Panduan Pendaftaran PR1MA

pr1ma

Pendaftaran PR1MA dah buka. Baru je lengkapkan permohonan saya. Target saya adalah untuk dapatkan satu unit rumah teres, kondo ataupun apartment di kawasan Kwasa Damansara (sekarang nitapak Rubber Research Institute Malaysia – RRIM, Sungai Buloh). Kalau dapat situ dekat sangat dah dengan ofis.

Kalau nak mendaftar, pastikan anda layak untuk memiliki rumah di bawah program ini. Syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan antara RM2500 – RM7500
  • Memiliki tidak lebih daripada sebuah hartanah sahaja
  • Mematuhi syarat tambahan lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Pemohon akan dipilih berdasarkan proses balloting. Bukan first come first serve. Walau bagaimanapun, eloklah register cepat-cepat kan..

Cara nak daftar mudah je. Pertama sekali, pergi ke pautan ini. Dah selesai kat page tu, check email dan sahkan pendaftaran. Lepas tu log in.

Pendaftaran PR1MA ni straight forward macam nak daftar email. Cuma first page, dia akan minta nombor KWSP & nombor cukai pendapatan (LHDN). Kalau takde, tak boleh lepas. Jangan masukkan nombor palsu semata-mata nak lengkapkan permohonan, mereka boleh batalkan permohonan anda.

Baru je cakap dalam entri sebelum ni, nak beli rumah sekarang kena daftar dengan LHDN.

Step-step seterusnya pun straight forward. Mereka akan meminta maklumat pasangan (kalau ada), tanggungan (kalau ada), maklumat hartanah (kalau ada), maklumat tempat bekerja, pilihan rumah PR1MA berdasarkan jenis hartanah (apartment, rumah teres, bilangan bilik dll.), lokasi pilihan.

Lepas tu kena lampirkan dokumen sokongan. Senarai dokumen yang boleh dilampirkan adalah seperti di bawah.

Dalam page terakhir dia minta maklumat pendidikan. Takde kaitan sangat dengan permohonan, mungkin sekadar survey yang mereka ingin lakukan.

Lepas tu selesai permohonan. Mudah je kalau dah ada apa yang mereka nak.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

52 Comments