
Pendaftaran PR1MA dah buka. Baru je lengkapkan permohonan saya. Target saya adalah untuk dapatkan satu unit rumah teres, kondo ataupun apartment di kawasan Kwasa Damansara (sekarang nitapak Rubber Research Institute Malaysia – RRIM, Sungai Buloh). Kalau dapat situ dekat sangat dah dengan ofis.
Kalau nak mendaftar, pastikan anda layak untuk memiliki rumah di bawah program ini. Syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan antara RM2500 – RM7500
- Memiliki tidak lebih daripada sebuah hartanah sahaja
- Mematuhi syarat tambahan lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Pemohon akan dipilih berdasarkan proses balloting. Bukan first come first serve. Walau bagaimanapun, eloklah register cepat-cepat kan..
Cara nak daftar mudah je. Pertama sekali, pergi ke pautan ini. Dah selesai kat page tu, check email dan sahkan pendaftaran. Lepas tu log in.
Pendaftaran PR1MA ni straight forward macam nak daftar email. Cuma first page, dia akan minta nombor KWSP & nombor cukai pendapatan (LHDN). Kalau takde, tak boleh lepas. Jangan masukkan nombor palsu semata-mata nak lengkapkan permohonan, mereka boleh batalkan permohonan anda.
Baru je cakap dalam entri sebelum ni, nak beli rumah sekarang kena daftar dengan LHDN.
Step-step seterusnya pun straight forward. Mereka akan meminta maklumat pasangan (kalau ada), tanggungan (kalau ada), maklumat hartanah (kalau ada), maklumat tempat bekerja, pilihan rumah PR1MA berdasarkan jenis hartanah (apartment, rumah teres, bilangan bilik dll.), lokasi pilihan.
Lepas tu kena lampirkan dokumen sokongan. Senarai dokumen yang boleh dilampirkan adalah seperti di bawah.

Dalam page terakhir dia minta maklumat pendidikan. Takde kaitan sangat dengan permohonan, mungkin sekadar survey yang mereka ingin lakukan.

Lepas tu selesai permohonan. Mudah je kalau dah ada apa yang mereka nak.

Comments
52 responses to “Panduan Pendaftaran PR1MA”
Kalau dokumen yg dimuatnaik tu payslip je boleh ke? Ke boleh tambah lagi pada masa akan datang? Itu je ade buat masa sekarang.
Rasanya boleh. Nanti confirm dia minta lagi untuk permohonan yang betul. Yang sekarang ni saringan je dulu
kenapa saya xboleh upload lampiran ye?tlg bantu saya boleh?
Mungkin fail terlalu besar?
Atau browser tak sesuai? Cuba guna browser lain dulu
saya boleh click pada choose file..tp xjadi pape pun…sy xboleh upload file .. I am stuck at step 6..just 1 more step left…
yeah…same thing happened to me..seems ie dun work…try chrome :)
alamak gaji baru RM1100 layak ke apply?
ni yang takut tak lepas
Boleh try. Lagi satu cara, apply untuk perumahan kos rendah. Lagi murah.
JIKA UNDER PROGRAM AKPK ADAKAH LAYAK MEMOHON?
Berkemungkinan tak. Kena tanya pegawai AKPK dulu
salam cik arif..
saya dah buat daftar di dalam pautan yg cik ariff mention in above,
tp problem nye email ID yg saya daftar kan dlam pautan itu ada sedikit masalah dgn password untuk log in. dan saya xble nk dapat report berkenaan dgn PR1MA ni. sy telah pun creat Email ID yg bru dan daftar lg sekali dalam pautan tp xbole sbb detail sy dah ada.. so mcm ne sy nk thu altenatif lain untuk sy apply.. adoi…???
Susah pulak camni. The only way, contact admin kat website tu minta dia padamkan permohonan yang lama. Lepas tu baru boleh mohon semula
mcm mane nak dapatkan user ID?
Register ikut link yang diberi atas ni, lepas tu check email yang mereka hantar. Ikut instruction kat situ
Memang beruntung ariff kerana merasmikan penggunaan PR1MA yang boleh dikatakan antara yang terawal.
Alaaaaa.. Nurul x layak.. :(
Mesti dah banyak rumah ni
Kalau gaji yang bawah RM2500 kena cari rumah kos rendah . Apapun bro ariff telah buat tutorial yang berguna ne
Alamak..pendapatn 2 nk pendapatan kasar kea?..xlepas la ni nk mohon..
Kalau bawah pun takpe..
errmmm.. td dah pergi kat link utk register. sekali lupa no EPF dan LHDN pulak. huhuhu
Atas nama saya baru sebiji…atas nama wife 2 biji…so, eden kira lepas tak bro?
Tak lepas sebab wife punya detail pun diorang check nanti
moga dapat membantu bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran pr1ma kelak.
alamak, tak cukup syarat nk apply.. umur tak cukup lagi la ariff, nak buat cmne?
Kumpul duit dulu sikit2. Nak beli rumah perlu banyak duit
Terima Kasih Ariff….kena siapkan dokumen dulu baru tak sangkut bila.nak daftar…
Terima kasih kerana berkongsi. Semoga dapat apa yang dihajati. :)
terus register.. mana tahu ada rezeki duduk rumah teres.. hehehe
baru tahu sekarang nak beli rumah kena daftar LHDN, terimakasih atas informasi berguna ini
Dapat rasa keterkilanan pengomen yang bernama terkilan di atas tu. Cakap dia memang ada point. Tak pertikai apa-apa prosedur kerajaaan. Cuma terfikir kalau nak membantu rakyat memang bantu yang dalam lingkungan bawahan dulu. Bukan bermakna yang lain tak perlu bantu, namun bantuan yang menurut apa yang diperlu. Kalau dah gaji rendah dan tanggungan banyak, mana nak mampu beli rumah. Bank takut nak bagi loan. Alasan kemampuan bayar balik macam tak menjamin. Jadi tak padan dengan kata ‘Rakyat di dahulukan’. Nampak jaga kepentingan bank dan developer saja.
Bagus. Nak kena try jugak ni. Mana tau sangkut. Thanks for the info
daftar je dulu…dapat tak dapat tu, cerita lain…
sedih terkilan…
syarat utama pendapatan rm2500-7500??
keje gomen 7 tahun, duk menyewa smpai skrg..
gaji hmpir cecah 2k..isteri suri rumah jg anak..
harapkan pr1ma??…tak yahlaa..rumah rakyat ker??
mereka bergaji 4k ke atas sudah tentu mmpu beli rumah tnpa pr1ma..
kelayakan mereka mmg setaraf..gaji 7k?..mustahil belum de rumah..
utk apa pr1ma nie yer?..
salam.
sekadar nak tolong bagi sedikit input. skim rumah kerajaan ni ada 2 jenis:
1) Skim rumah Pertama+Skim Mudah Milik under SPNB untuk rumah kos rendah untuk yang berpendapatan kurang dari rm3000 sebulan
2) Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) adalah medium cost untuk yang berpendapatan sederhana
Mungkin saudara boleh kaji info mengenai Skim Rumah Pertama dulu :)
Thanks atas penjelasan. Tepat sangat dah jawapan yang diberi. Cuma mungkin kuota untuk kos rendah tu terlalu sedikit?
okeh. nak pi baca kejap.
jeles sebab tak boleh daftar dah…. huhuhu…
good luck ariff untuk dapat rumah under pr1ma ni.. :)
wah kalau bro dapat ni kira banyak juga lah rumah yang bro ada ya? macam tu?
p/s: dah vote lagi :3
Mana ada banyak. Yang pertama pun belum settle lagi
insyallah boleh tu :D
Kena daftar LHDN la nampaknya ni. Tq Ariff utk perkongsian.
Rasanya kalau berjaya memiliki PR1MA perlu perlu mendiami dan tidak boleh dipindah milik dan dijual.
10 tahun kena tinggal kat situ. Lepas tu, terpulang kepada kerajaan/PR1MA.
Tengok kawasan la. Kalau kawasan yang dibeli tu pun memang bagus, tinggal je terus kat situ. Murah pun ye
if still study tak boleh apply lah.. sbb tak bekerja… sobss…
camner ni…
Samalah kita, kena tunggu grad la jawabnya sob t.t
Macam mana nak pilih Kwasa Damansara? Ke die bagi ikut suka hati die?
Kwasa tu tak announce apa-apa lagi. Location wise, itu yang terbaik.
Just register dan letak pilihan lokasi Selangor/KL
ok.. kena semak no KWSP balik..
dan kena apply LHDN…
tak bekerja boleh ker apply LHDN?
sebab saya sambung belajar… hehe… thanks …^^….
Boleh apply sebab masa saya apply dulu pun belum bekerja lagi. Just apply online.
salam en ariff,
nak tanya dokumen2 yang perlu attach tu hanya document pemohon atau sekali dengan spouse..? tq yusman
Tak pasti pulak sebab saya punya option hari tu satu dokumen je boleh muat naik. Jadi cara yang paling senang, savekan semua dokumen dalam satu fail pdf dan upload. Kalau dia benarkan satu fail pdf je dimuat naik, at least semua dokumen tadi dah ada dalam satu fail.
Walau bagaimanapun, dokumen tu sebenarnya nak buat saringan je. Senang mereka nak reject permohonan mereka yang gagal kemukakan dokumen. Nanti dah terpilih, confirm kena submit balik semua dokumen untuk pengesahan semula.