Nikmat Google PageRank Yang Tinggi

Fahamkan gambar rajah di atas

brought to you by

Sejak dua menjak ni memang menjadi-jadi betullah trafik dari Google dan Yahoo. Baru aku faham kenapa kalau sesebuah blog ni kalau dah lama dan tinggi pagerank dia, memang boleh survive lagi lama. Sekarang ni pun banyak dah blog ada PR3 dan aku rasa PR3 tu adalah minimum untuk blog biasa kalau nak survive dalam dunia berblogging ni dan pada masa yang sama buat duit dari trafik.

Mungkin ada yang tak faham lagi konsep PR ni. Ok, kita kasi contoh search engine Google, Yahoo & MSN ni sebagai awek-awek hot dan blog kita ni sebagai seorang jejaka yang single, macam aku. PR ni pulak kira macam duit la, lagi tinggi PR maka jejaka tadi tu lagi banyak duit. So senang, bila banyak duit itu akan meng’attract’ lagi ramai awek – yelah walaupun aku korang suma ni bukan mata duitan, tapi lebih kurang macam tulah metafora(?) dia. Ada fahamm?

Selain daripada dapatkan backlinks dari blog lain, aku kadang-kadang lepak kat forum Lowyat dan Carigold. Kat situ, aku letak link blog ni dalam signature sebab aku tau forum tu semua takde nofollow. So kalau aku post apa-apa, dapat dah satu backlink.

Lagi, bulan lepas blog aku hampir setiap hari tersenarai kat Comluv.com, site yang ada PR6. Nak dapat tersenarai kat situ kena first register blog korang kat situ, tulis description (bahasa Malaysia pun boleh). Kemudian sama ada korang cari blog lain yang ada CommentLuv & tinggalkan komen atau tulis entri best-best yang boleh dapat banyak komen. Of course mesti ada CommentLuv la dalam blog korang. Pengkomen terbanyak dan blog yang menerima komen terbanyak akan tersenarai kat situ. Aku pun pernah ajar macam mana nak cari blog yang ada CommentLuv ni.

54 Comments