Eye Exam For Lasik

Reading Time: 2 minutes

Rabu lepas saya ke klinik untuk pemeriksaan mata sebelum menjalani rawatan lasik. Pemeriksaan yang saya sangka sekejap rupa-rupanya ini memakan masa paling minimum 2 jam. Terpaksalah cancel plan nak ke One Utama – belum pernah lagi pergi OU sejak balik hari tu.

Sebenarnya ada pihak ingin menaja rawatan ini (jangan tanya siapa) dan memang dari dulu lagi saya bercadang nak buat rawatan ini. Rasanya impian semua orang yang memakai cermin mata ingin membuang cermin mata dan dapat melihat dengan biasa. Ada yang rabun pun hanya memakai cermin mata bila terpaksa je..

Pada step 3, sedikit sel pada kornea dibuang supaya kornea dapat dibentuk untuk menghilangkan rabun. Kalau kornea nipis, tekanan dari belah dalam mata yang lebih tinggi akan menekan bahagian yang nipis tadi (setelah sel dibuang semasa rawatan) menyebabkan komplikasi lain

Daripada keputusan pemeriksaan, saya didapati tidak layak untuk menerima rawatan lasik sebab kornea yang terlalu nipis. Senang cerita, terdapat risiko komplikasi lain sekiranya saya meneruskan rawatan ini. Kornea yang nipis adalah disebabkan genetik dan takde kaitan dengan melihat skrin komputer sehari suntuk. Nak tak nak terpaksalah menolak tawaran tersebut.

Agak down sekejap hari tu. Yelah kan.. when something you really want presented upon you in a silver platter but suddenly they say you are not eligible for that, memang rasa macam dunia ni tak adil. Tapi kadang-kadang saya sedar, selama ni I always get what I want. Takpelah.. di sebalik kekecewaan ni mungkin ada sesuatu yang lebih besar untuk saya nanti.

Frust. Esok lepas geram kat superbike.


Posted

in

by

Comments

36 responses to “Eye Exam For Lasik”

  1. ieda Avatar
    ieda

    Ariff, sekarang dah ada alternatif baru pada sesiapa yang tak sesuai buat Lasik…baru baca dalam Utusan hari tu…namanya Visian Implantable Collamer Lens (ICL) V4c…ni artikelnya dalam Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm
    …mana la tau kut2 sesuai ke sebab saya pun pakai spec, so faham sgt perasaan xnk pakai spec ni…kalau la saya ada duit lebih, nak juga buat Lasik ni…

  2. ieda Avatar
    ieda

    Ariff, sekarang dah ada alternatif baru pada sesiapa yang tak sesuai buat Lasik…baru baca dalam Utusan hari tu…namanya Visian Implantable Collamer Lens (ICL) V4c…ni artikelnya dalam Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm
    …mana la tau kut2 sesuai ke sebab saya pun pakai spec, so faham sgt perasaan xnk pakai spec ni…kalau la saya ada duit lebih, nak juga buat Lasik ni…

  3. Miss Meen Avatar

    Uh!!! Rumit juga rupanya…
    Okey thanks f0r inf0!!! :D

  4. sha Avatar

    ermmmm hope ariff dah tak frust. hensem je pakai spek. hubby kak sha pun pakai spek. opsss.. tertukar topik plak.. hihihi….

  5. Ekspresi Ruang Avatar

    mungkin ada hikmah di sebalik ketidaklayakan tu.
    tp pakai spek nmpk lebih educated n lebih smart, per?

  6. hazman aka species1980 Avatar

    Hurmmm…. Nak carik gak la orang yang nak SPONSOR rawatan lasik nie…

  7. Lagubestbest Avatar

    Ariffshah boleh cuba spek lubang2 eg: IbnuSina Eyewear. Pakai 30 minutes sehari. Walaupun spek lubang2 tu tak boleh pulihkan 100%, tapi boleh kurangkan power, nanti xdela buta terus bila xde spek.

  8. MK Kimi Avatar

    eye check-up pon dah telan rm250? mahalnya..betul ek cornea thickness dsbbkan oleh genetik? baru tau..

  9. Liza Hashim Avatar

    Salam ariff.. tak mo sedih2 la.. Setiap yg berlaku tu kan ada hikmahnya.. Allah tk menjadikan sesuatu itu sia2.. kadang2 apa yg rasa baik utk kita tk semestinya itu yg terbaik di sisi Allah.. Redha k.. pasti ada yg lebih baik menanti di depan.. berkaca mata atau tidak, awak ttp handsome.. ahhaha.. jgn risau sgt k.. bersyukur kita masih diberi penglihatan even berkaca mata.. bayangkan org yg buta.. pasti diaorang happy kalau dapat melihat even terpaksa pakai spek.. yg penting jaga kesihatan mata k..

  10. arrizz Avatar

    pakai spek hensem pe..hehe

  11. mommy nana Avatar

    Salam, tq for the info. Yes, not all people can go for lasik treatment. My father in law got the opportunity to go through lasik and now no more spectacles for him. I hope I can go for lasik one day. Maybe. Depends on my cornea thickness. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      go for an eye check-up then. btw. the thorough eye check up costs Rm250

      1. HamidahHadz Avatar
        HamidahHadz

        tmpng lalu..nk tahu check up mata kt mna yea?

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          optimax ttdi

  12. cikpa Avatar

    aku pun rabun,malah power aku semakin hari semakin menaik,mungkin kerana terlalu bnyk esaimen

  13. aisyah Avatar

    berapa kos buat lasik di malaysia?xpe..ensem pakai spek lagi..hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kos berbeza begantung kepada jenis rawatan lasik yang ada. biasanya harga dalam linkungan 3k untuk sebelah mata

  14. MyKeyPad Avatar

    Kan sekarang ada rawatan laser. . .tak dapat lasik gunalah rawatan laser,lebih mahal lah tapi kw kan kaya. . .hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      rawatan laser itu adalah lasik. Lasik adalah nama rasmi

  15. naihusna Avatar
    naihusna

    Lasik ni bukan sume orang bleh buat ye…patutlah kena cek dulu..memang pun orang yg ‘specky’ ni smp satu tahap rasa rimas je nak pakai spek…tapi ape boleh buat dah rabun kenalah pakai selalu..harap2 ade alternatif selain lasik utk orang2 rabun ni..rilek bro!!

  16. Hasni Avatar

    Takpela ariff,maybe ada hikmah tu,maybe mata ariff masih ok lagi tuu. Saya kalau operata mata gune laser ka pisau tetap takut dan seriau la.

  17. titan Avatar

    tak semua yang kita nak, kita boleh dapat maa..biasalah tu. Allah maha adil dalam merancang yang terbaik untuk kita.

  18. noorsyamsul Avatar

    Walaupun saya tidak berkaca mata, tapi satu tahu setiap orang yang berkata mata teringinkan rawatan seperti LASIK ni. Diharap bro tabah. Mungkin ada peluang/rawatan yang lebih baik dimasa hadapan…

  19. Nurul Avatar

    Pakai cermin mata handsome lah adik oooii.. Ramainya awek yang nak berkenalan.. x mo sedih2…

  20. Zarul Umbrella Avatar

    bawak bersabar bro…syukuri nikmat yg kita masih boleh melihat walaupun rabun ye dok

  21. abangensem Avatar

    Takpe Bro.Tak semestinya pakai spek awek tak nak dekat. Yang penting ayat kena manis. Nanti gua ajar lu lagik..

    1. Nurul Avatar

      Hahahahaha sempat lagi tu..

  22. tarmizishukri Avatar

    dah biasa pakai spec, rasa lebih confident dari tak pakai atau pakai lens..hehe..

  23. akubiomed Avatar

    Rawatan LASIK diketahui memang mahal. Sudah menjadi si pemakai kaca mata untuk melihat tanpa disebalik bingkai bagai dikonkong. Sudah tidak menjadi rezeki bro nampaknya.

  24. akhiyy Avatar

    tak pe..ok dah cam ney..

  25. Sya Isya Avatar

    macam seram je tengok cara rawatan. huhu.. xpelah, pakai je cermin mata ni.

  26. Naziman Avatar

    pakai spek pun kacak bha. hehe. erm, berapa kos rawatan lasik tu ya?

  27. linda musa Avatar

    alahai…nak buat cane kan..bukan rezki even dah ade yg nak taja..am agree dgn ur statement…everyone yg pakai spek ni mmg nak sgt buang cermin mata dorang…yela kan kalau x masakan ramai yg sanggup guna lens instead of spectacle…i wish to do lasik as well one day… :D to ariff, ade lah tue rezki lain yg lebih baik…inshaAllah

  28. Anyss Avatar

    Assalamualaikum,

    Saya ada jugak keinginan nak guna lasik ni…tapi teramatlah risaunya. maklumlah libatkan penglihatan. Dua-dua belah pulak tu. Ada panduan tak?

  29. Anarm Avatar

    pakai spek pon kacak ape.. tambah2 bila pkai suit macam malam msmw2012 tu bro.. serius kacak.. huhu..

    elok2 lepas geram kat superbike tu.. hehe..

  30. namee roslan Avatar

    takpela. mungkin takde rezeki dan bahaya. takpela, laki pakai speck smart ape (ayat sedapkan hati) . haha