu kat Agong sampai kena buat demonstrasi memang agak melampau. Tak leh ke beberapa wakil rombongan atau ketua BERSIH tu gi serah sendiri kat Agong tanpa ada demontrasi. Sama macam kita hantar rombongan untuk capai kemerdekaan. Kan lebih baik macam tu..
Bagi aku, tujuan & tuntutan bersih tu tak salah. Cuma demonstrasi tu je yang tak betulnya. Aku rasa demonstrasi ni ada agenda lain. Mungkin sebab nak alihkan perhatian dari suatu ‘isu’ yang lain. Wallahualam…
.
we have the right to do the demonstration.. ade dlm akta perlembagaan.. and all the molotov cocktail, bullshit sume propaganda utusan and tv3 and all media mainstream(control by the government)
sama² kita berdoa agar keamanan ni kekal…
Salam Ariff…
Sis setuju dengan pandangan Ariff…. Sebenarnya daripada mula2 keluar isu bersih ni Sis dah rasa jengkel… Huh!~
Terus aku tangguh plan nak pergi bandar beli tiket. Takut tiba-tiba jadi mangsa.
setuju rip tapi bukan dah bagi stadium melawati depa takmo ke?
yang tu tak pasti, tapi asalnya PM cakap nak kasi stadium merdeka. Last2 cancel.
dorg x nk wat kt stadium melawati or s.alam sbb dorg nk buktikn yg dorg x der kaitan ngan pkr…
Seksa betul. Tak suka sebab sudahlah kena kerja pada 9hb, jalan raya pun banyak tutup!
Adakah depa peka dengan masalah dan kemelut yang bakal dihadapi rakyat marhain?????
*tak pasal-pasal aku pun emo!
tadi kawan2 aku dah kena tahan bila nk keluar dari terengganu..macam2 kena check..siap kene check denyutan nadi masa soal siasat lagi.kereta kene geledah..diorang mmg dah cuak tadi..tak habis2 diorang marah kat polis tadi
klo x nak jln d tutup jngn berhimpun..sedangkan x de perhimpunan pun jln dah memang sesakkk…
Bernas dan saya setuju
kali ni setuju ngan ariff… syg ko..wakakaka
kerajaan dah cuak, mcm2 mereka buat nk stop Bersih
Ingat nak pergi KL cari barang nak bisnes dah terbantut dah. Memang tak setuju dengan penutupan jalan2 ke KL ni.. menyukarkan orang nak masuk..
aku sokong tindakan tegas kerajaan. :)
imej kerajaan Malaysia tidak akan jatuh di mata dunia. sebaliknya imej kerajaan Malaysia akan menonjol di mata dunia. :)
Kejap,lorong nak keluar rumah pun kena.Mmg nak kena lempang berjemaah ke apa haa?
lorong nak keluar rumah apa pulak ni..
sokong! bile msg2 nk tnjuk kuasa ni lah jdnye
memang aku setuju sgt2
xnampak rasionalnya penutupan jalan ni
lai buat keadaan bertambah parah
kan lagi bagus diorang biarkan je mereka berhimpun secara aman
xdela menyusahkan banyak pihak
Entry Terkini:
Iklan video perli Perhimpunan BERSIH 2.0!
menyusahkan orang yang tak ada kena mengena je! kalau berhimpun scara aman kat dalam stadium tak pa gak.. kalau dah kat jalan tu aman ke bendanya… menakutkan orang sekitar jer.
Ramai Bangla n Indon dapat IC, untuk undi nanti jatuhkan selangor.gadai lah negara ni untuk tujuan politik.